Kulit bayi memerlukan penjagaan khas dimana tidak boleh guna sebarang bahan kimia.
Ini kerana kulit mereka sangat sensitif dan mudah bermasalah jika tidak dijaga dengan baik.
Jadi bagi mengelakkan bayi anda menghadapi masalah kulit yang teruk seperti ruam, ekzema, gegata dan lain-lain, pastikan anda pilih lotion terbaik untuk bayi.
Bagi memudahkan pencarian anda, jom lihat senarai pelembab atau losyen badan untuk bayi yang sesuai untuk jenis kulit bayi anda.
Senarai 12 Losyen Baby Terbaik
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Cetaphil Baby Eczema Soothing Lotion ini dibuat khas untuk melindungi dan membaik pulih kulit bayi yang sangat kering hingga terjadinya ekzema.
Ciri-ciri:
Jenama ini dihasilkan oleh pakar ternama dan telah diuji secara klinikal dimana mampu melegakan masalah kulit ekzema.
Ini kerana pihak mereka menggunakan teknologi terkini untuk pembuatan losyen ini supaya dapat merawat kulit bermasalah.
Bukan saja kulit bermasalah digalakkan untuk pakai losyen ini tapi kulit normal juga disyorkan kerana dapat memberi kelembapan pada kulit.
Jangan risau tidak mengandungi sebarang pewangi, sabun dan paraben yang boleh membahayakan kulit bayi.
Review:
“Anak saya pakai losyen Cetaphil ni kulit dia jadi sihat, tegang, lembut. Bila ada ruam kat leher, sapu losyen ni, dah okay dah.”

Rangkaian Penjagaan Kulit Mild Newborn memberi kesuburan dan melincinkan kulit yang kering atau bayi mempunyai jenis kulit sensitif.
Ini kerana terdapat bahan tiga bahan campuran iaitu chamomile yang dapat melegakan kerengsaan kulit, rosehip dan zaitun yang dapat melembabkan serta melembutkan kulit.
Tambah pula kandungannya bebas warna, paraben dan sulfat menjadikan losyen ini sesuai untuk kegunaan bayi di awal kelahiran.
Mereka juga menambah minyak badam dan lipid oat dimana menambahkan lagi kelembapan pada kulit bayi sekaligus dapat melindungi kulit bayi daripada kekeringan dan kerengsaan.
Jangan risau, losyen ini telah diuji secara dermatologi.

Bila bayi merengek kerana tidak selesa disebabkan kulit yang mengalami gegata, ruam, digigit serangga dan sebagainya, Dermaplex Calamine Lotion ini jalan penyelesaiannya.
Losyen ini dapat memberi tindak balas cepat dimana dapat mengurangkan rasa gatal dan si kecil akan merasai dingin dan selesa.
Malah dengan kandungan aktif zink oksida dan antiseptik, losyen ini dapat memberi kelegaan serta menghalang jangkitan ke bahagian kulit yang lain jika bayi menggaru.
Walau;un tekstur losyen ini sedikit cai tapi mudah dikeringkan apabila disapu pada kulit bayi sekaligus dapat mengeringkan ruam yang muncul pada permukaan kulit.
Perlu diingatkan sebelum sapu losyen ke kawasan kulit yang terjejas, goncangkan botol terlebih dahulu supaya cairan dapat diseimbangkan semula.

Diformulasi khas dengan bahan semulajadi seperti oat dan campuran yang membantu melembutkan kulit dan melegakan masalah ruam yang hadir pada kulit bayi yang cepat sensitif.
Losyen ini disyorkan oleh pakar kanak-kanak kerana kandungannya bebas pewarna tiruan, pewangi dan paraben.
Malah selain tidak memedihkan kulit bayi, kulit mereka akan kekal lembut, licin dan segar sekurang-kurangnya dalam masa 24 jam.
Gunakan secara konsisten untuk mendapatkan hasil berpanjangan.

Mengandungi bahan organik seperti ekstrak shiso, minyak jojoba, bijirin dan prebiotik yang dapat merawat kulit bayi dan mengekalkan kelembapan selama 24 jam.
Malah, Aveeno Baby Soothing Relief Creamy Wash dirumus khas dengan oatmeal koloid semula jadi dan kaya dengan emolien.
Campuran bahan ini dapat bantuk melegakan serta melembutkan kulit dan telah dibuktikan keberkesanannya secara klinikal.
Selain itu, bahan gluco-oligosaccharide yang ada dalam losyen ini membantu kulit menghasilkan bakteria sihat.
Dalam masa yang sama dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang memberi masalah kepada kulit bayi.
Jangan risau, losyen ini bebas pewangi dan ypoallergenic, malah ia cukup lembut untuk kulit bayi yang sensitif.

Losyen bayi jenama Joielle ini mempunyai minyak kelapa dara yang mana dapat membantu melembapkan kulit bayi anda.
Malah dengan campuran vitamin E, bayi yang mengalami kulit kering, bersisik, berbintik, pecah dan gatal sangat digalakkan untuk guna losyen ini.
Jangan risau, losyen ini telah diuji oleh pakar dermatologis jadi selamat digunakan bayi yang baru lahir atau dijadikan kegunaan harian.
Losyen ini juga dapat melembabkan dan memberi kulit si manja rangsangan yang baik jika menghadapi masalah ruam lampin.
Cara penggunaannya sangat mudah, hanya sapu lotion Joielle ini selepas mandi pada bahagian yang bermasalah dan urut perlahan-lahan.

Produk ini berkesan melembapkan, melembutkan dan menenangkan kulit halus bayi yang sensitif.
Dihasilkan daripada gabungan unik mentega koko, lidah buaya, vitamin e, dan bahan-bahan lain yang boleh menyegarkan kulit bayi.
Selain itu, menjadikan kulit bayi anda lembut dan licin. Kandungan lidah buaya dalam formula losyen ini membantu mengekalkan kesegaran kulit bayi lebih lama daripada biasa.
Formula hypoallergenic ini cepat menyerap ke dalam kulit dan bebas minyak. Losyen bayi ini dirumus untuk menyembuhkan kulit kasar dan menggelupas.

Mempunyai pH 5.5, yang cukup rendah untuk membantu melindungi kulit bayi daripada bakteria dan virus.
Malah dengan kandungan sorbitol, allantoin dan bahan pengunci kelembapan lain losyen ini dapat mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit bayi.
Paling penting, terdapat ekstrak chamomilla recutita yang melindungi kulit bayi daripada iritasi dan kerengsaan.
Jangan risau soal bau losyen kerana mempunyai wangian yang menyenangkan, lembut dan cepat diserap tanpa meninggalkan sebarang sisa berminyak.

Losyen ini diformulasikan dengan bahan semula jadi terpilih yang selamat untuk bayi terutama mengalami masalah kulit sensitif.
Antara bahan yang terkandung adalah minyak lavender, minyak biji andiroba dan minyak citronella.
Semua bahan di atas berkesan dalam menghalau nyamuk, melembapkan kulit sehingga 8 jam lamanya dan dapat melegakan kulit iritasi serta kegatalan.
Tidak seperti jenama lain kerana losyen ini tidak mengandungi bahan DEET, DDT, paraben dan minyak mineral yang boleh membahayakan bayi.
Bagusnya lagi, pembungkusan losyen bayi dari Mama’s Choice jenis mesra alam dimana tidak melibatkan bahan sintetik dan plastik.

Johnson's Baby Lotion mempunyai formulasi yang cukup ringan, lembut dan mudah menyerap ke dalam kulit bayi.
Losyen bayi ini juga hypoallergenic dimana sesuai untuk jenis kulit sensitif dan mengandungi minyak kelapa yang berkesan memberikan kelegaan dari kulit kering.
Direka khusus untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit bayi sehingga 24 jam dan sesuai untuk kegunaan pada awal kelahiran bayi.
Jangan risau, bahan yang terkandung dalam losyen ini selamat dan telah dibuktikan oleh pihak klinikal.

Kulit bayi sebenarnya tiga kali lebih nipis daripada kulit kita dan kehilangan lembapan dua kali lebih cepat.
Oleh itu, Johnson's Baby Lotion Milk and Rice dirumus untuk mengekalkan kelembapan pada kulit si kecil.
Losyen bayi terbaik ini membantu mengekalkan kulit si kecil menjadi lebih lembap, lembut, dan lebih sihat.
Ini kerana terdapat ekstrak susu dan beras yang membantu menjadikan kulit bayi anda kelihatan lebih segar.
Selain itu, dapat menyeimbangkan tahap pH kulit dan boleh digunakan orang dewasa dengan kulit kombinasi, normal atau kering.
Tekstur losyen tidak berminyak, kandungannya pula tidak mengandungi paraben, phthalates dan pewarna tiruan.

Losyen dari jenama Anakku ini boleh disapu pada bahagian seluruh tubuh dan muka bayi.
Ini kerana tidak mengandungi alkohol, pewarna dan paraben jadi selamat untuk disapu pada bahagian muka.
Lagipun losyen ini mempunyai aroma yang menyenangkan jadi apabila disapu pada bahagian pipi, wajah bayi anda berbau wangi.
Jangan risau, tidak akan menyebabkan kulit si kecil iritasi atau merengsa kerana tahap pH yang seimbang.
Lagipun dengan bahan gel aloe vera dan vitamin E, kulit bayi anda akan menjadi lebih lembut dan anjal.
Apakah Fungsi Losyen Bayi?
Kalau berbincang tentang kesihatan si kecil, mesti ramai ibu bapa terfikir tentang losyen bayi kerana mereka mempunyai kulit yang sensitif dan nipis.
Jika tidak dijaga, kemungkinan besar boleh timbul masalah kulit seperti ruam, ekzema, kemerahan, kegatalan, merengsa dan banyak lagi.
Jadi dengan penggunaan losyen bayi terbaik adalah jalan paling memudahkan bagi memastikan kulit si kecil tidak kering, elak dari digigit serangga, ruam dan banyak lagi.
Bahkan dengan penggunaan losyen bayi, kulit si kecil akan menjadi lebih licin, wangi, lembab dan serba sedikit dapat merawat ruam yang timbul pada permukaan kulit.
Selain itu, losyen bayi juga dapat memberi kesegaran kulit, menghilangkan sisik kulit pada awal kelahiran dan melembutkan tekstur kulit.
Perlu diingatkan juga, ibu bapa perlu memastikan penggunaan losyen bayi sesuai dengan jenis kulit bayi kerana lain bayi lain jenis kulit mereka.
Tidak semestinya anak orang lain pakai jenama losyen tersebut bagus dan berkesan pada anak anda. Kadang-kala tak sesuai.
Jadi perhatikan betul-betul kandungan yang digunakan dalam pembuatan losyen tersebut supaya kulit si manja tidak rosak.
Apakah Perbezaan Antara Krim Bayi Dan Losyen Bayi?
Sebagai ibu, penting untuk mengetahui perbezaan antara krim bayi dan losyen bayi.
Losyen mempunyai konsistensi yang lebih nipis daripada krim. Ini bermakna ia mudah merebak ke atas kulit dan menyerap dengan cepat. Krim lebih tebal daripada biasa.
Krim bayi adalah produk yang direka untuk melembapkan kulit dan mengurangkan kerengsaan kulit serta sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif.
Ia juga dapat digunakan untuk mencegah masalah seperti kulit pecah-pecah, ruam dan kulit kering.
Losyen bayi pula, dipanggil sebagai pelembap kulit, diformulasikan untuk membantu melembutkan dan melembapkan kulit bayi.
Selain itu, losyen berkesan pada mereka yang mempunyai kulit berminyak atau normal kerana ia memberikan kelembapan asas.
Sebaliknya, krim memberikan tahap penghidratan yang lebih mendalam dan bagus untuk bayi yang mempunyai kulit kering.
Jadi, selaras dengan kegunaan masing-masing, anda boleh menjaga kulit bayi anda dengan menggunakan krim dan losyen yang tepat.
Apa-apa pun, jom lihat video di bawah untuk mengetahui penyebab kulit kering bayi dan cara mengatasinya.
Artikel Berkaitan
- Syampu Bayi Terbaik Di Malaysia
- Susu Formula Untuk Bayi Pramatang Malaysia
- Puting Untuk Bayi Baru Lahir (Newborn) di Malaysia