Kami yakin tak semua orang yang baru bergelar ibu bapa sedar tidak boleh menggunakan sebarang sabun atau syampu pada bayi baru lahir.
Ini kerana kulit bayi lebih sensitif dari kulit orang dewasa dan bahan yang ada dalam sabun bayi juga berbeza dengan sabun biasa.
Lagipun tujuan utama sabun bayi adalah untuk mempertahankan kelembapan semulajadi kulit bayi, mencegah iritasi atau alergi serta memperbaiki tekstur kulit mereka.
Jadi bagi mereka yang baru saja memegang tanggungjawab ibu bapa, pastikan anak anda pakai shampoo bayi terbaik supaya kulit mereka tidak rosak.
Jom lihat shampoo bayi yang bagus untuk anda review dengan harga yang berbaloi.
Senarai 11 Shampoo Mandi Bayi Yang Bagus
Table of Contents
Sebab menjadi pilihan utama:
Sabun ini mempunyai tekstur lembut dan menjadikan mudah untuk membersihkan tanpa perlu mengeringkan.
Ciri-ciri:
Sabun syampu terbaik ini diformulasi dengan bahan tidak memedihkan mata, bebas sabun dan pH seimbang.
Kemudian, diperkaya dengan gliserin dan panthenol bagi membantu menyuburkan kulit bayi yang halus.
Bagi ibu bapa yang risau kulit anak mereka rosak atau iritasi akibat bahan sabun, sebaiknya gunakan sabun ini sebagai permulaan.
Review:
“Walaupun anak tak ada masalah kulit sensitif tapi guna juga syampu ni sebab bagus kalau ada ruam ke gatal,”
SEBAMED sangat terkenal dengan bahan yang bebas alkali sekaligus dapat menjaga kulit kepala anak anda.
Dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko kekeringan terutama bagi bayi yang mempunyai kulit ekzema.
Dengan ekstrak chamomile, syampu ini dapat mengurangkan iritasi dan melembutkan kulit kepala anak anda tanpa perlu menggunakan bahan esktra untuk memulihkan kulit si comel.
Bebas dari bahan yang membahayakan kulit si kecil jadi tak perlu risau, selamat untuk digunakan untuk semua jenis kulit.
Rambut anak anda akan tumbuh dengan sempurna dan lembut.
Sabun ini mempunyai tekstur lembut dan menjadikan mudah untuk membersihkan tanpa perlu mengeringkan.
Diformulasi dengan bahan tidak memedihkan mata dan buih rendah menjadikan sangat sesuai untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak.
Jadi jangan pelik jika anda guna sabun ini pada badan si comel, sabun ini tidak akan mengeluarkan bau dan buih kerana memang direka tekstur begini.
Malah, diperbuat dengan jus aloe vera organik, calendula dan minyak bunga chamomile, yang berkesan untuk menenangkan dan melembapkan kulit bayi.
Bukan saja sesuai untuk bayi dan kanak-kanak tapi sesuai untuk ibu mengandung dan wanita juga yang mempunyai masalah kulit sensitif.
Sabun ini menggunakan bahan pembungkusan mesra alam dan bahan sabun yang bagus untuk rambut bayi terutama rambut jenis keriting.
Jangan risau, sabun ini tidak membuatkan mata si comel pedih walaupun bahan yang terkandung 99% antibakteria.
Selain itu, sabun ini dapat menanggalkan kerak putih yang ada pada kepala bayi anda yang baru lahir.
Drypers Baby Head To Toe diperkaya dengan campuran semula jadi bahan buah-buahan dan ekstrak inti oat menjadikan si comel berasa segar dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Ekstrak bahan buah-buahan secara semula jadi berasal daripada tomato, lemon, anggur dan bliberi yang berkesan melembapkan kulit dan rambut bayi.
Malah, dengan multi-vitamin yang ada pada ekstrak buah dapat meningkatkan kilauan dan kelembutan pada rambut supaya mudah untuk disikat.
Cara penggunaan mudah saja, ratakan sabun secara perlahan-lahan pada kulit dan rambut si comel sehingga berbuih kemudian bilas dengan air.
Mengandungi Fruito-E+ yang diperbuat daripada ekstrak lemon, anggur, tomato dan bilberi.
Ekstrak ini dapat melembutkan dan melembapkan kulit dan rambut si comel.
Selain itu, syampu ini dapat melembapkan kulit dan menyuburkan rambut agar kelihatan lebat dan sihat.
Jangan risau, bahan campuran yang digunakan tidak memedihkan mata si kecil.
Tekstur sabun dari Anakku ini lembut kerana dirumus khas dengan bahan aloe vera, vitamin E dan pro-vitamin B5.
Semua bahan ini dapat menenangkan, melembapkan dan melindungi kulit serta rambut bayi anda yang halus.
Jangan risau, bahan campuran yang digunakan tidak memedihkan mata si kecil walaupun kaya dengan buih.
Disebabkan kaya dengan buih, jadi sabun ini sangat bagus dalam pembersihan dan sesuai untuk semua kulit bayi yang normal.
Campuran bahan pada sabun ini diperkaya dengan yogurt semulajadi sekaligus dapat melembapkan kulit dan melembutkan rambut bayi.
Sabun ini dapat menjadikan rambut dan kulit si comel bersinar dan kelihatan sihat dan segar.
Terdapat bauan sensasi yang menyegarkan iaitu vanila, epal, mangga, rasberi dan gula-gula getah.
Buih yang terhasil pada sabun ini menambahkan lagi keseronokkan si comel ketika mandi.
Paling best, sabun ini sesuai untuk kegunaan dewasa jadi anda boleh mandi berseronok dengan si manja.
Shampoo 2-dalam-1 dari Applecrumby ini tidak mengandungi bahan sulfat atau paraben walaupun dikhaskan untuk membersihkan badan dari kepala hingga kaki.
Ditambah pula dengan 100% Aloe Vera Organik dan Chamomile Evening Primrose Peach dan Shea Butter dapat menjadikan kulit bayi rasa sangat lembut dan dapat mengekalkan kelembapan semula jadi mereka.
Shampoo terbaik ini juga boleh mengurangkan masalah jerawat kerana mengandungi jus aloe vera yang tinggi antioksidan bagi membantu mengurangkan kemunculan jerawat dan mengurangkan keradangan kulit seperti psoriasis dan dermatitis.
Manakala kandungan Evening Primrose dapat mengatasi masalah eczema jadi jika bayi anda ada masalah kulit sensitif sangat disarankan menggunakan sabun ini.
Syampu ini diperkaya dengan pelembap semula jadi semulajadi untuk menghidratkan, menenangkan kulit dan menyejukkan rambut bayi anda.
Kandungan syampu yang ringan & formula 'Tear-Free' yang tidak merengsakan mata atau kulit bayi.
Mengandungi Pro-Vitamin B5 dan Vitamin E yang memberikan penjagaan tambahan untuk rambut, kulit kepala serta kulit bayi yang halus.
Menjadikan kulit dan rambut bayi selembut sutera dan lebih anjal. Cukup ringan untuk kegunaan harian dan sesuai untuk orang dewasa juga.
Pencuci Kepala hingga kaki bayi jenama ini bebas sulfat dan sangat lembut untuk kulit dan rambut bayi anda tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit.
Diuji pakar dermatologi untuk melindungi kulit sensitif dan kelembapan kulit semula jadi.
Mengandungi Oubaku (kulit Phellodendron), daun pic dan ekstrak daun Artichoke yang membantu menenangkan kulit yang merengsa.
Selain itu, diperkaya dengan Vitamin E dan inositol (Vitamin B-Complex) yang memberikan kelembapan tambahan pada kulit dan mencegah kekeringan.
Bau produk ini sangat menenangkan dan membantu bayi tidur dengan nyenyak.
Bolehkah Orang Dewasa Menggunakan Syampu Bayi?
Jawapannya, orang dewasa boleh menggunakan syampu bayi.
Ini kerana syampu bayi diformulasikan dengan pH yang neutral dan bahan-bahan yang sesuai untuk kulit sensitif dan lembut, jadi selamat digunakan oleh bayi dan orang dewasa.
Selain itu, syampu bayi juga tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan boleh menyebabkan iritasi kepada kulit kepala anda.
Tapi, pastikan anda membaca label pada produk syampu bayi dan mencari bahan yang tidak mendatangkan alergik kepada kulit kepala anda.
Ikuti juga panduan penggunaan yang betul.
Jika anda memiliki masalah lain seperti kelemumur, kegatalan dan rambut gugur, sebaiknya gunakan syampu dewasa yang sesuai untuk menyelesaikan masalah anda.
Artikel Berkaitan
- Susu Formula Untuk Bayi Pramatang Malaysia
- Puting Untuk Bayi Baru Lahir (Newborn) di Malaysia
- Milk Booster Terbaik di Malaysia
- Biskut Baby Terbaik di Malaysia
- Sabun Basuh Baju Baby Terbaik
- Nipple Cream Terbaik
- 12 Losyen Baby Terbaik di Malaysia 2024 (Jenama Bagus)
- Sabun Mandi Bayi di Malaysia
- Termometer Bayi Yang Paling Bagus di Malaysia