Keibubapaan

12 Jenama Botol Susu Terbaik untuk Bayi 2026 (Newborn ke atas)

12 botol susu bayi terbaik di Malaysia, harga disemak 10 Sept 2026. Pilihan ikut jenis puting, anti-kolik dan bajet, termasuk Comotomo RM94.90.


Editor · Updated 10 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

12 Jenama Botol Susu Terbaik untuk Bayi 2026 (Newborn ke atas)

Jawapan ringkas: Antara 12 botol susu terbaik di Malaysia, Comotomo Baby Bottle 250ml/8oz (RM94.90 di Shopee Malaysia, harga disemak 10 September 2026) kekal pilihan popular kerana badan silikonnya yang lembut seperti kulit ibu dan mudah dipicit untuk kurangkan kolik. Jika bajet anda lebih rendah, semak 11 pilihan lain dalam senarai di bawah mengikut penerimaan puting (latch) dan keperluan bayi anda.

Kebiasaannya bagi pasangan yang baru menimang cahaya mata pertama pasti tercari-cari brand botol susu terbaik atau jenis botol susu yang sesuai.

Kandungan

Malangnya, tak semua anak kecil terima puting botol susu dan sesuai dengan semua brand botol susu di pasaran.

Jadi, kami bantu anda senaraikan harga dan jenama botol susu recommended dengan harga yang berbaloi.

Tak perlu pening lagi untuk cari jenis puting botol susu atau puting botol susu yang sesuai untuk bayi anda di pasaraya.

Berikut merupakan senarai botol susu baby terbaik mengikut review atau ulasan ibu bapa lain.


Senarai 12 Botol Susu Terbaik

Hegen PCTO - Basic Starter Kit PPSU
Botol susu terbaik secara keseluruhan 1 daripada 12
Hegen PCTO - Basic Starter Kit PPSU
Dari RM229.90
Mudah dikendalikan
Puting seakan puting si ibu
Harga mahal
1 lagi
Boleh dijadikan bekas simpan susu ibu

Sebab menjadi pilihan utama:

Set pakej Hegen ini kategorikan sebagai basic starter kit namun ia sebenarnya cukup untuk permulaan bayi baru lahir kerana saiz botol yang disediakan tidak terlalu besar dan sesuai untuk newborn.

Ciri-ciri:

Terdapat beberapa pilihan saiz iaitu 2oz, 5oz, 8oz, 11oz cuma dalam set ini hanya dilengkapi dua saiz sahaja iaitu saiz 5oz dan 8oz.

walaupun harganya mahal, tetapi botol ini boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Ini kerana selain dijadikan sebagai botol susu, bahagian puting botol boleh ditutup dengan penutup untuk dijadikan bekas simpanan susu. 

Oleh itu, jika anak anda tidak lagi menyusu botol, anda boleh jadikan ia sebagai bekas simpanan makanan ringan seperti bijirin, serbuk susu atau air minuman.

Botol susu Hegen ini direka dengan bentuk petak dan ia boleh dikendalikan dengan sebelah tangan sahaja.

Hanya menggunakan konsep Press-to-Close dan Twist-to-Open. Mudah bukan?

Review:

"Rekaan botol ini lain daripada yang lain. Memang betul, botol ini boleh handle guna satu tangan je. Sebelah tangan lagi boleh dukung anak. Kerja jadi senang."

Botol susu terbaik untuk bayi yang lahir pramatang (preemie)
Botol susu anti colic 2 daripada 12
Philips Avent Natural Bottle (2oz)
Philips Avent
Dari RM29.50
Mempunyai sistem anti-colic
Sangat mudah untuk dicuci
Ruang simpanan hanya 2oz

Produk bayi dari jenama Philips Avent ini tidak asing lagi di pasaran Malaysia.

Kini, Avent mengeluarkan rangkaian produk terbaru sesuai untuk bayi yang lahir secara pramatang.

Puting susu botol yang direka khas ini dapat mengawal pengeluaran susu secara perlahan-lahan dan sedikit untuk mengelakkan si kecil tersedak susu.

Puting botol yang lebar dan menyerupai puting susu badan ibu akan membuatkan anak anda tidak keliru semasa menyusu.

Dengan bentuknya yang ergonomik, bayi anda yang berusia 1 bulan sudah boleh memegang botol untuk minum dengan sendirinya.

Botol susu untuk bayi pramatang 3 daripada 12
Japlo Biberon Feeder (Special Need Bottle)
Japlo
Dari RM157.98
Disahkan oleh SIRIM dan CE
Bebas BPA
Hanya untuk bayi istimewa

Jenama botol susu Japlo ini direka khas untuk membantu bayi yang mempunyai masalah.

Misalnya sumbing, bayi pramatang, Pierre Robin Syndrome (PRS), Down Syndrome, chromosomal abnormalities, neuromuscular weakness, cardiac weakness. mental handicap dan cerebral palsy (CP).

Walaupun bayi anda menghisap dengan perlahan, tapi masih dapat menolak keluar susu melalui puting yang direka khas.

Rekaan puting yang lebar dan besar sesuai untuk susu masuk ke dalam rongga mulut bayi anda tanpa membuatkan si kecil tersedak.

Jangan risau jenama Japlo telah disahkan oleh SIRIM dan CE dimana botol susu ini selamat digunakan.

Botol susu newborn 4 daripada 12
MAM Easy Start Anti-Colic Newborn Baby Bottle (4.5oz/130ml)
MAM
Dari RM39.90
Mudah dikendalikan
Bebas BPA
Tidak boleh dijadikan botol simpan susu
1 lagi
Puting botol seakan puting payudara

Bagi ibu yang sibuk, pasti anda akan mengalami kekangan masa ketika mengepam susu ibu.

Susu ibu boleh bertahan sehingga 3-5 hari jika disimpan dengan baik.

Botol ini akan memudahkan kerja anda dengan menyediakan susu segar untuk anak.

FIFFY memperkenalkan botol yang direka untuk menyimpan susu ibu yang kedap udara, supaya ia tidak mudah tumpah.

Si kecil boleh minum dari botol selepas susu dipanaskan.

Tidak ada bahaya yang terlibat dengan menggunakan botol ini, kerana bahan yang terkandung di dalamnya tidak berbahaya.

Original Mimijumi Baby Feeding Bottle
Botol susu seakan puting ibu 5 daripada 12
Original Mimijumi Baby Feeding Bottle
Dari RM84.50
Mempunyai puting seakan payudara si ibu
Mudah dikendalikan
Tidak sesuai masuk dalam microwave
2 lagi
Mudah dicuci
Harga mahal

Anak-anak yang sedang membesar dan sudah mula tumbuh gigi susu akan mula menggigit puting ibu semasa menyusu.

Jika anda tidak tahu cara mencari botol susu yang sesuai untuk bayi anda, botol susu keluaran Mimijumi ini sesuai.

Si kecil tidak akan menolak untuk minum dari botol ini kerana bentuk dan teksturnya menyerupai puting ibu.

Ia bebas daripada Phthalates dan BPA, menjadikannya alat peralihan yang sempurna daripada susu badan kepada susu botol.

Pigeon Wide Neck PPSU Nursing Bottle
Botol susu untuk anak 2 tahun 6 daripada 12
Pigeon Wide Neck PPSU Nursing Bottle
Dari RM70
Tahan lasak
Mempunyai sistem Air Ventilation
Tidak sesuai masuk dalam microwave
1 lagi
Bebas BPA

Botol susu jenama Pigeon ini mempunyai puting SofTouch™ Peristaltic PLUS yang diperbuat daripada 100% silikon, sangat lembut dan fleksibel.

Jadi, pergerakan lidah si manja ketika menghisap susu bergerak secara semula jadi dan lebih lancar.

Paling penting, sistem Air Ventilation pada botol ini dapat mengurangkan pengambilan udara yang menyebabkan bayi perut kembung.

Selain itu, botol susu ini diperbuat daripada Polyphenylsulfone (PPSU)  dimana mempunyai rintangan haba yang tinggi dan tahan lasak.

Saiz botol mempunyai tiga saiz 5oz, 8oz dan 11oz serta mempunyai corak yang menarik untuk si manja anda.

Tommee Tippee Newborn Bottle (9oz150ml)-1
Botol susu terbaik untuk anak 1 tahun 7 daripada 12
Tommee Tippee Newborn Bottle (9oz/150ml)
Tommee Tippee
Dari RM48.90
Bebas BPA
Mempunyai isipadu yang banyak
Tidak sesuai untuk bayi newborn

Botol susu jenama Tommee Tippee ini mempunyai puting botol yang lembut untuk bayi dan berbentuk seakan-akan puting payudara.

Puting jenis ini dapat memberi keselesaan dimana ibu tidak lagi perlu menyusukan si kecil sepenuh masa.

Selain itu, aliran susu yang perlahan pada puting dengan injap yang sensitif dapat menyekat aliran udara luar yang berlebihan sekaligus mengelakkan anak kembung perut.

Paling penting, botol susu ini dijamin bebas BPA dimana bayi selamat menggunakannya tanpa perlu risau bahan kimia yang berbahaya. 

Botol susu ini juga dapat menyimpan susu sebanyak 270ml atau 9oz disamping sangat ringan dan mudah dipegang.

Terdapat tanda ukuran dalam unit milimeter dan ounces bagi memudahkan pengiraan jumlah susu yang diperlukan.

Comotomo Baby Bottle 250ml8oz-1
Botol susu kecil 8 daripada 12
Comotomo Baby Bottle 250ml/8oz
Comotomo
Dari RM94.90
mempunyai ultra wide neck
Boleh dipanaskan dalam microwave
Tidak sesuai untuk newborn
1 lagi
Mudah dicuci

Comotomo baby bottles direka menyerupai puting ibu dimana dapat mengurangkan penolakan botol.

Selain itu, mempunyai ultra wide neck dimana memudahkan proses pencucian kerana hanya menggunakan tangan tanpa perlu berus.

Menariknya lagi, putingnya mempunyai dual anti colic vents yang dapat menghalang udara luar yang tidak perlu dan mengurangkan kembung perut.

Botol susu ini dilengkapi straw sesuai untuk melatih bayi berusia 3 bulan dan 6 bulan minum air dengan mudah.

Mematuhi sepenuhnya piawaian FDA dan CPSIA  dan mudah untuk dibersihkan.

Jangan risau botol susu ini bebas BPA.

He Or She Antibacterial Ultra Wide Neck Baby Bottle-1
Botol susu mahal 9 daripada 12
HeOrShe Antibacterial Ultra Wide Neck Baby Bottle
HeOrShe
Dari RM115
Bebas BPA
Mudah dibersihkan
Harga mahal

Botol susu mahal dari jenama HeOrShe mempunyai ciri yang berlainan daripada botol susu lain.

Ini kerana material digunakan adalah silikon pada bahagian badan botol menjadikan tidak keras dan lembut apabila dipegang.

Rekaan botol ini tahan lasak, tidak mudah calar cuma tahap kepanasan tahan sehingga 180℃/356℉.

Jika dilihat pada bahagian penutup botol, kelihatan sangat unik dan mudah untuk ditanggalkan walaupun menggunakan sebelah tangan.

Aliran susu puting seperti payudara si ibu bagi membantu mengelakkan dari bayi tersedak dan mengelakkan kembung perut.

Jangan risau, botol ini sudah pun dapat pengesahan dari SIRIM dan FDA.

botol susu anti tersedak
Botol susu puting lembut 10 daripada 12
Botol Susu Tiffany Teats
Tiffany Baby
Dari RM55
Mudah dibersihkan
Tidak berkerat
Harga sedikit mahal
1 lagi
Tahan lasak

Ramai ibu bapa mempunyai masalah anak-anak mereka tidak mahu minum dari botol tersebut. Gantikan Botol Susu Tiffany Teats hari ini!

Botol susu yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan direka untuk membantu ibu bapa menyelesaikan masalah anak tersedak susu.

Reka bentuk puting lebar dan sesuai untuk lelaki dan perempuan. Material lembut dan tahan lasak.

Tambah lagi, ia mudah dicuci dan tidak berkerak serta tahan panas sehingga 208°C.

Terdapat dalam dua saiz iaitu 8oz & 4oz. Jangka hayat penggunaan sehingga 2 tahun.

botol susu bayi untuk travel
Botol susu ppsu terbaik 11 daripada 12
Pigeon PPSU Wide Neck Nursing Bottle
Pigeon
Dari RM6
Sistem Pengudaraan Udara (AVS™)
Puting Peristaltik PLUS SofTouch™
Kurang sesuai untuk bayi setahun ke atas
1 lagi
Tahan haba

Botol penyusuan jenama Pigeon ini mempunyai puting Peristaltik PLUS SofTouch™ untuk memastikan bayi menerima susu ibu walaupun mereka tiada berdekatan.

Puting ini diperbuat daripada 100% silikon dan sangat lembut dan fleksibel, membolehkan pergerakan lidah yang semula jadi dan lancar.

Menariknya lagi, botol ini mempunyai ciri Sistem Pengudaraan Udara (AVS™) yang boleh mengurangkan pengambilan gas, penyebab kolik pada bayi.

Botol ini diperbuat daripada bahan Polyphenylsulfone (PPSU) dengan rintangan haba yang tinggi dan ketahanan yang sangat baik, dan bebas BPA serta mudah dipegang.

Dilengkapi dengan penutup dan puting kalis haba.

Terdapat dalam tiga saiz berbeza, dan sesuai untuk newborn sehingga bayi 6+ bulan ke atas.

Kami nasihatkan anda untuk menggunakan dua atau lebih puting secara berselang-seli dan menukar puting setiap 3 bulan.

NUK Smooth Flow Anti-Colic Wide Neck Bottle
Botol susu wide neck 12 daripada 12
NUK Smooth Flow Anti-Colic Wide Neck Bottle
Dari RM45
Mempunyai sistem anti-colic
Bebas BPA
Sampai umur bayi 18 bulan sahaja
2 lagi
Selamat mesin basuh pinggan mangkuk
Puting menyerupai bentuk puting susu ibu

Reka bentuk ini adalah edisi khas NUK dengan bentuk puting unik untuk membantu bayi mengawal kadar aliran semasa menyusu.

Diperbuat daripada poliamida yang ringan, bebas daripada bahan berbahaya serta tidak berbau.

Leher botol susu baby yang lebar juga mudah dibersihkan dan selamat untuk mesin basuh pinggan mangkuk.

Dengan tapak lebar, cengkaman botol susu juga lebih stabil dan selamat.

Menariknya lagi, botol susu ini mempunyai penunjuk kawalan yang berubah warna daripada biru (sejuk) kepada putih apabila suhu terlalu panas.

Jadi ibu bapa boleh menyusu anak dengan selamat dan tidak perlu titiskan lagi susu pada telapak tangan.


Tips Beli Botol Susu

“Nak beli botol susu yang macam mana ye?”

Itulah persoalan yang sering bermain dalam fikiran ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata.

Jika tidak pun, ada yang main sebat je beli asalkan ada rupa botol susu. A BIG NO, NO MOMMY DADDY!

Jom kami bantu anda menyelesaikan masalah tips beli susu botol yang betul.

  • Bebas BPA

BPA adalah bahan kimia yang berbahaya kerana jika terdedah pada air atau makanan, bahan kimia akan meresap ke dalam tubuh.

Kemudian, akan mengakibatkan kesan buruk pada kesihatan terutama sekali pada bayi.

Antara kesan buruk jika botol susu tidak bebas BPA adalah:

  1. Kanser payudara
  2. Kanser prostat
  3. Obesiti
  4. Penyakit jantung
  5. Kencing manis
  • Puting susu

Jika dilihat dengan teliti, banyak sebenarnya jenis puting yang ada di pasaran.

Cuma, apa yang kami sarankan adalah memilih botol susu yang mempunyai puting susu yang menyerupai puting si ibu supaya bayi tidak mengalami nipple confuse.

Kemudian, ambil tahu kelajuan aliran susu yang keluar pada puting sama ada sesuai atau tidak dengan umur semasa si manja.

Bagaimanapun, terdapat 3 jenis kelajuan puting susu iaitu:

  • Aliran perlahan, sesuai untuk bayi baru lahir sehingga usia 6 bulan
  • Aliran sederhana, sesuai untuk bayi usia 6 bulan sehingga setahun
  • Aliran laju, sesuai untuk si manja berusia setahun ke atas.

Tapi, kami sarankan jika mommy fully breastfeed, guna saja puting susu aliran perlahan.

Bukan apa, aliran puting si ibu perlahan jadi jika si manja sudah merasa puting susu aliran laju, gusar mereka akan menolak terus puting si ibu.

  • Harga

Disebabkan botol susu perlu ditukar sekitar 3 hingga 6 bulan, sebaiknya beli botol susu yang memiliki harga sesuai dengan bajet anda.

Elakkan membeli botol susu yang membebankan untuk tujuan menunjuk-nunjuk atau mengikut trend.

Paling penting, beli botol susu dan puting yang sesuai dengan usia anak dan selesa apabila menghisap susu.

Semoga 3 tips ini beri manfaat buat para ibu bapa di luar sana.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Botol Susu?

Antara kelebihan botol susu ialah memudahkan ibu bapa memberi susu kepada bayi mereka.

Botol susu juga disertakan dengan puting yang direka khusus untuk bayi, jadi lebih mudah untuk mereka minum susu dengan selesa dan selamat.

Ibu bapa dapat mengukur jumlah susu yang mereka berikan kepada bayi dan botol susu mudah dibawa ke mana-mana.

Tapi kekurangan botol susu ialah risiko kolik pada bayi.

Kolik adalah keadaan di mana bayi mengalami kembung perut, gas, dan ketidakselesaan perut.

Botol boleh menyebabkan bayi menghisap udara semasa minum, yang boleh menyebabkan kolik.

Namun, ibu-ibu usah risau kerana banyak botol susu baby dilengkapi teknologi anti-kolik.

Pastikan botol dibersihkan dengan betul untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.


Cara Untuk Bersihkan Botol Susu

Ibu bapa perlu bersihkan botol selepas setiap penggunaan untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.

Selain itu, botol juga boleh disterilkan sekali setiap 2-3 minggu dan gantikan botol susu setiap beberapa bulan untuk keselamatan si kecil.

Ikuti je langkah di bawah untuk bersihkan botol susu;

  1. Tanggalkan semua bahagian botol susu.
  2. Tuangkan sabun pencuci dalam bekas dan rendamkan bahagian botol selama 5 minit.
  3. Gosok setiap bahagian dengan berus cuci botol susu dan bilas dengan air bersih yang mengalir.
  4. Lepas cuci tak perlu lap dan letak botol di rak pengering botol susu.

Kalau ibu nak tau cara hilangkan kerak di botol susu, boleh lihat video ni.


Berapa Lama Jangka Hayat Botol Susu?

Mungkin ramai ibu bapa beranggapan, selagi botol susu anak tak retak, tak pecah dan boleh digunakan, selagi itu terus dipakai.

Tapi sebenarnya botol susu anak ada tarikh luput dimana selepas 3 bulan harus ditukar bagi mengelakkan toksik botol terbebas dan menjejaskan kesihatan si manja.

Tempoh 3 bulan ini diguna pakai untuk semua jenis botol tidak kira sama ada yang murah atau yang mahal.

Lebih-lebih lagi jika botol tersebut mempunyai kesan calar pada bahagian dalam dan luar serta warnanya berubah kekuning-kuningan.

Manakala, botol susu yang bebas BPA jangka hayatnya lebih lama dimana boleh digunakan selama 3 hingga 6 bulan.

Jadi sebaiknya, pilihlah botol susu anak bebas BPA supaya duit anda jimat dan kesihatan anak pun lebih terjamin.

Apa pun, jom layan video berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang jangka hayat botol susu.


Soalan Lazim

Apakah jenama botol susu yang paling mahal?

Dalam senarai kami, Hegen PCTO Basic Starter Kit PPSU antara yang paling mahal berbanding botol biasa kerana reka bentuknya boleh digunakan semula sebagai bekas simpanan makanan, bukan sekadar botol susu. Harga jenama premium seperti ini biasanya bermula sekitar RM100 ke atas, berbanding botol asas yang boleh didapati bawah RM30.

Apakah botol susu yang sama dengan puting ibu?

Botol dengan puting lebar (wide neck) seperti Philips Avent Natural dan Pigeon PPSU Wide Neck direka meniru bentuk puting payudara ibu supaya bayi tidak keliru semasa bertukar antara menyusu badan dan botol. Ciri ini penting terutamanya untuk bayi yang masih dalam peralihan penyusuan campuran.

Apakah kebaikan susu S26 untuk bayi berusia 0 hingga 6 bulan?

S26 ialah jenama susu formula bayi, bukan botol susu, jadi kandungan pemakanan dan kesesuaiannya mengikut umur bayi perlu disemak terus pada label produk atau bersama doktor anak anda. Panduan ini fokus kepada perbandingan botol susu sahaja, bukan formula.

Apakah jenama botol susu terbaik untuk bayi?

Tiada satu jenama yang sesuai untuk semua bayi kerana penerimaan puting (latch) berbeza mengikut anak. Antara jenama paling popular di Malaysia ialah Tommee Tippee, Philips Avent, Pigeon dan Comotomo; senarai penuh 12 pilihan kami di atas disusun mengikut ciri seperti anti-kolik, saiz puting dan bajet.


Artikel Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation