Keibubapaan

16 Sabun Basuh Baju Baby (Detergent) Terbaik 2026

Senarai 16 sabun basuh baju bayi terbaik di Malaysia, harga dari RM11.80, disemak 20 September 2026. Selamat untuk kulit sensitif dan ekzema bayi.


Editor · Updated 20 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

16 Sabun Basuh Baju Baby (Detergent) Terbaik 2026
Terbaik KeseluruhanOFFSPRING Baby Laundry Detergent
RM58.50See price at Shopee

Jawapan ringkas: sabun basuh baju bayi terbaik keseluruhan di Malaysia ialah OFFSPRING Baby Laundry Detergent, RM58.50 di Shopee Malaysia (harga disemak 20 September 2026). Ia sesuai untuk kulit sensitif dan mengandungi bahan yang menghalang bakteria pada pakaian. Jika bajet menjadi keutamaan, FIFFY Baby Laundry Detergent (2L) bermula pada RM21.52 adalah pilihan paling murah dalam senarai ini, manakala K-MOM Laundry Detergent (1.7L) lebih sesuai untuk bayi yang mengalami ekzema.


Sekarang ramai ibu bapa mula mengambil berat tentang bahan kandungan pencuci baju baby ketika membeli sabun basuh baju baby untuk pencucian pakaian anak mereka.

Kandungan

Ini kerana baby detergent merupakan salah satu barang baby yang memiliki ciri-ciri tertentu yang tidak terdapat pada sabun pencuci biasa.

Lebih-lebih lagi jika bayi anda menghidap ekzema atau mengalami kulit sensitif, pemilihan sabun basuh baju memang menjadi keutamaan peribadi.

Lagipun menggunakan sabun basuh baju baby untuk bayi baru lahir adalah wajib sekurang-kurangnya dalam tempoh satu tahun pertama.

Waktu ini bayi akan menunjukkan rekasi atau tindak balas tertentu terhadap semua produk barangan bayi yang digunakan ke atas mereka.

Jadi, untuk memudahkan kerja anda kami bantu menyenaraikan jenama sabun basuh baju baby dengan harga sabun basuh baju baby yang berpatutan.


Senarai 16 Jenama Sabun Basuh Baju Baby Terbaik

Terbaik untuk Isi Semula Jimat: Pigeon Baby Laundry Detergent Refill

Sesuai untuk ibu bapa yang sudah ada botol dan mahu jimat kos setiap kali membeli semula, guna teknologi Trap.Lift.Clean untuk tarik kotoran tanpa merosakkan fabrik atau kulit bayi.

Terbaik Keseluruhan 1 daripada 16
OFFSPRING Baby Laundry Detergent
Dari RM58.50
100% bahan mentah Biodegradasi
Tidak mengandungi bahan toksik
Harga mahal
2 lagi
Menggunakan bahan organik
Melembutkan fabrik

Sebab menjadi pilihan utama:

OFFSPRING Baby Laundry Detergent bukan saja menyegarkan pakaian dan sesuai untuk kulit sensitif tapi bahan yang terkandung dapat menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat pada pakaian.

Ciri-ciri:

Sabun baju baby ini mengandungi bahan Coconut-Derived Surfactants yang menghasilkan buih untuk menyingkirkan kotoran.

Terdapat juga bahan Eucalyptus Globulus yang berfungsi menyingkirkan bakteria dan kuman.

Ingin diingatkan juga, sabun baju baby ini tidak mempunyai bau wangi kerana untuk mengelakkan kulit bayi baru lahir merengsa akibat bahan kimia.

Lagipun sabun ini direka untuk bayi yang mengalami masalah kulit ekzema dan sensitif jadi selama untuk digunakan.

Kalau nak tengok sabun basuh baju baby review yang positif, inilah antara yang dapat banyak review positif.

Review:

“Memang mahal tapi kalau guna memang rasa puas hati. Anak pun tak ada masalah kulit lepas guna detergent ini.”

Price
RM58.50

Terbaik untuk Tanpa Pewangi: NUK Baby Laundry Detergent

Pilihan tepat bagi bayi yang mudah alah kepada bau kuat, kerana bebas fosfat dan pencerah optik yang boleh meninggalkan baki kimia pada fabrik.

fiffy baby laundry
Bajet Rendah 2 daripada 16
FIFFY Baby Laundry Detergent (2L)
Dari RM21.52
Mengandungi minyak pokok teh dan kayu putih
Tidak merengsakan kulit bayi
Tidak sesuai untuk kulit ekzema
2 lagi
100% bahan semulajadi
Harga murah

Bagi bayi yang tidak mengalami masalah kulit yang serius boleh menggunakan sabun baju ini.

Sabun baju daripada jenama Fify ini mengandungi minyak pokok teh dan minyak kayu putih dalam detergent yang dapat menghapuskan hama dan pepijat di setiap cucian.

Tambah pula, produk ini menggunakan 100% bahan semula jadi dan terbiodegradasi dimana tidak akan merengsakan kulit bayi yang lembut. 

Malah dirumus dengan kacang sabun semula jadi untuk pembersihan yang efektif dan deodaran yang lebih berkesan.

Paling penting, sabun ini bersifat anti sisa, pH neutral, bebas Klorinm Fostat dan Formalin sekaligus menjadikan detergent yang terbaik dan selamat.

Price
RM21.52

Terbaik untuk Semua Jenis Fabrik: Pureen Hypo-Allergenic Detergent Liquid

Berguna jika anda mencuci pakaian bayi bercampur dengan selimut atau lampin kain dalam satu basuhan, kerana ia bebas pewarna dan fosfat pada semua jenis fabrik.

Bahan Organik 3 daripada 16
APPLECRUMBY & FISH Baby Laundry Detergent
Dari RM67
Menyingkirkan kotoran dengan efektif
Bebas Paraben dan SLS
Harga mahal
2 lagi
Tiada pewangi tiruan
Bau wangi

Dengan Jus Daun Aloe Barbadensis Organik dan Ekstrak Lavandula Stoechas Organik, sabun ini dapat memberi aroma yang menyegarkan untuk seorang bayi.

Bahan sabun baju bayi ini di rumus dengan bahan semula jadi sepenuhnya, bebas Paraben dan SLS menjadikan sesuai untuk kulit yang sensitif.

Tambah pula, bebas pewarna, Fosfat, NPE, SLS, SLES, Formaldehid, Phthalates, Fosfat, Klorin, pencerah optik.

Jadi, anda tidak perlu risau kulit bayi anda merengsa atau naik ruam disebabkan alergi bahan sabun.

Paling penting dapat membersihkan kotoran dengan berkesan tanpa meninggalkan sisa susu, gris makanan, kotoran dan banyak lagi dengan mudah!

Price
RM67

Terbaik untuk Bayi Baru Lahir: Momo House Liquid Detergent

Sesuai untuk ibu bapa bayi baru lahir yang mahu satu produk yang membunuh kuman sekaligus mencerahkan pakaian putih tanpa perlu peluntur berasingan.

Saiz Besar Jimat 4 daripada 16
PUREEN A-B-D Liquid Detergent (4.8L)
Dari RM36
Dapat menyingkirkan kotoran dengan efektif
Sesuai untuk mesin basuh
Harga mahal
2 lagi
Menghilangkan bau busuk
Membasmi kuman

Sabun cuci baju dari Pureen ABD ini merupakan detergent menjadi pilihan ramai ibu bapa.

Ini kerana mempunyai Germicide yang berkesan untuk menyingkirkan kuman disebabkan kotoran makanan.

Malah dengan kombinasi Enzymes dapat membersihkan kotoran degil dan dengan campuran Anti-Depository yang dapat memberi pencucian yang efektif.

Selain itu, formulasi sabun ini kurang buih menjadikan mudah dicuci tidak kira apa jenis cucian.

Tapi untuk maksimum pencucian, sental sabun pada bahagian kotoran kemudian baru cuci dengan mesin basuh.

Price
RM36

Terbaik untuk Jaga Warna Pakaian: Pureen Kiddiwash Detergent with Softener (2000ml)

Pilihan baik untuk pakaian bayi bercorak dan berwarna terang, kerana diformulasikan supaya warna tidak pudar walaupun dibasuh kerap.

Bahan Semula Jadi 5 daripada 16
BUDS Baby Safe Laundry Detergent (1L)
Dari RM56.90
Menggunakan bahan semula jadi
Tidak mengandungi pewangi sintetik
Harga mahal
2 lagi
Mengandungi Jus Daun Aloe Vera Organik
Mengandungi Minyak Oren Organik

Bahan utama yang terkandung dalam sabun ini adalah Jus Daun Aloe Vera Organik dan Minyak Oren Organik.

Bahan ini dapat menjadikan pencucian yang berkesan dan lembut pada fabrik sekaligus tidak merengsakan kulit bayi.

Malah bahan ini mempunyai bau yang menyenangkan yang diperoleh daripada minyak pati organik. 

Paling penting tidak menggunakan pencerah optik, enzim, pewarna dan wangian sintetik.

Pihak mereka juga memperakui sabun baju bayi dari jenama mereka selamat, berkesan dan mesra alam.

Price
RM56.90

Terbaik untuk Wangi Lotus Lembut: Cute & Care Baby Anti-Bacterial Liquid Wash 1.8L

Untuk ibu bapa yang mahu haruman lembut tanpa mengorbankan keselamatan kulit, ini varian dari jenama Tesco FRED & FLO yang telah ditukar nama.

Kulit Ekzema 6 daripada 16
K-MOM Laundry Detergent (1.7L)
Dari RM57.75
Mengandungi 5 bahan organik
Detergen terbiodegradasi
Harga mahal
3 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif
Tidak merengsakan kulit
Cucian yang efektif

Sabun ini sesuai untuk bayi yang mengalami masalah kulit ekzema kerana kandungannya bebas daripada 10 bahan kimia berbahaya.

Antaranya Paraben, Phenoxyethanol atau bahan pengawet yang serupa, pewarna, minyak, Triethanolamine, Etanol, Benzyl alkohol, Surfaktan Sulfat, Talc dan Propylene Glycol.

Bahan utama ialah Surfaktan minyak benih iaitu Surfaktan yang berasal daripada tumbuhan.

Ciri ini menjadikan kuasa pembersihan yang efektif dan menghasilkan banyak buih yang sesuai untuk bayi.

Malah mengandungi 5 bahan organik (ekstrak daun Aloe Vera organik, Lavender, Chamomile, Centella Asiatica dan ekstrak teh hijau) yang mampu melindungi kulit sensitif bayi dan diperakui oleh USDA.

Sekaligus dapat melindungi kulit sensitif bayi daripada kerengsaan melalui kesan menenangkan kulit yang unggul dan kuasa pelembap.

Oleh kerana agen antibakteria ditambah, produk ini boleh melindungi kulit bayi daripada sentuhan langsung dengan kuman.

Price
RM57.75

Terbaik untuk Paling Wangi: BZU BZU Baby Laundry Detergent

Pilihan popular di kalangan ibu bapa Malaysia untuk tumpahan susu dan kesan air liur, dengan sistem enzim yang direka khas untuk kotoran bayi harian.

Anakku Detergent With Softener
Ada Pelembut Terbina 7 daripada 16
Anakku Detergent With Softener
Dari RM24
Bebas klorin
Harga murah
Tidak sesuai untuk kulit ekzema
2 lagi
Melembutkan kain
Bersifat anti-bakteria

Jenama Anakku sudah terkenal dalam dunia barangan bayi, daripada sabun mandian, pakaian dan cucian.

Bagi produk sabun baju baby, Anakku telah menggabungkan enzim yang menghilangkan kotoran degil.

Jadi sabun ini mempunyai ciri Surfaktan dan agen pembersihan menjadi lebih lembut berbanding cecair biasa sekaligus sesuai untuk kulit bayi yang halus.

Dengan penambahan pelembut pada sabun pakaian bayi ini juga dapat melembutkan pakaian secara tidak langsung.

Wangian yang terhasil dalam setiap cucian tidak akan merengsakan kulit bayi malah memberi kesegaran pada fabrik selepas dicuci.

Price
RM24

Terbaik untuk Bajet Rendah: FIFFY Baby Laundry Detergent (2L)

Pilihan paling murah dalam senarai ini bagi bayi yang tiada masalah kulit serius, mengandungi minyak pokok teh dan kayu putih untuk basuhan asas yang berkesan.

Magic101 Antibacterial Baby Laundry Detergent
Basuh Botol Susu 8 daripada 16
Magic101 Antibacterial Baby Laundry Detergent
Dari RM13.90
Harga murah
Anti bakteria
Tidak sesuai untuk kulit ekzema
1 lagi
Menyingkirkan kotoran

Pencuci pakaian bayi dari jenama Magic101 dirumus khas dengan formula anti-bakteria yang mampu membunuh 99.9% kuman.

Dalam masa yang sama, dapat menghilangkan bau dan kotoran pada pakaian. 

Jangan risau, sabun ini boleh digunakan untuk cucian merendam dan mesin basuh kerana kedua-dua proses cucian ini tetap dapat menanggalkan susu, sisa makanan, air kencing serta kotoran kuning yang degil.

Walaupun murah tapi sabun basuh baju bayi ini tidak mereputkan fabrik malah melembutkan dan mengimbangkan pH.

Paling penting, sabun basuh untuk baby ini tidak mengandungi pewarna dan Fosfat.

Price
RM13.90

Terbaik untuk Bahan Organik: APPLECRUMBY & FISH Baby Laundry Detergent

Untuk ibu bapa yang mengutamakan bahan semula jadi sepenuhnya, diformulasikan dengan jus lidah buaya organik dan ekstrak lavender organik.

Nappikleen Anti-Bacterial Liquid Wash
Kulit Sensitif 9 daripada 16
Nappikleen Anti-Bacterial Liquid Wash
Dari RM23.16
Harga murah
Anti-bakteria
Tidak sesuai untuk kulit ekzema
2 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif
Tidak merengsakan kulit bayi

Kami yakin, kalangan anda yang baru bergelar ibu bapa jarang dengar jenama ini tapi percayalah, sabun baju baby ini antara yang terbaik.

Ini kerana Nappikleen Anti-Bacteria Liquid Wash mengandungi Enzim Duo yang menghilangkan kotoran yang paling degil.

Malah, mampu membunuh 99.9% bakteria melalui agen antibakteria yang dicampur dalam sabun.

Ciri ini juga menjadikan sabun ini berkesan menanggalkan kesan peluh dan membasmi kuman pada pakaian serta dapat beri perlindungan yang tahan lama.

Jika diikutkan agak kuat sifat sabun ini kerana mampu membunuh 99.9% bakteria tapi sabun ini tetap dapat mengekalkan kelembutan fabrik.

Bagaimanapun, sabun ini tidak sesuai bagi baby yang mengalami masalah kulit yang teruk seperti ekzema.

Price
RM23.16

Terbaik untuk Saiz Besar Jimat: PUREEN A-B-D Liquid Detergent (4.8L)

Botol 4.8L ini sesuai untuk keluarga yang kerap mencuci, dengan kombinasi germicide dan enzim untuk kotoran makanan yang degil.

BZU BZU Baby Laundry Detergent
Paling Wangi 10 daripada 16
BZU BZU Baby Laundry Detergent
BZU BZU
Dari RM13.70
Ada sistem Enzim
Mengandungi Surfaktan berasaskan kelapa
Bau mudah hapak jika lambat sidai
2 lagi
Ada Jus Aloe Vera Organik
Sesuai untuk kulit sensitif

Campuran pekat dirumus secara klinikal dengan sebatian Enzim kuat yang berfungsi hebat pada tumpahan susu, bekas air liur dan juga calitan najis.

Paling penting, sabun basuh baju bayi ini tidak meninggalkan kesan sabun atau kerosakan pada fabrik.

BZU BZU Baby Laundry Detergent tidak mengandungi bahan kimia kuat dan alergen biasa menjadikannya sangat lembut untuk kulit sensitif. 

Sabun ini juga mengandungi Jus Aloe Vera Organik untuk menenangkan kulit, ekstrak Kacang Sabun Asli untuk kuasa pembersihan yang unggul dan sistem Enzim menghilangkan kotoran dan bau yang degil. 

Turut mempunyai Surfaktan berasaskan kelapa yang lembut untuk bayi baru lahir dan sesuai untuk cuci tangan. 

Price
RM13.70

Terbaik untuk Bahan Semula Jadi: BUDS Baby Safe Laundry Detergent (1L)

Pilihan bagi kulit bayi yang sangat sensitif, menggunakan jus lidah buaya organik dan minyak oren organik yang lembut tanpa merengsakan kulit.

pureen kiddiwash
Jaga Warna Pakaian 11 daripada 16
Pureen Kiddiwash Detergent with Softener (2000ml)
Pureen
Dari RM27.90
Membunuh kuman dan menghilangkan bau busuk
Penjagaan warna
Tidak sesuai untuk kulit ekzema
2 lagi
Mencerahkan, memutih dan menyegarkan kain
Menghilangkan kotoran degil

Sabun basuh baju Pureen Kiddiwash Detergent with Softener adalah pilihan bagus untuk menjaga pakaian bayi anda dengan bau wangi. 

Ia membunuh kuman, menghilangkan bau yang tidak enak, menjaga warna pakaian, dan mampu menghilangkan kotoran yang degil. 

Dengan buih yang sedikit, ia mudah untuk dibilas dan sesuai untuk mesin basuh. 

Pakaian baby jadi lebih cerah, putih, dan berbau wangi!

Price
RM27.90

Terbaik untuk Kulit Ekzema: K-MOM Laundry Detergent (1.7L)

Direka khas untuk bayi yang mengalami masalah kulit ekzema, bebas daripada 10 bahan kimia berbahaya termasuk paraben dan pewarna.

cutte & care detergent
Wangi Lotus Lembut 12 daripada 16
Cute & Care Baby Anti-Bacterial Liquid Wash 1.8L
Cute & Care
Dari RM12.99
Menghilangkan bau busuk
Lembut pada tangan
Tidak selamat untuk kulit ekzema
2 lagi
Wangian yang berpanjangan & menenangkan
Untuk kotoran degil

Sebenarnya, Lotus's Cute & Care adalah berasal dari jenama Tesco FRED & FLO yang telah diberi nama semula. 

Kandungan dan kualiti premium produk ini kekal sama seperti sebelumnya.

Sabun basuh baju ini direka khas untuk lampin dan pakaian bayi, ia membunuh 99.9% kuman, menghilangkan bau yang tidak enak, lembut pada tangan, dan berbau wangi.

Untuk mencuci 5kg baju baby dengan mesin basuh, cukup guna satu penutup sahaja, sekaligus sabun ini menjimatkan wang anda.

Dengan formulanya yang pekat dan anti-bakteria, sabun ini meresap dengan berkesan ke dalam fabrik untuk menanggalkan semua kotoran pada baju baby.

Price
RM12.99

Terbaik Keseluruhan: OFFSPRING Baby Laundry Detergent

Pilihan seimbang antara kesan pembersihan dan keselamatan kulit, dengan bahan Coconut-Derived Surfactants dan Eucalyptus Globulus yang menghalang bakteria dan kulat pada pakaian.

pigeon baby laundry detergent
Isi Semula Jimat 13 daripada 16
Pigeon Baby Laundry Detergent Refill
Pigeon
Dari RM11.80
Membersihkan kotoran dengan teknologi Trap.Lift.Clean
Anti-bakteria
Perlukan botol untuk menyimpan sabun
2 lagi
Tidak menyebabkan iritasi
Murah

Sabun basuh baju bayi Pigeon Baby Laundry Detergent diformulasikan dengan teknologi unik Trap.Lift.Clean, mampu menarik dan mengelakkan kotoran tanpa merosakkan pakaian, mesin basuh, dan kulit anda. 

Selain itu, sangat berkesan dalam membersihkan najis, air kencing, serta kesan makanan dan buah-buahan. 

Dengan formula yang terinspirasi dari Jepun, ia menghasilkan buih yang sedikit, menjadikan proses bilasan lagi mudah terutamanya untuk cucian tangan. 

Pigeon Baby Laundry Detergent juga bebas paraben dan diformulasikan dengan bahan anti-bakteria yang selamat. 

Price
RM11.80

Terbaik untuk Ada Pelembut Terbina: Anakku Detergent With Softener

Sesuai jika anda mahu satu produk sahaja tanpa perlu tambah pelembut berasingan, daripada jenama tempatan yang sudah lama dipercayai untuk barangan bayi.

nuk sabun basuh baju baby
Tanpa Pewangi 14 daripada 16
NUK Baby Laundry Detergent
NUK
Dari RM61.90
Tidak mengandungi fosfat & pendarfluor
Bebas pencerah optik
Perlu basuh pakaian berwarna berasingan

NUK Laundry Detergent 1L tidak mengandungi fosfat, bahan pemutih fluoresen, dan pencerah optik, jadi lebih selamat untuk kulit bayi anda. 

Namun, pastikan anda menggunakan kuantiti yang sesuai untuk hasil pencucian yang lebih baik dan elakkan penggunaan berlebihan kerana ia boleh merosakkan mesin basuh.

Dengan NUK Laundry Detergent, pakaian bayi anda akan sentiasa bersih dan terjaga. 

Jangan lupa untuk menyimpan detergent ini jauh dari tangan anak-anak.

Price
RM61.90

Terbaik untuk Basuh Botol Susu: Magic101 Antibacterial Baby Laundry Detergent

Berguna untuk ibu bapa yang mahu satu sabun untuk pakaian dan juga peralatan bayi, dengan formula anti-bakteria yang membunuh 99.9% kuman.

Pureen HypoAllergenic Detergent HAD 1000ml-main-0.png
Semua Jenis Fabrik 15 daripada 16
Pureen Hypo-Allergenic Detergent Liquid
Pureen
Dari RM26.90
Tiada pewarna, peluntur, dan fosfat
Selamat dan sesuai untuk semua fabrik
Sedikit cair
1 lagi
Tanpa pewangi

Pureen Hypo-Allergenic Detergent Liquid boleh membersihkan hingga ke gentian fabrik, menjadikan pakaian lembut secara semulajadi dan berbau wangi. 

Selain itu, ia bebas daripada pewarna, pemutih, fosfat, pelembut fabrik, dan pewangi yang boleh menyebabkan iritasi kulit. 

Sabun ini selamat digunakan untuk semua jenis fabrik termasuk kapas, wol, sutera, linen, dan fabrik yang sensitif. 

Berfungsi dengan baik dalam air panas atau sejuk.

Price
RM26.90

Terbaik untuk Kulit Sensitif: Nappikleen Anti-Bacterial Liquid Wash

Jenama yang kurang dikenali tetapi berkesan untuk kulit sensitif, mengandungi Enzim Duo yang menghilangkan kotoran degil tanpa bahan kasar.

momo_house detergent
Bayi Baru Lahir 16 daripada 16
Momo House Liquid Detergent
Dari RM4.69
Membunuh kuman
Mudah dibilas
Perlukan botol penyimpanan
1 lagi
Melembutkan fabrik

Bagi yang masih mencari sabun basun baju baby yang boleh membunuh kuman, dapatkan je sabun basuh baju bayi Momo House Liquid Detergent.

Selain mampu membunuh kuman, sabun ini boleh mencerahkan pakaian dan menghilangkan 99% kesan kotoran.

Ia juga mengandungi enzim yang mampu menghilangkan kotoran yang degil, boleh melembutkan fabrik dan meninggalkan bau wangi pada pakaian selepas setiap cucian.

Jangan risau, sabun ini sesuai untuk kulit bayi yang sensitif kerana diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.

Price
RM4.69

Dikemas kini 20 September 2026: harga dan kandungan bahan disemak semula untuk semua 16 produk, ditambah panduan memilih dan soalan lazim.


Bagaimana Kami Memilih Sabun Ini

Kami menyemak 16 produk sabun basuh baju bayi yang dijual di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia pada 20 September 2026, membandingkan harga, kandungan bahan (bebas paraben, fosfat dan pewarna), dan sama ada ia sesuai untuk kulit sensitif atau ekzema. Kami tidak menguji setiap produk secara fizikal; senarai ini disusun berdasarkan kandungan bahan yang disahkan pengeluar dan harga pasaran semasa, bukan ujian makmal sendiri.

Panduan Memilih Sabun Basuh Baju Bayi

Semak jenis kulit bayi anda

Bayi dengan ekzema atau kulit sensitif memerlukan sabun bebas paraben, fosfat dan pewangi kuat; bayi tanpa masalah kulit boleh guna sabun basuh baju biasa yang lebih murah.

Perhatikan saiz botol berbanding kekerapan basuhan

Botol besar seperti 4.8L menjimatkan kos jangka panjang untuk keluarga yang kerap mencuci, tetapi botol kecil lebih sesuai jika anda mahu cuba jenama baharu dahulu.

Elakkan bahan kimia yang tidak perlu

Cari label bebas Klorin, Fosfat dan Formalin; bahan ini tidak menambah keberkesanan pembersihan tetapi boleh merengsakan kulit bayi yang halus.


Sepatutnya Basuh Baju Baby Guna Air Suam Atau Sejuk?

Sebenarnya dua-dua jenis suhu air boleh bergantung pada jenis cucian. 

Jika pakaian si comel terdapat banyak kotoran dan anda merasakan terlalu banyak bakteria, gunakan basuhan air suam atau panas untuk mematikan bakteria dan kulat pada pakaian.

Tapi tidak baik jika kerap membasuh pakaian baby menggunakan air panas kerana gusar mudah reput dan merosakkan fabrik.

Sebaiknya guna dengan air biasa cuma pastikan anda menggunakan detergent yang terbaik untuk kulit bayi anda.


Adakah Baju Bayi Perlu Dicuci Menggunakan Detergen Khas?

Bila masuk topik mencuci pakaian bayi, pertama sekali haruslah mengasingkan pakaian anda dan bayi supaya dapat mengelakkan alergi pada kulit halus bayi.

Seterusnya, pastikan anda guna detergent khas untuk si comel terutama bayi baru lahir kerana kulit mereka halus dan sangat sensitif dengan bahan kimia.

Jadi, sebaiknya beli sabun baju baby yang dikhaskan untuk mereka dan basuh tanpa mencampurkan sabun lain atau bahan lain.

Seperti cecair antiseptik atau pewangi kerana larutan antiseptik mengandungi bahan kimia yang tidak serasi dengan kulit bayi.

Untuk pengatahuan anda juga, sabun basuh baju baby tidak berbau wangi yang kuat atau buih yang banyak kerana selalunya bahan yang terkandung adalah bahan semula jadi.


Adakah Anda Menggunakan Pelembut Pada Pakaian Bayi?

Sudah tentu anda ingin yang terbaik untuk bayi anda, termasuk dalam pemilihan pakaian yang selesa dan lembut untuk dipakai.

Tapi terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memutuskan sama ada untuk menggunakan pelembut atau tidak pada pakaian bayi anda.

  • Baca arahan penggunaan pelembut dengan teliti

Ini kerana banyak jenis pelembut yang tidak sesuai untuk digunakan pada pakaian bayi anda, jadi pilihlah jenis pelembut yang sesuai.

Selain itu, pastikan anda mencuci pakaian dengan air mengalir setelah menggunakan pelembut.

  • Lihat kandungan pelembut pakaian bayi

Walaupun ia boleh membuatkan pakaian bayi anda lebih lembut dan wangi, tapi terdapat kandungan dalam pelembut yang boleh menyebabkan alahan pada kulit bayi anda.

  • Fikirkan adakah anda perlu gunakan pelembut

Pakaian bayi yang baru biasanya sudah cukup lembut dan selesa untuk dipakai, terutama jika anda mencuci pakaian tersebut dengan sabun yang lembut dan air suam.

Selalunya pelembut pakaian hanya memberikan kelembutan sementara pada pakaian bayi anda.

Jadi, pastikan anda sentiasa mencuci pakaian bayi anda dengan baik dan menggunakan sabun yang sesuai supaya ia sentiasa bersih dan selamat untuk dipakai.

Jadi, sebelum menggunakan pelembut pada pakaian, pastikan anda mempertimbangkan semua faktor ini. 



Sabun Basuh Baju Apa Yang Sesuai Untuk Bayi Ekzema?

K-MOM Laundry Detergent (1.7L) dan OFFSPRING Baby Laundry Detergent dalam senarai ini bebas daripada paraben, pewarna dan bahan pengawet yang biasa mencetuskan ekzema. Elakkan sabun berpewangi kuat dan sentiasa bilas pakaian bayi dengan sempurna sebelum dipakai.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation