Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Sebelum Kena Kuarantin Kendiri, Pastikan Korang Sedia 7 Barang Keperluan Ni

Empat angka sudah cukup membimbangkan ramai orang.

Semakin hari jumlah kes COVID-19 semakin menakutkan. Mana tidaknya, menurut  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rekod positif wabak berbahaya hari ini, 27 Mei 2021, sebanyak 7,857 kes. Empat angka ini sudah cukup membimbangkan orang ramai.

Ini kerana menjadikan kebolehjangkitan sangat tinggi dan kami juga yakin, ada diantara kita sehingga perlu membuat kuarantin kendiri di rumah selepas mendapat tahu ada kontak rapat dengan pesakit COVID-19 secara tidak langsung.

Apa nak buat kalau kena kuarantin kendiri?

Malangnya, tak ramai yang tahu apa yang kena prepare sebelum lakukan kuarantin kendiri di rumah. Jangan ingat bila kuarantin kendiri perlu sediakan stok makanan je, banyak sebenarnya.

Jadi, kami sediakan senarai barang keperluan yang perlu disediakan. 

#1 - Pengimbas suhu

Mungkin ramai yang beranggapan kegunaan pengimbas suhu hanya digunakan bila demam saja tapi sebenarnya berguna untuk memantau suhu badan seseorang ketika kuarantin kendiri dijalankan.

Tapi jangan salah faham, pengimbas suhu bukan untuk semak sama ada anda positif Covid-19 atau tidak ye.

mulai
RM23.49
Semak Orbdirtt Thermometer Gun Temperature Digital harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Menggunakan sensor inframerah
add_circle Bacaan suhu tepat
remove_circle Tidak tahan lasak

Pengimbas suhu jenama Orbdirtt ini menggunakan bateri 2x AAA dan mampu mengeluarkan tiga jenis warna iaitu hijau, kuning dan merah untuk memaparkan suhu badan yang berbeza.

Pengimbas suhu ini seperti pengimbas suhu yang lain kerana boleh screening suhu dengan jarak sejauh 5 sehingga 15 cm.

Baca juga:10 Termometer Ini Sesuai Untuk Periksa Suhu Badan

#2 - Pulse Oximeter

Bila di rumah atau di bilik untuk kuarantin kendiri, pasti kita tidak tahu tahap Covid-19 kerana tiada jururawat yang boleh pantau.

Jadi, pulse oximeter ini sangat berguna untuk bantu kita membaca tahap oksigen dan Spo2. Dari situ, boleh tahu sama ada kesihatan kita normal atau tidak tapi bukan bermakna pulse oximeter ini boleh detect virus Covid-19 ye.

mulai
RM49.90
Semak Blood Oxygen Monitor Fast Rapid Reading Finger Pulse Oximeter Monitor harga dibawah:

Pulse oximeter jenis ini mampu memaparkan keputusan ujian serentak di paparan skrin. Malah, keputusan yang ditunjukkan dijamin tepat kerana di hospital, pusat perubatan masyarakat dan klinik juga guna pulse oximeter jenis ini. 

Jadi, bila anda di rumah anda boleh gunakan peralatan hospital dan diyakini keputusan yang ditunjukkan adalah tepat. Jika tidak, pihak hospital tidak menggunakan pulse oximeter jenis ini.

Selain itu, mudah dibawa kemana saja kerana sangat ringan dan penggunaan bateri sangat jimat kerana selesaikan saja jari anda ditarik dan mengeluarkan keputusan, secara automatik pulse oximeter ini akan tutup dengan sendirinya.  productnation

Baca juga: 12 Brand Pulse Oximeter Ini Telah Diluluskan Pihak MDA

#3 - Sarung tangan

Disebabkan penyakit wabak berbahaya ini mampu berjangkit dengan hanya bersentuhan kulit, jadi sarung tangan getah seperti di hospital harus ada di rumah.

Bukan apa, barang ini untuk ahli keluarga yang lain ketika ingin mengambil baju kotor, menukar pinggan makan individu yang melakukan kuarantin kendiri. Paling penting, lepas guna sarung tangan, terus buang dalam tong sampah. Jangan gunakan semula ye!

mulai
RM20.04
Semak Proteq Lightly Powdered Latex Disposable Gloves harga dibawah:

Sarung tangan getah Proteq dibuat daripada 100 peraus bahan getah sekaligus menghasilkan tekstur yang sangat elastik. Walaupun diperbuat sepenuhnya dari getah, tahap protein lateks rendah bagi mengurangkan risiko alahan.

Jangan risau, jenama sarung tangan getah jenama Proteq ini sesuai untuk kegunaan kecantikan, makanan, hospitaliti, industri keselamatan, bercucuk tanam, makmal dan bermacam lagi.

#4- Semburan Nyah Kuman

Virus Covid-19 tidak dapat dilihat dengan mata kasar jadi, dengan semburan nyah kuman ini serba sedikit dapat membantu membasmi kuman yang terlekat di perabot rumah. 

mulai
RM63.00
Semak Sanitizer spray machine Blu-ray harga dibawah:

Apa yang menarik mesin spray ini mampu bertahan selama 3 jam selepas mengecas penuh selama 2 jam dan jarak semburan boleh pergi sejauh 2 meter.

Baca juga: 10 Disinfectant Spray Yang Perlu Anda Ada Bagi Membasmi Kuman Semasa Musim COVID-19 Ini

#5 - Ubat semburan nyah kuman

Bila dah beli pistol semburan nyah kuman, of course korang memerlukan ubat semburan nyah kuman. Kalau tak, macam mana nak basmi virus dan kuman tu? 

Jadi, ketika atau selepas kuarantin kendiri dilakukan sembur je pada kawasan rumah terutama kawasan korang kuarantin untuk mematikan kuman yang terlekat tapi sebaiknya, mana yang boleh cuci, basuhlah. Misalnya, cadar, sarung bantal atau sebagainya.

mulai
RM15.90
Semak Chlorine Dioxide Disinfectant Tablet harga dibawah:

Dalam satu botol ini mempunyai 100 biji CLO2 dan setiap biji mengandungi 8%+0.8% Chlorine Dioxide dan sangat berkesan untuk membasmi bau haiwan peliharaan seperti bau kencing, najis serta bakteria, virus, fungi dan protozoa.

#6 - Pelitup muka

Pelitup muka adalah barang yang paling wajib bila berada dalam musim pandemik ni sehinggakan kini pemakaian double mask digalakkan.

Walaupun korang kuarantin kendiri dalam bilik saja tapi, mesti akan bertemu atau bercakap sekejap dengan keluarga untuk memberi bakul baju kotor, pinggan makan jadi dengan pemakaian pelitup muka ini, dapat menghalang daripada virus merebak melalui air liur. 

Baca juga: Virus COVID-19 Makin Mudah Dijangkiti! Ini Mask Yang Sesuai

mulai
RM3.19
Semak Face Mask Disposable Earloop 3ply Face harga dibawah:

Terdapat pelbagai jenis warna iaitu hitam, hijau, ungu, putih dan pink tapi jangan risau semua jenis warna ini sama saja kegunaanya.

#7 - Stok makanan

Bila dah tahu diri kena kuarantin di rumah, tolong akur dengan perintah. Elakkan dari keluar membeli barang untuk menyebarkan virus.

Jika ingin memerlukan pembelian stok barang makanan, sebaiknya minta tolong pada jiran atau kawan untuk kirim. Pasti mereka faham pada situasi begini.

Walaupun ada yang masih belum kena untuk kuarantin diri, tak salah kalau nak sediakan payung sebelum hujan. Lagipun mana tahu, kalangan keluarga atau rakan serumah terpaksa kuarantin kendiri, waktu tu tak perlu risau dah, barang semua dah prepare

Stay safe semua!

Artikel berkaitan

End of Article