Product in this article

Pakaian adalah keperluan asas setiap orang yang perlu dicuci agar sentiasa bersih dan berbau harum. Masalah pakaian kotor dan berbau busuk dapat diselesaikan dengan penggunaan sabun detergen melalui cucian tangan ataupun mesin. Sabun detergent ialah agen pencuci yang bertindak untuk menghalang celaan dan menghapus kotoran pada pakaian agar mudah larut dalam air. Sabun kain jenis serbuk detergen juga mempunyai daya cuci yang lebih baik dan tidak mudah dipengaruhi oleh sifat air. Oleh itu, penggunaan sabun detergen tidak boleh dipandang remeh.

Terdapat banyak produk sabun detergent yang boleh anda dapatkan di pasaran. Sekiranya anda sedang mencari sabun detergen yang sesuai, penulis senaraikan 7 pilihan berikut untuk anda.

1. TOP Powder Laundry Detergent

Untuk haruman pakaian lebih mewangi dengan sabun detergen ini

Harga mulai RM21.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM21.00

Seandainya anda mencari sabun detergen yang wangi, sabun jenama Top ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Terdapat 4 variasi haruman yang boleh anda pilih iaitu Blooming, Super Hygiene, Super White dan Super Color. Istimewanya, sabun detergen ini diformulasi khas untuk pakaian berwarna putih agar tidak dicemari dengan sebarang kotoran dan menghalang pembiakan bakteria. 

Sabun ini juga mampu untuk menyerap bau peluh, pakaian anda akan kekal mewangi sepanjang hari. 

2. DAIA Lemon Citrus Excellent Washing Powder Detergent

Sabun kain bagus dan murah

Harga mulai RM12.90

search Cari produk di Shopee Malaysia

Sabun detergen dari rangkaian produk Daia ini sesuai untuk kegunaan ekonomi kerana harganya yang murah. Diinovasikan daripada formula aktif dengan teknologi yang dikenali sebagai Colourshield. Berfungsi untuk menghilangkan kekotoran pada pakaian tanpa memudarkan warnanya walaupun dibasuh berkali-kali. 

Pilihlah sabun ini agar dapat menjimatkan perbelanjaan anda di rumah. 

3. PUREEN Sabun Pencuci Serbuk Anti-Bakteria Pureen (A-B-D)

Sesuai untuk pakaian bayi, sabun detergen tidak menyebabkan kulit iritasi si kecil

Harga mulai RM22.80

shopping_cart Shopee Malaysia RM22.80

Produk Pureen tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia sebagai pilihan untuk barangan penjagaan bayi.Tidak perlu lagi berasa ragu-ragu untuk menggunakan sabun detergen dari jenama Pureen bagi mencuci pakaian bayi anda kerana ia mengandungi Perborate yang selamat untuk lampin dan pakaian berwarna. 

Selain mampu menghapuskan kotoran degil, sabun ini juga mempunyai kuasa oksidasi yang dapat membunuh bakteria secara efektif. Harumannya yang unik pula akan meninggalkan wangian yang segar pada pakaian. 

4. Eziclean Laundry

Sabun detergen jenis alkali, selamat untuk kegunaan mesin basuh

Harga mulai RM18.80

shopping_cart Shopee Malaysia RM18.80

Sabun detergen Eziclean diformulasi secara beralkali dengan sistem serbuk pencuci yang unik, bahan pencegah karat dan bahan anti-endapan semula, baik untuk melindungi mesin basuh serta pakaian. Sabun detergen ini mengharumkan pakaian anda dengan wangian dari ekstrak bunga. 

Selain itu, sabun pencuci ini juga mengandungi pencerah optik agar pakaian supaya sentiasa kelihatan cerah dan baru serta tidak berbuih semasa mencuci. Ia juga mengandungi formula anti-bakteria yang dapat menyahkuman dan mencegah bau busuk pada pakaian. 

5. BREEZE Liquid Detergent Anti Bac & Color Protect

Detergen jenis cecair untuk mesin basuh front loading

Harga mulai RM33.90

shopping_cart Mydin RM33.90

Sabun basuh jenama Breeze ini direkomendasi khas untuk kegunaan mesin basuh jenis front loading (muatan hadapan). Sabun ini bertindak 3 kali ganda daripada sabun biasa untuk menghilangkan kotoran degil. Kandungan anti-bakteria dalam sabun ini juga memberikan perlindungan sehingga 99.9% terhadap jangkitan kuman. 

Selain itu, sabun ini juga diformulasi agar pakaian berwarna tidak pudar setelah dibasuh berkali-kali.  

6. DETTOL Laundry Sanitiser (750ml)

Sabun pencuci pakaian jenis sanitiser – terbaik untuk kulit sensitif

Harga mulai RM25.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM25.50

Sabun pencuci jenama Dettol ini sesuai untuk kulit sensitif kerana ia dapat menghapuskan 99.9% kuman pada pakaian seperti backteria Staphlococcus dan E.Coli sama ada dibasuh dengan cucian panas ataupun sejuk. Sesuai digunakan untuk mencuci pakaian kotor yang melekat dengan peluh semasa aktiviti bersukan, pakaian dalam, stokin, pakaian kerja, tuala dan kain linen. 

Formula yang terkandung dalam sabun ini juga, dapat menghalang jangkitan kuman dan infeksi silang (cross-infection) pada barangan laundry. 

7. Delourva STARTER

Sabun basuh baju sekolah terbaik - hapus bakteria dengan berkesan

Harga mulai RM20.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM20.00

Dengan menggunakan sabun ini, tidak perlu lagi menyental baju sekolah anak anda semasa mencucinya. Sabun ini efektif untuk menghilangkan kotoran degil yang sering terdapat pada baju sekolah anak anda seperti kotoran makanan dan minuman, daki di kolar dan lengan baju serta kesan muntah. 

Pakaian juga tidak akan berbau hapak jika direndam dalam air sabun ini. Anak anda pasti bersemangat memakai baju sekolah yang bersih dan wangi setiap hari.  

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Pembersihan dan Penyusunan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!