Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
kasut sekolah hitam

8 Jenis Kasut Hitam Sekolah Terbaik di Malaysia 2023

Dari harga mampu milik ke harga yang alah membeli, menang memakai

Memetik petikan Berita Harian, pelaksanaan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.

Jadi tidak ada lagi pemakaian kasut sekolah berwarna putih ke sekolah susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

Jadi memandangkan lagi sebulan je anak nak masuk sekolah sebelum menjelang 2023, kami bantu ibu bapa di luar sana untuk mencari jenis kasut sekolah hitam yang sesuai.

Jangan risau, harga kasut sekolah hitam yang kami senaraikan ini harganya mampu milik.

Jadi, jom lihat jenis kasut sekolah hitam yang anda boleh belikan untuk adik atau anak anda.


Senarai 8 Jenis Kasut Sekolah Hitam

Kasut sekolah terbaik secara keseluruhan
ABARO
ABARO Unisex Water Resistant Antibacterial Sneakers
Semak ABARO Unisex Water Resistant Antibacterial Sneakers harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Tahan air
add_circle Fabrik anti-bakteria
remove_circle Tidak sesuai untuk budak sekolah rendah

Sebab menjadi pilihan utama:

Kasut ini menggunakan bahan pembuatan Water resistant Mesh dimana mempunyai ciri tidak mudah menyerap air (water resistance).

Ciri-ciri:

Pada permukaan kasut ini, terdapat satu lapisan yang menutup bahagian depan kasut yang berfungsi untuk memudahkan proses pembersihan. 

Hanya lap saja kain basah dengan lembut dan kotoran hilang! Tak perlu memberus dengan kuat.

Bahagian tapak kasut pula diperbuat daripada Ethyl-Vinyl Acetate (EVA) yang menjadikan tapak kasut lembut dan tidak keras. Pakai pun tak sakit kaki.

Ditambah pula dengan lapisan anti-bakteria berwarna biru laut dan lapisan tambahan untuk keselesaan.

Ciri ini menjadikan kasut tidak mudah berbau dan selesa apabila memakainya untuk semua aktiviti.

Review:
Anak cakap selesa pakai kasut ni, ringan. Repeat kali ke tiga. Setahun lebih pakai. Sangat tahan lasak,”

Kasut sekolah hitam pvc
Asadi 6560 PVC PU Leather Shoe
Semak Asadi 6560 PVC PU Leather Shoe harga dibawah:
add_circle Mudah dicuci
add_circle Tahan air
add_circle Ringan
remove_circle Mudah merekah

Jika anak anda tidak gemar mencuci kasut sekolah boleh belikan mereka kasut Asadi 6560 PVC PU leather ini.

Hanya memerlukan tisu atau kain basah untuk lap bahagian kotoran, tidak perlu menyental dengan berus kasut.

Jadi, jika terdapat lecak atau kotoran yang jelas kelihatan pada permukaan kasut hitam, boleh lap saja lepas pulang dari sekolah.

Apa yang menambahkan lagi sesuai untuk kasut sekolah adalah pembuatan tapak dalam kasut ini daripada cushioned insole.

Maksudnya, terdapat satu lapisan pada bahagian tapak dalam yang dapat memberikan keselesaan pada si pemakai.

BATA B-FIRST Kids Black School Shoes - 4896128
Semak BATA B-FIRST Kids Black School Shoes - 4896128 harga dibawah:
add_circle Tidak mudah koyak
add_circle Rekaan simple
add_circle Harga murah
add_circle Ringan
remove_circle Mudah tercabut

Kasut hitam sekolah ini khas untuk pelajar perempuan kerana mempunyai bentuk kasut yang kecil dan rekaan sangat simple.

Anak anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengikat tali kasut kerana pengikat kasut ini adalah jenis velcro.

Pembuatan kasut ini adalah kanvas, kulit PU dan getah pada bahagian tapak luar menjadikan si pemakai rasa selesa dan ringan.

Saiz kasut ini dari UK 10 (16.5 cm) sehingga UK4 (23.5 cm), memang ada untuk anak perempuan yang bersekolah rendah.

Jangan risau, kasut ini tidak mahal, bawah RM40 saja.

Kasut sekolah hitam lelaki
Original XRAY Kasut Sekolah Hitam
Semak Original XRAY Kasut Sekolah Hitam harga dibawah:
add_circle Mudah dipakai
add_circle Mudah dicuci
add_circle Harga murah
remove_circle Mempunyai saiz kecil saja

Bagi mereka yang mempunyai anak yang baru menginjakkan kaki ke sekolah rendah, boleh belikan mereka kasut sekolah hitam ini.

Terdapat 5 jenis corak dan jenis yang berbeza. Ada yang jenis pengikat velcro dan ada yang sarung. Pilih saja!

Terdapat juga rekaan yang mempunyai dua velcro untuk ikatan kasut yang lebih ketat.

Kelebihan velcro ni sesuai untuk anak yang bergerak aktif dan tidak tahu mengikat tali kasut.

Lagipun anak anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengikat tali kasut.

Tapi jika anak anda tidak sukakan yang velcro atau tali, anda boleh belikan mereka kasut jenis sarung. Memang sangat mudah nak pakai.

Semak Skechers Kids Back to School Collection Bounder School Shoes - 403732L-BBK harga dibawah:
add_circle Selesa
add_circle Fleskibel
add_circle Tahan lasak
remove_circle Harga mahal

Jenama Skechers terkenal dengan kasut yang selesa terutama ibu mengandung, berjalan jauh dan mereka yang sukakan aktiviti lasak.

Ini kerana Skechers menekankan pembuatan yang baik pada bahagian tapak luar dan dalam supaya si pemakai rasa selesa.

Begitu juga rekaan kasut sekolah hitam mereka yang menggunakan “memory foam” pada bahagian tapak dalam supaya anak anda bergerak dengan selesa.

Dalam masa yang sama, Skechers juga menambah midsole pada tapak kasut ini untuk menyerap segala hentakan yang tidak membuatkan kaki mudah lenguh.

Tambah lagi, tapak bahagian luar fleksibel dengan reka bentuk yang mengikut kaki menjadikan sesuai untuk anak yang aktif.

Tidak seperti kasut hitam sekolah jenama lain, kasut ini mempunyai dua jenis pengikat iaitu tali dan velcro supaya kasut tidak mudah tercabut dari kaki walaupun anak anda bergerak aktif.

Kasut sekolah hitam bertali
B. Best Unisex Black Casual School Shoes
Semak B. Best Unisex Black Casual School Shoes harga dibawah:
add_circle Selesa
add_circle Tidak mudah koyak
remove_circle Perlu mengikat tali

Sebelum anda membeli kasut sekolah hitam bertali untuk anak anda, pastikan mereka tahu bagaimana cara mengikat tali kasut bila terlerai.

Tapi jangan risau, kalau anak anda mahir mengikat tali, kasut ini tidak mudah tercabut dari kaki kerana tali yang ada mencengkam kaki si kecil.

Kasut ini diperbuat daripada kanvas dimana memang mengikuti spesifikasi kasut sekolah dan kerja yang memerlukan pemakaian kasut hitam.

Untuk ukuran saiz, terdapat saiz dari 31 (20.5cm) sehingga 45 (29cm) dan sesuai untuk perempuan dan lelaki.

Kasut sekolah hitam sarung
Pallas Jazz 407-0112 Slip on All Black
Semak Pallas Jazz 407-0112 Slip on All Black harga dibawah:
add_circle Tidak perlu mengikat tali
add_circle Cengkaman kuat
add_circle Penyerapan baik
remove_circle Tapak keras sedikit

Jika anak anda tidak sukakan kasut bertali atau tidak tahu cara mengikat tali kasut, sebaiknya belikan mereka kasut sekolah hitam sarung ini.

Walaupun tidak bertali tapi cengkaman kasut ini pada kaki si pemakai kuat kerana terdapat lidah kasut sehingga bahagian pergelangan kaki.

Bahagian luar tapak kasut, jenama Pallas ini telah meletakkan satu lapisan outsole bagi penyerapan hentakan yang baik.

Maknanya, kaki anak anda tidak berasa sakit apabila sepak bola, berlari atau melakukan aktiviti lasak.

Malah dengan penggunaan kain kanvas, kasut ini tahan lama dan tidak mudah terkoyak.

Kasut sekolah paling popular
Mu Kasut Sekolah Hitam Pallas PX25-015BK
Semak Mu Kasut Sekolah Hitam Pallas PX25-015BK harga dibawah:
add_circle Menepati spesifikasi kasut sekolah
add_circle Tahan lama
add_circle Selesa
add_circle Stabil
remove_circle Sedikit berat

Jika anda mencari kasut yang selesa, tahan lama dan menawan untuk anak-anak anda, Pallas adalah pilihan yang terbaik.

Dengan reka bentuk tali velcro, kasut ini membuat anak anda tampil smart dan berwibawa. Terdapat banyak pilihan saiz kaki dan anda boleh menyesuaikan gaya anak anda.

Diperbuat dari kanvas yang membuatkan kasut anda tahan lama. Selain itu, tapak luar pula dihasilkan dari getah dan mampu menyerap kejutan.

Tambah lagi, kasut ini mempunyai cengkaman yang sangat baik untuk mengelakkan anak anda tergelincir. 


Adakah Pemakaian Kasut Sekolah Hitam Diwajibkan Untuk Semua Pelajar Sekolah Di Malaysia?

Pada Julai 2018, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengambil kira keluhan ibu bapa mengenai tahap kebersihan kasut putih yang dipakai anak mereka.

Malangnya pada 7 Disember 2018, pelaksanaan ini dibatalkan bermula sesi 2021.

Tetapi, menerusi edaran Surat Pekeliling Iktisas (IPS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pihak mereka telah memberi ruang kepada pelajar sekolah menengah dan rendah untuk membuat keputusan.

Pelajar sendiri berhak memilih sama ada untuk memakai kasut bewarna hitam atau putih serta stoking mengikut warna kasut.

Kini, pemakaian kasut sekolah hitam tidak diwajibkan untuk semua pelajar sekolah di Malaysia.

Anda boleh tonton laporan berita dari stesen TV3 di bawah bagi mengesahkan fakta di atas.


Artikel berkaitan 

End of Article