Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Panduan Lengkap: Mencegah Coronavirus (Covid-19) & Menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Cegah & duduk di rumah!

cover image

Siapa sangka sejak 18 Mac 2020 lalu, penyakit berjangkit COVID-19 mengubah kehidupan kita 360 darjah. Paling memberi kesan apabila pendapatan sesetengah daripada kita terjejas.

Selain dari itu, mereka yang bekerja di pejabat, perlu bekerja di rumah, sektor perlancongan dan perhotelan ditutup malah ada yang sudah bungkus dan banyak lagi yang membuatkan pergerakan terhad.

Jadi, untuk mencegah diri kita dari dijangkiti wabak berbahaya ini, perlu sediakan beberapa 'senjata' sekurang-kurangnya kita lakukan pencegahan. 

Item Asas Untuk Kekal Sihat Sepanjang Tempoh Gejala Coronavirus 

Dettol
1. Dettol Disinfectant Spray Aerosol (450ml)
Penyembur mematikan kuman dan bakteria
Updated on 2nd July 2021

Untuk disinfectant yang mampu menyembur dengan semburan yang lebih menyeluruh, anda boleh dapatkan spray disinfectant aerosol dari Dettol ini.

Dengan bantuan tekanan dari gas aerosol, bakteria dan virus berbahaya seperti E. Coli dan virus flu dapat dibasmi dengan lebih menyeluruh dan rata.

 
n95
N95
2. N95 Particulate Disposable Respirator (20 pcs)
Menapis 95% udara kotor
Updated on 1st July 2021

Face Mask N965 ini dijamin mampu menapis sebanyak 95% zarah kotor di udara. Bahagian getah pula penuh supaya pemakai mudah menyarungnya.

Bahagian penutup pula berbentuk kembung sfera jadi pemakai akan rasa lebih selesa apabila membuat aktiviti dan tidak mudah rasa lemas.

Dettol
3. Dettol Hand Sanitizer Fresh (50ml)
Bunuh 99% kuman dan bakteria
Updated on 1st July 2021

Hand sanitiser Dettol 50ml ini mudah dibawa kemana saja dan sangat digalakkan untuk kegunaan menyapu bahagian permukaan tangan selepas melakukan apa-apa sentuhan ketika keberadaan di luar.

Lebih-lebih lagi jenama Dettol sangat terkenal pembasmi 99.99% kuman dan bakteria. Setiap titisan cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan tekstur melekit pada kulit. Paling penting, kanak-kanak juga sesuai untuk dipakai.

Baca juga: Hidup Bebas Virus. Tangani Bakteria dengan 10 Hand Sanitizer Ini.

VitaHerb
4. VitaHerb Cold and Cough Lozenge (12’s x2)
Bantu melegakan batuk dan sakit tekak
Updated on 1st July 2021

Lozenge dari Vitaherb mampu melegakan batuk atau kegatalan pada bahagian tekak. Kandungannya tidak mempunyai gula dan bebas dari penggunaan alkohol.

Paling penting tidak menyebabkan rasa mengantuk selepas mengambilnya. Cuma pastikan pengambilan lozenge berpada-pada. Pastikan jika mengalami ketidakselesaan bahagian tekak atau batuk saja.

Yogi Tea
5. Yogi Tea Echinacea Immune Support (16 uncang)
Bantu lancarkan sistem pernafasan
Updated on 2nd July 2021

Fungsi Yogi Tea Echinacea Immune Support adalah melancarkan sistem pernafasan. Sumber akar Enchinacea ini juga digunakan untuk mencegah demam serta selesema. Amalkan teh ini sebagai penambah sokongan imunisasi badan.

Baca juga: Amalkan Gaya Hidup Lebih Sihat Dengan 8 Teh Hijau Terbaik Untuk Kesihatan

Pembersih udara murah
Deerma
6. Deerma F370 Ultrasonic Air Humidifier Air Purifier 3L
Pembersih udara dalam rumah
Updated on 2nd June 2021
add_circle Mempunyai sensor
add_circle Boleh menyebarkan aroma wangi
add_circle Penggunaan plastik berkualiti tinggi
remove_circle Tidak boleh menampung kapasiti luas

Kecil dan sesuai untuk diletakkan di mana sahaja. Deerma F370 Ultrasonic Air Humidifier Air Purifier ini dapat menyebarkan aroma wangi dan paling penting sangat senyap ketika sedang mematikan fungus dan bakteria.

Diperbuat dari bahan plastik tapi berkualiti tinggi kerana menggunakan teknologi nanometer dan antibiotik untuk membasmi kulat dan bakteria di udara. 

Sanitizer spray machine Blu-ray
7. Sanitizer spray machine Blu-ray
Mesin pembasmi kuman
Updated on 2nd July 2021

Mesin spray ini mampu bertahan selama 3 jam selepas mengecas penuh selama 2 jam dan jarak semburan boleh pergi sejauh 2 meter.

Caranya mudah saja, masukkan ubat pembasmi kuman ke dalam bekas bersama campuran air dan tembak ke seluruh kawasan  rumah. 

Chlorine Dioxide Disinfectant Tablet
8. Chlorine Dioxide Disinfectant Tablet
Ubat pembasmi kuman
Updated on 2nd July 2021

Dalam satu botol ini mempunyai 100 biji CLO2 dan setiap biji mengandungi 8%+0.8% Chlorine Dioxide dan sangat berkesan untuk membasmi bau haiwan peliharaan seperti bau kencing, najis serta bakteria, virus, fungi dan protozoa.

\


Coronavirus atau kini nama rasmi Covid-19 tercetus pada penghujung 31 Disember 2019 bermula di Wuhan, China. Setakat ini sudah beratus ribu kes jangkitan dan kematian melibatkan jangkitan Covid-19 dicatatkan di seluruh dunia. Kerajaan Malaysia memandang serius tentang wabak virus terbaru ini sehingga mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia.

Punca kemunculan Coronavirus (Covid-19)

Virus ini disyaki muncul daripada haiwan ‘exotic’ yang dijadikan sebagai makanan seperti kelawar dan ular di pasar besar Wuhan. Kajian dijalankan mendapati satu kemungkinan Coronavirus terjadi hasil dari gabungan sejenis virus bawaan kelawar dan ular. Walaubagaimanapun, kajian ini masih belum mendapat kepastian kerana majoriti Coronavirus yang ditemui menunjukkan mampu mengenai pada haiwan mamalia sahaja. 

Sehingga kini pakar WHO masih menganalisis punca Coronavirus dari setiap spesis haiwan yang dijual dipasar berkenaan. 

Cara-cara Coronavirus (Covid-19) berjangkit:

Ia boleh berjangkit melalui titisan lendir daripada pernafasan dan sentuhan. Antaranya ialah melalui air liur, air kencing, najis, batuk dan bersin. Kini masih belum ada lagi vaksin yang mampu melawan Coronavirus. Pencegahan paling terbaik ialah dengan mengawal aktiviti luar, sosial dan menjaga kebersihan diri secara optimum. 

Tanda-tanda dijangkiti oleh Coronavirus (Covid-19)

Pesakit yang dijangkiti Covid-19 akan mempunyai simptom selepas 2 hingga 14 hari iaitu demam, batuk dan sesak nafas. Jika dijangkiti melalui lembu dan khinzir boleh menyebabkan cirit-birit. Manakala ayam pula boleh menganggu sistem pernafasan. Namun, virus berlanjutan hidup di dalam badan pesakit boleh membahayakan buah pinggang, paru-paru seterusnya penyebab kematian. 

‘Bala’ yang sedang menimpa dunia sekarang ialah tanda peringatan untuk tidak lagi meremehkan tentang rutin kebersihan diri dan cara memilih sumber makanan. Terdapat 10 cara untuk anda dan keluarga terjamin bebas dari sebarang wabak atau virus yang merbahaya. Mari kita sama-sama laksana rutin penjagaan diri dengan produk dibawah:


Jenis Mask Terbaik, Langkah-langkah Memakai & Mencabut Mask Yang Betul Serta Tarikh Luput

Terdapat pelbagai spekulasi mengenai face mask yang telah kita dengar. Seringkali kita mendapati arahan atau keterangan yang berbeza mengenai face mask diberikan. Ada yang mengatakan bahawa face mask tidak perlu bagi mereka yang tidak mempunyai simptom, ada pula yang berpendapat bahawa pemakaian face mask adalah kewajipan bagi semua.

Apa yang pasti, face mask adalah wajib bagi mereka yang sakit atau mempunyai simptom atau tanda-tanda jangkitan covid 19 seperti demam, selsema & batuk. Memandangkan covid 19 mampu merebak dengan pantas lebih-lebih lagi di khalayak ramai, masyarakat dinasihatkan agar memakai face mask apabila mereka perlu ke tempat yang sesak seperti pasaraya untuk membeli barang keperluan.

Terdapat pelbagai face mask yang terdapat di pasaran. Sebelum membuat pembelian, pastikan anda mengetahui apakah jenis surgical mask yang terbaik, langkah-langkah atau teknik memakai dan mencabut yang betul dan tarikh luput.

Baca lebih lanjut di sini: Mask 101: Mask Mana Yang Sepatutnya Dibeli untuk Covid-19?


Tips Penting Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

  • Beli barang dapur pada waktu petang untuk elak crowd di supermarket. Kebanyakan supermarket dibuka dari pukul 8 pagi dan wajib ditutup pada pukul 7 malam. Supermarket kebiasaannya jauh lebih sesak di waktu pagi.

  • Beli barang dapur untuk bekalan 2 minggu. Elakkan pembaziran dengan membeli secara berlebihan dan menyebabkan stok makanan tidak mencukupi untuk pengunjung lain.

     Baca juga: Dapatkan Barang Runcit Semasa Kuarantin Dengan 11 Website Berserta Servis Penghantaran Ini 

  • Pakai sarung tangan kain dengan grip getah semasa shopping jika tidak mempunyai hand sanitizer atau sarung tangan getah pakai buang. Sarung tangan jenis ini lebih jimat kerana boleh digunapakai semula setelah dicuci menggunakan sabun basuh baju.

  • Basuh baju yang dipakai semasa shopping barang dapur dan mandi sejurus sampai di rumah. Elakkan bergaul atau bersentuh sebelum menukar pakaian dan mandi.

    Baca juga: Masa Untuk Hapuskan Kuman dan Bakteria Dengan 8 Sabun Mandi Ini 

  • Basuh mask muka dengan sabun basuh baju dan jemur di tengah panas setelah digunakan. Elakkan memegang bahagian mask muka yang terdedah pada persekitaran.

    Baca juga: Hilangkan Kotoran Degil Dengan 7 Sabun Pencuci Baju Ini 

  • Gunakan Clorox jika tidak mempunyai disinfectant wipes untuk permukaan seperti tombol pintu. Gunakan ratio 9 clorox: 1 air. Cara ini jauh lebih murah dan jimat daripada menggunakan disinfectant wipes.

  • Beli barang makanan yang versatil dan tahan lama seperti makanan kering (nasi & pasta) dan makanan tin supaya tidak perlu keluar berkali-kali untuk membeli barang dapur.

  • Perkhidmatan penghantaran makanan seperti Grabfood dan FoodPanda hanya dibenarkan sehingga pukul 8 malam semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Pastikan anda membuat pesanan lebih awal.

     Baca juga: Kelaparan Semasa Kuarantin? Ini 8 Servis Penghantaran Makanan Untuk Anda

  • Jika anda membuat pembelian online atau tempahan makanan, anda disarankan untuk membuat pembayaran secara online. Tinggalkan pesanan kepada rider untuk meletakkan bungkusan anda di pintu rumah untuk mengurangkan direct contact.

  • Jangan keluar dari rumah untuk pulang ke kampung dan sebagainya jika tiada sebab yang betul-betul kukuh. Ibu bapa dan keluarga anda boleh dilawat setelah keadaan pulih. Anda mungkin menjadi pembawa virus kepada keluarga dan rakan-rakan. Jadilah anak, rakan dan rakyat yang bertanggungjawab.

Baca juga:

End of Article