Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
anak tudung terbaik

10 Anak/Inner Tudung Terbaik di Malaysia 2024 - Paling Selesa

Pakai anak tudung yang sesuai, barulah tudung kita on point!

Untuk para hijabis, penggunaan anak tudung inner tudung yang bagus sangat penting supaya kepala rasa selesa dan bentuk tudung kekal on point!

Kini ada banyak jenis tudung inner online yang anda boleh dapatkan seperti anak tudung ninja, inner tudung puffy, anak tudung separuh dan banyak lagi.

Untuk menjamin kebersihan rambut dan kepala, anda disarankan untuk tukar inner tudung selepas setiap kali penggunaan untuk elak rambut atau kepala berbau atau rosak. 

Jom kami senaraikan anak tudung atau inner tudung paling selesa untuk anda beli secara pukal dan boleh tukar mengikut keselesaan!


Senarai 10 Anak/Inner Tudung Terbaik

Anak tudung terbaik secara keseluruhan
Uniqlo AIRism Headband Inner
mulai
RM26.00
Semak Uniqlo AIRism Headband Inner harga dibawah:
add_circle Kain tidak mudah kembang selepas basuh
add_circle Buat tudung mudah bentuk
add_circle Boleh basuh guna mesin
add_circle Kain tidak panas
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Uniqlo merupakan salah satu jenama yang terkenal menjual barangan yang berkualiti dengan harga yang mampu milik.

Ciri-ciri:

Menerusi ulasan yang dikongsi oleh pengguna, ramai memuji material kain yang digunakan untuk Uniqlo AIRism Headband Inner ini sangat lembut.

Fabrik inner tudung ini diperbuat daripada 61% Rayon, 30% Polyester, 9% Spandex menjadikannya tidak terlalu nipis dan tidak panas.

Kainnya juga stretchable jadi ciri ini boleh memastikan telinga anda tidak rasa tersepit atau mengalami tekanan akibat memakai anak tudung dalam tempoh yang lama.

Saiz inner ini adalah 20.5cm×32cm, boleh dikembangkan dan cukup untuk anda tutup seluruh kepala dan rambut dengan baik. 

Cara basuhannya juga mudah, anda boleh basuh guna mesin basuh biasa tapi kami sarankan anda untuk masukkan ke dalam bekas kain kecil jika anda basuh bercampur dengan baju lain.

Review:

‘Sangat berbaloi dengan harga sbb sejuk je pakai inner tudung, tak panas langsung & tudung pun terletak elok, serta tak sakit telinga pakai memang recomended if sesiapa nak beli..’

Anak tudung separuh
Inner Cotton Separuh
mulai
RM5.00
Semak Inner Cotton Separuh harga dibawah:
add_circle Kain stretchable
add_circle Kain tidak panas
add_circle Ada getah di hujung inner tudung
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak tutup rambut sepenuhnya

Kalau anda seorang yang mudah berpeluh dan pening kepala, kami sarankan anda untuk pakai inner tudung separuh ini. 

Anak tudung separuh ini menggunakan material cotton stretchable sesuai untuk anda pakai tudung yang tebal supaya kepala tidak mudah panas dan berpeluh.

Ciri ini akan memastikan peluh tidak terperangkap dalam rambut dan boleh elak daripada rambut berbau dan rosak. 

Turut mempunyai getah di hujung inner tudung yang akan memastikan anak tudung ini tidak mudah melorot atau bergerak. 

Menarik lagi, dengan harga yang murah, anak tudung ini mempunyai 22 pilihan warna jadi anda boleh beli beberapa warna berlainan untuk sesuaikan dengan tudung anda.

Inner Lace Full “Bertali”
mulai
RM5.85
Semak Inner Lace Full “Bertali” harga dibawah:
add_circle Kain lembut
add_circle Rekaan lace cantik
add_circle Kain tidak tebal
add_circle Ada tali boleh ikat
remove_circle Tidak sesuai untuk ukuran kepala besar

Inner lace tudung bertali ini sesuai untuk mereka yang fashionable dan sukakan kelainan semasa memakai tudung.

Material fabrik yang digunakan untuk anak tudung ini ialah soft lace menjadikannya selesa dipakai dan telinga tidak mudah sakit. 

Dengan 30 pilihan warna menarik, anak tudung ini bukan sahaja sesuai dipakai dipakai bersama tudung harian malah anda juga boleh pakainya ketika solat dengan telekung. 

Turut mempunyai tali di bahagian belakang anak tudung ini untuk memudahkan anda adjust saiz sama ada anda nak longgar atau ketat. 

Menurut ulasan pengguna, ramai menyatakan inner lace tudung ini sangat lembut, kepala tidak mudah berpeluh dan selesa di pakai seharian. 

Anak tudung sanggul
Inner sanggul Cotton
mulai
RM2.70
Semak Inner sanggul Cotton harga dibawah:
add_circle Saiz sanggul sederhana
add_circle Kain tidak panas
add_circle Kain stretchable
add_circle Ada tali dan getah
remove_circle Tidak sesuai untuk rambut tebal

Inner tudung sanggul cotton ini sangat sesuai dipakai oleh mereka berambut pendek untuk berikan sedikit volume pada bentuk tudung. 

Inner sanggul ini mempunyai tali untuk anda adjust mengikut keselesaan kepala dan getah bahagian bawahnya pula untuk buatkan kepala anda mudah bergerak tanpa rasa sakit. 

Material yang digunakan untuk anak tudung sanggul ini ialah kain cotton Indonesia supaya sanggul ringan dan tidak memberikan tekanan pada kepala dan rambut ketika dipakai.

Selain itu, kainnya juga stretchable, selesa bila dipakai dan tidak mudah tercabut supaya tudung anda terletak elok dan kelihatan kemas sentiasa.

Paling penting, anak tudung ini tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis membuatkan anda tidak sakit telinga dan anti pekak.

Inner Tali Turkey Sanggul Lace Premium
mulai
RM10.00
Semak Inner Tali Turkey Sanggul Lace Premium harga dibawah:
add_circle Kain tidak panas
add_circle Sanggul bercorak lace
add_circle Ada tali
add_circle 20 pilihan warna
remove_circle Tidak sesuai untuk rambut tebal

Untuk anda yang gemarkan volume yang lebih besar pada bahagian sanggul, anda boleh dapatkan anak tudung sanggul lace ini.

Mempunyai kain yang tidak panas dan stretchable menjadikan anak tudung lace ini pilihan yang terbaik untuk mereka yang mudah berpeluh.

Lace yang digunakan untuk inner tudung sanggul ini lembut jadi apabila anda memakainya, tudung akan terletak elok tapi bentuk sanggul tidak bulat. 

Menggunakan material cotton dan lace dari Turkey, anak tudung ini boleh di laras kerana ada tali untuk mudahkan anda ikat mengikut saiz kepala masing-masing. 

Paling penting, anak tudung sanggul lace ini tidak menyebabkan anda sakitkan telinga dan ianya anti pekak.

Inner tudung murah
Inner Snowcap
mulai
RM1.99
Semak Inner Snowcap harga dibawah:
add_circle Kain cotton Indonesia
add_circle Kain sejuk
add_circle Kain stretchable
add_circle Tidak melekap pada telinga
remove_circle Kain sedikit nipis

Anda mencari anak tudung snowcap murah dan berkualiti? Jom dapatkan Inner Snowcap!

Dengan menggunakan premium kain cotton premium yang berkualiti dari Indonesia, inner snowcap murah ini lembut, sejuk dan selesa dipakai.

Fabrik yang digunakan untuk anak tudung ini juga tidak ketat menjadikanya sesuai untuk budak dan orang dewasa. 

Selain itu, inner snowcap ini sangat elastik dan tidak menyakitkan telinga atau kepala anda jika pakai seharian. 

Dengan pelbagai pilihan warna menarik dan jahitan yang kemas, anak tudung snowcap juga ada lubang udara belakangnya untuk memastikan kepala tidak mudah berpeluh dan berwap.

Nealofar Inner Tudung Cotton
mulai
RM7.85
Semak Nealofar Inner Tudung Cotton harga dibawah:
add_circle Kain lembut
add_circle Warna tidak mudah turun
add_circle Inner tudung terbuka dibelakang
add_circle Tidak sakitkan telinga & kepala
remove_circle Kain sedikit licin

Inner tudung ini sangat lembut, mudah menyerap air dan menggunakan material fabrik cotton lycra yang ringan. 

Menarik lagi, warna anak tudung ini tidak mudah luntur bila dibasuh banyak kali dan mempunyai 14 pilihan warna menarik. 

Inner tudung ini juga sejenis terbuka di belakang jadi sesuai untuk anda yang mudah berpeluh untuk elakkan bau rambut. 

Ciri ini juga akan buatkan anak tudung ini tidak ketat, tidak sakitkan telinga dan anti pekak dan sesuai digunakan oleh mereka yang bersanggul.

Walaupun kainnya sedikit licin, tapi inner tudung ini akan buatkan tudung anda mudah terbentuk dan terletak dengan elok.

Inner tudung tutup leher
Anak Tudung Inner Ninja Cotton
mulai
RM15.00
Semak Anak Tudung Inner Ninja Cotton harga dibawah:
add_circle Kain lembut & sejuk
add_circle Jahitan kemas
add_circle Mudah dipakai
add_circle Tidak melekap pada telinga
remove_circle Saiz sedikit besar

Anak tudung inner ninja ini sesuai digayakan dengan pelbagai jenis dan gaya tudung seperti tudung bawal, tudung Cotton Voile, shawl atau turban!

Menggunakan fabrik yang stretchable dan lembut menjadikan inner tudung ini sangat selesa dan tidak panas. 

Inner tudung ini juga sangat sesuai digunakan oleh semua saiz ukuran kepala kerana mudah mengikut bentuk muka serta mempunyai jahitan yang kemas. 

Paling penting, anak tudung ninja ini anti pekak, tidak menyebabkan telinga dan kepala anda sakit.

Ukuran labuh bahagian depan dan belakang untuk Anak Tudung Inner Ninja Cotton ini cukup panjang untuk tutup aurat leher anda dan rambut dengan baik.

Inner Neck Tie Back Adjustable
mulai
RM14.50
Semak Inner Neck Tie Back Adjustable harga dibawah:
add_circle Kain tidak jarang & sejuk
add_circle Ada getah pada bahagian belakang leher
add_circle Jahitan kemas
add_circle Free size
remove_circle Susah nak sarung pada kepala

Dengan menggunakan material premium Cotton Viscose membuatkan anak tudung ini sejuk, sesuai dipakai seharian dan cukup labuh untuk tutup bahagian leher depan dan belakang.

Selain fabriknya jenis lembut dan selesa, inner tudung ini elok terletak ketika dipakai, jahitan juga kemas dan mempunyai getah dibahagian belakang leher.

Bagaimanapun, getah dibahagian leher sedikit ketat sebab untuk nak pastikan anak tudung tidak bergerak ketika anda memakainya.

Anak tudung tidak jarang ini boleh digunakan tanpa pin dan free size jadi sesuai untuk jenis muka tirus, lonjong atau bulat. 

Menarik lagi, bahagian muka depan anak tudung ini besar sikit untuk bagi kesan muka kelihatan kecil dan tali ikatan bahagian belakang bagus untuk grip sanggul supaya tidak jatuh.

Inner tudung kain sejuk
Ariani Tie Back Inner 63 (Vol 2)
mulai
RM29.90
Semak Ariani Tie Back Inner 63 (Vol 2) harga dibawah:
add_circle Ada tali di belakang
add_circle Kain lembut
add_circle Stretchable
add_circle Tidak melekap pada telinga
remove_circle Tali mudah tercabut semasa dibasuh

Ariani Tie Back Inner 63 (Vol 2) ini menjadi kegemaran ramai sebab kainnya lembut dan selesa ketika di pakai. 

Menggunakan material Cotton, anak tudung ini ada logo logam huruf "A" yang dijahit pada bahagian tepi untuk berikan keunikan kepadanya. 

Bagaimanapun, kami sarankan anda untuk basuh inner tudung menggunakan tangan kerana talinya mudah tercabut dan kain sedikit nipis. 

Paling penting, inner tudung ini tidak melekap pada telinga jadi anda tidak akan rasa sakit telinga atau pekak. 

Kain jenis stretchable ini akan mudahkan anda pastikan rambut tidak mudah terkeluar dan tudung akan mudah dibentuk.


Apakah Jenis-Jenis Anak Tudung?

Anda masih tertanya-tanya apakah jenis anak tudung yang ada dijual di pasaran? 

Jom kita lihat senarai beberapa jenis anak tudung atau inner tudung yang biasa digunakan oleh wanita hijab pakai.

  • Inner Tudung Biasa

Inner tudung ini direka dalam bentuk segi empat atau segi tiga untuk melindungi rambut dan leher. 

Reka bentuknya yang serba sederhana boleh dipakai dengan pelbagai gaya tudung luar.

  • Inner Tudung Ninja

Inner tudung yang direka dengan satu bahagian yang panjang akan menutupi dada dan belakang, serta satu bahagian yang pendek untuk melindungi kepala. 

Inner tudung jenis ini memberikan lipatan dan lapisan tambahan di bahagian depan dan belakang leher.

  • Inner Tudung Separuh

Inner tudung ini bersaiz lebih kecil dan pendek berbanding inner tudung lain.

Selalunya digunakan oleh mereka yang mudah berpeluh, sakit kepala atau kanak-kanak yang baru sahaja mula belajar pakai tudung. 

  • Inner Tudung Lace

Inner tudung ini dihiasi dengan lace atau renda di bahagian tepi, hujungnya atau ada juga jenis yang lace penuh satu inner. 

Penggunaan renda ini juga akan menambahkan sentuhan feminin dan gaya pada inner tudung.

  • Inner Tudung Bergetah

Inner tudung bergetah memiliki reka bentuk yang elastik atau bergetah pada bahagian tepi atau belakang leher.

Getah ini juga akan memudahkan pemakaian dan memberikan keselesaan kepada pemakainya sepanjang hari.

  • Inner Tudung Sanggul

Inner tudung bersanggul direka dengan sanggul kain atau sanggul lace di bahagian belakang anak tudung untuk berikan sedikit volume pada bentuk kepala si pemakai. 

Inner tudung sanggul ini sesuai digayakan oleh mereka yang berambut pendek. 


Bagaimanakah Cara/Tutorial Pakai Inner Tudung?

Anda baru mula bertudung dan tidak tahu cara pakai inner tudung yang betul? Jom lihat langkah mudah yang kami senaraikan di bawah. 

Langkah 1: Persediaan

Pastikan rambut anda bersih dan rapi sebelum memakai inner tudung dan inner tudung yang anda gunakan mestilah bersih serta selesa dipakai.

Langkah 2: Letakkan Inner Tudung

Letakkan inner tudung pada kepala anda dengan bahagian panjangnya menghadap ke hadapan dan pastikan bahagian yang lebih pendek berada di bahagian belakang kepala anda.

Langkah 3: Sesuaikan Bahagian Depan

Luruskan bahagian depan inner tudung pada dahi anda, pastikan inner tudung menutupi sehingga hujung anak rambut.

Langkah 4: Kemaskan Inner Tudung

Pastikan inner tudung tidak terlalu ketat atau terlalu longgar di kepala anda dan sesuaikan kemasan inner tudung agar selesa dan tidak menyakitkan kepala atau telinga anda.

Sekian tutorial memakai inner tudung dan anda boleh cuba dengan pelbagai jenis anak tudung mengikut keselesaan anda sendiri. 

Jom lihat cara mudah pakai inner tudung yang dikongsikan dalam video di bawah. Selamat mencuba!


Artikel Berkaitan

End of Article