Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
sunscreen kanak-kanak

9 Sunscreen & Sunblock Terbaik untuk Kanak-kanak (2024)

Lindungi kulit halus si kecil dari terus terkena sinar UV.

Untuk pengetahuan ibu bapa, jika si comel sudah berusia 6 bulan ke atas sebenarnya sudah boleh menyapu krim pelindung matahari pada kulit mereka.

Jadi jika anda ke tempat panas atau bercuti ke pantai, boleh sapu sunblock yang sesuai untuk kanak-kanak supaya kulit mereka tidak sunburn teruk.

Tapi seperti kita tahu vitamin D yang terhasil dari cahaya matahari bagus untuk kulit cuma terdapat waktu-waktu tertentu yang perlu dielakkan untuk kebaikan.

Apa pun, jom kita lihat senarai sunblock untuk budak yang sesuai untuk kulit lembut mereka.



Senarai 9 Sunscreen Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Sunscreen terbaik secara keseluruhan
Banana Boat Sunscreen Lotion SPF50 (90ml)
Banana Boat
Banana Boat Sunscreen Lotion SPF50 (90ml)
mulai
RM83.99
Semak Banana Boat Sunscreen Lotion SPF50 (90ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit halus
add_circle Tidak mempunyai pewangi
add_circle Sesuai untuk semua keluarga
add_circle Memberi perlindungan daripada UVA/UVB
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Sudah diuji oleh pakar Pediatrik bahan yang digunakan ini selamat untuk kanak-kanak dan bayi.

Ciri-ciri:

Merupakan sunscreen yang menggunakan 100% berasaskan mineral jadi tak akan membuatkan kulit si comel iritasi disebabkan bahan kimia.

Terdapat juga SPF 50+ yang dapat melindungi kulit si comel dari sinar UVA/UVB jadi kalau pergi ke pantai, kulit anak anda tidak mengalami sunburn teruk.

Jika anak anda bermain kolam atau berendam dalam pantai, ingin diingatkan krim ini hanya dapat bertahan pada kulit selama 80 minit saja.

Krim losyen sunscreen ini tiada Oxybenzone dan Parabens yang boleh membuatkan kulit anak anda rosak.

Review:

“Pergi pantai haritu, pakaikan anak 9 bulan losyen ni dan kulit anak tak sunburn teruk, Bagus!”

Sunblock untuk muka
Sunplay Water Kids Sunscreen Lotion SPF60 PA++ Ultra Protection
Sunplay
mulai
RM32.56
Semak Sunplay Water Kids Sunscreen Lotion SPF60 PA++ Ultra Protection harga dibawah:
add_circle Krim kalis air
add_circle Tidak mempunyai pewangi
add_circle Tidak mengakibatkan iritasi
add_circle Mengandungi Hyaluronic Acid
remove_circle Harga mahal
remove_circle Botol kecil

Krim losyen sunscreen ini menggunakan teknologi Solarex-3 dimana dapat menghalang kulit dari terus terkena sinar UVA/UVB.

Manakala bahan Rona care Ectoin & Anti Leukine dapat mengelakkan kulit dari merengsa akibat cahaya UV.

Terdapat juga Asid Hyaluronik dan Chamomile yang dapat memberi kelembapan pada kulit walaupun kulit terdedah lama dengan sinar UV.

Jangan risau, sunscreen dengan SPF60 PA+ ini tidak mengandungi bahan pewangi, pewarna dan minyak mineral.

Sesuai untuk si comel pakai ketika bermain di pantai, kolam atau bermain sukan lasak di tengah panas.

Sunblock yang tiada alkohol
CeraVe Baby Sunscreen SPF45
CeraVe
mulai
RM200.00
Semak CeraVe Baby Sunscreen SPF45 harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi alkohol
add_circle Board spektrum yang luas
add_circle Mengandungi Niacinamide
add_circle Melembapkan kulit
remove_circle Harga mahal

Disebabkan krim sunscreen ini mampu memberi perlindungan UVA dan UVB yang luas jadi sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti panas dalam tempoh yang lama.

Krim ini dirumus dengan zink oksida dan titanium dioksida dimana dapat menjadikan kulit bayi lembut serta dapat memantulkan sinaran UV untuk melindungi kulit.

Malah dengan kandungan Asid Hyaluronik serba sedikit dapat mengekalkan kelembapan semula jadi kulit.

Ingin diingatkan, krim ini dapat bertahan selama 80 minit jika si comel bermain air. Selepas itu digalakkan untuk menyapu lagi pada kulit.

Jika bayi anda mengalami kulit sensitif, sebaiknya gunakan krim ini kerana telah diperakui oleh National Eczema Association.

Sunblock untuk kulit sensitif
Cetaphil Sun Kids Liposomal Lotion (150ml)
Cetaphil
mulai
RM78.99
Semak Cetaphil Sun Kids Liposomal Lotion (150ml) harga dibawah:
add_circle Bebas pewangi
add_circle Mengandungi Liposomal
add_circle 4 jam bertahan dalam air
add_circle Sesuai untuk muka dan badan
remove_circle Sukar didapati di pasaran

Krim sunscreen kanak-kanak ini sesuai unuk kulit berminyak dan sensitif jadi jika bayi anda ada masalah kulit sensitif, sapukan saja Cetaphil Sun Kids ini.

Lagipun krim ini mengandungi bahan Liposomal Liposomal dimana dapat memberi perlindungan matahari yang sangat tinggi untuk kulit sensitif.

Dan kerana formulasi liposomal kulit si comel akan terasa lebih tenang dan akan pergi ke setiap sel kulit untuk melindungi kulit dari sinar UV.

Dengan bahan campuran panthenol, gliserin, aloe vera dan vitamin E, krim ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas.

Sunblock yang tidak melekit
Aveeno Baby Zinc Oxide Sunscreen SPF 50 (88 ml)
Aveeno
Aveeno Baby Zinc Oxide Sunscreen SPF 50 (88 ml)
mulai
RM63.00
Semak Aveeno Baby Zinc Oxide Sunscreen SPF 50 (88 ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk muka dan badan
add_circle Tidak pedihkan mata bayi
add_circle Tekstur tidak berminyak
add_circle Bebas paraben
remove_circle Perlu sapu dengan kerap

Cukup sebesar 3 biji kacang, Aveeno Baby Continuous Protection dapat memberi perlindungan spektrum yang luas dari sinar UV pada kulit si comel.

Tekstur krim ini tidak melekit dan berminyak tapi seperti selembut air menjadikan mudah meresap ke dalam kulit supaya dapat melindungi kulit.

Malah, kandungan yang terdapat dalam krim Aveeno ini tidak akan menyebabkan kulit bayi anda merengsa atau pedih apabila terkena sinar UV.

Jika si comel mandi air kolam atau pantai, krim ini dapat bertahan selama 80 minit kemudian anda perlu sapukan semula pada kulit.

Jangan risau, boleh digunakan pada seluruh badan dan muka bayi untuk perlindungan yang menyeluruh.

Krim ini juga telah mendapat saranan dari pakar pediatrik untuk digunakan pada bayi kerana bebas paraben dan pewangi.

Sunblock murah
SPF50+ Infant Baby Facial Body Sunscreen Whitening Sun Cream Sunblock
SPF50+ Infant Baby Facial Body Sunscreen Whitening Sun Cream Sunblock
mulai
RM4.99
Semak SPF50+ Infant Baby Facial Body Sunscreen Whitening Sun Cream Sunblock harga dibawah:
add_circle Tidak menyebabkan kulit merengsa
add_circle Sesuai untuk ibu mengandung
add_circle Perlindungan UV selama 4 jam
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Harga murah
remove_circle Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas

Bagi ibu mengandung dan bayi berusia 6 bulan ke atas, anda boleh pakai krim ini tanpa ragu-ragu.

Ini kerana, bahan campurannya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, pewangi dan pewarna.

Malah, krim ini dapat melembutkan dan melembapkan kulit dengan menggunakan bahan semulajadi.

Krim ini dapat memberi perlindungan sinar UV selama 4 jam dan 80 minit di dalam air. Selepas tempoh ini, anda perlu menyapu lagi sekali pada permukaan kulit.

Cara pakai sebaiknya 2 jam sebelum melakukan aktiviti jemur di bawah matahari, sapukan krim ini terlebih dahulu.

Jika kerap berpeluh atau terlampau melakukan aktiviti air yang banyak, sapukan selang 2 jam.

Sunblock yang tidak berminyak
CARiNG Charm Baby Sun Protection Lotion SPF25
CARiNG Charm Baby Sun Protection Lotion SPF25
mulai
RM33.90
Semak CARiNG Charm Baby Sun Protection Lotion SPF25 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk muka dan badan
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Jumlah SPF rendah

Walaupun jumlah SPF krim ini rendah tapi krim losyen ini dapat menghalang kulit daripada kemerahan atau sunburn disebabkan cahaya matahari.

Ini kerana mengandungi zine ocide yang dapat melawan UVA/UVB dengan berkesan.

Malah dengan kandungan aloe vera, krim ini dapat melegakan kulit akibat sinar UV.

Terdapat juga protein oat dan hyro-lcok allantoin yang dapat melembapkan kulit.

Krim ini boleh sapu pada bahagian muka dan badan tanpa merengsakan kulit.

Sunblock bagus untuk ke pantai
Biore UV Kids Pure Milk SPA 50+ PA+++ 70ml
Biore UV Kids Pure Milk SPA 50+ PA+++ 70ml
mulai
RM39.90
Semak Biore UV Kids Pure Milk SPA 50+ PA+++ 70ml harga dibawah:
add_circle Mudah dicuci
add_circle Tidak melekit
add_circle Melembapkan kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun ke bawah

Krim sunscreen ini sesuai untuk perlindungan untuk kulit sensitif dan halus seperti kanak-kanak.

Dengan tekstur yang ringan dan tidak melekit menjadikan sesuai untuk aktiviti petang kanak-kanak yang terdedah dengan sinar UV.

Kandungannya tidak mengandungi alkohol tambahan, paraben, pewangi, pewarna dan oxybenzone.

Dengan perlindungan SPF 50+ PA+++ krim ini sesuai untuk dipakai jika ke pantai atau pulau.

Cuma ingin diingatkan hanya boleh disapu pada kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas dan juga dewasa.

Jangan risau, krim ini dapat dibersihkan hanya menggunakan sabun mandi.

Sunblock bagus untuk ke pulau
Thinkbaby Baby Sunscreen Natural Sunblock SPF 50+
Thinkbaby Baby Sunscreen Natural Sunblock SPF 50+
mulai
RM99.00
Semak Thinkbaby Baby Sunscreen Natural Sunblock SPF 50+ harga dibawah:
add_circle Diformulasi berasaskan mineral
add_circle Spektrum luas UVA/UVB
add_circle Tidak berminyak
add_circle Kalis air
remove_circle Harga mahal

Bahan yang digunakan krim sunscreen ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Maksudnya bebas paraben/PABA, tiada toksik dan selamat digunakan untuk bayi dan kanak-kanak.

Tekstur krim ini mudah menyerap pada kulit, tidak melekit atau berbau bahan kimia.

Jadi kami yakin, si comel pasti selesa pakai sunscreen ini ketika melakukan aktiviti mereka.

Seperti krim sunscreen dari sesetengah jenama lain, ciri krim ini mampu kalis air selama 2 jam selepas itu anda perlu sapu semula pada kulit.

Umur Berapa Anak Boleh Pakai Sunblock?

Secara umumnya pemakaian sunscreen atau sunblock adalah untuk memastikan kulit kelihatan sihat dan tidak bertukar warna gelap.

Tapi apa yang menjadi masalah, apabila ada anak kecil dan mula timbul persoalan dalam kalangan  ibu bapa usia berapa si comel boleh pakai sunblock?

Jawapannya setelah usia bayi mencapai 6 bulan ke atas dan elakkan penggunaan sunscreen jika umur bayi anda bawah 6 bulan.

Malah, The American Academy of Dermatology (AAD) menyarankan semua bayi tidak kira apa pun warna kulit gunakan sunscreen dengan kandungan PF30 atau lebih tinggi.

Ini kerana, semakin rendah nilai SPF, semakin rendah perlindungannya pada cahaya UV.

Tapi para ibu bapa perlu ambil tahu terlebih dahulu apa beza sunblock dan sunscreen.

  • Sunscreen

Bagi melindungi kulit dari sinar UV dan memiliki tekstur krim losyen yang cair.

  • Sunblock

Apa yang membezakan adalah kandungannya kerana sunblock mengandungi mineral contohnya zinc oxide.

Malah, penggunaan sunblock sebenarnya lebih bagus kerana nilai perlindungannya lebih tinggi berbanding sunscreen.

Jadi, selalunya sunblock digunakan untuk melakukan aktiviti di pantai untuk mengelakkan kulit dari sunburn.

Related articles

End of Article