Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Susu Formula Untuk Bayi Pramatang Malaysia 2024

Pastikan susu yang sesuai untuk bayi pramatang membesar normal.

Bayi pramatang dikategorikan apabila kandungan dilahirkan sebelum cukup 37 minggu.

Menurut portal MyHealth, di Malaysia lebih kurang 8% bayi dilahirkan pramatang dan memerlukan penjagaan rapi untuk tumbesaran yang sihat.

Jadi untuk menjaga si comel yang lahir sebelum waktunya memang susah lebih-lebih lagi pemilihan susu formula.

Bagaimanapun, tidak semua susu formula bayi sesuai dan anda perlu memilih susu untuk bayi pramatang.

Jadi kami mudahkan anda dengan bantu menyenaraikan susu formula untuk bayi pramatang terbaik untuk bayi anda.


Senarai 7 Susu Formula Untuk Bayi Pramatang

Susu pramatang terbaik secara keseluruhan
Abbott
Semak SIMILAC Neosure harga dibawah:
add_circle Mengandungi DHA dan AHA
add_circle Bantu tambah berat badan
add_circle Mengandungi OptiGro
add_circle Harga murah
remove_circle Bertahan untuk sebulan atau kurang

Sebab menjadi pilihan utama:

Mengandungi kalori tinggi untuk pertumbuhan dan kaya dengan kalsium serta fosforus untuk pertumbuhan tulang bayi.

Ciri-ciri:

Susu bayi untuk pramatang dari Similac ini mengandungi DHA, AHA dan vitamin E, Lutien dan Nukleotida bagus untuk tumbesaran si kecil.

Malah kandungan protein, tenaga, vitamin dan mineral dalam susu ini lebih banyak berbanding susu bayi jenama lain.

Jadi bagus untuk perkembangan otak, mata dan perkembangan bahagian lilitan kepala bayi.

Review:

Harga murah lepastu baby pun tak ada cirit-birit ke apa, alhamdulillah berat anak pun naik dengan jayanya.”

Susu formula untuk tambah berat badan bayi
Nestlé
Semak Nestle Pre Nan Preterm Stage 1 (400g) harga dibawah:
add_circle Membantu tumbesaran.
add_circle Mengandungi karbohidrat & protein.
add_circle Mengandungi DHA, ARA & minyak MCT.
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi lactose intolerant

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), doktor menasihati agar ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang sentiasa memastikan bayi mereka mendapat jumlah kalori dan nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran. 

Susu Pre NAN® merupakan susu formula khas untuk bayi pramatang yang dilahirkan kurang daripada 37 minggu atau dilahirkan kurang daripada 2.5 kg. 

Susu ini dapat dapat melengkapi keperluan untuk tumbesaran bayi sehingga 4kg. 

Kandungan protein dan karbohidrat untuk tenaga serta DHA, ARA dan minyak MCT adalah suplemen yang dapat memberi kesan positif kepada si kecil. 

Bagaimanapun ibu bapa dinasihatkan agar merujuk paediatrician bagi tempoh terbaik untuk memberikan anak susu ini.  

Susu s26 untuk bayi pramatang
S-26
Semak S26 SMA GOLD Step 1 harga dibawah:
add_circle Mampu meningkatkan berat badan
add_circle Mengandungi lebih 9 vitamin bagus
add_circle Terdapat DHA & AA
remove_circle Harga mahal

Susu premium S26 SMA Gold Step 1 ini mengandungi alpha-lactalbumin yang diperkaya dengan protein Whey dari lembu yang baik untuk tumbesaran bayi. 

Diformulasi dengan pelbagai nutrisi tambahan yang berkhasiat seperti AA dan DHA.

Khasiat ini sangat diperlukan untuk perkembangan otak serta lutein dan choline untuk tumbesaran bayi.

Walaupun harganya sedikit mahal tapi sangat bagus untuk kesihatan dalam tempoh panjang untuk si comel. 

Susu bayi paling murah
DUMEX
DUMEX Dupro Preterm
Semak DUMEX Dupro Preterm harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mengandungi DHA dan AA
remove_circle Sukar dapat dipasaran

Kebanyakan susu formula untuk bayi pramatang pasti harga mencecah RM50 ke atas.

Tapi tidak untuk jenama Dupro dan walaupun harganya murah tidak bermakna kualitinya tidak setanding dengan jenama lain.

Kandungannya mengandungi DHA dan AA yang dapat menyokong tumbesaran si comel.

Selain itu mengandungi nutrisi penting seperti kalsium dan IcFOS yang bagus untuk tulang.

NUTRICIA NEOCATE LCP 400G
Semak Nutricia Neocate LCP 400G harga dibawah:
add_circle Direka untuk bayi alergi susu lembu
add_circle Tidak mengandungi bahan terlarang
add_circle Sesuai untuk bayi sensitif
remove_circle Sukar dapat di pasaran

Jika bayi pramatang anda mengalami masalah alergi dengan susu lembu, jangan risau kerana Nutricia Neocate direka khas untuk bayi anda.

Kandungan utama diperbuat daripada asid amino yang mudah dicerna dan tidak menyebabkan si comel alergi.

Malah, dalam kandungan susu ini tiada gula, pewarna atau perasa tambahan menjadikan sangat bagus untuk bayi pramatang.

Susu ini juga sesuai jika bayi anda mengalami masalah kolik atau acid reflux.

Susu formula untuk bayi kuning
Enfamil
enfamil premature
Semak Enfamil NeuroPro EnfaCare Premature Baby Formula Milk harga dibawah:
add_circle Menguatkan tulang
add_circle Bantu perkembangan otak
add_circle Menambahkan berat badan
remove_circle Harga mahal

Nutrisi dalam susu formula Enfamil NeuroPro ini mengandungi DHA, vitamin D & C, MFGM dan minerals.

Semua nutrisi ini sangat bagus untuk kesihatan si comel, antaranya:

  • Meningkatkan berat badan si bayi di usia pramatang.
  • Bantu perkembangan otak.
  • Menguatkan tulang.
  • Meningkatkan imunisasi badan.

Selain itu, protein lemak yang dicampur bersama MFGM dan DHA adalah rumusan yang ada pada susu ibu.

Susu ini juga telah disyorkan oleh kebanyakan pediatrik untuk bayi yang pramatang dan ada masalah kuning atau jaundice

Susu bayi tanpa gula
Nestle
susu formula untuk bayi pramatang
Semak Nestle Lactogen Step 1 (1.3kg) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk bayi 0-12 bulan
add_circle Mengandungi kultur probiotik
add_circle Meningkatkan fungsi usus
add_circle Membantu dalam perkembangan tulang & gigi
add_circle Mengandungi DHA & RHA
remove_circle Sukar mendapatkan produk di pasaran

Nestlé Lactogen Step 1 adalah formula susu bayi yang sesuai untuk bayi dari 0 hingga 12 bulan. 

Susu formula ini mengandungi probiotik yang meningkatkan fungsi usus dan pencernaan, kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat, serta zat besi untuk pembentukan sel darah merah.

Malah, formula ini mengandungi DHA dan ARA yang membantu dalam perkembangan otak dan mata yang sihat. 

Dengan susu formula ini, ibu bapa boleh memberikan nutrisi terbaik kepada bayi mereka dalam tempoh penting pertumbuhan awal. 


Berapa Banyak Bayi Pramatang Minum Susu?

Untuk pengetahuan, semua anggota bayi pramatang adalah bersifat tidak cukup bulan dan memang lain daripada bayi yang dilahirkan matang.

Penjagaannya bergantung pada tahap pramatang seseorang bayi, tetapi tetap memerlukan penjagaan rapi.

Antaranya pemantauan tahap gula dalam badan, pembekalan nutrisi yang mencukupi di mana memerlukan susu formula sebagai nutrisi tambahan pada peringkat awal umurnya.

Untuk penerangan lebih lanjut, jom tonton video di bawah.


Bilakah Susu Formula Boleh Digunakan Sebagai Alternatif Susu Ibu?

Sebenarnya susu ibu adalah susu terbaik untuk si kecil supaya tumbesarannya sempurna.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan untuk berikan penyusuan susu badan selama 6 bulan pertama kehidupan si comel.

Ini kerana penyusuan susu ibu menawarkan beberapa kebaikan bukan sahaja kepada bayi dan ibu sendiri.

Tapi, jika si ibu mengalami beberapa masalah, perlulah diberikan susu formula.

Antara masalah yang boleh dialami oleh si ibu adalah:

  • Bayi mengalami nipple confuse.
  • Si ibu mengalami masalah kesihatan.
  • Susu si ibu tidak mampu menampung demand si kecil.
  • Si ibu perlu makan ubat yang tidak sesuai untuk proses penyusuan demi kesihatan.
  • Bayi dan si ibu perlu duduk berasingan selepas tempoh berpantang atas beberapa faktor.

Cuma ingin diingatkan, pastikan susu formula yang diberikan sesuai untuk si comel.


Artikel Berkaitan

End of Article