Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
pelajar mengalas beg sekolah

18 Beg Sekolah Terbaik Malaysia 2024- Jenama Bagus & Terkini

Untuk semua pelajar sekolah!

Boleh dikatakan hampir setiap tahun para ibu bapa akan beli beg sekolah terbaik untuk anak mereka.

Ada juga yang beli harga bag sekolah berjenama atau viral seperti Smiggle supaya si kecil lebih bersemangat untuk ke sekolah.

Lagipun, jenama beg sekolah yang berkualiti boleh mengelakkan beg terputus tali, koyak atau rosak cepat berbanding beg sekolah murah bila bawa jumlah buku yang banyak.

Bukan apa, pernah ada isu beg sekolah berat, jadi kami ambil inisiatif dengan menyenaraikan kedai bag sekolah atas talian yang boleh dipercayai.

Masa yang sama, kami bantu ibu bapa di luar sana dengan menyenaraikan beg sekolah trend terkini dengan harga beg sekolah yang berpatutan.

Tapi nak bagitahu awal-awal anda akan rambang mata pilih beg sekolah terkini, jadi pilih dengan baik dan pilihlah beg sekolah cantik untuk anak-anak.

Jadi jom kita lihat senarai jenama beg sekolah viral, beg sekolah tahan lasak dan beg sekolah paling cantik dengan harga yang mampu milik.


Senarai 18 Jenama Beg Sekolah Terbaik

Beg sekolah terbaik secara keseluruhan
TEEMI Primary Secondary Orthopedic School Bag
mulai
RM27.44
Semak TEEMI Primary Secondary Orthopedic School Bag harga dibawah:
add_circle Berat hanya 0.7kg
add_circle Kalis air
add_circle Unisex
add_circle Tali beg tebal & boleh dilaras
add_circle Ada 3 compartment besar
remove_circle Warna terlalu terang bagi sesetengah orang

Sebab menjadi pilihan utama:

Jika ibu bapa mencari beg jenis unisex, kami syorkan untuk beli beg sandang ini sebab pilihan warnanya sesuai untuk anak perempuan dan lelaki.

Ciri-ciri:

Untuk anak sekolah rendah, tak semestinya ibu bapa kena habiskan duit yang terlalu banyak untuk beli beg galas.

Apa yang penting, beg mestilah bersaiz besar dan ringan untuk muatkan segala jenis barang sekolah dan produk Teemi ini adalah pilihan yang tepat. 

Tambahan pula, ia mempunyai pilihan warna yang sangat terang seperti merah jambu, hitam dan biru gelap, jadi mudah untuk anda kenal pasti mana satu anak anda dari jarak jauh.

Bahagian belakangnya pula diperbuat daripada beberapa lapisan kusyen yang baik untuk pengaliran udara. 

Beg sekolah terbaik yang diperbuat daripada fabrik nilon ini sudah tentu bakal memudahkan kegiatan harian anak anda dari sesi persekolahan pagi sehinggalah ke kelas agama atau tuisyen pada sebelah petang atau hujung minggu. 

Review:

“Beg cantik, kualiti zip juga elok. Sesuai beli untuk anak yang baru masuk darjah 1. Budak sekolah menengah pun boleh guna jugak sebab saiznya besar.”

Beg sekolah untuk tulang belakang
Swan Space Lite Basic School Bag
mulai
RM254.60
Semak Swan Space Lite Basic School Bag harga dibawah:
add_circle Terdapat banyak pilihan warna
add_circle Ringan & saiz besar
add_circle Dilengkapi buckle
add_circle Zip kukuh
remove_circle Harga mahal

Kalau anda ada bajet ekstra, apa salahnya sesekali berbelanja lebih untuk barang anak-anak, terutamanya jika anak sering mengalami sakit belakang akibat bawa beg sekolah yang berat. 

Beg sekolah keluaran Swan ini mempunyai beberapa poket yang membolehkan pemiliknya menyimpan barangan peribadi seperti botol air, alatan mewarna, wang belanja dan buku latihan. 

Malah, ia turut dilengkapi dengan straps bahu tebal berbentuk U yang bakal mengagihkan berat beg secara sama rata. 

Bahagian belakang beg pula jenis ergonomik yang akan memastikan badan pelajar sekolah sentiasa dalam posisi menegak ketika menggalas beg, jadi tak akan membongkok dan sakit belakang. 

Paling penting, beg Swan juga hadir dengan poket khas untuk tulis nama. Hasilnya, anak anda tak akan tersalah bawa balik beg rakan sekelas ketika pulang dari sekolah.

Bagus kan? Jangan tunggu lagi terus je tekan link Shopee atau Lazada di atas dan buat pembelian.

Kids School Bag Unicorn for Girl
mulai
RM29.90
Semak Kids School Bag Unicorn for Girl harga dibawah:
add_circle Tali bahu lebar & tebal
add_circle Jahitan kukuh
add_circle Ada 3 poket berzip di luar beg
add_circle Beg ringan
remove_circle Harga agak mahal

Direka dengan gambar karakter unicorn, beg galas ini wajib dimiliki oleh kanak-kanak perempuan sekolah rendah atau tadika.

Beg sekolah paling cantik ini boleh meningkatkan semangat anak perempuan anda untuk lebih rajin ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. 

Di sisi beg pula, ada poket yang muat untuk letak botol air anak, jadi mereka tak akan haus ketika belajar dalam kelas. 

Beg ini bersaiz 41cm x 27cm x 14cm ini cukup besar, muat untuk isi pelbagai jenis barangan sekolah.  

Menariknya lagi, di bahagian dalam pun ada beberapa compartment yang boleh digunakan untuk asingkan buku ikut subjek.

Boleh pilih nak warna biru, ungu atau pink, ikut kegemaran anak anda.

Korean Waterproof Girl Anti-theft School Bag
mulai
RM28.80
Semak Korean Waterproof Girl Anti-theft School Bag harga dibawah:
add_circle Bahagian zip boleh letak keychain
add_circle Diperbuat dari polycanvas
add_circle Bahagian dalam berlapik (padded)
remove_circle Harga agak mahal

Anak-anak yang sedang meningkat remaja sama ada di darjah 6 atau yang baru sahaja melangkah ke sekolah menegah.

Tak perlu risau jika anak perlu menempuh hujan ketika balik sekolah sebab ia diperbuat daripada material kalis air.

Malah, bahagian beg pula ada beberapa compartment berguna untuk asingkan laptop, telefon bimbit dan kad.

Jika dijaga dengan rapi, ia boleh digunakan sehingga anak masuk kolej. 

Yang bagusnya lagi, ada poket berzip kecil di bahagian belakang untuk letak duit belanja yang akan mengurangkan risiko mereka menjadi mangsa penyeluk saku ketika naik bas untuk pulang ke rumah. 

Boleh memuatkan beban sehingga 30 kilogram dan itu dah lebih dari cukup untuk pelajar sekolah.

38CM School Bag Kids Beg Sekolah Lelaki
mulai
RM19.30
Semak 38CM School Bag Kids Beg Sekolah Lelaki harga dibawah:
add_circle Ada 2 poket botol air di sisi
add_circle Banyak pilihan karakter menarik
add_circle Tali strap boleh dilaras
add_circle Sesuai untuk budak umur 4-7 tahun
remove_circle Saiz sederhana

Nak beli hadiah untuk si kecil yang baru mula bersekolah rendah atau tadika?

Mesti anak lelaki anda akan teruja untuk ke sekolah apabila dihadiahkan beg sekolah dengan pelbagai pilihan karakter superhero.

Antaranya Iron Man, Cars, Spiderman, Mickey Mouse dan Captain America. 

Berat beg ini pula hanya lah 0.45kg jadi tidak akan membebankan kanak-kanak yang bertubuh kecil untuk menggalasnya setiap hari. 

Diperbuat daripada bahan nilon dan jahitan zip yang kukuh, produk untuk persekolahan anak ini juga kalis air dan mudah dibersihkan kalau terkena sebarang kekotoran.

Beg ini direka dengan dua compartment yang berzip, jadi pelajar boleh asingkan buku latihan dan  buku teks.

Trolley School Bag Primary School
mulai
RM109.90
Semak Trolley School Bag Primary School harga dibawah:
add_circle Boleh guna untuk panjat tangga
add_circle Saiz beg besar
add_circle Fabrik kalis air
add_circle Melindungi tulang belakang
remove_circle Harga mahal

Beg sekolah trend terkini dengan tiga roda di setiap sisi mudah dibawa ke mana-mana kerana hanya perlu ditarik setiap pagi.

Sesuai dimiliki jika kelas anak terletak di tingkat tinggi seperti level tiga atau empat bangunan sekolah. 

Terdapat pilihan warna merah jambu dan biru dan beg beroda enam ini direka khas untuk budak sekolah.

Turut mempunyai beberapa poket di bahagian dalam untuk susun buku. 

Hasilnya, buku untuk sekolah agama dan sesi pagi akan mudah diambil sebab tak bercampur. 

Menariknya lagi tentang beg sekolah ini, ia dilengkapi dengan tali bahu yang boleh dilalui oleh udara, jadi belakang badan tak mudah berpeluh. 

Bahagian trolinya pula bukan sahaja sangat stabil, malah ia boleh dipisahkan daripada beg.

Oleh itu, tak ada masalah kalau kadang-kadang si kecil enggan tarik beg sebab mereka boleh pilih untuk galasnya macam biasa. 

Jangan risau juga jika anak anak berjalan kaki untuk pulang pada hari yang gelap sebab bahagian depan beg dilengkapi dengan jalur bercahaya dan memantul.

Jadi, pemandu kenderaan dari arah belakang akan lebih berhati-hati sebab tahu ada budak sekolah di tepi jalan. 

Beg sekolah rendah
mu_elmer_beg_galas_sekolah_rendah_beg_sekolah
mulai
RM35.70
Semak MU ELMER Beg Sekolah Galas harga dibawah:
add_circle 2 zip di compartment utama
add_circle Kepanjangan tali bahu boleh dilaras
add_circle Pelbagai corak kartun menarik
remove_circle Saiz sederhana

Adakah anak anda pengemar kartun? Beg galas ini merupakan solusi terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.  

Selain dilengkapi dengan poket berzip sederhana besar di bahagian depan, ia turut hadir dengan ruang untuk simpan botol air di kedua-dua sisinya. 

Beg galas bersaiz sederhana ini memang perlu didapati untuk anak perempuan yang bersekolah rendah terutamanya darjah 1 hingga 3 sebab antara corak kartun yang boleh dipilih ialah kartun unicorn, kucing, bunga dan banyak lagi.  

Apa yang paling penting, beg ini juga mempunyai pemegang yang mudah dipegang manakala tali bahu pula boleh diubah kepanjangannya. 

Di bahagian depan beg turut ada satu lagi poket kecil, jadi boleh lah letak kotak pensel di ruangan itu.

KPOP Backpack School Bag
mulai
RM30.74
Semak KPOP Backpack School Bag harga dibawah:
add_circle Material canvas tahan lama
add_circle Kapasiti besar
add_circle Selesa digalas
add_circle Ada span tebal di belakang beg
remove_circle Hanya terdapat dalam warna hitam

Anak anda minat dengan kumpulan artis K-POP iaitu BTS?

Tunggu apa lagi, dapatkan sahaja backpack BTS ini supaya mereka akan lebih bersemangat untuk belajar di sekolah. 

Selain boleh simpan botol air, bahagian sisi beg BTS juga boleh guna untuk letak payung atau earphones.

Untuk lebih selesa ketika digalas, pastikan anda adjust kepanjangan tali bahu. 

Peminat BTS atau ARMY dijamin akan berpuas hati dengan pembelian beg sekolah ini kerana mempunyai beberapa variasi atau pilihan beg dengan nama artis kegemaran seperti Jungkook, Jimin dan V. 

Ruang poket berzip di belakang beg sekolah terkini ini pula sesuai digunakan untuk simpan barang berharga.

Misalnya dompet dan jam tangan agar pelajar tidak akan menjadi mangsa penyeluk saku di dalam bas balik dari sekolah.

Beg sekolah menengah
nike_backpack_bag_unisex_beg_school_office_work_sp
mulai
RM28.90
Semak Nike Backpack Bag Unisex harga dibawah:
add_circle Unisex
add_circle Ada pemegang di bahagian atas beg
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak boleh menampung beban berat

Brand Nike pula tak perlu diperkenalkan lagi kerana jenama beg sekolah yang berkualiti ini telah menjadi pilihan ramai pelajar sekolah rendah dan menengah sejak bertahun dulu.

Ini mungkin kualiti fabrik beg ini mampu bertahan lama dan rekaannya juga sporty

Boleh digunakan oleh anak anda dari sekolah rendah sehingga masuk sekolah menengah jika pemilik pandai menjaganya dengan rapi. 

Beg ini bukan hanya sesuai dibawa ke tempat belajar tapi boleh diguna untuk simpan barang ketika aktiviti kokurikulum seperti mendaki bukit atau sertai perkhemahan anjuran unit beruniform.  

Diperbuat daripada 100% bahan nlyon polyester berkualiti premium, beg sandang Nike turut dihasilkan dengan poket di sisi kanan serta kiri dan ia jenis strechable, barulah anak remaja anda boleh bawa botol air minuman bersaiz besar ke sekolah. 

Beg sekolah kanak-kanak tadika
mulai
RM12.00
Semak Glitter Cartoon Kids Casual School Bag Backpack Kindergarten harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Banyak pilihan karton menarik
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan
remove_circle Tidak sesuai untuk remaja

Beg ini mempunyai rekaan glitter dan gambar kartun menarik seperti spiderman, avenger, unicorn, frozen dan banyak lagi.

Sesuai untuk kanak-kanak tadika sebab beg ini ringan, kecil, corak menarik dan mempunyai banyak ruang.

Paling penting, material yang digunakan pada laran beg adalah kalis air jadi mudah untuk dibersihkan jika terkena kotoran.

Kami yakin dengan corak kartun yang menarik pasti dapat membuatkan kanak-kanak lebih bersemangat untuk pergi ke sekolah.

mulai
RM398.00
Semak Swan SMART LITE S/Bag With Free Pencil Box Spinal Protection Back Support harga dibawah:
add_circle Percuma kotak pensel
add_circle Dilengkapi name tag
add_circle Mempunyai sokongan tulang belakang
add_circle Ringan
remove_circle Pilihan warna kurang menarik

Beg jenama Swan sudah dikenali walaupun harganya sangat mahal, kerana mungkin disebabkan cirinya ringan dan ergonomik. 

Beg sekolah ergonomik bermaksud, direka khas untuk menjaga tulang belakang kanak-kanak dalam kedudukan tegak. 

Malah, mempunyai span 6D yang tebal untuk memberikan keselesaan maksimum dan peredaran udara yang baik. 

Beg ini juga mempunyai tali bahu segitiga untuk daya tahan yang lebih baik dan tali pegangan yang tebal dan selesa. 

Ciri lain lagi, mempunyai 360 darjah reflektor dan tag nama reflektor untuk keselamatan jika anak anda berjalan pada waktu malam.

Sangat sesuai untuk si kecil yang memerlukan sokongan tulang belakang tambahan dan keselesaan semasa membawa beg sekolah.

TEEMI Kids Orthopedic Primary School Bag
mulai
RM139.90
Semak TEEMI Kids Orthopedic Primary School Bag With 3D Back Panel harga dibawah:
add_circle Memberikan sokongan kepada tulang belakang kanak-kanak
add_circle Kalis air & tahan lama
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Banyak ruang penyimpanan
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak bertubuh kecil

Bagi ibu bapa yang mempunyai bajet lebih, mereka boleh dapatkan TEEMI Kids Orthopedic Primary School Bag untuk anak tersayang.

Ini kerana beg ini mempunyai kapasiti yang lebih besar dan banyak ruang penyimpanan untuk buku dan barang-barang sekolah. 

Selain itu, bahagian utama juga boleh dibuka pada sudut 90 darjah, memudahkan anak-anak mengambil barang mereka.

Ciri-ciri lain termasuk sokongan belakang berkusyen 3D, tali bahu berbentuk S yang lebar dan tebal.

Bukan tu saja, bahagian tali pinggang boleh adjust, dilengkapi ‘whistle buckle’ dan ‘reflective safety accents’.

beg sekolah canggih
mulai
RM129.00
Semak Canggih Original Beg Sekolah - CG-BP 2202 harga dibawah:
add_circle Kalis air 
add_circle Tali bahu empuk lebar & tebal 
add_circle Pemantul keselamatan di tali belakang 
add_circle Tali boleh laras 
add_circle Zip berkualiti
remove_circle Mahal

Anda masih mencari beg sekolah untuk anak-anak? Dapatkan Beg Sekolah Canggih ini!

Ini kerana mempunyai saiz yang selesa dan beg ini diperbuat dari material polyester yang dapat memberi ciri tahan lasak.

Sesuai untuk lelaki dan perempuan kerana terdapat dalam pelbagai pilihan warna seperti Grey, Maroon, dan Sea Blue.

Paling penting beg ini ringan, kalis air dan dilengkapi dengan reflektor keselamatan pada tali belakang serta tali bahu.

Menariknya, beg ini boleh disesuaikan mengikut keselesaan anak anda dan diperbuat daripada bahan yang melepaskan haba, jadi selesa digunakan sepanjang hari.

Dalam hal penjagaan, anda boleh mencucinya dengan air bersih suhu rendah dan biarkan ia kering secara semulajadi. Sesuai untuk anak sekolah rendah dan menengah.

Beg sekolah Korea untuk perempuan
Beg sekolah korea
mulai
RM60.00
Semak Korean Schoolbag High Capacity Backpack harga dibawah:
add_circle Terdapat tempat letak laptop
add_circle Mempunyai poket tepi
add_circle Murah
remove_circle Tidak sesuai untuk lelaki

Kalau anda sedang mencari beg ringkas dalam gaya Korea, Korean Schoolbag High Capacity Backpack adalah pilihan yang tepat.

Beg ini direka dengan ciri-ciri yang sesuai untuk pelajar atau mereka yang bekerja kerana mempunyai tempat letak laptop.

Dengan harga RM20 beg ini mempunyai kualiti yang baik dan terdapat banyak compartment seperti poket depan kecil dan tepi.

Bahagian poket tepi anda boleh letak payung kecil lipat atau botol air, manakala poket depan kecil boleh letak barangan kecil.

Erti kata mudah, dengan beg ini, anda boleh bawa banyak barang seperti buku, alat tulis dan lain-lain.

beg grimo
mulai
RM18.90
Semak GRIMO Be Your Style Women's School Backpack Bags harga dibawah:
add_circle Banyak pilihan warna
add_circle Harga murah
add_circle Ringan
remove_circle Tidak sesuai letak laptop

Beg Grimo direka khas untuk wanita dengan rekaan yang bergaya dan menarik, sesuai untuk pelbagai aktiviti.

Dengan harga yang murah tidak lebih dari RM10, anda boleh dapat sebuah beg yang dapat menampung barang 5kg.

Rekaan beg Grimo bukan saja sesuai untuk bawa ke sekolah tapi untuk melakukan aktiviti harian termasuk solo travel!

Pilihan warna juga banyak, walaupun dikatakan sesuai untuk perempuan tapi bagi warna gelap sesuai juga untuk lelaki.

Beg sekolah kanak-kanak tadika
beg sekolah kanak-kanak mechamato
mulai
RM129.90
Semak Mechamato Backpack Primary School Bag harga dibawah:
add_circle Mudah dibasuh
add_circle Tahan lasak
add_circle Tali bahu berlapik
add_circle Kompartmen mencukupi
remove_circle Mahal

Beg sekolah dengan watak Mechamato ini kelihatan sangat menarik dan paling penting mudah dibasuh jika terkena makanan atau tertumpah minuman.

Dilengkapi dengan kompartmen dan ruang simpanan yang mencukupi untuk buku, alat tulis, dan bekas makanan.

Tambahan pula, beg ini tahan lasak dengan tali bahu berlapik, zip berfungsi dengan baik, dan mempunyai poket tepi untuk botol air.

Sangat sesuai untuk kanak-kanak tadika yang gemar menonton Mechamoto, dan juga kanak-kanak sekolah rendah yang berusia 7 atau 8 tahun.

Anak-anak pasti tersenyum dapat beg dengan kartun hero kegemaran mereka!

Beg sekolah tahan lasak
Smiggle
Smiggle School Bag
mulai
RM103.90
Semak Smiggle School Bag harga dibawah:
add_circle Pelbagai pilihan design menarik
add_circle Poket letak botol di tepi
add_circle Ruang compartment yang banyak
remove_circle Harga sedikit mahal

Jenama beg sekolah yang terkenal dalam kalangan kanak-kanak, dan juga ibu-ibu yang mahukan anak mereka memakai jenama beg yang popular.

Apa yang bagus mengenai beg Smiggle ini adalah ia tahan lasak dan kalis air, jadi anak-anak anda mungkin boleh memakainya dalam tempoh yang lama.

Selain itu, beg sekolah ini juga mudah dibersihkan jika terkena kotoran, hanya perlu sapukan menggunakan air biasa dan tidak perlu memberus dengan kuat.

Dengan pelbagai pilihan corak, saiz dan reka bentuk, anak-anak anda pasti akan lebih menyerlah memakai beg sekolah Smiggle ini.

Untuk harga, tidak ada salahnya berbelanja lebih sedikit asalkan anak suka memakai beg Smiggle ini.

Beg sekolah ringan
Adidas
Adidas Spot Neutral Backpack
mulai
RM32.90
Semak Adidas Spot Neutral Backpack harga dibawah:
add_circle Reka bentuk moden dan cantik
add_circle Ringan & tahan lasak
add_circle Ruang compartment besar
remove_circle Pilihan warna hanya 2

Beg sekolah jenama Adidas ini mempunyai reka bentuk yang minimalist dan juga moden, memang sesuai untuk anak yang sedang berada di sekolah menengah.

Dengan pilihan warna hitam atau putih, beg sekolah ini terasa ringan semasa memakai serta mempunyai tali sandang beg yang bagus untuk menampung beban berat.

Ruang compartment beg ini juga tidak terlalu kecil, memadai untuk menyimpan buku teks sekolah dan juga alatan tulis yang lain.

Jika perlu membawa laptop, beg ini juga mempunyai compartment untuk letak laptop agar laptop berada pada posisi yang betul.

Pada bahagian sisi, terdapat poket untuk meletakkan botol air, jadi tidak risau kalau botol air tertumpah dan terkena buku dalam beg.

Semua ini anda boleh dapatkan pada harga yang murah, tidak melebihi RM40 dan pastinya akan menjimatkan wang poket anda.


Bagaimanakah Meringankan Beg Sekolah Yang Berat? 

Ramai ibu bapa sekarang risau beg sekolah anak-anak berat terutamanya si kecil yang masih berada di tahap sekolah rendah.

Apa kata anda guna cara ini untuk meringankan beban beg berat yang perlu dipikul kanak-kanak.  

Pertama sekali, parents perlu dapatkan beg sekolah yang mempunyai tali atau straps yang lebar agar bahu anak tak akan mudah lenguh atau sakit.

Beg sekolah itu juga perlu miliki bahagian belakang yang berlapik atau jenis padded, barulah belakang kanak-kanak tak terbeban. 

Selain itu, ajar anak-anak anda untuk letak buku teks yang berat dan besar di bahagian belakang tempat beg digalas.

Jadi, buku-buku tersebut tak akan sebabkan anak anda kehilangan keseimbangan ketika berlari. 

Paling penting, berikan anak beg sekolah yang bersaiz sesuai dengan badan mereka.

Pastikan si manja turut menggalas beg dengan kedua-dua belah tali walaupun sesetengah budak akan rasa lebih hebat jika hanya menggalas beg dengan sebelah strap saja. 

Dengan ini, masalah sakit bahu boleh dielakkan.  


Fungsi Beg Sekolah 

Selain digunakan untuk menyimpan buku dan bekas alat tulis untuk ke sekolah, beg galas atau beg sekolah juga penting untuk membantu penggunanya untuk membawa alatan persekolahan.

Beg ini akan turut dapat melindungi barangan tersebut daripada basah terkena air hujan atau kotoran seperti habuk. 


Beg Sekolah Diperbuat Daripada Apa? 

Antara material yang sering digunakan untuk menghasilkan kebanyakan beg sekolah ialah canvas, nilon dan kapas.

Ini kerana fabrik-fabrik ini sangat terkenal dengan sifatnya yang mampu bertahan lama dan tak mudah koyak. 

Di samping itu, ada juga beg sekolah yang diperbuat daripada mesh untuk pengaliran udara yang baik.

Jadi, tubuh belakang anak dan baju sekolahnya tak akan mudah basah akibat berpeluh. 


Artikel Berkaitan

End of Article