Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Permainan Untuk Kanak-Kanak Tadika, Masa Untuk Uji Daya Kreativiti

Untuk sesi permainan yang lebih kreatif dan menyeronokkan!

Jika anda perasan, permainan zaman kini sedikit berlainan berbanding permainan zaman dahulu. Kini kebanyakan alat permainan menerapkan prinsip “Learn & Play”. Sambil bermain, anak-anak boleh belajar berbagai jenis skill. Salah satu contoh adalah, permainan jigsaw puzzle menguji daya pemikiran anak-anak untuk mencantum kepingan sehingga lengkap. 

Selain itu, alat permainan terbahagi mengikut peringkat umur untuk mengajar anak-anak skill yang betul untuk umurnya.

Apakah alat permainan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia 5 tahun?

Pada usia 5 tahun, permainan seperti Playdoh atau tanah liat yang boleh diolah-olah menjadi pelbagai bentuk. Permainan sebegini akan mengaktifkan bahagian kreatif pada otak si manja untuk mencipta apa jua yang mereka bayangkan yang kemudiannya boleh dijadikan cerita. Contohnya, si kecil membuat gubahan berupa haiwan-haiwan, apa kata ibu bapa teruskan aktiviti dengan meminta anak-anak bercerita tentang apa yang diolah.

Ikuti senarai ini untuk alat permainan yang pasti akan membuatkan anak-anak gembira disamping menyerlahkan bakat mereka!

10 Permainan Untuk Kanak-Kanak Tadika di Malaysia

Permainan kanak-kanak DIY – terbaik untuk self-learning
mulai
RM1.99
Semak 12pcs a set 3D modeling DIY Puzzles Early Learning Educational Toys harga dibawah:

Kembangkan minda anak-anak dengan permainan DIY ini. Ianya merupakan mainan berasaskan kadbod yang dipotong mengikut bentuk. Dengan arahan dan tunjuk ajar yang minimal, anak-anak pasti seronok mencuba untuk menyambung dan membina model 3D yang ditawarkan. Daripada bentuk haiwan, bangunan dan kenderaan, permainan ini pasti membuatkan si kecil lebih fokus.

Permainan kanak-kanak dalam bentuk pembelajaran Sains
mulai
RM12.90
Semak Kids DIY Science Kit- Solar System harga dibawah:

Terapkan minat pada Sains dalam diri si manja dengan permainan ini. Disamping aktiviti memasang dan mengenal planet dalam sistem solar, anak-anak juga diberi peluang untuk mewarnakan setiap planet mengikut tahap kreativiti mereka. Ibu bapa juga pasti teruja untuk membantu anak-anak membuat eksperimen Sains yang menyeronokkan ini.

Permainan untuk kanak-kanak lelaki buat daya koordinasi badan
mulai
RM15.90
Semak RC EcoSport Car High Quality RC Car 1/16 Scale Remote Control harga dibawah:

Buat anak lelaki, hadiahkan permainan kereta kawalan jauh ini. Ianya membantu dalam ‘hand-eye coordination’ dan skill motor kasar. Apa yang menarik tentang kereta ini adalah ianya bukan sahaja boleh bergerak pada permukaan lantai biasa, ianya juga boleh bergerak pada kawasan beralun seperti outdoor.

Permainan kanak-kanak dengan ciri pembelajaran
mulai
RM25.57
Semak Alphabet Puzzle Wooden Toy Early Learning Puzzle Kids Toys ABC harga dibawah:

Sambil bermain, sambil belajar. Permainan huruf ini diperbuat daripada kayu yang berkualiti. Ianya membolehkan anak-anak menguji minda dengan memadankan huruf dengan suku kata yang betul.

Gambar pada setiap kad yang disediakan sangat jelas, terang dan mudah difahami oleh si kecil seawal umur 2 tahun. Selain meningkatkan daya pemikiran ianya juga boleh menguatkan kreativiti mereka.

Permainan untuk kanak-kanak berbentuk gajet kesukaan si kecil
No Brand
mulai
RM21.00
Semak Kids Eng Learning Mode-Early Education with LCD Screen harga dibawah:

Kanak-kanak zaman sekarang sememangnya kenal dengan gadget seperti laptop, tablet dan smartphone. Apa kata hadiahkan mesin berupa laptop ini buat si manja. Ianya mempunyai skrin LED dan keyboard lengkap dengan 4 mode pembelajaran. 

Anak-anak boleh menggunakan mod perkataan, mengenal huruf, mengeja atau soal jawab soalan. Ianya juga mempunyai muzik untuk sebagai ciri tambahan.

Khas buat kanak-kanak autisme bagi merangsang mindanya
mulai
RM28.90
Semak 5-in-1 Big Bead Maze Activity Montessori learning Cube Kid Toys harga dibawah:

Buat kanak-kanak autisme, permainan dengan warna-warna terang dan bentuk menarik boleh membantu mereka lebih fokus. Kiub aktiviti ini mempunyai 5 aktiviti yang boleh meransang pemikiran kanak-kanak seperti memasukkan blok, tracing, bead roll dan lain-lain. Hand-eye coordination juga boleh dipraktis dengan kiub aktiviti ini.

Permainan untuk kanak-kanak 4 tahun – tumpu pada daya fokus
mulai
RM30.00
Semak Thomas Train Electronic Automatic Track Kid harga dibawah:

Permainan kereta api automatik ini boleh melatih anak-anak cara memasang dan menyambung trek dengan betul. Ianya mempunyai 5 buah kereta api yang melalui trek pada satu-satu masa. Warna dan corak pada permainan ini terang dan menarik bagi menarik minat dan perhatian kanak-kanak.

Permainan untuk kanak-kanak perempuan, pupuk rasa tanggungjawab
mulai
RM35.34
Semak Smart Baby Doll harga dibawah:

Permainan patung sebegini membantu menerapkan sikap tanggungjawab dan empathy pada dalam diri kanak-kanak. Ini kerana, permainan sebegini diibaratkan sebagai penjagaan bayi. Patung ini diperbuat daripasa material yang lembut dan ianya juga mempunyai efek bunyi seperti bayi sebenar.

Permainan untuk kanak-kanak 3 tahun – ukur daya imaginasi si kecil
mulai
RM39.90
Semak Tenso Big Kitchen Playset harga dibawah:

Digelar sebagai “pretend play”, permainan masak-masak sebegini boleh mengajar kanak-kanak tentang teamwork ketika bermain bersama rakan-rakan mahupun adik-beradik. Dengan permainan dapur bersaiz besar ini, ibu bapa boleh mengajak si kecil untuk bermain situasi restoran. 

Permainan menarik ini lengkap dengan pekakas dapur yang diperbuat daripada material selamat dan warna yang menyerlah.

Permainan terbaik untuk kanak-kanak sindrom down
mulai
RM35.90
Semak 88pcs Super Mega Builders Large Block Building Blocks harga dibawah:

Kebiasaannya, kanak-kanak down sindrom sukar untuk memegang barangan yang lebih kecil. Justeru, blok seakan-akan lego dengan saiz besar dan berwarna-warni ini pasti membuatkan mereka gembira. Blok ini boleh dicantum-cantum mengikut bentuk yang dikehendaki. 

Ianya juga boleh diguna sebagai objek dalam permainan “color sorter”. Banyak kegunaan pada satu permainan.

Artikel Berkaitan

End of Article