Keibubapaan

10 Susu Formula Coklat Terbaik Malaysia 2026 (Penuh Nutrisi)

10 susu formula coklat terbaik di Malaysia, harga disemak 21 Sep 2026. Pilihan terbaik: PediaSure Chocolate, dari RM102, sesuai untuk 1-10 tahun.


Editor · Updated 21 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Susu Formula Coklat Terbaik Malaysia 2026 (Penuh Nutrisi)

Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan kami untuk susu formula coklat di Malaysia ialah PediaSure Chocolate, dari RM102.00 (harga disemak 21 September 2026). Ia sesuai untuk ibu bapa yang mahukan jenama yang sudah lama dipercayai dengan rasa coklat yang disukai kanak-kanak.

Mungkin ada antara anak kecil tidak gemar dengan rasa susu asli kerana rasanya terlalu plain kurang enak.

Kandungan

Tapi ibu bapa di luar sana jangan risau kerana terdapat alternatif lain iaitu beri susu berperisa seperti perisa coklat paling sedap.

Lagipun khasiat susu coklat sama seperti susu biasa yang dapat beri manfaat untuk kesihatan.

Jadi jika anda mencari jenama formula susu coklat terbaik untuk kanak-kanak, jom lihat senarai di bawah.


Senarai 10 Formula Susu Coklat

Terbaik Tanpa Gula Tambahan: Suffy B Genius Coklat

Suffy B Genius Coklat
Susu coklat tanpa gula 1 daripada 10
Suffy B Genius Coklat
Suffy B Genius
Dari RM28.90
Tanpa gula tambahan
Dirumuskan dengan formulasi B3
Sukar didapatkan di pasaran
1 lagi
Mempunyai tambahan prebiotik

Suffy B Genius Coklat direka khas untuk kanak-kanak berusia 4, 5, dan 6 tahun, menyediakan rasa yang lazat dan khasiat untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka. 

Formulasi B3 yang canggih ini mengandungi DHA penting untuk membantu fungsi kognitif, serta prebiotik seperti FOS dan Manna untuk mempromosikan sistem pencernaan yang sihat. 

Selain itu, turut diperkaya dengan vitamin dan mineral penting, Suffy B Genius Coklat memastikan anak anda mendapat nutrien yang diperlukan tanpa gula tambahan, membantu mereka kekal sihat dan kuat.

Terbaik Untuk Anak 4-6 Tahun: Fernleaf 4-6 years Kids Milk Formula Chocolate

Fernleaf 4-6 years Kids Milk Formula Chocolate
Susu tepung coklat terbaik 2 daripada 10
Fernleaf 4-6 years Kids Milk Formula Chocolate
FERNLEAF
Dari RM20.30
Mengandungi vitamin A, C dan E
Harga murah
Bukan untuk 3 tahun ke bawah
1 lagi
Menyokong tumbesaran anak

Susu tepung rumusan Fernleaf untuk kanak-kanak ini direka untuk peringkat umur 4-6 tahun. 

Ia merupakan pilihan terbaik untuk menyokong perkembangan anak anda. 

Formula khusus ini diperkaya dengan nutrien penting, termasuk 5x DHA* dan bundle Nutricare yang penting untuk pertumbuhan kognitif dan fizikal. 

Sumbernya dari ladang tenusu terbaik New Zealand, susu Fernleaf berasal dari lembu yang diberi makan rumput dan dibesarkan oleh keluarga petani berdedikasi dengan lebih dari satu abad kepakaran. 

Menggunakan sistem pertanian canggih, ternakan lembu-lembu ini adalah piawaian tertinggi dalam pemakanan tenusu, menyediakan susu segar dan tulen untuk anak anda. 

Dengan Fernleaf, anda boleh yakin bahawa anak anda menerima pemakanan berkualiti, penuh dengan kebaikan yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.

Terbaik Untuk Anak 2 Tahun: Susu Kambing Coklat Hana Goat Milk

HANA GOAT'S MILK PERISA COKLAT
Susu coklat 2 tahun 3 daripada 10
Susu Kambing Coklat Hana Goat Milk
Mommy Hana
Dari RM79
Tidak hamis
Tidak menggunakan gula putih
Tidak sesuai kanak-kanak bawah 2 tahun
2 lagi
Tekstur halus senang larut
Tidak menyebabkan sembelit

Susu kambing premium ini diformulasikan khas agar tidak berbau atau terasa hamis walaupun ianya daripada susu kambing, memberikan rasa coklat yang kaya dan halus seperti minuman coklat panas kegemaran anda. 

Teksturnya yang halus memastikan ia mudah larut dalam air panas dan sejuk, menjadikannya pilihan yang mudah untuk bila-bila masa. 

Susu Kambing Hana bukan sahaja lazat tetapi juga lembut dan memudahkan sistem pencernaan serta mengelakkan sembelit. 

Diperkaya dengan makanan sunnah yang premium seperti saffron, susu ini menyokong kesihatan keseluruhan anak anda. 

Inilah produk keluaran Malaysia, Susu Kambing Hana telah menerima sijil MeSTI, memastikan kualiti dan keselamatannya yang tinggi.

Terbaik Untuk Bayi 1 Tahun: DUTCH LADY 1 2 3 Chocolate

Susu coklat bayi 1 tahun 4 daripada 10
DUTCH LADY 1 2 3 Chocolate
DUTCH LADY
Dari RM28.90
Harga murah
Kandungan DHA tinggi
Tidak sesuai untuk newborn
2 lagi
Mengandungi 20 jenis vitamin
Sesuai hingga usia 3 tahun

Pengambilan nutrisi yang seimbang dan mencukupi adalah penting bagi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. 

Dengan susu Dutch Lady 123 berperisa coklat ini dapat bantu tumbesaran si kecil kerana mengandungi 5X DHA, protein, serta 20 vitamin yang lain.

Antara vitamin yang ada adalah mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium, iodin, vitamin A, B, D, selenium dan banyak lagi.

Tapi mengapa Dutch Lady 123 mengandungi 5X DHA? Ini kerana DHA merupakan salah satu komponen penting di dalam otak.

Terdapat juga kandungan protein yang berperanan bagi pertumbuhan serta memperbaiki tisu badan sekaligus sangat sesuai untuk si manja yang aktif.

Walaupun susu ini berperisa coklat tapi kandungan kalsium yang ada dapat membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Terbaik Untuk Anak 4 Tahun: Sustagen Kid 3+ - Chocolate Milk Formula Powder

Sustagen Kid 3+ - Chocolate Milk Formula Powder
Untuk Anak 4 Tahun 5 daripada 10
Sustagen Kid 3+ - Chocolate Milk Formula Powder
Dari RM169.03
Mengandungi DHA
Terdapat nutrien penting
Sukar didapati di pasaran
1 lagi
Sesuai hingga usia 6 tahun

Sustagen Kid 3+ merupakan susu berkhasiat yang dirumus secara saintifik oleh Mead Johnson untuk kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 6 tahun. 

Susu coklat ini mengandungi nutrien penting yang terdapat dalam 5 Kumpulan Makanan dari Piramid Makanan.

Malah terdapat juga kandungan serat (inulin) bagi membantu meningkatkan bifidobakteria usus yang dapat memastikan bahagian pencernaan dalam keadaan baik.

Selain itu mengandungi sumber nutrien penting misalnya protein, kalsium, zat besi dan pelbagai jenis vitamin yang lain.

Paling penting mempunyai kandungan DHA yang cukup bagi membantu tumbesaran badan perkembangan otak.

Terbaik Rasa Coklat Pekat: Dumex Dugro 3 - Chocolate

Dumex Dugro 3 - Chocolate
Rasa Coklat Pekat 6 daripada 10
Dumex Dugro 3 - Chocolate
Dari RM36.25
Mengandungi 21 vitamin
Kandungan DHA tinggi
2 lagi
Terdapat zat besi aktif
Harga murah

Pengeluaran susu coklat dari jenama Dupro ini menekankan khasiat zat besi aktif untuk si kecil.

Ini kerana mereka percaya zat besi dapat membentuk pembentukkan sel darah merah yang menyokong perkembangan fizikal.

Dalam masa yang sama, terdapat juga DHA yang tinggi untuk perkembangan otak dan dwi protein untuk tumbesaran si kecil.

Tambah pula, Vitamin C yang tinggi membantu penyerapan zat besi dan 99 peratus serasi dengan kanak-kanak.

Dugro sesuai untuk minuman harian si comel kerana mengandungi jumlah kalsium, vitamin dan mineral yang tinggi supaya kanak-kanak aktif dapat tenaga yang cukup setiap hari.

Terbaik Untuk Kalsium Tinggi: FERNLEAF Calciyum (900g)

FERNLEAF Calciyum (900g)
Susu calcium coklat 7 daripada 10
FERNLEAF Calciyum (900g)
FERNLEAF
Dari RM21.50
Rasa sedap
Kandungan kalsium tinggi
Mengandungi perasa
2 lagi
Mengandungi nutrien penting
Bagus untuk tumbesaran fizikal

Susu coklat dari jenama Fernleaf ini sangat bagus untuk kanak-kanak kerana dapat bantu mereka menjadi seorang yang produktif apabila melakukan aktiviti harian.

Susu ini diperbuat daripada lembu yang diberi makan rumput di New Zealand dan diproses menjadi serbuk susu.

Dalam kandungan susu Fernleaf ini terdapat kalsium yang tinggi untuk membina tulang dan gigi yang kuat.

Malah terdapat juga vitamin A yang berfungsi memberi kesihatan untuk mata dan vitamin D untuk bantu penyerapan kalsium.

Pihak mereka juga mencampurkan zat besi untuk pembentukan sel darah merah dan zink untuk pertumbuhan.

Walaupun mengandungi bahan perasa tapi mereka menggunakan bahan perasa yang telah dibenarkan.

Terbaik Untuk Susu Kambing: Wildan Susu Kambing Coklat

Wildan Susu Kambing Coklat
Susu kambing coklat 8 daripada 10
Wildan Susu Kambing Coklat
Dari RM54.58
Sesuai untuk alahan pada susu lembu/soya
Mampu meningkatkan imunisasi si kecil
Tidak sesuai untuk anak berusia 1 tahun ke bawah

Susu Wildan ini popular dalam kalangan ibu dan anak kerana mempunyai dua jenis untuk si ibu dan anak. Pilih saja!

Khasiat susu coklat untuk si manja, bantu menguatkan imunisasi badan serta menguatkan tulang dan gigi anak-anak kerana mengandungi kalsium yang tinggi.

Selain itu dapat membantu pertumbuhan otak, memperkuatkan daya ingatan dan bantu melancarkan sistem pencernaan si kecil supaya tidak mengalami masalah cirit.

Kandungannya mengandungi sirap Glukosa, Minyak Sayuran (Minyak Kelapa), Susu Kambing, Serbuk Koko, Fructooligosakarida (FOS), Ekstrak Malt dan Gula Nano.

Cara penyediaan pula sangat mudah, campurkan 3 skop (21g) dengan 150ml air suam, kacau sehingga serbuk larut dan sedia untuk diminum.

Terbaik Untuk Rasa Kurma: LAZZCHOCO Susu Kambing Coklat Kurma

LAZZCHOCO Susu Kambing Coklat Kurma
Susu coklat kurma 9 daripada 10
LAZZCHOCO Susu Kambing Coklat Kurma
Dari RM47.90
Pelbagai perisa
Bebas GMO

Susu dari jemama Lazz mempunyai pelbagai perisa untuk kanak-kanak antaranya vanila, strawberi, asli, kurma, coklat kurma dan orgamilk.

Kandungannya mengandungi 100% serbuk susu kambing, serbuk koko, ekstrak kurma hitam, ekstrak malt , glukos berasaskan non GMO, palm oil kernel dan sukrosa.

Disebabkan serbuk susu ini tidak mengandungi bahan GMO, jadi bersifat alkali dan sangat bagus jika anak anda mengalami beberapa masalah.

Antaranya cirit, kahak, demam, ekzema, alergi susu lembu, tidak ada selera makan dan tak ada selera makan.

Jangan risau, susu ini kurang manis dan sesuai untuk semua peringkat umur sekaligus dapat mengelakkan ketagihan gula di kalangan kanak-kanak.

Selain itu, koko membantu perkembangan minda & menajamkan daya tumpuan anak-anak, manakala malt membuatkan anda merasa kenyang lebih lama

Terbaik Keseluruhan: PediaSure Chocolate

PediaSure Chocolate
Terbaik Keseluruhan 10 daripada 10
PediaSure Chocolate
Dari RM102
Terdapat lebih 25 nutrien penting
Menggalakkan tumbesaran
Harga mahal
2 lagi
Meningkatkan antibodi
Menguatkan tulang

Sebab menjadi pilihan utama:

PediaSure merupakan suplemen pemakanan kanak-kanak yang dapat membantu menyediakan nutrisi yang lengkap dan seimbang.

Ciri-ciri:

PediaSure baharu ini mempertingkatkan sistem OptiHEIGHT yang mengandungi Arginine dan Vitamin K2 semula jadi.

Malah digabungkan dengan Kalsium dan 25 nutrien utama untuk menggalakkan perkembangan tulang yang lebih panjang dan kuat. 

Ini kerana kanak-kanak berusia 1-10 tahun sedang mengalami peningkatan yang ketara dalam perkembangan fizikal dan kognitif. 

Selain itu, Arginine bersama Triple Protein Complex dan 25 nutrien utama dapat mencetuskan pembebasan faktor pertumbuhan bagi menyokong pertumbuhan tulang yang lebih lama.

Ditambah pula dengan campuran Vitamin K2 semula jadi menggalakkan pemindahan kalsium ke dalam tulang sekaligus menyokong pertumbuhan tulang yang kuat.

Review:

“Anak saya tak makan sayur, buah jadi bagi susu ni untuk suplemen antibodi badan dia. Hasilnya memang kurang sakit.”


Pada Usia Berapa Anak Saya Boleh Minum Susu Berperisa?

Kami faham apabila ramai ibu bapa rasa gusar untuk beri si kecil susu formula berperisa seperti madu atau coklat.

Adakah beri kesan sampingan seperti pertumbungan tulang tidak baik, perut mereka bermasalah atau kandungan gula tidak sesuai.

Jadi kami menjengah portal Hello Doktor, seorang doktor mengulas tentang soalan ini.

Katanya, jika susu formula berperisa yang anda maksudkan memang dikhususkan pemberian bagi kanak-kanak seperti usia anak anda, maka tidak menjadi masalah.

Ini kerana kandungan khasiat susu formula berperisa adalah sama seperti susu formula cuma ditambah perisa atau jumlah gula yang dibenarkan.

Hal ini penting untuk anda memilih jenis susu yang sesuai dengan usia anak anda dan tidak menyekat pertumbuhan tulang atau tumbesaran si manja.

Apa pun jom kita lihat kesalahan membancuh susu formula supaya khasiat susu tepung dapat dikekalkan.


Nutrisi Susu Coklat Kepada Kanak-kanak

Susu coklat untuk kanak-kanak adalah cara yang baik untuk memberikan nutrien penting sambil memenuhi selera mereka.

Dipenuhi dengan vitamin dan mineral penting, susu coklat menyokong pertumbuhan dan perkembangan, menyediakan kalsium untuk tulang yang kuat, protein untuk perkembangan otot, dan DHA untuk fungsi kognitif.

Sesetengah susu coklat juga mengandungi prebiotik untuk membantu pencernaan dan mengekalkan usus yang sihat.

Dengan rasa coklat yang enak dan pekat, kanak-kanak lebih cenderung untuk menikmati dan mengambil minuman berkhasiat ini, memastikan mereka menerima nutrien yang diperlukan untuk gaya hidup yang sihat dan aktif.

Pilih susu coklat berkualiti tinggi yang bebas dari gula tambahan untuk memberikan anak anda minuman yang seimbang, lazat, dan berkhasiat.



Bagaimana Kami Memilih & Panduan Pilih Susu Formula Coklat Ini

Kami menyemak harga sebenar di Shopee dan Lazada Malaysia pada 21 September 2026, membandingkan saiz tin, julat umur yang disasarkan oleh setiap jenama dan bilangan jualan sebelum memasukkan mana-mana susu ke dalam senarai ini.

Untuk memilih susu formula coklat yang sesuai, semak julat umur pada label tin, bandingkan harga per 100g supaya tidak terkeliru dengan saiz tin yang berbeza, dan cuba tin kecil dahulu untuk pastikan anak anda selesa dengan rasanya sebelum beli tin besar.

Soalan Lazim Susu Formula Coklat

Susu formula coklat yang mana terbaik untuk kanak-kanak?

Pilihan bergantung pada umur anak dan citarasa masing-masing; PediaSure Chocolate popular untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 10 tahun, manakala Fernleaf dan Sustagen direka khas untuk kumpulan umur 3 hingga 6 tahun.

Berapa harga susu formula coklat di Malaysia?

Harga bermula dari sekitar RM35 untuk susu kambing coklat bersaiz kecil, sehingga RM100 ke atas untuk tin besar jenama antarabangsa seperti PediaSure atau Fernleaf (harga disemak 21 September 2026).

Adakah susu formula coklat sesuai untuk semua peringkat umur?

Setiap jenama formula coklat direka untuk julat umur tertentu, jadi sentiasa semak label pada tin dan pilih yang sepadan dengan umur anak anda sebelum membeli.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation