Percaya atau tidak, bayi juga boleh mengalami masalah sembelit atau kesukaran membuang air besar.
Antara punca masalah ini timbul jika apabila bayi anda diberi minum susu formula atau disebabkan makanan tertentu.
Jadi, bagi mengelakkan dari bayi anda terkena sembelit, kami senaraikan beberapa jenis susu elak sembelit.
Tapi apa pun, minta nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum beri pada si kecil kerana setiap bayi mempunyai antibodi berbeza.
Senarai 10 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Sembelit 2023
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama;
Susu dari Novalac ini sesuai untuk bayi berusia setahun ke atas yang memerlukan pencernaan lebih baik.
Ciri-ciri;
Ini kerana campuran protein dapat mempercepatkan penghadaman serta mengoptimumkan kekerapan pembentukan najis 1-2 kali sehari.
Malah dengan kandungan magnesium yang tinggi dapat merangsang regangan dan pengecutan otot usus.
Maksudnya, bahan tersebut dapat menarik jumlah air yang sepatutnya ke dalam usus si kecil untuk pembentukan najis yang lebih lembut supaya mudah sewaktu proses membuang.
Terdapat juga karbohidrat susu yang mengandungi Bifidogenic dimana dapat memberi kesihatan pada usus.
Jika anak anda mengalami kesukaran membuang atau ingin mengelakkan dari sembelit, susu ini adalah pilihan yang tepat.
Review:
“Setakat ni anak saya tak ada masalah sembelit dan nampak dia aktif sangat,”

Susu formula keluaran Similac ini diformulasi dengan 2’-FL sangat sesuai untuk memberi keselesaan terutamanya kepada perut sensitif.
Dengan kandungan 98% bebas laktosa atau rendah laktosa dapat membantu si manja anda mengurangkan masalah perut sensitif.
Untuk pengetahuan, 2’-FL mengandungi kandungan protein yang telah disahkan secara saintifik senang dihadam berbanding susu lembu.
Malah, dapat bukan sahaja memberi perlindungan terhadap badan si bayi tetapi dapat juga mengurangkan masalah risiko alahan.
Menariknya lagi, Similac Total Comfort Plus mempunyai Eye Q System dimana 10 bahan nutrien unik digunakan untuk perkembangan otak si comel anda.
Antara nutrien tersebut ialah vitamin E semula jadi, iodine, DHA, lutein, choline, selenium, taurine, vitamin B1/B9/B12, zat besi dan ARA.

Susu formula Frisolac Comfort sesuai untuk bayi berusia 0-12 bulan.
Jadi jika anda mempunyai masalah susu badan pada awal kelahiran si kecil, sebaiknya guna susu ini untuk elak sembelit.
Bukan itu saja, susu ini dapat mengatasi masalah penghadaman seperti kolik, muntah dan sembelit.
Ini kerana susu formula ini mengandungi nutrien penting seperti Linoleic Acid, 5 jenis nucleotides dan carob bean (serat tebal).
Untuk pengetahuan anda, serat tebal ini mampu menolong bayi yang mengalami masalah penghadaman.

Susu formula Anmum Essential Gol Step 3 ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 1-6 tahun.
Jika anda ingin elakkan atau sedang mengalami sembelit, susu ini adalah pilihan tepat.
Ini kerana susu formula ini membekalkan FOS dan Inulin yang berfungsi sebagai serat makanan untuk bakteria baik dalam usus serta menyokong persekitaran usus yang baik.
Sekaligus dapat menyokong nutrien dengan efektif dan beri perkembangan sistem pertahanan badan dengan baik.
Lagipun dengan rumusan 15 nutrien penting termasuk protein tinggi, kalsium, vitamin D dan zink dapat menyokong tumbesaran dan perkembangan anak.
Ditambah pula dengan kandungan DHA dan vitamin A yang tinggi, susu ini dapat memberi penglihatan yang baik untuk mereka.


Jika dilihat bahan yang terkandung dalam susu ini tidak hairanlah mengapa harganya mahal.
Rumusan yang berasaskan tumbuhan dan diperkaya dengan nutrisi dan vitamin lengkap menjadikan sesuai untuk kanak-kanak alergi dengan susu lembu.
Susu ini tidak mempunyai tenusu, laktosa, soya, gluten, telur, kacang atau gula tambahan.
Tapi mengandungi millet, quinoa dan beras perang dimana sesuai untuk kanak-kanak berusia setahun hingga 6 tahun dan vegetarian.
Malah dengan kandungan prebiotik FOS dan serat, sangat bagus untuk kesihatan usus dimana membantu penghadaman si kecil jadi lebih lancar.
Jadi jika bayi anda mengalami masalah sembelit dan kolik, susu ini adalah pilihan yang tepat kerana susunya mudah dihadam.

Walaupun S-26 Fold Progress mempunyai Nutrilearn System iaitu nutrien yang direka khas untuk pembelajaran, tumbesaran dan perkembangan si kecil.
Tapi, susu formula ini bagus juga untuk sistem penghadaman si kecil kerana mengandungi Oligofructose.
Kandungan ini dapat membantu meningkatkan jumlah bakteria baik untuk usus dan melembutkan najis supaya proses pembuangan lebih mudah.
Sekaligus anak anda tidak mengalami kesukaran berak atau sembelit.
Ditambah pula dengan kandungan 2’-FL yang mengandungi prebiotik dapat menyokong imunisasi badan si comel.

Susu formula ini sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 6 bulan kerana kandungan susu menepati piawaian oleh Australian Food.
Kandungannya telah diadun dengan asid lemak penting, vitamin dan mineral supaya dapat beri terbaik untuk si comel.
Ditambah pula sejenis Dominan Whey yang bermaksud memudahkan perut bayi melakukan proses penghadaman dengan sempurna.
Lagipun, susu Bellamy’s menggunakan bahan campuran organik yang tiada pengawet atau perasa.
Ini menunjukkan susu ini dapat memberi nutrisi yang cukup dan seimbang untuk bayi anda.

Susu Dumex Mamex Cherish ini mengandungi prebiotik dan serat untuk membantu bayi yang mengalami masalah sembelit.
Untuk pengetahuan anda, prebiotik dapat membantu kesihatan usus dan juga memastikan pergerakan usus dalam keadaan baik.
Prebiotik yang dicampurkan ke dalam serbuk susu ini telah dipatenkan di peringkat Antarabangsa GOS / IcFOS.
Ditambah pula dengan kandungan yang kaya dengan vitamin penting seperti A, C, D, E, zink, kalsium dan iron untuk perkembangan dan tumbesaran mereka.
Dengan susu ini, si bayi dapat membesar dengan baik tanpa ada sebarang masalah sembelit dan nutrisi yang cukup.

Susu Lactogrow dirumus dengan kebaikan probiotik L. Reuteri dimana dapat membantu dalam meningkatkan keselesaan perut.
Ini dapat menjamin si kecil dapat menyerap nutrien pada tahap optimum kerana pergerakan usus mereka dalam keadaan baik.
Bagi ibu bapa di luar sana ingin mengelakkan anak anda dari mengalami masalah sembelit, kami sarankan guna susu formula ini.
Ditambah pula dengan kandungan DHA, kalsium dan mineral yang banyak dapat menyokong pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
Bagaimana Hendak Mengenali Situasi Anak Sembelit?
Bayi tidak terkecuali menghadapi masalah kesukaran membuang air besar.
Masalah ini sering terjadi apabila si manja minum susu formula yang sukar dicerna.
Tapi jangan risau, masalah ini mudah untuk diatasi jika menggunakan cara yang betul.
Cuma apa yang nak diketengahkan sekarang bagaimana hendak mengenali situasi si kecil sembelit.
Antaranya;
- Bayi lemah dan tidak aktif seperti selalu.
- Tekstur najis bayi keras dan berdarah.
- Bayi tidak mahu menyusu seperti biasa.
- Perut bayi kelihatan menegang, buncit dan keras.
- Bayi tidak membuang dalam tempoh 5 hingga 10 hari.
- Bau najis dan kentut bayi berbau sangat busuk daripada biasa.
- Bayi dalam keadaan melengkung ke belakang dan menangis kerana proses pergerakan usus sukar sehingga mengakibatkan meneran najis kelihatan sukar.
Apabila si kecil mengalami masalah ini, apa yang anda perlu lakukan adalah urutan perut.
Jom saksikan langkah mengurut bayi yang betul mengikut praktikal yang ditunjukkan dalam video dibawah.
Cara Bancuh Susu Bayi Sembelit
Cara bancuhan susu mesti disediakan mengikut sukatan, sebab itu lah cara bancuhan ada di setiap belakang tin.
Air bancuhan pula mestilah berada pada suhu 70 darjah selsius iaitu suhu optimum untuk membunuh bakteria dan tidak merosakkan nutrisi susu.
Apabila cara bancuhan salah, serba sedikit akan mengganggu kesimbangan garam galian dalam darah bayi.
Jadi, gunalah susu formula sembelit terbaik sekalipun, ini tidak akan mengurangkan sembelit si comel.