Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Beg Sekolah Murah & Berkualiti 2024 (Bawah RM50)

Seronoknya pergi ke sekolah!

Cuba tengok bag sekolah anak anda adakah sesuai dengan saiz badan mereka dan adakah beg tersebut tidak menyebabkan sakit belakang?

Bukan apa, pemilihan bag sekolah sangat penting supaya mereka selesa untuk membawa buku ke sekolah.

Dan tidak semestinya harga bag sekolah mahal bermaksud brand bag sekolah itu adalah tepat untuk anak anda.

Ada je beg sekolah terkini yang bagus dengan harga bawah RM50 tapi mampu beri keselesaan anak anda untuk menggalas beg.

Jadi kami bantu anda dengan menyenaraikan jenama bag sekolah tahan lasak dengan harga bag sekolah bawah RM50.


Senarai 9 Jenama Beg Sekolah Bawah RM50

Beg sekolah terbaik secara keseluruhan
MILANDO Kid Children School Bag
mulai
RM28.00
Semak MILANDO Kid Children School Bag harga dibawah:
add_circle Bantu mengurangkan bebanan
add_circle Mempunyai bahagian laptop
add_circle Mempunyai plot beg yang banyak
add_circle Sesuai untuk lelaki dan perempuan
remove_circle Rekaan kurang menarik

Sebab menjadi pilihan utama:

Beg ini mampu menampung beban maksimum 45kg dan dalam masa yang sama menyokong tulang belakang untuk berkembang serta dapat mengurangkan bebanan.

Ciri-ciri:

Dari luaran mungkin anak anak tidak suka dengan rekaan beg ini kerana sangat simple, plain dan tidak mempunyai corak yang berunsurkan kartun.

Tapi beg ini dilengkapi dengan 1 x petak zip utama, 2 x petak depan berzip dan 2 x poket bersih sisi.

Bahagian ini semua sesuai dengan keperluan harian seorang pelajar untuk simpan kotak pensil, buku, botol dan lain-lain.

Terdapat juga lapisan poliester dengan poket komputer riba memandangkan sekarang komputer mula digunakan di sekolah.

Beg ini diperbuat daripada bahan nilon yang berkualiti tinggi dimana tidak mudah diserap air.

Review:

“Beg ni saya dah repeat 5 kali untuk anak-anak guna. Memang bagus. Lambat koyak dan banyak compartment. Senang untuk budak-budak,”

mulai
RM8.20
Semak BBD Unisex College Student Style Canvas School Backpack harga dibawah:
add_circle Ada 2 pilihan warna
add_circle Rekaan sangat ringkas
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Tak sesuai untuk bawa barang berat
remove_circle Nipis

Diperbuat daripada material kanvas, beg sekolah ini sesuai dibawa oleh kanak-kanak ke sekolah.

Boleh diguna oleh budak perempuan dan lelaki kerana ia jenis unisex. 

Tambahan pula, beratnya hanya 0.5 kilogram sahaja sebelum dimasukkan buku atau alat tulis.

Jadi memang sangat ringan dan tak akan membebankan belakang pelajar. 

Bahagian tali bahunya pula boleh diubah kepanjangannya agar sesuai dengan ketinggian setiap kanak-kanak atau pelajar sekolah. 

Beg galas sekolah ini juga tampil dengan poket depan yang berzip, jadi boleh lah letakkan barang penting seperti duit belanja atau pen supaya senang untuk dicapai ketika mahu digunakan. 

Beg Sekolah Children's School Bag Kids Girl Unicorn
mulai
RM24.99
Semak Beg Sekolah Children's School Bag Kids Girl Unicorn harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Terdapat banyak pilihan
add_circle Mempunyai night reflective strip
remove_circle Kotoran mudah kelihatan

Rekaan beg sekolah ini kami yakin dapat memberi semangat si kecil untuk pakai ke sekolah kerana penuh dengan warna-warni.

Saiz beg sekolah perempuan ini tinggi 41cm x lebar 14cm x panjang 27cm menjadikan sesuai untuk anak bersekolah tadika atau rendah.

Terdapat 5 pilihan warna beg yang boleh dipilih mengikut citarasa anak anda. Hitam, pink, purple dan lain-lain.

Selain itu, pada tempat galas beg mempunyai ciri span breathable menjadikan anak anda selesa untuk menggalas.

Bahagian dalam bag ini terdapat bahagian-bahagian kecil untuk diletakkan botol air, zip tepi beg, bahagian utama dan bahagian zip depan.

Paling menarik terdapat ciri keselamatan night reflective strip yang berfungsi untuk elak dari terlanggar anak kecil apabila berada dalam keadaan gelap atau malam.

BBD BG3917 Korean Style Leaf Canvas School Bag
mulai
RM7.20
Semak BBD BG3917 Korean Style Leaf Canvas School Bag harga dibawah:
add_circle Rekaan simple
add_circle Warna menarik
add_circle Ringan
remove_circle Tidak mampu menampung berat

Rekaan beg sekolah ini simple dan terdapat pelbagai pilihan warna yang disediakan dapat menarik perhatian anak remaja.

Saiz beg sekolah menengah ini tinggi 34cm x lebar 10cm x panjang 24cm menjadikan sesuai untuk anak bersekolah menengah atau rendah.

Selain daripada bawa beg ini ke sekolah, anak anda juga boleh bawa beg ini jika ingin travel bersama kawan.

Ini kerana saiz yang kompak dan ringan menjadikan sesiapa saja selesa untuk menggalas walaupun penuh dengan isi.

Material beg ini adalah kanvas, kalau kotor pun boleh masuk cuci menggunakan mesin basuh.

LYCOTTE Transformer kids primary school children bag
mulai
RM35.22
Semak LYCOTTE Transformer kids primary school children bag harga dibawah:
add_circle Mempunyai lampu
add_circle Zip berkualiti tinggi
add_circle Kalis air
remove_circle Tidak sesuai untuk sekolah menengah

Rekaan beg sekolah ini diilhamkan dari movie Transformer dimana mempunyai gambar penuh robot pada seluruh bahagian depan beg sekolah.

Menariknya lagi, terdapat lampu berkelip pada bahagian mata robot seakan-akan sedang mengedip mata. Menarik kan?

Jangan risau, beg sekolah ini murah tak sampai RM30 pun, kami yakin anak lelaki anda pasti rasa teruja melihat rekaan beg sekolah ini.

Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan, biru, kuning dan merah, pilih saja ikut citarasa mereka.

Ciri lain lagi, beg sekolah ini kalis air jadi buku sekolah si kecil terselamat jika pergi atau balik sekolah dalam keadaan cuaca hujan.

Beg sekolah cantik dan murah
Beg Smiggle murah
mulai
RM23.71
Semak Beg Smiggle murah harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Harga murah
add_circle Terdapat banyak design
add_circle Mempunyai cushion straps dan backsupport
remove_circle Tidak sesuai untuk bawa barang banyak

Kami faham bila trend Smiggle menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak di sekolah.

Tapi malangnya harga beg sekolah Smiggle original di pasaran mencecah ratusan ringgit.

Bagi memuaskan hati si kecil, belikan saja beg smiggle dengan harga bawah RM50 ini.

Terdapat pelbagai pilihan design yang mana sesuai untuk lelaki dan perempuan. Pilih saja!

Material beg sekolah ini adalah Nylon dan mempunyai ciri kalis air jadi buku sekolah si kecil terselamat jika pergi atau balik sekolah dalam keadaan cuaca hujan.

Terdapat dua saiz berbeza iaitu 14”  (M) -  Tinggi 34cm x Lebar 23cm dan 17" (L): Tinggi 41cm x Lebar 28cm.

GRIMO Glow In The Dark School Travel Backpack
mulai
RM9.47
Semak GRIMO Glow In The Dark School Travel Backpack harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Corak pelbagai
add_circle Glow in the dark
add_circle Kotoran sukar dililhat
remove_circle Hanya terdapat warna hitam saja

Walaupun terdapat warna hitam saja tapi dengan corak yang pelbagai mampu menarik minat si kecil terutama anak lelaki.

Antara corak yang ada spiderman, flash, iron man dan lain lain. Menarik lagi, setiap corak tersebut bercirikan glow in the dark.

Dengan warna hitam dan menggunakan material kanva, beg ini memang sukar melihat kotoran.

Bahagian tali beg ini boleh di panjang sehingga 75cm menjadikan sesuai untuk pelajar sekolah menengah juga.

Beg sekolah beroda murah
3D Cartoon School Backpack Kids
mulai
RM36.90
Semak 3D Cartoon School Backpack Kids harga dibawah:
add_circle Mempunyai tempat letak botol
add_circle Terdapat pelbagai pilihan corak
add_circle Zip tahan karat
add_circle Tahan air
remove_circle Hanya sesuai untuk sekolah rendah

Rekaan beg ini sesuai untuk anak yang bersekolah tadika hingga 8  tahun kerana coraknya agak kebudak-budakkan. 

Antara corak yang ada adalah Spiderman, Batman, Superman, Unicorn, Princess, Pony dan banyak lagi.

Saiz beg ini tinggi 60cm x lebar 14cm x panjang 36cm dan menggunakan bahan Nylon berkualiti tinggi.

Beg ini dilengkapi bahagian utama 1x, bahagian zip depan 1x dan poket sisi 2x memang sesuai untuk kanak-kanak sekolah tadika dan rendah.

Besi pada bahagian zip mempunyai ciri stainless steel jadi tak perlu risau jika terkena hujan atau panas kerana besi zip tidak berkarat.

mulai
RM22.09
Semak Korean Large Capacity Canvas Bag Women's Crossbody Style Student harga dibawah:
add_circle Rekaan menarik dan simple
add_circle Mempunyai tempat letak botol
remove_circle Tidak boleh bawa buku terlalu banyak

Bagi anak anda yang menggemari style fashion negara Jepun atau Korea, boleh belikan mereka sling beg ini.

Tidak seperti sling beg yang lain kerana terdapat bahagian letak botol air atau payung pada bahagian depan beg.

Bahagian utama sling beg ini tidak terdedah kerana mempunyai zip untuk menutup supaya tidak mudah diseluk atau terkena air hujan.

Dalam bahagian utama terdapat poket kecil untuk menyimpan barangan kecil seperti pen, buku nota kecil atau barangan kecil.

Terdapat lima pilihan warna beg iaitu hijau, hitam, biru, kuning dan beige. Sangat sesuai untuk remaja perempuan. Pilih saja!


Bagaimana Memilih Beg Yang Betul?

Percaya atau tidak, pemilihan beg sekolah yang salah boleh membuatkan tulang belakang sakit.

Malah menurut kajian, The Journal of Othapedics, hampir 3500 pelajar telah mengadu sakit tulang belakang akibat beg terlalu berat.

Jadi, ibu bapa perlu fikir terlebih dahulu sama ada sesuai atau tidak sebelum membeli beg sekolah anak.

Selain daripada pemilihan beg sekolah yang betul, ibu bapa juga perlu laraskan tali beg supaya sesuai dengan tubuh badan si kecil.

Menurut kajian Dr Siow, beg paling tepat dan selesa untuk anak bersekolah adalah beg jenis backpack atau galas belakang.

Tip lain yang dikongsikan adalah pilih padding beg yang sesuai dengan bahu dan tali bahu hendaklah jenis yang lebar dan boleh laras supaya tidak condong ke bawah.

Seterusnya, saiz beg haruslah tidak lebih dari panjang tulang belakang anak. 

Maksudnya melepasi separuh bahagian belakang dan tidak melebihi di atas garis pinggang.


Artikel Berkaitan

End of Article