Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

14 Puting Terbaik Untuk Bayi di Malaysia 2024

Pastikan pilih puting sesuai untuk si kecil.

Bagi mereka yang baru bergelar ibu bapa pasti ada yang mencari jenis puting bayi yang sesuai untuk si kecil hisap puting.

Maklumlah, masih dalam proses belajar memilih puting susu baby dan mungkin juga ada yang mencari puting untuk anak kedua atau ketiga mereka.

Nak cari puting susu pun kadang-kadang kita tak tahu mana satu puting terbaik untuk bayi, dan takut terbeli jenis puting keras.

Tidak mengapa, anda tidak perlu bazir masa yang lama untuk berada di kedai mencari mana satu jenama puting terbaik untuk bayi.

Puting sakit untuk bayi yang mempunyai masalah kesihatan seperti bayi pramatang pun ada.

Jom lihat senarai jenis puting terbaik untuk bayi kami sediakan khas untuk anda!


Senarai 14 Jenama Puting Untuk Bayi

Puting untuk bayi pramatang
Philips
Semak PHILIPS NICU Soothie Pacifier harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk bayi bersaiz kecil
add_circle Silikon bergred hospital
add_circle Bebas daripada BPA & getah
add_circle Mudah untuk disterilkan
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Puting jenama Philip ini bebas BPA dan latex, serta mempunyai silikon gred hospital yang dapat membantu menenangkan bayi sambil memberi ketengan kepada ibu bapa.

Ciri-ciri:

Puting bayi dari Philips ini sesuai untuk semua bayi, termasuk bayi yang lahir tidak cukup bulan kerana saiznya direka khas untuk bayi pramatang. 

Diperbuat daripada silikon berkualiti dan berbentuk simetri dimana tidak mengganggu pertumbuhan lelangit, gusi dan gigi bayi. 

Selain itu, puting ini juga kuat dan tahan lama, menjadikan ia tidak mudah rosak jika digigit oleh bayi anda.

Perlu diingatkan, sentiasa cuci puting ini menggunakan sterilizer.

Jika anda tidak mempunyai alat sterilizer, bersihkan dengan cara merendam ke dalam air yang mendidih.

Review:

"Puting lembut baby saya suka hisap, dan bila hisap puting yang ni dia kurang buat perangai. Sesuai juga untuk baby menyusu badan dengan baik walaupun hisap puting ni. Terbaik!"

Puting untuk bayi terbaik secara keseluruhan
Philips Avent
Philips Avent Ultra Air Pacifier 0-6m BOY SCF37611
Semak Philips Avent Ultra Air Pacifier 0-6m BOY SCF376/11 harga dibawah:
add_circle Jenis ortodontik
add_circle Glow-in-the-dark
add_circle Mudah untuk disteril
add_circle Tekstur lembut
remove_circle Harga mahal

Puting dari jenama Avent ini sesuai untuk bayi kembar kerana terdapat 2 puting dalam 1 pembungkusan dan ia direka dengan lubang udara yang ekstra besar.

Sangat mudah untuk ibu bapa bersihkan puting terbaik untuk bayi ini kerana boleh dimasukkan ke dalam bekas yang berisi air dalam microwave

Puting ini berwarna biru dan boleh dipakai oleh bayi perempuan dan lelaki.

Apa yang bagusnya tentang puting ini, ia ringan dan tidak merosakkan bentuk semula jadi lelangit dan gusi bayi yang berusia 0-6 bulan apabila besar nanti.  

NUK Sensitive Silicone Pacifier (0 to 6 Months)
Semak NUK Sensitive Silicone Pacifier (0 to 6 Months) harga dibawah:
add_circle Diperbuat 100% daripada silikon lembut
add_circle Terdapat pilihan warna
add_circle Mengurangkan risiko gigi senget
remove_circle Hanya untuk bayi 0-6 bulan

Untuk bayi anda yang baru lahir tapi kerap menangis, anda boleh guna puting NUK ini.

Tetapi, puting ini hanya sesuai untuk bayi yang sensitif yang berusia 0 hingga 6 bulan sahaja.

Material sangat lembut dan bentuknya yang sedikit melengkung bakal terletak elok di muka bayi tanpa menutup hidungnya. 

Jadi, si comel anda tetap boleh bernafas!

Jangan risau, penggunaan pacifier ini juga bakal mengurangkan risiko rahang senget. 

Paling penting, puting terbaik untuk bayi ini direka dengan bentuk ortodontik mengikut bentuk puting payu dara si ibu.

Anakku 2pcs Newborn Cherry Soother (0-6 Months)
Semak Anakku 2pcs Newborn Cherry Soother (0-6 Months) harga dibawah:
add_circle Selamat digunakan
add_circle Tidak mengandungi BPA
add_circle 2 puting dalam 1 pek
add_circle Harga murah
remove_circle Warna puting diberi secara random

Sesuai untuk bayi berusia 0 - 6 bulan dan puting jenama Anakku ini direka khas dengan bentuk perisai atau pelindung bagi melancarkan aliran udara. 

Rekaan ini juga dapat mengurangkan ruam pada kulit si comel tersayang dan sangat selesa serta lembut dipakai. 

Apa yang menariknya lagi, produk ini direka dengan tombol besar dan warna yang comel bagi menarik perhatian bayi untuk menggunakannya.

Semak Pureen Silicone Orthodontic Soother With Cover (0-6m) SSF-4 harga dibawah:
add_circle Bebas daripada bahan BPA
add_circle Harga murah
remove_circle Rekaan kurang menarik

Puting jenama Pureen ini dapat memberi keselesaan kepada anak semasa menghisapnya. 

Malah merupakan jenis puting bayi ortodontik yang tidak merosakkan gigi susu anak apabila mereka besar nanti. 

Ini kerana direka untuk menyokong bentuk rahang dan lelangit bayi yang sedang berkembang. 

Kebersihan puting ini juga akan tetap terjaga walaupun tidak dihisap oleh bayi kerana mempunyai penutup. 

Namun, anda perlu ingat bahawa penggunaan puting kosong boleh menganggu penyusuan susu ibu. 

MAM Perfect Pacifier 0-2 Months Softer Baby Soother
Semak MAM Perfect Pacifier 0-2 Months Softer Baby Soother harga dibawah:
add_circle Direka dengan lubang udara besar
add_circle Lembut pada kulit bayi
add_circle Ada steriliser box
remove_circle Harga mahal
remove_circle Hanya sesuai untuk bayi 0-2 bulan saja

Puting ini 60% lebih nipis berbanding jenama lain kerana sesuai untuk newborn berusia 0-2 bulan.

Ciri lain lagi, mempunyai perisai ringan dan kecil yang sesuai untuk mulut bayi baru lahir. 

Selamat digunakan untuk si comel kerana tidak mengandungi bahan bahaya seperti BPS dan BPA. 

Bahagian rekaan puting yang inovatif dan fleksibel dapat memberikan bayi seperti sedang menyusu badan ketika menghisap puting ini. 

Produk yang diperbuat di Eropah ini juga hadir dalam 3 pilihan warna iaitu biru, merah jambu dan ivory. 

Puting untuk bayi 2 bulan
Chicco Physio Soft Soother Silicone
Semak Chicco Physio Soft Soother Silicone harga dibawah:
add_circle Ekstra lembut
add_circle Ada lubang pengudaraan
add_circle Mengelakkan pengumpulan air liur
add_circle Rasa seperti sedang menyusu badan
remove_circle Rekaan mungkin kurang menarik perhatian bayi

Chicco Physio mempunyai rekaan puting yang sangat lembut dan tidak akan mengganggu waktu tidur anak. 

Produk ini diperbuat daripada silikon dari Itali dimana boleh mengurangkan risiko bayi terkena Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). 

Mulut bayi juga boleh ditutup sepenuhnya dan tidak akan tinggalkan kesan pada wajah walaupun sedang hisap puting ini. 

Terdapat 3 pilihan puting yang tersedia iaitu untuk bayi 0-6 bulan, 6-16 bulan dan 16-36 bulan.

Puting bayi anti jongang
Nano Soothie Pacifier
Semak Nano Soothie Pacifier harga dibawah:
add_circle Menggunakan bahan selamat
add_circle Ada pilihan saiz M & L
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi sumbing

Risau gigi anak anda jadi tidak tersusun apabila dewasa akibat hisap puting?

Usah khuatir, puting jenis ortodontik ini direka dengan bahagian tapak yang nipis, jadi gigi tetap akan tumbuh dengan baik. 

Disebabkan diperbuat daripada bahan tahan haba, puting ini angat mudah untuk dibersihkan.

Anda hanya guna air panas, alat UV sterilizer atau steam sterilizer.

Puting saiz M sesuai untuk bayi baru lahir hingga berusia 18 bulan manakala saiz L pula sesuai untuk yang dah berusia 6 hingga 24 bulan keatas. 

Material silikon yang diguna untuk menghasilkan puting ini juga gred makanan dan farmaseutikal di mana sangat lembut dan tahan lama.

Dr. Brown’s Advantage Pacifiers Stage 2 6-18m (2pcs)
Semak Dr. Brown’s Advantage Pacifiers Stage 2 6-18m (2pcs) harga dibawah:
add_circle 2 pilihan warna, merah jambu & biru
add_circle Tidak mengandungi BPA
add_circle Sesuai untuk bayi umur 6-18 bulan
add_circle Bentuk bulat yang digemari bayi
remove_circle Puting sedikit keras

Untuk menenangkan bayi yang sering menangis, beri saja si manja puting Dr Brown’s.

Puting ini direka dengan bentuk perisai yang unik jenis terbuka yang membolehkan kulit bayi bernafas. Jadi, dapat mengurangkan kerengsaan pada kulitnya.

Untuk proses cucian, amat mudah untuk ibu atau ayah bersihkan alat ini kerana boleh dimasukkan dalam bahagian atas dishwasher dan sterilizer.  

Tambahan pula, puting Dr.Brown’s merupakan jenis simetri sepenuhnya menjadikan muat untuk si comel walaupun dipakai secara terbalik. 

Lagi best, terdapat 2 puting dalam 1 pek, jadi pembelian memang berbaloi.

Semak Nuby Little Gems with Orthodontic Silicone Soother (6m-18m) NB8642LOS harga dibawah:
add_circle Silikon lembut
add_circle Rekaan transparent
add_circle Tidak mudah tercalar
add_circle Ringan
add_circle Pelbagai pilihan warna
remove_circle Harga mahal

Puting Nuby ini pula bakal menjadi teman baik bayi anda yang sering menangis kerana boleh menenangkan si comel.

Sangat sesuai diberikn kepada anak yang sudah berusia 6 hingga 18 bulan. 

Rekaannya mudah digenggam oleh bayi dan selamat digunakan kerana tidak mengandungi BPA.

Diperbuat daripada bahan Tritan yang tahan lasak dan tidak mudah berbau busuk. 

Malah, rekaan puting ini turut telah dipersetujui oleh doktor gigi kerana putingnya berbentuk seakan-akan puting si ibu.

Semak Itzy Ritzy Baby Silicone Symmetrical Pacifier Sweetie Soother Free Size harga dibawah:
add_circle Terdapat 2 puting dalam 1 pek
add_circle Terdapat banyak pilihan warna
add_circle Sesuai untuk bayi baru lahir
add_circle Lembut & tahan lama
add_circle Bebas daripada BPA & PVC
remove_circle Harga mahal

Diperbuat daripada 100% silikon bergred makanan yang selamat digunakan oleh bayi baru lahir.

Ini kerana puting ini mempunyai 2 lubang udara besar yang membolehkan bayi bernafas dengan selesa. 

Malah, boleh digunakan oleh bayi yang sudah tumbuh gigi kerana rekaan putingnya yang simetri hampir sama seperti bentuk puting dada ibu. 

Tapi, jangan lupa untuk bersihkannya dengan air mendidih selama 5 minit sebelum pertama kali menggunakan alat ini. 

Untuk bersihkan puting setiap kali lepas penggunaan, hanya perlu guna air suam.

Boleh juga dimasukkan ke dalam dishwasher pada bahagian rak atas. 

Puting baby bercahaya dalam gelap
Tommee Tippee
Tommee Tippee Closer to Nature Night Time (0-6 bulan)
Semak Tommee Tippee Closer to Nature Night Time (0-6 bulan) harga dibawah:
add_circle Bentuk ortodontik
add_circle Jenis glow in the dark
add_circle Bebas BPA
remove_circle Boleh guna sehingga 6 bulan saja

Dengan puting Tommee Tippee Closer to Nature, anda boleh mengubah tangisan dan jeritan bayi anda menjadi senyuman dan mereka boleh tidur dengan lebih nyenyak sepanjang malam!

Bahan bebas BPA dan diperbuat dari silikon yang lembut sesuai untuk digunakan setiap hari. 

Puting silikon dengan penutup ini sesuai untuk bayi baru lahir dengan bentuk puting yang hampir sama dengan puting botol serta ciri lainnya yang boleh bercahaya dalam gelap. 

Jadi anda boleh cari dengan mudah jika terjatuh di lantai pada waktu malam.

PUTING BAYI
Semak NUK Sensitive Silicone Pacifier (Size 2) - 6 Months & Above harga dibawah:
add_circle Pilihan warna yang menarik
add_circle Tidak menutup hidung
add_circle Lembut
add_circle Bentuknya yang melengkung
remove_circle Tiada penutup
remove_circle Habuk mudah melekat

Satu perkara yang paling menarik perhatian mengenai puting jenama NUK ini ialah diperbuat daripada 100% silikon lembut yang melindungi bayi daripada sebarang iritasi.

Sangat lembut dan fleksibel, serta sesuai untuk bayi yang baru lahir dan sensitif.

Menariknya lagi, bentuknya yang sedikit melengkung membolehkan puting melekat dengan selesa di wajah bayi tanpa mengganggu pernafasan atau menutup hidung 

Mengurangkan risiko gigi tumbuh terpesong atau ketidakseimbangan rahang dan ada 4 warna pastel yang menawan.

Dilengkapi pacifier box yang tahan lasak dan boleh dibersihkan menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Pigeon Infant Soother Pacifier with Hygiene Cover
Semak Pigeon Infant Soother Pacifier with Hygiene Cover harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Sesuai untuk newborn
add_circle Bagus untuk perkembangan oral

Puting dari Pigeon ini sesuai untuk bayi semua pringkat umur, dari bayi baru lahir sehinggalah mencapai usia 18 bulan.

Puting ini datang bersama dengan penutup puting bagi melindungi puting dari kotoran luar, serta memudahkan peyimpanan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Selain itu, puting ini direka untuk memberikan rasa lembut pada mulut dan selesa pada pergerakan lidah, sekaligus memudahkan bayi yang baru lahir untuk menghisap puting ini.

Puting ini disokong oleh pakar gigi kanak-kanak kerana ia menyokong perkembangan oral yang sihat untuk bayi.

Harga puting jenama Pigeon ini juga berpatutan dan murah, jadi mudah dibeli oleh semua ibu bapa yang baru mendapat anak pertama. 


Adakah Semua Bayi Harus Menggunakan Puting? 

Keputusan untuk bayi menggunakan puting bergantung kepada ibu bapa dan sifat bayi itu sendiri.

Ini kerana digunakan untuk menenangkan bayi yang kerap menangis dan waktu tidur mereka lebih lama.

Selain itu, puting juga boleh menjadi pengganti puting si ibu, jadi kebanyakan bayi yang menyusu badan selalunya tidak perlu menggunakan puting. 

Bagaimanapun, terdapat kajian mendapati bahawa penggunaan puting ketika bayi sedang tidur boleh mengurangkan risiko terkena Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). 

Tapi ada juga kesan buruk dimana boleh terjadi penyusunan gigi si kecil tidak teratur atau menjadi jonggang akibat kerap menghisap puting.

Jika anda mengawal penggunaan puting, mungkin boleh dielakkan.

Seterusnya, kemungkinan bayi anda mengalami kekeliruan puting atau nipple confuse.

Situasi ini terjadi jika bayi anda fully breastfeed pada awal kelahiran jadi, dengan menyumbat mulutnya dengan pelbagai saiz puting, ini akan menjadikan si comel nipple confuse.

Untuk mengetahui lebih, jom tonton video berikut.

Kesimpulannya, bergantung pada kesenangan anda. Jika bayi anda lebih gemar menghisap puting, bagi je tapi perlu ada kawalan.


Cara Pilih Puting Terbaik

Sebagai ibu yang prihatin, memilih puting yang sesuai untuk bayi boleh memastikan keselesaan mereka.

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memilih puting untuk bayi anda;

  • Faktor umur bayi

Puting bayi tersedia dalam pelbagai saiz, seperti saiz baru lahir, 3 bulan, 6 bulan, dan seterusnya.

Pilih saiz yang sesuai dengan umur bayi anda kerana puting yang terlalu besar atau terlalu kecil mungkin akan menyebabkan kesukaran bayi dalam menghisapnya ketika mereka tidur.

  • Jenis puting

Puting ada dalam pelbagai bentuk, termasuk jenis ortodontik, rata, bentuk yang menyerupai bentuk payudara dan puting silikon yang lembut.

Beberapa bayi mungkin lebih suka bentuk tertentu, jadi penting untuk mencuba beberapa jenis puting untuk mencari yang paling sesuai dengan bayi anda. 

  • Bahan dan kualiti

Pastikan puting diperbuat dari bahan yang selamat dan bebas dari BPA, phthalates, atau bahan kimia lainnya. Puting silikon berkualiti tinggi antara pilihan yang terbaik kerana ia lebih lembut dan tahan lama.

Tambah lagi, pastikan puting bayi juga mudah dibersihkan dan tahan lasak serta tidak berbau.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Puting Untuk Bayi?

Salah satu kelebihan puting adalah merupakan alternatif yang penting bagi bayi.

Apabila bayi menghisap puting, boleh menenangkan bayi yang menangis dan membantu bayi tertidur dengan lebih mudah.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa penggunaan puting ketika tidur boleh membantu mengurangkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).

Ini kerana puting akan membantu bayi bernafas dengan lebih mudah dan tidur lebih nyenyak.

Selain itu, puting mempunyai pelbagai bentuk dan saiz yang mirip seperti puting ibu.

Jadi membantu bayi belajar makan dengan lebih baik dan mengurangkan kemungkinan mereka menolak puting ketika diberi susu.

Tambah lagi, beberapa puting mempunyai ciri khas yang membantu mengurangkan masalah seperti kembung atau kolik pada bayi dan ini memberikan keselesaan kepada bayi anda semasa proses menyusu.

Tapi jika bayi terlalu bergantung pada puting, agak sukar untuk melepaskan bayi anda dari puting.

Penggunaan puting secara berterusan selepas usia 6 bulan boleh menyebabkan gangguan pada pertumbuhan gigi bayi. 

Bukan itu sahaja, puting boleh menyebabkan pengurangan penghasilan susu ibu kerana pergerakan yang berbeza antara bayi dan puting. 

Jika bayi sudah terbiasa dengan puting tertentu, mereka akan menolak untuk menyusu dari puting jenama lain atau kurang berminat dalam menyusu langsung dari puting ibu atau botol susu.


Artikel Berkaitan

End of Article