Bagi pasangan yang ada anak dan sukakan berjalan, stroller travel terbaik adalah perkara utama yang mereka akan fikirkan.
Lebih-lebih lagi jika ingin melancong ke luar negara, pasti memerlukan stroller cabin size supaya mudah nak bawa naik kapal terbang.
Apa yang menjadi masalah sekarang, mana satu stroller baby terbaik?
Jom lihat jenama stroller baby terbaik di bawah.
Senarai 14 Stroller Travel Terbaik
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Stroller baby terbaik dari Evenflo bukan hanya sesuai untuk bayi yang baru lahir tapi boleh digunakan hingga anak anda berusia 3-4 tahun.
Ciri-ciri;
Bingkai stroller ini diperbuat daripada aluminium menjadikan tahan lama dan kukuh.
Memang terbaik untuk dibawa bersama ketika anda dan keluarga melancong atau bersiar-siar.
Tambahan pula, tempat duduknya boleh direbahkan hinggga 170° yang membolehkan si kecil anda duduk atau minum susu dengan selesa.
Lagi best, stroller berwarna hitam elegan ini turut ada tempat letak kaki yang boleh dilaraskan kedudukannya, jadi kaki anak tidak akan lenguh.
Selepas dilipat, stroller ini mampu berdiri dengan sendirinya sekaligus menjadikan lebih mudah untuk dibawa masuk atau keluar dari bonet kereta.
Review;
‘Stroller sangat cantik dan saiznya ngam-ngam, tak besar dan tak kecil. Senang untuk bawa travel bersama naik flight nanti. Mudah ditolak walaupun sebelah tangan sebab ringan. Muat juga masuk dalam boot kereta Myvi,’

Stroller ini direka khas boleh dilipat dengan mudah walaupun menggunakan sebelah tangan saja.
Sangat ringan, hanya 6kg dan tempat duduknya jenis fleksibel kerana boleh dilaraskan ikut kesesuaian sama ada si kecil ingin tidur, duduk, baring atau minum susu.
Bahagian tayar belakang boleh dikunci dan ada brek manakala tali keselamatannya pula akan pastikan bayi baru lahir anda tidak akan terjatuh daripada stroller Mikubi ini.
Stroller cabin size terbaik ini juga boleh ditarik dengan mudah walaupun dalam keadaan terlipat.

Ibu bapa yang gemar melancong dengan anak berusia 0-3 tahun memang disarankan untuk miliki stroller ini kerana boleh dibawa bersama ke penerbangan.
Mempunyai 4 roda yang lengkap dengan penyerapan hentakan jadi bayi boleh tidur atau minum susu dengan selesa di dalam kerana tempat duduk boleh dibaringkan.
Stroller dengan berat 7 kg ini boleh menampung berat anak hingga 25 kg.
Bahagian tempat letak kaki bayi boleh dilaras hingga 70°.
Direka mempunyai tali pinggang untuk menjamin keselamatan anak kecil.

Walaupun harga stroller 4 tayar ini mahal tapi percayalah, pembelian yang sangat berbaloi.
Ini kerana dapat memberikan keselesaan berpanjangan kepada bayi berusia seawal 4 bulan hingga 5 tahun.
Stroller ini boleh digunakan untuk jangka masa yang lama kerana diperbuat daripada aluminium alloy dan stainless steel.
Terdapat pelbagai pilihan warna menarik yang boleh dipilih seperti Aqua, Toffee, Peppermint, Ginger, merah, hitam dan kelabu.
Paling menarik, jenama stroller baby terbaik ini bersaiz kabin, jadi tiada masalah untuk anda bawa bersama ke dalam penerbangan.

Stroller ini memang direka untuk dimuatkan dalam cabin kapal terbang dan disimpan dalam bonet kereta.
Dengan kemampuan menahan berat hingga 15 kg, sangat jika anda sering melancong atau balik kampung.
Selain itu boleh dilipat dan dibuka dengan sebelah tangan saja dan posisi tempat duduk juga boleh diturunkan agar bayi boleh tidur, duduk dan baring.
Memang selesa untuk bayi berusia 6 bulan hingga 3 tahun kerana tempat duduk dan bahagian tali pinggang direka dengan foam padding.
Malah mempunyai tingkap kecil yang diperbuat daripada fabrik mesh untuk pengaliran udara dan memudahkan ibu bapa melihat keadaan anak kecil.
Dalam masa yang sama dapat melindungi bayi daripada sinaran matahari yang terlalu terang dan hujan.
Stroller ini juga telah direka dengan 4 lapisan kanopi kalis air yang boleh ditarik ke hadapan.

Stroller Sweet Cherry bersaiz kabin ini sangat ringan iaitu 6.5kg sekaligus menjadikan perjalanan anda lebih mudah untuk pulang ke kampung atau ke luar negara.
Sesuai untuk bayi dari usia 0 hingga 36 bulan dan lengkap dengan bakul bawah untuk simpan lampin atau mainan anak.
Pada bahagian belakang pula, terdapat lubang berjaring pada kanopi bagi mudahkan anda awasi si kecil.
Jangan risau, sangat kukuh dan selamat sebab diperbuat daripada aluminium dan terdapat tali pinggang keselamatan.
Selain itu, mudah ditolak walaupun dengan 1 tangan kerana tayar depannya boleh berpusing 360°.
Paling penting, boleh dilipat dengan mudah walaupun hanya dengan sebelah tangan sahaja.

Stroller dari jenama Quinny mempunyai tiga roda padat supaya ibu atau ayah dapat menolak stroller dengan stabil.
Ditambah pula bahagian pemegang stroller jenis Zapp yang ikonik.
Bahagian tempat duduk pula jenis Flex dimana boleh menghadap dua hala dan kedua-duanya boleh bersandar.
Stroller ini direka bukan untuk newborn tapi untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun yang mempunyai berat sehingga 15kg.
Nama stroller Zapp Flex ini direka untuk mereka yang mempunyai kehidupan di bandar kerana design dan saiz yang compact.
Paling menarik, fabrik stroller ini jenis water-resistant.

Stroller Beblum ini ringan (6kg) dan direka mempunyai dua tayar pada kiri dan kanan.
Fungsi tayar direka sebegini supaya mudah ditolak walaupun pada permukaan jalan yang berbatu atau kawasan rumput.
Sesuai digunakan ketika menaiki bas, kereta api dan kapal terbang kerana direka bersaiz kabin dan jimat ruang,
Ditambah pula Stroller ini mempunyai ciri fleksibel kerana pemegangnya boleh dilaras.
Manakala tempat duduknya boleh ditegakkan untuk si kecil duduk sambil lihat persekitaran atau direbahkan untuk si kecil boleh baring atau tidur.
Memang selamat dan selesa untuk anak kerana ada tali keselamatan dan tempat duduk yang berlapik.
Terdapat juga beg galas untuk memudahkan ibu bapa menyimpan dan mengangkutnya ke mana sahaja selepas dilipat.

Dengan berat 5.92kg, stroller travel terbaik Joie ini memudahkan ibu bapa membawanya ke mana saja.
Dilengkapi dengan kanopi yang boleh ditarik ke depan dan diperbuat daripada fabrik yang kalis air, jadi si kecil anda akan dilindungi daripada cuaca panas dan hujan.
Ketinggian pemegangnya boleh dilaras mengikut kesesuaian anda dan turut mempunyai tempat letak kaki yang boleh dilaras.
Jadi anda tidak perlu risau jika bayi mengantuk ketika bersiar-siar sebab tempat duduknya boleh dibaringkan.
Terdapat juga tali keselamatan yang selesa dan lembut, stroller yang mampu tampung berat hingga 15 kg (anggaran umur 3 tahun).

Untuk ibu bapa yang merancang untuk bawa anak berusia bawah 3 tahun melancong, jangan lupa untuk dapatkan stroller Quinton yang mudah dilipat dengan sebelah tangan dalam 1 saat ini.
Direka dengan tingkap jaring di bahagian belakang untuk pengaliran udara, ia akan memastikan si comel tidak berpeluh.
Ibu juga boleh sentiasa awasi keadaan bayi sebab ada tingkap kecil di bahagian kanopi. Kanopinya pula boleh ditarik ke bahagian depan untuk melindungi anak daripada panas terik mentari.
Tiada lagi masalah untuk naik bas, kereta atau kapal terbang sebab tempat sandar belakang dan tempat rehat kaki pada stroller ini boleh dilaraskan.
Sekali gus ia bakal memastikan keselesaan bayi sepanjang perjalanan.

Bagi anda yang mempunyai anak kembar, usah risau lagi untuk bawa mereka berjalan kerana stroller ini penyelamat anda.
Double stroller ini mampu menampung berat hingga 30 kg ini (15 kg setiap bayi).
Si kembar anda boleh tidur atau minum susu dengan selesa dalam stroller Chicco kerana mempunyai tempat sandar belakang dan boleh diturunkan dan ditegakkan ikut keperluan.
Boleh digunakan sejak bayi baru lahir lagi dan terdapat tali pinggang untuk melindungi anak kecil daripada terjatuh.
Terdapat juga pemegang yang dapat memudahkan ibu bapa bawa bersama stroller berwarna hitam elegan ini ke mana-mana.

Jika anda inginkan produk yang boleh digunakan untuk jangka masa yang lama, stroller Hauck ini adalah pilihan yang tepat.
Ini kerana boleh digunakan sejak dari bayi baru lahir hinggalah berat anak 25 kg (anggaran umur 5 tahun).
Malah stroller ini boleh ditolak di mana-mana permukaan termasuklah jalan yang berbonggol.
Tempat duduknya mempunyai ciri lembut boleh diturunkan dan bahagian tempat letak kaki juga boleh dilaras menjadikan si kecil boleh tidur dengan selesa.
Selain itu, stroller ini mempunyai tingkap kecil yang membolehkan ibu awasi keadaan anak dalam stroller.
Keselamatan si kecil juga terjamin sebab dilengkapi tali pinggang dan bumper depan yang anti licin.

Berat si kecil mencecah 20kg? Tiada masalah dengan stroller kompak Nuna ini.
Dilengkapi dengan poket dan bakul simpan barang yang besar serta tempat duduk yang boleh dibaringkan, si comel pasti selesa.
Selain itu, tempat duduknya juga boleh menghadap ke depan dan belakang, jadi lebih mudah untuk anda awasi si kecil.
Paling penting, bahagian kanopinya kalis air boleh ditarik ke depan agar bayi terlindung dari matahari.
Sesuai untuk anak yang berusia 3-5 tahun.

Stroller Mamakiddies ini sangat ringan dan bersaiz kompak, jadi mudah bagi pasangan yang sering melancong.
Mampu menahan berat badan hingga 18kg walaupun beratnya sendiri hanya 5.9kg.
Kerusinya selesa dan selamat kerana dilengkapi dengan tali pinggang, foot rest yang boleh dilaras ketinggiannya.
Malah, terdapat jaring nyamuk agar anak tak digigit dengan serangga.
Stroller yang boleh dilipat dengan sebelah tangan ini juga muat disimpan dalam bonet kereta tanpa makan ruang yang banyak.
Adakah Stroller Dibenarkan Untuk Dibawa Naik Ke Dalam Kapal Terbang?
Anda tak perlu risau kerana stroller dibenarkan untuk menaiki kapal terbang.
Cuma, polisinya mungkin berbeza-beza mengikut penerbangan.
Ingin diingatkan terdapat banyak syarikat penerbangan yang membolehkan penumpangnya menyimpan stroller di bahagian kabin sebagai bagasi ekstra.
Tapi, selalunya hanya stroller yang bersaiz kompak dan boleh dilipat sahaja dibenarkan.
Bagaimanapun, ada juga yang hanya membenarkan stroller untuk digunakan di setakat di luar pintu pesawat sahaja.
Dan ada juga yang perlu didaftar sebelum masuk ke dalam perut kapal terbang.
Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada polisi sesebuah syarikat penerbangan dan lapangan terbang itu sendiri.
Paling penting, jangan lupa untuk check dulu penerbangan tersebut benarkan atau tidak stroller di bawa sebelum melancong.
Kalau stroller boleh dibawa masuk, anda perlu tonton video ini.
Apa Kebaikan Menggunakan Stroller Bayi?
Untuk ibu bapa yang masih ragu sama ada mereka patut guna kereta sorong untuk bayi atau pun tidak.
Ketahui manfaat menggunakan stroller untuk anak-anak.
- Memastikan keselamatan anak
- Memudahkan ibu bapa ketika keluar berjalan-jalan/melancong
- Banyak barang boleh diletakkan dalam bakul stroller
- Bayi boleh duduk & tidur dengan selesa ketika bersiar-siar
- Boleh mengelakkan bayi daripada sakit belakang
- Mudah dibawa ke mana-mana (stroller boleh dilipat)
Tapi sebelum membeli stroller, pastikan anda ketahui stroller yang sesuai untuk kegunaan anda supaya pembelian yang berbaloi.
Apa Perbezaan Antara Stroller & Pram?
Stroller dan pram mempunyai fungsi yang sama iaitu kerusi atau kereta sorong yang mempunyai tayar khas untuk bayi dan kanak-kanak.
Mudah cerita, kerusi yang si comel boleh duduk sambil ditolak oleh penjaga.
Tapi apa yang membezakan adalah pram merujuk kepada model stroller yang ada bassinet atau permukaan tidur yang rata.
Manakala stroller pula lazimnya merujuk kepada model yang ada tempat duduk tegak
Cuma zaman sekarang, kebanyakan stroller telah direka untuk membolehkan bayi duduk dalam kedua-dua jenis posisi.
Anda boleh dengarkan penjelasan lebih terperinci menerusi video di bawah.