Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
kasut sukan terbaik

15 Jenama Kasut Sukan Terbaik 2024 (Perempuan & Lelaki)

Pastikan anda pilih kasut sukan yang sesuai dengan jenis dan saiz kaki supaya selesa.

Kalau salah pilih jenis kasut sukan untuk melakukan aktiviti lasak atau beriadah, boleh menyebabkan kaki sakit dan lenguh. 

Kami faham dengan lambakan jenis dan jenama kasut sukan yang ada di kedai kasut sukan sekarang menyukarkan kita untuk buat pilihan terbaik. 

Jangan risau, sebab kali ini kami nak kongsikan dengan anda senarai koleksi kasut sukan terbaik mengikut corak kegunaan anda.


Senarai 15 Jenama Kasut Sukan

Kasut sukan terbaik secara keseluruhan
PUMA Unisex Softride Cruise Running Shoes
mulai
RM209.30
Semak PUMA Unisex Softride Cruise Running Shoes harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Unisex
add_circle Terdapat 2 pilihan design
add_circle Tapak tengah kasut lembut
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Kasut ini sesuai untuk semua jantina dan sesuai untuk bawa keluar berjalan atau bersukan.

Ciri-ciri:

Kasut yang direka khas untuk berlari atau jogging ini sangat selesa kerana bahagian pelapik dalamnya (sockliner atau insole) mempunyai kusyen SoftFoam+. 

Maksudnya menyokong kaki anda tak kira sejauh mana anda berlari. Manakala bahagian tapak kasut atau outsole pula diperbuat dari getah. 

Bukan itu sahaja, kasut PUMA yang berwarna hitam ini juga sesuai dipadankan dengan pelbagai warna seluar atau baju sukan. 

Antara saiz kasut yang ditawarkan ialah UK6, UK7, UK8, UK9 dan UK10.

Review:

"Elok sangat bagi yang selalu jogging tapi kita pakai 3 bulan kaki tak sakit sepanjang menapak 10 minit ke office. So beli memang 2 in 1. Pergi sukan dengan nak pergi pejabat,"

BUM Equipment Unisex Sport Shoes
mulai
RM39.99
Semak BUM Equipment Unisex Sport Shoes harga dibawah:
add_circle Unisex
add_circle Insole jenis ergonomik
add_circle Melindungi buku lali & tumit kaki
add_circle Terdapat pelbagai pilihan warna
remove_circle Kurang sesuai untuk kaki jenis lebar

Buat yang masih tercari-cari kasut sukan murah online, boleh dapatkan kasut sport bawah RM70 ini. 

Walaupun murah tapi material kasut sukan ini diperbuat daripada material Flyknit yang selesa dipakai untuk aktiviti riadah. 

Kasut jenis bertali jenama BUM Equipment ini juga stabil, ringan dan mempunyai sokongan yang baik untuk aktiviti larian di dalam bandar. 

Kaki anda juga boleh bernafas dengan baik dan tidak akan mudah berpeluh dan tiada masalah jika nak pakai kasut ini untuk berjalan-jalan di mall sepanjang hari sekali pun.

Kasut Sukan Wanita Lelaki K112
mulai
RM18.50
Semak Kasut Sukan Wanita Lelaki K112 harga dibawah:
add_circle Unisex
add_circle Kasut lembut
add_circle 4 pilihan warna
add_circle Pelbagai pilihan saiz
remove_circle Tapak agak keras pada bahagian tumit

Walaupun harga kasut sukan ini murah tapi kualitinya sesuai dipakai untuk aktiviti riadah atau jogging. 

Terdapat 4 pilihan warna menarik iaitu hitam kelabu, hitam ungu, kelabu dan merah. 

Dengan warna yang disediakan boleh dipakai oleh lelaki mahupun wanita atau kanak-kanak.

Selain itu, turut menawarkan pelbagai saiz untuk semua, iaitu dari saiz 36 hinggalah saiz 44. 

Tapi, jika anda mempunyai kaki yang lebar, digalakkan untuk pilih 1 saiz yang lebih besar daripada saiz yang selalu anda pakai.

Kasut sukan untuk badminton
Apacs Badminton Shoes
mulai
RM69.90
Semak Apacs Badminton Shoes harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Pelbagai pilihan saiz
add_circle Bahagian depan kasut lebar
add_circle Terbaik untuk main badminton
remove_circle Kurang sesuai digunakan untuk lari marathon

Sering beriadah setiap petang dengan bermain badminton? Anda wajib dapatkan kasut badminton terbaik Apacs ini. 

Ini kerana bahagian Top-Cap kasut ini direka dengan Microfibre akan memberi keselesaan dan ketahanan pada kaki anda.

Selain itu, turut mempunyai kusyen anti gelincir pada bahagian pelapik dalam kasut. Oleh itu, tapak kaki anda tak sakit dan kekal stabil ketika bermain badminton. 

Kasut ini mampu menyerap kejutan dengan baik dan paling menarik, ada pelbagai pilihan saiz kasut yang ditawarkan, iaitu dari UK5 hingga UK11 dan UK12.

FELET The Latest Galaxy Boost Badminton Shoes
mulai
RM159.99
Semak FELET The Latest Galaxy Boost Badminton Shoes harga dibawah:
add_circle Kasut ringan
add_circle Kasut jenis bertali
add_circle Cengkaman yang bagus
remove_circle Harga sedikit mahal

Jika anda ada bajet lebih, apa salahnya dapatkan kasut badminton jenama FELET yang berkualiti tinggi ini. 

Bahagian tapak di dalam kasut ini dilengkapi dengan kusyen yang bakal memberikan keselesaan kepada si pemakai ketika bergerak di gelanggang badminton. 

Menariknya lagi terdapat 6 pilihan warna kasut antaranya biru/oren, biru/merah, merah/hitam dan hitam/kuning. 

Bukan itu sahaja, saiz kasut yang ada juga pelbagai iaitu dari saiz UK 6 hingga UK8. 

Memandangkan kasut ini jenis unisex, wanita dan lelaki boleh pakai tanpa masalah.

Kasut untuk sukan air
Thick Base Anti-Slip Water Shoe
mulai
RM16.80
Semak Thick Base Anti-Slip Water Shoe harga dibawah:
add_circle Kasut jenis sarung
add_circle Ringan & lembut
add_circle Kasut boleh dilipat
add_circle Material cepat kering
remove_circle Hanya sesuai untuk aktiviti dalam air

Kasut ini sesuai digunakan untuk sukan air ini kerana jenis elastik dan tidak berat apabila terkena air.

Ciri ini menjadikan kasut sukan ini sesuai dipakai di kawasan basah seperti tepi kolam atau di pantai. 

Jangan risau, tapak kasutnya yang jenis anti-gelincir dan tebal kerana diperbuat dari getah yang membolehkan anda untuk berjalan di atas pasir atau batu tanpa rasa sakit. 

Terdapat banyak pilihan saiz untuk semua jadi, semua peringkat umur tidak kira lelaki dan wanita boleh pakai kasut ini.

Adidas RUNNING Lite Racer 3.0 Shoes Black GY0699
mulai
RM229.00
Semak Adidas RUNNING Lite Racer 3.0 Shoes Black GY0699 harga dibawah:
add_circle Unisex
add_circle Warna hitam menawan
add_circle Pelbagai pilihan saiz
remove_circle Harga mahal

Walaupun mahal tapi kasut untuk berlari dan jogging Adidas ini mempunyai kusyen Cloudfoam yang sangat lembut pada bahagian tapak kaki. 

Hasilnya, tapak kaki anda tak mudah lenguh walaupun berlari dengan terlalu kuat. 

Malah, rekaan kasut sukan yang tidak terlalu sporty ini membolehkan anda untuk memakai ketika bertemu dengan rakan pada hujung minggu atau ke pusat beli belah. 

Barulah tak lenguh walaupun berjalan jauh untuk shopping kan.

Skechers Women BOBS Sport Squad Shoes - 117282-BLK
mulai
RM299.00
Semak Skechers Women BOBS Sport Squad Shoes - 117282-BLK harga dibawah:
add_circle Kasut jenis bertali
add_circle Boleh dibasuh dengan mesin cuci
add_circle Diperbuat dari bahan kitar semula
add_circle Pelapik kasut menyerap kejutan
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Kurang sesuai dipakai oleh lelaki

Kaum wanita yang mahu memulakan gaya hidup yang lebih sihat memang disarankan untuk dapatkan kasut sukan Skechers. 

Ini kerana jenama Skechers memang terkenal dengan keselesaan yang ditawarkan untuk anda jogging dan bersenam. 

Direka dengan insole yang berkusyen lembut kerana menggunakan Memory Foam. 

Manakala bahagian tapak kasutnya pula diperbuat daripada getah fleksibel yang boleh mencengkam dengan baik. Jadi, anda tak akan mudah tergelincir.

Line7 L7 S-2550 Men Jogging Shoes
mulai
RM103.90
Semak Line7 L7 S-2550 Men Jogging Shoes harga dibawah:
add_circle Tahan lama
add_circle Kusyen lembut
add_circle Melindungi buku lali
add_circle Mengawal berbau busuk
add_circle 4 pilihan warna (hitam, Navy, kelabu & biru)
remove_circle Bukan jenis unisex

Kasut sport jenama Line7 yang diperbuat dari getah ini sesuai dipakai oleh kaum Adam untuk berjogging setiap petang. 

Terdapat pelbagai pilihan saiz yang ditawarkan, iaitu dari UK5 hingga saiz UK10. Lelaki yang berkaki lebar pun boleh pakai. 

Kasut ini mempunyai bahagian tumit yang cukup stabil untuk mengurangkan tekanan dan geseran ketika berlari. 

Bahagian pelapik kasut yang diperbuat daripada pad lembut pula boleh menyerap kejutan, jadi kasut tetap selesa dipakai walaupun ketika melalui permukaan jalan yang tak rata.

Kasut sukan untuk zumba
Puma
PUMA Fierce 2 Women's Training Shoes
mulai
RM359.20
Semak PUMA Fierce 2 Women's Training Shoes harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Kusyen pelapik kasut lembut
add_circle Banyak pilihan saz (dari UK3-UK6.5)
remove_circle Harga mahal

Untuk wanita yang ingin menambah koleksi kasut sukan, apa kata dapatkan kasut training PUMA yang direka khas untuk kaum Hawa. 

Bukan sahaja boleh digunakan untuk berlatih menari, malah boleh juga dipakai untuk aktiviti light training atau ketika keluar bersiar-siar. 

Kasut sport ini tidak menggunakan tali yang perlu diikat, sebaliknya hanya perlu disarungkan kerana bukaan kasut boleh diregangkan. 

Lapisan tengah pelapik kasut menggunakan EVA foam yang sangat lembut namun tahan lama. 

Memang sangat selesa dipakai untuk berzumba atau melakukan aerobik.

ASICS Gel-Kayano 28 Men Running Shoes In Olive CanvasBlack
mulai
RM489.30
Semak ASICS Gel-Kayano 28 Men Running Shoes In Olive Canvas/Black harga dibawah:
add_circle Tak mudah lenguh
add_circle Kaki boleh bernafas
add_circle Bahagian tumit lebih stabil
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak sesuai dipakai oleh wanita

Jenama kasut sukan ini pula direka dengan tumit yang stabil agar anda boleh berjalan dan berlari dengan lebih stabil agar kaki mendarat lebih lembut di permukaan trek jogging. 

Kasut Gel-Kayano 28 juga mempunyai kusyen ringan yang diperbuat daripada foam di lapisan tengah pelapik kasut agar kaki boleh melantun dengan baik ketika berlari. 

Malah dapat memberikan sokongan dan keselesaan yang terbaik kepada kaki anda. 

Manakala tapak kasut ini pula adalah 50% tahan lebih lama daripada kasut ASICS standard yang lain. 

Uniknya lagi, kasut sukan ini diperbuat daripada material mesh yang akan memberikan pengudaraan yang baik pada kaki. Jadi, tak mudah busuk walaupun berpeluh.

Adidas Unisex Crazyflight Bounce Tokyo Volleyball Shoe (FX1769)
mulai
RM189.90
Semak Adidas Unisex Crazyflight Bounce Tokyo Volleyball Shoe (FX1769) harga dibawah:
add_circle Sesuai juga untuk main bola baling
add_circle Untuk lelaki & wanita (unisex)
add_circle Tali kasut boleh adjust
add_circle Ringan
remove_circle Harga terlalu mahal

Kasut sukan Adidas ini bukan sahaja boleh dipakai untuk bermain bola tampar, malah boleh digunakan untuk menguasai gelanggang indoor lain termasuk badminton. 

Ini kerana bahagian tapak kasutnya yang diperbuat daripada getah dan material EVA tidak mudah tergelincir kerana permukaan gelanggang boleh dicengkam dengan kuat. 

Selain itu, kasut ini juga sangat stabil dan boleh menyokong kaki dengan baik agar si pemakai boleh melompat tanpa tergelincir. 

Paling penting diperbuat daripada fabrik fleksibel yang boleh diregangkan dan dijamin kasut sukan tak mudah koyak atau rosak.

Under Armour UA Women's HOVR™ Apex 2 Training Shoes
mulai
RM377.40
Semak Under Armour UA Women's HOVR™ Apex 2 Training Shoes harga dibawah:
add_circle 2 pilihan warna (biru & putih)
add_circle Tumit kaki rasa stabil
add_circle Tahan lama
add_circle Ringan
remove_circle Harga terlalu mahal
remove_circle Rekaan feminin, tak sesuai dipakai oleh lelaki

Kami sarankan wanita yang sering menyertai zumba, Crossfit, Hiit training atau selalu bersenam di gimnasium untuk dapatkan kasut Under Armour ini. 

Kasut sukan ini direka dengan UA TriBase yang boleh memaksimakan sentuhan dengan permukaan dan gerakan kaki anda juga tampak semula jadi. 

Sekali gus memberikan fleksibiliti untuk mencengkam dengan baik ketika angkat berat. 

Yang penting, terdapat kusyen yang tebal dan lembut untuk menyokong buku lali. 

New Balance Men Fresh Foam X 860v13 Running Shoe (X-Wide)
mulai
RM709.00
Semak New Balance Men Fresh Foam X 860v13 Running Shoe (X-Wide) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk jogging & berlari
add_circle Pelbagai pilihan saiz
add_circle Kaki tak mudah sakit
add_circle Kasut jenis lebar
remove_circle Harga terlalu mahal

Buat kaum Adam yang mengalami kesukaran untuk beli kasut sukan gara-gara kaki anda yang bersaiz lebar, boleh dapatkan kasut sport New Balance ini. 

Ia direka khas untuk golongan seperti anda kerana saiznya lebih lebar dari kasut lain yang ada di pasaran. 

Lagipula, bahagian pelapik dalam kasutnyajuga sangat lembut dan selesa serta diperbuat dari bahan yang boleh diperbaharui semula untuk membantu menjaga alam sekitar. 

Bahagian atas kasut pula jenis berjaring agar kaki anda tetap boleh bernafas dengan baik dan tak mudah busuk walaupun berpeluh.

Decathlon Running Shoes Men (High Cushioning) Grey - Kalenji
mulai
RM49.00
Semak Decathlon Running Shoes Men (High Cushioning) Grey - Kalenji harga dibawah:
add_circle Sangat ringan
add_circle Muat dengan selesa
add_circle Harga murah bawah RM50
add_circle Sesuai untuk pelari beginners
remove_circle Tidak sesuai untuk lari marathon

Kasut larian Decathlon ini direka khas untuk lelaki yang berlari sekali atau 2 kali seminggu selama 30 minit untuk setiap sesi. 

Jadi,  memang terbaik untuk aktiviti riadah dan senaman ringan. 

Malah, pemilihan warna kelabu pada kasut ini pula membuatkan tampak ringkas tapi masih tetap sporty. 

Paling penting, ada banyak pilihan saiz untuk semua kerana ada saiz EU39 hinggalah EU45.


Apa Perbezaan Antara Kasut Trainers & Kasut Sukan? 

Trainers dan kasut sukan (sport shoes) adalah kasut yang sama tapi terdapat sedikit perbezaan.

Ini kerana setiap sukan mempunyai pergerakan yang berbeza dan ini menjadikan ciri-ciri sesebuah kasut berlainan.

Jom dengarkan penjelasan lebih terperinci menerusi video di bawah tentang running shoes dan training shoes.


Boleh Ke Guna Kasut Larian Sebagai Kasut Sukan? 

Kasut berlari atau running shoes boleh dipakai ketika anda beriadah di gym jika anda sering bersenam dengan cara berjalan atau berlari di atas treadmill. 

Tapi, jika anda memang sering menyertai aktiviti sukan seperti bermain badminton atau zumba setiap minggu dengan kerap, adalah lebih baik anda dapatkan kasut sukan khas untuk setiap sukan tersebut. 

Ini kerana kasut berlari (running shoes) selalunya direka untuk hanya menyokong pergerakan ke arah depan dan ia ringan.

Manakala training shoes pula menyokong pergerakan ke pelbagai arah dan ia lebih tahan lama. 


Artikel Berkaitan

End of Article