Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

13 Jenis Vitamin C Terbaik Untuk Kanak-Kanak 2024

Pemberian vitamin C membantu meningkatkan lagi sistem imunisasi anak anda.

Vitamin C atau nama saintifiknya asid askorbik berfungsi sebagai fisiologi dalam tubuh dan sangat diperlukan untuk setiap individu.

Ini kerana khasiat Vitamin C dapat berikan struktur pembentukan tulang, rawan, otot dan saluran darah.

Lagipun, kini kapsul Vitamin C budak terdapat dalam bentuk chewable yang boleh dikunyah seperti gula-gula.

Jadi, ibu bapa sebaiknya berikan brand vitamin kanak-kanak yang terbaik mengikut sukatan Vitamin C kanak-kanak.

Anda boleh tekan disini untuk melihat dos Vitamin C untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jom lihat senarai vitamin budak atau Vitamin C untuk kanak-kanak yang terbaik.


Senarai 13 Vitamin C Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Vitamin C terbaik secara keseluruhan
Appeton A-Z Pastilles Vitamin C 30mg (Chewable)
mulai
RM21.50
Semak Appeton A-Z Pastilles Vitamin C 30mg (Chewable) harga dibawah:
add_circle Boleh menghalang demam & selesema
add_circle Boleh hindari demam hay
add_circle Tanpa saccharin (pemanis tiruan)
add_circle Tiada salutan gula
add_circle Tidak rosakkan gigi
remove_circle Tidak sesuai untuk bawah 2 tahun

Sebab Menjadi Pilihan Utama: 

Teksturnya menarik minat kanak-kanak untuk makan vitamin ini kerana ada huruf A hingga Z menghiasi setiap vitamin.

Ciri-ciri:

Selain boleh menjaga kesihatan gusi dan tulang anak, vitamin ini juga mampu bantu menghubungkan sel otak anak untuk belajar lebih cepat. 

Setiap pastille mengandungi 30mg Vitamin C di mana sudah mengikut saranan pakar. 

Anak-anak akan rasa makan vitamin ini sama macam makan gula-gula biasa kerana mempunyai perisa buah-buahan campur iaitu epal, oren, lemon, blackcurrant, mangga dan strawberi. 

Yang penting, sistem imuniti badan anak juga akan semakin kuat dan masalah alahan juga dapat dielakkan.

Terdapat 5 pastille vitamin dalam setiap paket, jadi amatlah mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Cuma ibu bapa perlu mengawal anak-anak daripada makan vitamin ini secara berlebihan. 

Review:

"Anak-anak saya sangat suka makan vitamin ini, jadi pembelian memang berbaloi. Rasa sangat sedap dan sesuai untuk anak lelaki saya yang berumur 2 tahun."

Vitamin C untuk kanak kanak 12 tahun
Redoxon
mulai
RM15.36
Semak Redoxon Double Action Kids Vitamin C and Zinc harga dibawah:
add_circle Lulus KKM
add_circle Disahkan halal
add_circle Bebas pengawet tambahan
add_circle Boleh dikunyah atau dihisap
remove_circle Tidak sesuai untuk penghidap Phenylketonuria
remove_circle Hanya untuk 12 tahun ke atas

Menariknya tentang Vitamin C Redoxon untuk kanak-kanak ini ialah berperisa Tutti Frutti.

Memang lain dari yang lain kerana kebanyakan Vitamin C yang ada di pasaran mempunyai perisa anggur, strawberi dan oren. 

Bukan hanya mengandungi Vitamin C, malah turut lengkap dengan kandungan zinc sebanyak 5mg yang akan membantu meningkatkan imunisasi si kecil. 

Setiap tablet vitamin mengandungi 250mg Vitamin C.

Tapi ibu bapa tidak perlu risau kerana boleh berikan suplemen ini tanpa was-was kepada si kecil kerana tidak mengandungi gula tambahan dan bahan pengawet. 

Kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas dibenarkan untuk ambil vitamin ini sebanyak 1 hingga 2 biji sehari.

Vitamin C untuk kanak kanak 7 tahun
Scott's
mulai
RM16.62
Semak Scott's Vitamin C Pastilles (50’s) harga dibawah:
add_circle Boleh dikunyah dengan mudah
add_circle Tinggi kandungan Vitamin C
add_circle Mempunyai jus buah semula jadi
remove_circle Tidak sesuai untuk budak bawah 3 tahun

Jenama vitamin nombor 1 di Malaysia ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana telah menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk kesihatan anak. 

Paling menarik, terdapat beberapa pilihan perisa yang sedap, antaranya mixed berries, oren, mangga dan buah pic. 

Pilih sahaja buah kegemaran si kecil dan dijamin mereka tidak akan menolak untuk makan vitamin lagi lepas ini. 

Bukan itu sahaja, Vitamin C ini akan memudahkan proses penyerapan zat besi daripada makanan.

Sekali gus badan kanak-kanak akan mendapat nutrisi yang berkhasiat untuk kekal aktif ketika di sekolah. 

Namun, ibu bapa diingatkan untuk mengawasi anak agar tidak mengambilnya secara berlebihan kerana mereka hanya disarankan untuk makan 3-4 biji vitamin sehari.

Vitamin C untuk kanak-kanak selesema
Kordel's
Kordel's Kids Vitamin C Bioflavonoid
mulai
RM60.00
Semak Kordel's Kid's Vitamin C 250mg + Bioflavonoids Tabs (30’s) harga dibawah:
add_circle Ada 30 biji tablet dalam 1 botol
add_circle Mudah dikunyah
add_circle Tiada pewarna tiruan
remove_circle Harga mahal

Jika anak kecil anda sering diserang demam dan selesema, disarankan untuk dapatkan Vitamin C Kordel’s ini.

Produk ini khas untuk budak kerana mengandungi bioflavonoids yang akan memaksimakan khasiat Vitamin C. 

Bukan sahaja boleh menghalang masalah gusi berdarah namun juga mampu meningkatkan antibodi untuk melawan demam dan selesema.

Dalam setiap tablet, terdapat bioflavonoids lemon sebanyak 25 mg. 

Vitamin ini mempunyai perisa oren, jadi waktu makan vitamin akan menjadi lebih mudah sebab si kecil akan terasa seperti makan gula-gula. 

Kuantiti yang dibenarkan untuk ambil Vitamin C untuk kanak-kanak ini ialah sebanyak 1 hingga 4 biji tablet sehari. 

Ingat, jangan ambil secara berlebihan dan hanya ikut dos yang disarankan sahaja.

Bonlife Vta C Kids Effervescent 300 Plus Vitamin C
mulai
RM23.90
Semak Bonlife Vta C Kids Effervescent 300 Plus Vitamin C harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk vegetarian
add_circle Ada antioksidan
add_circle Tanpa pengawet & pewarna tiruan
add_circle Tiada gula tambahan
add_circle Meningkatkan antibodi anak
remove_circle Tidak boleh dimakan budak bawah 7 tahun

Selain terdapat kandungan Vitamin C, produk kesihatan keluaran jenama Bonlife ini juga telah diformulasikan khas dengan β-Carotene atau Vitamin A yang bagus untuk penglihatan dan kulit kanak-kanak. 

Jangan risau, kandungan bahan-bahan yang ada dalam tablet vitamin berperisa oren ini juga berdaftar dengan KKM. 

Jadi, ibu bapa boleh beri anak-anak makan vitamin ini tanpa ragu.

Setiap tiub mengandungi 15 biji tablet dan ada saranan sukatan disediakan.

Cara pengambilannya juga sangat mudah, anda hanya perlu larutkan dalam segelas air sebelum diminum. 

Perlu diingatkan juga untuk minum sekali sehari selepas makan. 

Memang sesuai diambil oleh kanak-kanak yang demam atau kurang sihat kerana turut mengandungi zinc yang boleh meningkatkan imunisasi kanak-kanak.

Vitamin C untuk kanak-kanak 10 tahun
Citrex Vitamin C 100MG
mulai
RM7.88
Semak Citrex Vitamin C 100MG harga dibawah:
add_circle Membantu pertumbuhan anak
add_circle Membaiki tisu & tulang
add_circle Menguatkan gusi
add_circle Lulus KKM
remove_circle Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas sahaja

Vitamin C ini dirumus khas untuk kanak-kanak untuk membentuk dan membantu membaiki sel darah merah mereka. 

Ibu bapa boleh dapatkan vitamin ini untuk anak kerana harganya juga sangat mampu milik. 

Selain ada perisa oren, Vitamin C ini juga datang dalam perisa blackcurrant yang sedap. 

Menariknya lagi, budak-budak boleh kunyah vitamin ini kerana jenis chewable

Paling penting, halal kerana merupakan produk buatan Malaysia dan setiap botol pula mempunyai 30 biji tablet vitamin. 

Bagi kanak-kanak 4 tahun ke atas, cara pengambilan adalah sebanyak 2 biji setiap hari selepas makan.

Vitamin C untuk kanak-kanak bawah 2 tahun
Champs Vitamin C 30mg Blackcurrant
mulai
RM37.80
Semak Champs Vitamin C 30mg Blackcurrant harga dibawah:
add_circle Mengurangkan jangkitan penyakit bahaya
add_circle Membantu badan untuk menyerap zat besi dari makanan
add_circle Untuk gigi & tulang yang sihat
add_circle Halal
remove_circle Hanya sesuai untuk budak umur 1-6 tahun

Untuk ibu bapa yang buntu kerana anak enggan makan sayur dan buah, usah risau, berikan anak anda makan Vitamin C Champs.

Ini kerana boleh membantu membekalkan zat yang diperlukan untuk tumbesaran mereka. 

Menariknya lagi, kandungan Vitamin C dalam makanan kesihatan ini boleh membantu menyembuhkan luka ringan.

Maknanya, jika mereka terjatuh ketika bermain, kesan lebam boleh dikurangkan. 

Sistem imunisasi si kecil juga akan semakin kuat untuk melawan jangkitan penyakit berjangkit yang semakin mudah merebak sekarang.

Dengan 1 botol pembelian, anda akan mendapat 100 tablet vitamin yang boleh dikunyah. 

Jangan lupa untuk ikut arahan pengambilan yang tertera pada pembungkusan kerana kanak-kanak 1 hingga 3 tahun hanya boleh makan 1 atau 2 biji sehari.

Manakala budak 4 hingga 6 tahun pula dibenarkan untuk makan 1-3 biji sehari.

Vitamin C untuk kanak-kanak 5 tahun
Chewies Children Chewable Vitamin C 100mg
mulai
RM14.90
Semak Chewies Children Chewable Vitamin C 100mg harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Perisa oren
add_circle Tanpa saccharin (pemanis tiruan)
add_circle Sumber antioksidan yang bagus
remove_circle Tidak sesuai untuk bawah 2 tahun

Vitamin C yang boleh dikunyah ini dapat memastikan anak anda membesar dengan sihat dan kuat kerana kandungan asid askorbik yang mencukupi.

Kandungan ini dapat memberikan tubuh mereka khasiat yang diperlukan untuk aktif setiap hari. 

Terdapat 75 biji tablet dalam setiap botol, jadi ia cukup untuk 1 hingga 2 bulan. 

Kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas boleh makan vitamin ini sebanyak 1 hingga 3 biji sehari. 

Paling best, kalau tak nak kunyah, mereka juga boleh hisap Vitamin C ini seperti gula-gula. 

Setiap biji vitamin mengandungi 100mg asid askorbik yang bagus untuk gigi dan gusi anak.

Boleh diambil sebanyak 1-3 biji sehari tanpa rasa was-was terutama kanak-kanak Muslim kerana sudah mendapat pengesahan halal.

Vitamin C cosway untuk kanak-kanak
Cosway Nn Hi-C Fruit Chewies
mulai
RM13.90
Semak Cosway Nn Hi-C Fruit Chewies harga dibawah:
add_circle Baik untuk kanak-kanak
add_circle Ada 100 biji dalam sebotol
add_circle Disahkan halal
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi kecil

Anak kecil mungkin mengelak daripada makan vitamin jenis tablet kerana bentuknya yang seakan sama seperti ubat. 

Jadi, pilihlah Vitamin C untuk kanak-kanak yang boleh dikunyah keluaran Cosway.

Jangan risau rasanya sama seperti makan gula-gula biasa. 

Setiap biji vitamin dalam botolnya dirumus khas dengan buah-buahan seperti anggur, mangga, strawberi, oren, epal dan lemon.

Setiap kunyahan vitamin ini mempunyai 30mg Vitamin C. 

Tekstur Vitamin C ini mampu menarik minat anak-anak untuk makan vitamin kerana direka dengan bentuk sama seperti buah-buahan iaitu bentuk anggur, oren dan strawberi. 

Malah, orang dewasa pun boleh makan produk kesihatan ini kerana sesuai untuk seisi keluarga dan ramai ibu bapa kata anak-anak mereka serasi makan vitamin Cosway ini.

GKB Kids Probiotic+Vitamin C For Your Child’s Immunity
mulai
RM79.90
Semak GKB Kids Probiotic+Vitamin C For Your Child’s Immunity harga dibawah:
add_circle Kurangkan simptom alergik
add_circle Bagus untuk yang antibodi lemah
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak resdung (allergic rhinitis)
remove_circle Harga mahal

Terdapat 30 sachet dalam setiap kotak dan setiap sachet turut mengandungi 100mg Vitamin C.

Produk Vitamin C ini dirumus khas dengan probiotik iaitu Lactobacillus Paracasei yang bagus untuk anak yang ada masalah alahan. 

Kanak-kanak yang berusia 1 hingga 12 tahun disarankan untuk ambil vitamin ini sebanyak 1 sachet sahaja dalam sehari sebelum makan. 

Menariknya, Vitamin C ini boleh dimakan terus, tapi kalau nak campur dalam air pun tiada masalah. 

Jangan lupa juga untuk makan mengikut sukatan atau kuantiti yang disarankan sahaja agar tidak menyebabkan kesan negatif pada anak.

Dengan pengambilan yang konsisten, akan menguatkan sistem imunisasi anak agar tidak mudah dijangkiti penyakit, sekaligus memperkuatkan daya tahan badan.

Mereka yang ada masalah kulit juga boleh makan Vitamin C dengan probiotik ini.

Vitamin C cecair untuk kanak-kanak
Sambucol Kids
vitamin c untuk kanak-kanak
mulai
RM69.90
Semak SAMBUCOL KIDS BLACK ELDERBERRY 120ML harga dibawah:
add_circle Mengurangkan simptom selesema
add_circle Mempercepatkan pemulihan
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak sesuai bawah 2 tahun

Sambucol Kids merupakan pilihan terbaik dari Australia untuk memperkuatkan imunisasi kanak-kanak secara semula jadi dan melindungi mereka daripada pelbagai penyakit berjangkit. 

Vitamin C ini terbukti secara klinikal untuk mempercepatkan pemulihan dan mengurangkan gejala selesema yang teruk. 

Rasa berry yang lazat dengan zink, Elderberi Hitam, dan vitamin akan membuatkan anak-anak mudah untuk menelannya.

Perlu diingatkan, Vitamin C ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun hingga 12 tahun dan hanya 1 sudu besar (15ml) sehari.

Vitamin C untuk kanak-kanak 4 tahun
Biobay
Biobay Vitamin C Gummy
mulai
RM28.10
Semak Biobay Vitamin C Gummy harga dibawah:
add_circle Turut berfungsi sebagai multivitamin
add_circle Dari ekstrak buah sebenar
add_circle Sesuai untuk anak 'picky eater'
remove_circle 2-4 gummy sehari sahaja

Vitamin C dari Biobay ini sangat sesuai untuk kanak-kanak membesar, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak yang jenis memilih makanan.

Selain dari Vitamin C, ia turut berfungsi sebagai multivitamin kerana mengandungi juga Vitamin A, Vitamin E dan Vitamin D.

Terdapat juga zat besi dan zinc untuk membantu tumbesaran yang sihat serta mengekalkan kesihatan tubuh badan agar tidak mudah jatuh sakit.

Vitamin C ini diperbuat daripada ekstrak buah sebenar, jadi rasanya lebih asli dan sama seperti memakan buah sebenar.

Anda boleh beri makan anak anda 2 hingga 4 gummy sehari, dan Vitamin C ini membantu meningkatkan immune system dalam badan.

Vitamin C untuk kanak-kanak 3 tahun
Nature's Way
Nature's Way Kids Smart Vita Gummies Vitamin C
mulai
RM31.90
Semak Nature's Way Kids Smart Vita Gummies Vitamin C harga dibawah:
add_circle Mengandungi zinc
add_circle Disahkan KKM
remove_circle Untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas sahaja

Anda mungkin sedang mencari vitamin untuk anak anda yang bukan sahaja mengandungi Vitamin C, tetapi mengandungi zinc untuk merangsang pertumbuhan yang sihat.

Vitamin C dari Nature's Way ini bukan sahaja ada Vitamin C tetapi turut mengandungi zinc untuk pertumbuhan otak yang sihat, mengekalkan tindak balas imun yang normal, dan mengekalkan kesihatan secara menyeluruh.

Tambahan lagi, Vitamin C jenis gummy ini pasti lebih mudah dimakan anak-anak anda dan rasa oren yang manis akan membuatkan anak anda tidak tolak untuk memakannya.

Pastikan anda memberi 2 gummy sehari dan untuk kanak-kanak atas 2 tahun sahaja.


Apa Kebaikan Vitamin C? 

Vitamin C atau dikenali juga sebagai asid askorbik adalah sangat penting untuk tumbesaran seseorang kerana dapat membantu membaiki tisu badan yang rosak.

Sangat bagus untuk menyembuhkan luka dan dalam masa yang sama, dapat memastikan sistem imunisasi tubuh anda berfungsi dengan betul. 

Barulah badan boleh melawan penyakit. 

Selain itu, mampu  mengurangkan komplikasi lebih teruk ketika anda diserang demam. 

Jika kandungan vitamin ini dalam badan berkurang, boleh menyebabkan stress

Anda boleh dengarkan kesan kepada kesihatan jika tubuh badan kurang Vitamin C dari seorang doktor.


Berapa Dos Atau MG Vitamin C Diperlukan Sehari Untuk Kanak-Kanak? 

Keperluan harian Vitamin C untuk kanak-kanak berbeza-beza mengikut umur mereka.

Menurut Portal Rasmi MyHealth KKM, bayi yang berumur 0-6 bulan memerlukan 40mg dos Vitamin C sehari.

Manakala bayi berusia 7-12 bulan pula perlu diberikan sebanyak 50mg sehari. 

Namun, sumber Vitamin C untuk bayi sepatutnya datang daripada makanan dan susu sahaja. 

Ini bermakna, ibu bapa tidak perlu berikan bayi kecil sebarang produk suplemen tambahan lain. 

Jika anak anda dah memasuki umur 1-3 tahun, mereka juga perlu diberikan sebanyak 15mg Vitamin C sehari. 

Untuk yang sudah masuk sekolah rendah iaitu 4-8 tahun pula, pengambilan Vitamin C perlu dihadkan kepada 25mg sehari sahaja. 

Untuk remaja iaitu golongan yang berusia 9-13 tahun, ingatkan mereka untuk ambil Vitamin C sebanyak 45mg sehari. 

Untuk memudahkan lagi rujukan anda, boleh lihat table di bawah:

Umur Dos harian yang diperlukan
Newborn - 6 bulan 40mg
7 - 12 bulan 50mg
1 - 3 tahun 15mg
4 - 8 tahun 25mg
9 - 13 tahun 45mg
14 - 18 tahun (lelaki) 75mg
14 - 18 tahun (perempuan) 65mg

Apa Khasiat Vitamin C Untuk Kanak-Kanak

Sebelum kami jelaskan, jom dengarkan penjelasan dari seorang pengawai farmasi tentang khasiat Vitamin C untuk kanak-kanak.

Apa yang boleh kami buat kesimpulan, jangan abaikan pengambilan Vitamin C.

Jika kandungan vitamin ini dalam tubuh berkurangan, boleh menyebabkan penyakit gusi bengkak dan berdarah iaitu penyakit skurvi. 

Paling teruk, anak anda boleh kehilangan gigi. Di samping itu, vitamin ini bagus untuk membentuk kolagen. 

Malah, merupakan salah satu antioksida semula jadi dimana sel badan akan dilindungi daripada rosak. 

Cuma ingin kami ingatkan, sumber Vitamin C yang terbaik ialah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato, buah jambut batu atau oren.

Namun jika anda mahu berikan anak-anak suplemen Vitamin C, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor yang bertauliah terlebih dahulu. 


Fungsi Vitamin C Untuk Kanak-Kanak

Vitamin C adalah salah satu nutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Fungsi utama Vitamin C untuk kanak-kanak adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan sistem imun kanak-kanak, menjadikan mereka lebih tahan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit. Ini akan membantu tubuh mereka untuk melawan serangan kuman dan virus.
  • Vitamin C diperlukan untuk pembentukan kolagen yang penting untuk penyembuhan luka dan pembaikan tisu. jadi kanak-kanak yang mendapat Vitamin C secukupnya lebih cepat sembuh dari kecederaan atau penyakit.
  • Vitamin C juga turut memainkan peranan dalam pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Ia membantu dalam pembentukan tisu, tulang, dan gigi yang sihat.
  • Membantu dalam penyerapan zat besi dari makanan. Zat besi adalah nutrien penting untuk pembentukan sel darah merah yang membekalkan oksigen dalam tubuh.

Jadi, sebab itu penting untuk memastikan anak-anak kita mendapat jumlah Vitamin C yang mencukupi dalam pemakanan mereka.

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan mudah selesema, mudah lebam, dan kurang daya tahan terhadap jangkitan bakteria dan virus.

Jika anda risau tentang kandungan Vitamin C dalam pemakanan anak-anak anda, boleh pertimbangkan untuk dapatkan nasihat daripada doktor pakar kanak-kanak atau pakar pemakanan.


Apakah Tanda-Tanda Kekurangan Vitamin C Pada Kanak-Kanak?

Mungkin ada ibu bapa yang rasa tidak perlu untuk beri Vitamin C pada anak-anak sebab mereka kelihatan normal, tapi apa sebenarnya tanda-tanda kanak-kanak tersebut kekurangan Vitamin C?

Jom baca lanjut dan tambah ilmu agar kita dapat pastikan anak-anak sentiasa dalam kesihatan terbaik.

  1. Kurang Vitamin C akan menyebabkan anak-anak mudah berdarah, seperti mudah berdarah pada bahagian gusi atau menjadi bengkak dan merah.
  2. Kulit kelihatan kering, kasar dan mungkin terdapat ruam atau bintik-bintik merah kecil pada kulit.
  3. Jika kurang Vitamin C, anda mungkin akan mendapati luka pada anak anda lambat sembuh.
  4. Anak-anak anda juga nampak mudah jatuh sakit, dan bila jatuh sakit tempoh untuk sembuh agak lama.
  5. Anak-anak anda mungkin kelihatan lesu dan tidak begitu bersemangat dan aktif seperti kanak-kanak lain. 

Jadi itulah antara tanda-tanda anak anda kekurangan Vitamin C.

Walaupun tanda-tandanya nampak kecil, jika anda tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki tahap kesihatan anak anda mungkin akan mengalami masalah yang lebih besar lagi.

Anda juga boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapat pengesahan sewajarnya tentang pengambilan Vitamin C yang diperlukan anak-anak anda.


Artikel Berkaitan

End of Article