Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Sarungkan Kaki Anda Dengan 10 Pilihan Kasut Trendy Buatan Malaysia!

Tak sangka banyak sangat rekaan kasut yang cantik

Bila keluar rumah mesti kasut menjadi peneman setia. Ia bukan sahaja kerana menambah gaya pakaian anda tapi juga melindung kaki dari sebarang objek merbahaya. Terdapat pelbagai jenis kasut samada bentuk rekaan, penggunaan dan dicirikan khas untuk kanak-kanak, lelaki dan wanita. Kalau kita selidik semula tentang fesyen kasut memang sudah banyak rekaan unik dikeluarkan. 

Namun apa yang paling penting ialah memakai kasut yang selesa pada kaki dan kena pada majlis atau tempat yang dikunjungi. Kasut memain peranan yang sangat penting bila mentafsirkan fesyen yang anda bawa. Jika tak kena kasut dengan baju, memang fesyen anda out! 

Bagaimanakah cara-cara memilih kasut yang sesuai dengan kaki anda?

Saiz merupakan perkara yang mustahak lebih lagi pada anda yang gemar membeli kasut secara online. Ketahui saiz kasut anda dengan tepat terutamanya dalam carta saiz Euro, US dan inci. Kadangkala ada rekaan kasut yang saiz sedikit berbeza. Dapatkan nasihat dari penjual dan sebaiknya cuba ukur mengikut carta saiz yang telah dipamerkan pada laman sesawang butik.  

Jika anda membeli di kedai, disyorkan untuk mencuba kasut pada waktu siang kerana saiz kaki mengembang dan merupakan saiz yang paling tepat untuk dibeli. Selain itu, sentiasa dapatkan ukuran kaki setiap kali membeli kasut yang baru. Saiz kaki sentiasa berubah seiring dengan umur kita. 

Sebaik mencuba kasut yang baru, cuba pastikan ibu jari kaki anda dapat digerakkan. Ia bagi memastikan kaki mempunyai ruang sebagai tekanan ketika berjalan. Teruskan dengan berjalan sekeliling bilik sehinggalah anda berasa puas dengan keselesaan pada kasut. 

Bilakah masa yang patut kena tukar kasut baru? 

Jangan lihat pada luar kasut tapi lihat pada tapak dan tumit kasut anda. Jika tapak kasut sudah botak itu tandanya anda wajib menukar pada kasut yang baru. Kesan memakai kasut tapak haus boleh mendatangkan kecederaan yang tidak diingini seperti tergelincir. Tumit kasut yang sudah senget juga boleh menyebabkan sakit pinggang dan belakang anda. Ianya kerana dapat mengubah gaya jalan anda kepada tidak selesa.

Jika anda sedang mencari kasut baru, mari lihat jenama kasut buatan anak tempatan yang cukup terkenal.

10 Kasut Berjenama Lokal Untuk Keselesaan Anda

Jenama kasut paling popular dikalangan artis sosial media (influencer)
Mel & Molly
mulai
RM59.00
Semak Mel & Molly harga dibawah:

Harga mulai RM 59.00

Jenama Mel & Molly sentiasa mendapat kolaborasi bersama influencer tempatan. Menjadikan ia jenama yang paling popular dikalangan pengguna media sosial. Malah, Datin Vivy Yusof juga gemar menayang kasut Mel & Molly di dalam segmen ‘Outfit of The Day’ beliau. Sandal, kasut tumit tinggi sehingga sneakers ada dibarisan koleksi Mel & Molly.

Sandal budget yang selesa untuk remaja
FEMES FACTORY
mulai
RM79.00
Semak FEMES FACTORY harga dibawah:

Harga mulai RM 79.00

Jika anak remaja anda seorang yang lasak, aktif tapi tetap ingin tampak trendy. Sandal dari Femes Factory ini antara rekaan versatil yang dijual pada harga berpatutan. Jenama hand-made ini juga menggunakan material kalis air, jadi anda tidak perlu risau kasut ini akan cepat rosak

Cara pembelian sandal Femes Factory ini melalui talian Whatsapp yang anda boleh dapatkan link dibawah.

Rekaan mengikut fesyen kasut semasa
Kiss & Tell
mulai
RM99.00
Semak Kiss & Tell harga dibawah:

Harga mulai RM 99.00

Apa sahaja rekaan terbaru dari Kiss & Tell sentiasa menepati citarasa fesyen semasa. Anda tidak akan ketinggalan menggayakan kasut yang terkini. Setiap koleksi yang dikeluarkan biarpun berlainan rupa tapi masih fokus terhadap keselesaan si pemakai. 

Rata-rata penggemar jenama Kiss & Tell ialah para ibu yang gemar berfesyen. Jadi semasa keluar bersama anak-anak, si ibu tetap boleh bergaya sakan.

Lubuk kasut tumit tinggi - sesuai untuk ke kenduri / majlis rasmi
The Geroboc
mulai
RM119.00
Semak The Geroboc harga dibawah:

Harga mulai RM 119.00

Bagi para wanita yang taksub dengan koleksi kasut tumit tinggi, butik The Geroboc wajib anda selongkar. Terdapat pelbagai rekaan kasut tumit tinggi yang anda boleh cari disini. Samada jenis pumps, wedges, platform, slip-on dan banyak lagi. Harga ditawarkan juga sangat berpatutan dengan rekaan berkelas tinggi.

‘Paradise’ mewah dengan kasut buat para pengantin
Christy Ng
mulai
RM129.00
Semak Christy Ng Shoes harga dibawah:

Harga mulai RM 129.00

Terserah buat bakal pengantin untuk mereka sendiri kasut kahwin atau memadai pilih sahaja rekaan romantis dan glamor yang sudah tersedia. Anda boleh custom made melalui laman sesawang Christy Ng Shoes atau singgah sahaja ke tujuh butik yang telah dibuka jenama ini. Disana anda boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang rekaan kasut kahwin yang paling sesuai dengan tema majlis perkahwinan. 

Jika anda inginkan kasut yang custom-made khas untuk hari bersejarah nanti, harganya sedikit mahal daripada yang sedia ada. Tapi, apa salahnya berbelanja besar sekali-sekala, bukan?

Dari selebriti kepada pencinta rekaan mules
SHALS
mulai
RM129.00
Semak SHALS harga dibawah:

Harga mulai RM 129.00

Kasut jenis mules sesuai untuk dijadikan pelengkap gaya ke pejabat atau majlis kasual. Jenama Shals ilham dari selebriti tempatan Shalma Ainaa. Beliau mengeluarkan tujuh rekaan kasut mules yang boleh divariasi dalam pelbagai gaya. Jika anda ‘alah’ dengan kasut tumit tinggi, koleksi dari Shals mungkin boleh dijadikan sebagai koleksi kegemaran!

Rekaan minimalis sesuai untuk penggemar fesyen santai
Nush Secret
mulai
RM149.00
Semak Nush Secret harga dibawah:

Harga mulai RM 149.00 

Barisan koleksi Nush Secret sememangnya direka ringkas demi si pemakai yang gilakan gaya minimalis. Anda boleh tampil dengan t-shirt dan jeans sudah memadai cantik bila mengenakan kasut dari Nush Secret. Tumit pula tidak terlalu tinggi, selesa untuk dipakai sepanjang hari. Pilihan rona kasutnya pula daripada rangkaian tona yang lembut, mudah untuk dipadankan dengan pakaian anda.

Rekaan gah mewah untuk para fashionista
Nelissa Hilman
mulai
RM159.00
Semak Nelissa Hilman harga dibawah:

Harga mulai RM 159.00

Sudut khas buat si fashionista dan yang benar-benar cerewet memilih rekaan kasut. Nama Nelissa Hilman tidak asing lagi dalam industri pembuatan kasut tempatan. Rekaannya setaraf dengan jenama antarabangsa dimana memenuhi citarasa glamor, mewah serta eksklusif. Petik sahaja jari anda, semua jenis kasut yang anda bayangkan pasti ada.

Kasut rekaan yang selesa untuk Muslimah aktif
Ijmal
mulai
RM159.00
Semak Ijmal Shoes harga dibawah:

Harga mulai RM 159.00

Setiap rekaan dari kasut Ijmal sangat mementingkan keselesaan pada si pemakai. Ia kemas dengan tapak kasut yang tebal dan lembut. Bagi memastikan tiada masalah sakit tumit atau lutut ketika aktif berjalan jauh. Rekaan yang ringkas menutup bahagian hadapan kaki sesuai untuk wanita berhijab yang menjaga batas aurat.

Cetusan koleksi dari warna nude untuk lelaki dan wanita
Kulet
mulai
RM169.00
Semak Kulet harga dibawah:

Harga mulai RM 169.00

Memang rambang mata dibuatnya jika lihat koleksi kasut dari Kulet. Barisan kasut-kasut dari variasi warna nude memang mudah dijadikan match warna baju. Tidak seperti jenama lain, Kulet tidak mengecualikan kaum lelaki dalam setiap koleksinya. 

Siapa yang suka matchy-matchy dengan pasangan boleh dah mula ‘usha’ Kulet. Tambahan pula Hari Raya tidak lama lagi. Amaran : kena grab cepat sebab jenama ini senang out of stock!

Artikel Berkaitan 

End of Article