Ramai pakar kanak-kanak menyarankan para ibu menyusu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 3 hingga 6 bulan. Semakin hari, bayi semakin membesar dan memerlukan banyak vitamin dan zat untuk tumbesaran. Susu adalah salah satu sumber penting untuk tumbesaran bayi. Susu formula tambahan boleh disulami dengan susu ibu dan makanan pejal yang lain setelah bayi berusia 12 bulan ke atas.
Bolehkah bayi berumur 12 bulan ke atas diberi susu formula?
Jawapannya boleh. Jika para ibu merasakan wujudnya keperluan susu tambahan atau alternatif kepada bayi, susu formula dapat membantu seadanya. Antara sebab-sebab wujudnya keperluan susu formula diberi kepada bayi seperti berat badan bayi tidak bertambah mengikut kadar sepatutnya, kurang membuang air kecil, sering letih atau cerewet dan sesi penyusuan badan agak sekejap atau terlalu lama.
Memilih susu formula yang sesuai adalah satu keperluan yang harus dititikberatkan. Bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh memberi risiko kepada bayi, ibubapa hendaklah mengambil tahu jenis-jenis susu yang sesuai untuk diberi kepada bayi. Lihat senarai produk dibawah bagi susu formula sesuai untuk si kecil;
Sampel percuma Dutch Lady

Kedua-dua formula Dutch Lady 123 dan 456 are diformulasikan untuk membantu anak anda yang sedang membesar untuk mencapai tahap kesihatan optimum. Berminat? Daftar di link ini dan dapatkan susu formula Dutch Lady Percuma.
Dapatkan sampel percuma Dutch Lady!
11 Susu Formula Untuk Bayi Berusia 1 Tahun
Table of Contents

Friso Gold 3 diformulasikan untuk membantu proses tumbesaran anak anda. Bukan itu sahaja, menurut review para ibu bapa, formula ini adalah sama seperti formula Friso yang lain di mana ia mudah untuk dicerna.
Formulanya direka khas untuk mudah dilarutkan hanya dengan suhu sederhana panas atau suam. Ini menjadikan penyediaannya mudah dan tidak perlu digoncang dengan banyak hanya untuk melarutkannya dengan tidak langsung mengelakkan daripada pembentukan gas.
Friso Gold 3 ini mengandungi nutrient penting seperti Vitamin D, Vitamin B6, Vitamin E & C, GOS, ZInc dan DHA. Semua ini bukan sahaja membantu proses tumbesaran malahan menguatkan lagi ketahanan badan.
- Untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun
- Bebas daripada fructose (gula) dan perisa
- Diformulasikan dengan lebih daripada 50 nutrient asas
Selain daripada mudah untuk dicerna, formula ini juga dikatakan mempunyai rasa yang lazat dan mudah untuk diterima oleh kanak-kanak.

Susu formula dari jenama produk makanan terkenal, Nestle adalah merupakan susu yang paling murah dan berkualiti tinggi di pasaran. Diformulasi dengan zat besi, susu ini sesuai diminum oleh bayi baru lahir sehingga berusia 12 bulan.
Ianya juga mengandungi nutrisi penting seperti Omega 3 & 6, DHA, Lactobacillus Reuteri, Taurine dan L-Carnitine. Terbaik untuk menjaga usus si kecil agar tidak mudah bermasalah.

Susu BebeGro™ mengandungi khasiat zat besi, protein, kalsium, Vitamin A, C dan E. Susu Bebegro Step 3 sesuai diberi untuk bayi 1 tahun dan ke atas kerana kandungan iodinnya tinggi yang diperlukan pada kelenjar tiroid. Kekurangan iodin boleh menyebabkan masalah kesihatan mental pada bayi.
Susu formula Bebegro ini tidak mengandungi sebarang gula sukrosa atau gula tebu. Gula berlebihan di dalam badan bayi boleh menjejaskan kesihatan terutamanya buat bayi yang kurang berat dan mempunyai kandungan gula tidak stabil di dalam badan.

Susu formula AptaGro™ diformulasi daripada gabungan ActiveDuoBio+™ dan nutrien penting lain yang menyokong tumbesaran badan bayi serta menggalakkan perkembangan otak si manja. AptaGro™ with ActiveDuoBio+™ mengandungi prebiotik GOS/lcFOS (9:1) dan probiotik B.breve M-16V untuk menambahkan kumpulan bakteria baik di dalam badan bayi.
Kandungan DHA di dalam susu Aptagro ini juga amat tinggi dan mencapai tahap kuantiti yang disyorkan oleh badan kesihatan antarabangsa. Nutrien seperti Vitamin A, C & D menyumbang ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi yang positif.

Bagi bayi yang berumur 1 tahun dan mempunyai masalah penghadaman makanan, susu formula Nestlé® NANKID® OPTIPRO® HA 3 ini sesuai dan selamat untuk diberi. Diformulasi dengan 100% protein gandum yang dihidrolisasi, ia membantu bayi mencerna dan menyerap protein dengan mudah. Susu Nankid Pro ini juga mengandungi lebih 100 juta probiotik yang membantu sistem penghadaman dan fungsi perut dan usus.

Susu berformula dari Enfalac ini terbaik untuk perkembangan otak si manja agar daya tumpu lebih berkesan. Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga mencapai usia 1 tahun, susu ini tidak berbau dan si kecil akan berasa selesa semasa meminumnya. Ianya juga menjaga sistem usus si kecil agar tidak mudah terkena sembelit atau cirit-birit.

Susu formula Pediasure berperisa coklat ini mempunyai nutrisi lengkap dan seimbang untuk membantu bayi mencapai tumbesaran optima. Dilengkapi dengan 25 nutrien utama dalam pemakanan yang diperlukan oleh bayi untuk perkembangan tulang yang kuat dan otot tisu lebih sihat.
Susu berperisa coklat ini menjadi kegemaran ibu bapa yang inginkan kepelbagaian rasa dalam memberi susu formula kepada bayi tercinta. Ianya juga disyorkan oleh pakar kesihatan kanak-kanak.

Bayi yang didiagnos dengan masalah g6pd ini akan lebih cenderung untuk sensitif pada kekacang yang hadir di dalam pemakanan. Diterbangkan khas dari Holland, susu Frisolac Step 1 yang tidak mempunyai kandungan soya ini sesuai dan sekaligus selamat untuk bayi 1 tahun yang mempunyai masalah penyakit demam kuning.
Dengan mengandungi nutrien prebiotik, DHA dan AA yang menyokong sistem pencernaan serta penghadaman bayi. Vitamin B6 & C, zat besi dan zink yang ada di dalam kandungan susu Frisolac ini juga bagus untuk tumbesaran bayi.

Kandungan Prebiotics Oligosaccharide Mixture GOS/lcFOS di dalam susu formula Dumex Mamil ini telah dipaten dan mendapat pengiktirafan antarabangsa untuk membantu proses penyahtinjaan bayi. Ia membantu melegakan masalah bayi yang menghadapi sembelit. Susu Mamil ini juga mengandungi kandungan DHA yang tinggi untuk menyokong tumbesaran bayi dengan optimum.

Susu ibu memang tiada tandingan dan pastinya terbaik untuk bayi. Melalui teknologi, susu formula l ini adalah antara susu premium yang boleh para ibu berikan sebagai alternatif kepada bayi yang berumur 1 tahun ke atas.
Susu S26 ini mengandungi DHA, Choline dan Lutein yang baik untuk pertumbuhan kognitif anak. Ia juga mempunyai oligofruktosa yang mengandungi khasiat prebiotik elok untuk perut bayi.

Bagi menyelesaikan masalah si kecil kurang berat badan ideal, ibu bapa boleh mencuba susu formula Similac Gain Plus Gold Step 3 ini. Kehadiran Vitamin E dan minyak sayuran di dalam formula susu membantu melindungi lemak seperti DHA dari mudah teroksida serta menyerap nutrien yang diperlukan dengan efisien.
Kehadiran kalsium dan vitamin D pula menguatkan gigi serta tulang sekaligus membuatkan bayi membesar dengan kuat serta menambah berat badan ideal mengikut had berat bayi pada ketika itu.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!