Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Puting Untuk Bayi Baru Lahir (Newborn) di Malaysia 2024

Bayi gembira, ibubapa selesa

Bayi yang baru lahir, lumrah mereka adalah ingin menghisap susu si ibu hampir setiap jam.

Si ibu pasti rasa penat dan runsing terutama mereka yang baru pertama kali menjadi ibu dan tidak salah kalau nak bagi baby hisap puting. 

Jadi jalan penyelesaian untuk masalah ini adalah dengan berikan puting baby supaya mereka merasakan itu adalah puting ibu mereka.

Tapi apa yang menjadi masalah mana satu puting baby yang bagus?

Jom lihat senarai puting susu baby terbaik di bawah.


Senarai 9 Puting Baby Yang Bagus

Puting terbaik secara keseluruhan
Nano Soothie Pacifier
Semak Nano Soothie Pacifier harga dibawah:
add_circle Menggunakan bahan selamat
add_circle Ada pilihan saiz M & L
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi sumbing

Sebab menjadi pilihan utama:

Puting Nano Silver mempunyai warna perak metalik dan mempunyai zarah nano-perak lebih kurang 25 nanometer.

Ciri-ciri:

Zarah nano-perak yang ada pada puting ini adalah berfungsi untuk membunuh puluhan mikroorganisma patogen seperti Escherichia coli, Neisseria gonorrhoeae dan Chlamydia trachomatis.

Malah, bahan pembuatan puting ini tidak menggunakan bahan larangan. Maksudnya bebas BPA dan getah.

Bahan lain yang terkandug adalah silikon gred makanan dan farmaseutikal menjadikan puting ini mempunyai tekstur lembut dan tahan lama.

Puting ini mempunyai dua saiz berbeza iaitu M dan L. Dua saiz ini direka khas untuk kanak-kanak berusia 0-18 bulan dan 6-24 bulan.

Paling best, puting ini mempunyai bekas simpanannya sendiri dan mempunyai rantai bagi memudahkan anda membawa ke mana saja.

Review:

“Beli puting kali ini untuk anak kedua sebab puting anak pertama dah hancur kena gigit. Memang bagus, gigi anak pun tak rosak,”

MAM Perfect Pacifier 0-2 Months Softer Baby Soother
Semak MAM Perfect Pacifier 0-2 Months Softer Baby Soother harga dibawah:
add_circle Direka dengan lubang udara besar
add_circle Lembut pada kulit bayi
add_circle Ada steriliser box
remove_circle Harga mahal
remove_circle Hanya sesuai untuk bayi 0-2 bulan saja

Puting ini 60% lebih nipis berbanding jenama lain kerana sesuai untuk newborn berusia 0-2 bulan.

Ciri lain lagi, mempunyai perisai ringan dan kecil yang sesuai untuk mulut bayi baru lahir. 

Selamat digunakan untuk si comel kerana tidak mengandungi bahan bahaya seperti BPS dan BPA. 

Bahagian rekaan puting yang inovatif dan fleksibel dapat memberikan bayi seperti sedang menyusu badan ketika menghisap puting ini. 

Produk yang diperbuat di Eropah ini juga hadir dalam 3 pilihan warna iaitu biru, merah jambu dan ivory.  

Puting untuk newborn
Philips Avent
Semak AVENT Mini Pacifier (0 – 2mths) harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Bebas BPA
add_circle Rekaan ortodontik
remove_circle Pemilihan corak terhad

Puting ini hanya sesuai untuk bayi berusia 0-2 bulan kerana mempunyai ciri yang sangat ringan dan sesuai untuk saiz bayi baru lahir.

Dengan rekaan ortodontik dapat mengelakkan pertumbuhan gigi tidak betul serta mengelakkan masalah jongang.

Malah terdapat lubang dua hala pada penghadang bagi meningkatkan aliran udara dan memberikan si comel nafas lebih selesa.

Kandungan bahan lain mengandungi bahan silikon yang tahan haus dan gigitan. 

Semak HEVEA Round Natural Rubber Pacifier harga dibawah:
add_circle Menggunakan getah semula jadi
add_circle Rekaan ortodontik
add_circle Bebas toksik
remove_circle Hanya ada satu warna saja

Disebabkan bahan pembuatan puting in menggunakan 100% getah semula jadi, puting in sangat lembut untuk bayi yang berumur 3-36 bulan.

Rekaan ergonomik berbentuk rama-rama memberikan ruang untuk hidung dan dagu sekaligus mengelakkan kekosongan di bahagian mulut si comel anda.

Menariknya lagi, turut mempunyai lubang pengudaraan puting menjadikan setiap sedutan lebih mudah dengan tekstur yang lembut dan mendapat saranan yang baik dari doktor gigi.

Diingatkan, puting Hevea perlulah dicuci untuk pertama kali digunakan dengan air masak untuk 5 minit kemudian puting perlulah dibiarkan sejuk sebelum digunakan.

Jangan risau, puting Hevea ini menepati piawaian EU standard EN1400, US regulations CPSIA & AUS regulation AS 2432-1991.

Ini bermakna, puting ini selamat digunakan dan bebas bahan toksik.

Puting baby pramatang
Philips
Semak PHILIPS NICU Soothie Pacifier harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk bayi bersaiz kecil
add_circle Silikon bergred hospital
add_circle Bebas daripada BPA & getah
add_circle Mudah untuk disterilkan
remove_circle Harga mahal

Bahan yang digunakan untuk memproses puting ini adalah getah yang telah disahkan selamat untuk bayi baru lahir, bayi 3 bulan ke atas dan juga bayi pramatang.

Saiz puting ini 2.7cm bahagian muncung dan diameter penghadang 5.4cm, memang bayi selesa dan telah pun mendapat saranan dari pakar pediatrik.

Material digunakan adalah silikon gred hospital yang bebas BPA dan getah sekaligus dapat menyokong perkembangan mulut si comel.

Jangan risau, warna puting tidak akan pudar atau mudah melekit walaupun sudah dipakai dalam tempoh yang lama.

Puting baby anti jongang
NUK
Semak NUK Soother Pacifier (Sensitive) harga dibawah:
add_circle Bentuk ortodontik
add_circle Mengelakkan gigi tidak betul
add_circle Mengurangkan masalah jongang
remove_circle Harga mahal

Disebabkan kulit bayi baru lahir sangat sensitif jadi jenama NUK telah mereka satu puting jenis Sensitive Silicone Soother.

Puting ini direka dengan bentuk ortodontik untuk mengelakkan pertumbuhan gigi tidak betul serta mengelakkan masalah jongang.

Bahan yang digunakan menggunakan 100% silikon lembut menjadikan sangat sesuai untuk bayi yang mengalami kulit sensitif.

Malah dengan bentuk puting yang sedikit melengkung dan penghadang tidak menutup hidung menjadikan si comel mudah untuk bernafas.

Puting ini sesuai untuk bayi baru lahir sehingga usia mereka 18 bulan.

Puting baby glow in the dark
Tommee Tippee
Tommee Tippee Closer to Nature Night Time (0-6 bulan)
Semak Tommee Tippee Closer to Nature Night Time (0-6 bulan) harga dibawah:
add_circle Bentuk ortodontik
add_circle Jenis glow in the dark
add_circle Bebas BPA
remove_circle Boleh guna sehingga 6 bulan saja

Berita baik buat anda yang sering meraba-raba mencari puting si comel ketika waktu malam sebab dengan rekaan Tommee Tippee jenis Closer to Nature Night, tiada lagi masalah ini berlaku.

Puting ini mempunyai ciri glow in the dark jadi walaupun dalam keadaan gelap, anda boleh tahu di mana puting ini untuk masukkan ke dalam mulut si comel.

Selain itu, bentuk puting pada soother seperti puting botol memang sesuai untuk bayi baru lahir.

Jangan risau, selamat untuk bayi anda kerana pembuatan puting ini bebas BPA.

Semak MOMO HOUSE Pacifier Chain Set harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mempunyai rantai
add_circle Bentuk puting ergonomik
add_circle Pernafasan bayi tidak terganggu
remove_circle Getah berubah warna

Pembuatan puting ini tidak mengandungi bahan toksik dan silikon bebas getah supaya puting dapat bertahan lama tanpa mengeluarkan bau.

Ciri lain lagi puting ini tidak melekit dan berubah warna jadi puting ini boleh dipakai dalam tempoh yang lama.

Selain itu, jika anak anda berada di fasa ingin menggigit, mereka boleh gigit puting ini kerana menggunakan material PVC tidak toksik.

Pada bahagian perisai puting terdapat lubang pernafasan supaya bayi mudah bernafas ketika menghisap puting jadi pernafasan si comel tidak terganggu.

Paling penting, rekaan puting ini ergonomik dimana seperti puting ibu apabila si comel menghisap puting ini.

Puting kosong untuk bayi
Chicco
Semak CHICCO PhysioForma Soft Silicone Pacifier harga dibawah:
add_circle Seperti puting si ibu
add_circle Tidak ganggu bayi tidur
add_circle Tidak menyebabkan kulit iritasi
add_circle Bagus untuk perkembangan mulut
remove_circle Tidak mempunyai rantai puting

Puting daripada CHICCO ini merupakan jenis physio soft soother dimana getah yang digunakan lembut apabila terkena dalam mulut dan kulit bayi.

Malah, rekaannya tidak mengganggu pergerakan bayi walaupun ketika sedang tidur.

Ini kerana puting ini seperti puting si ibu yang menjadikan si comel sentiasa dalam keadaan selesa.

Puting dari jenama ini juga dapat memberi rangsangan pada bahagian mulut bayi.

Antaranya menggalakkan kedudukan semula jadi lidah dan meratakan ldah ke atas lelangit dengan betul.

Bahagian pangkal perisai lembut dan bulat menjadikan keadaan bibir selesa dan menguragkan air liur bayi meleleh.


Bagaimana Pilih Puting Terbaik Untuk Bayi Baru Lahir Anda?

Memilih puting terbaik untuk bayi baru lahir anda memerlukan sedikit penelitian. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan:

  • Bahan

Carilah puting yang dibuat dari bahan yang selamat dan tidak berbahaya seperti silikon atau lateks.

Ini kerana silikon lebih kuat, tahan lama, mudah dibersihkan dan tidak berbau. Latex, meskipun lebih lembut dan elastik, tapi mudah rosak dan boleh menyebabkan alergi pada bayi.

  • Bentuk

Pilih puting dengan bentuk bulat dan menyerupai puting ibu. Jadi lebih mudah untuk bayi anda pegang di dalam mulut mereka.

  • Ukuran

Pilih puting yang sesuai dengan umur bayi anda. Bayi baru lahir biasanya memerlukan puting yang tidak terlalu besar atau kecil, ini penting untuk mengelakkan risiko mereka menelan atau sesak nafas.

  • Lubang pengudaraan

Pelindung puting harus mempunyai lubang pengudaraan (vetilasi) yang cukup untuk aliran udara.

Tanpa lubang ini, air liur bayi akan terkumpul di bawah pelindung dan menimbulkan iritasi pada kulit sensitif mereka.


Bolehkah Memberikan Puting Kepada Bayi Baru Lahir?

Ya, anda boleh memberikan puting kepada bayi baru lahir!

Puting membantu bayi merasa selesa dan pastikan puting bayi dalam keadaan bersih sebelum diberikan kepada bayi anda untuk mengelakkan risiko jangkitan.

Sangat penting untuk anda memilih puting yang sesuai untuk usia dan saiz bayi anda. 


Bolehkah Memberikan Puting Kepada Bayi Yang Baru Berusia 3 Hari?

Ya, boleh. Untuk bayi berusia 3 hari, adalah lebih baik untuk menggunakan puting yang dibuat khas untuk bayi baru lahir kerana puting yang lebih besar boleh menimbulkan risiko sesak nafas atau tersedak.


Bolehkah Bayi Yang Berusia 1 Minggu Tidur Dengan Puting?

Tentu saja boleh. Bayi berusia 1 minggu boleh tidur dengan puting kerana ia dapat membantu mereka rasa selesa dan tidur lebih lama. 


Mengapa Bayi Baru Lahir Memerlukan Puting?

Bayi baru lahir memerlukan puting kerana mereka mempunyai refleks menghisap yang semulajadi yang memberikan keselesaan dan membantu mereka berasa tenang.

Menghisap pada puting juga boleh menjadi alat yang berguna untuk menenangkan bayi yang meragam atau sedih dan membantu mereka tidur.

Namun, penting untuk memantau penggunaan puting dan mengurangkan penggunaannya ketika gigi tumbuh, untuk mencegah potensi masalah gigi.


Apakah Kebaikan Beri Puting Pada Bayi?

Percaya atau tidak, kajian mendapati 9/10 para ibu dan bapa beli puting kosong untuk anak mereka.

Tapi tidak semua bayi boleh menerima puting getah dan tidak semua para ibu dan bapa merasakan anak mereka perlukan puting.

Bergantung pada ibu bapa itu sendiri sama ada memilih untuk beri atau tidak cuma terdapat beberapa kebaikan beri puting pada bayi.

Antaranya mengelakkan mereka dari menghisap jari dan memudahkan mereka untuk proses tidur.

Itu saja, tidak ada kebaikan lain lagi kerana bayi kurang dari setahun keinginan mereka untuk menghisap sangat tinggi.

Jadi sebab itu la sesetengah bayi yang tidak diberikan puting, akan sentiasa menangis untuk meminta diempeng sampai si ibu tak dapat lakukan apa-apa kerja.


Artikel Berkaitan 

End of Article