Jawapan ringkas: tudung sukan terbaik keseluruhan di Malaysia ialah Calawo Pace Hijab, dari RM87.99 di Shopee dan Lazada Malaysia (harga disemak 23 September 2026), sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan kerana ringan dan pantas kering. Jika perlukan pilihan untuk kanak-kanak, Tudung Sukan Elham Sufi Kanak-kanak adalah pilihan yang lebih sesuai.
Untuk wanita bertudung dan ingin bersukan, mesti buntu memilih sports hijab terbaik untuk keselesaan ketika melakukan aktiviti.
Kandungan
- Senarai 14 Jenama Sport Hijab Terbaik
- Terbaik untuk Kanak-kanak: Tudung Sukan Elham Sufi Kanak-kanak
- Tudung Sukan Elham Sufi Kanak-kanak
- Terbaik Labuh untuk Muslimah: Tudung Sukan Elham Sufi Extra Labuh (Plain Sahaja)
- Tudung Sukan Elham Sufi Extra Labuh (Plain Sahaja)
- Terbaik Keseluruhan: Calawo Pace Hijab - Tudung Sukan
- Calawo Pace Hijab - Tudung Sukan
- Terbaik Pelbagai Gaya (3-in-1): Tudung Sarung (3 In 1) By Tove Scarf
- Tudung Sarung (3 In 1) By Tove Scarf
- Terbaik Jenama Adidas: Sport Hijab Adidas Segi Tiga Anak Dan Dewasa
- Sport Hijab Adidas Segi Tiga Anak Dan Dewasa
- Terbaik Jenama Nike: Tudung Sport Sukan Nike
- Tudung Sport Sukan Nike
- Terbaik Reka Bentuk Piping: Instant Hijab Piping 2 Tone Ibu Garang
- Instant Hijab Piping 2 Tone Ibu Garang
- Terbaik untuk Larian: Naelofar nPower Sports Hijab
- Naelofar nPower Sports Hijab
- Terbaik Jenama Decathlon: Decathlon Women Running Hijab (Quick Dry & Breathable) - Kalenji
- Decathlon Women Running Hijab (Quick Dry & Breathable) - Kalenji
- Terbaik Jenama Raqtive: RAQTIVE Sport Hijab
- RAQTIVE Sport Hijab
- Terbaik untuk Berenang: MOONAZ.OS Tudung Renang Labuh
- MOONAZ.OS Tudung Renang Labuh
- Terbaik Dengan Tali Kekunci: Voilee Valiant Activewear Hijab (Designed for Eyewear)
- Voilee Valiant Activewear Hijab (Designed for Eyewear)
- Terbaik Fabrik Jersey: Tudung Sukan Jersey Plain
- Tudung Sukan Jersey Plain
- Terbaik Jenama Puma: PUMA WOMEN’S Sports Hijab Black
- PUMA WOMEN’S Sports Hijab Black
- Cara Memilih Sport Hijab
- Kelebihan Tudung Sukan
- Fungsi Tudung Sukan
- Jenis Tudung Sukan
- Bagaimana Kami Pilih Tudung Sukan Ini
- Artikel Berkaitan
Mana tidaknya, kalau salah pilih jenis fabrik tudung, nanti panas, kulit gatal bila berpeluh dan air peluh tidak dapat diserap dengan baik.
Jadi, jom lihat senarai 12 jenama tudung sukan atau sports hijab terbaik yang wajib dimiliki oleh wanita aktif seperti anda.
Decathlon Women Running Hijab (Quick Dry & Breathable) - KalenjiRM25Lazada
RAQTIVE Sport HijabRM89Shopee
MOONAZ.OS Tudung Renang LabuhRM59.50Shopee
Voilee Valiant Activewear Hijab (Designed for Eyewear)RM100.80Shopee
Tudung Sukan Jersey PlainRM18Shopee
PUMA WOMEN’S Sports Hijab BlackRM89Lazada
Naelofar nPower Sports HijabRM79Lazada
Instant Hijab Piping 2 Tone Ibu GarangRM9.99Lazada
Tudung Sport Sukan NikeRM9.90Lazada
Sport Hijab Adidas Segi Tiga Anak Dan DewasaRM5.70Lazada
Tudung Sarung (3 In 1) By Tove ScarfRM45Shopee
Calawo Pace Hijab - Tudung SukanRM87.99Lazada
Tudung Sukan Elham Sufi Extra Labuh (Plain Sahaja)RM24.63Shopee
Tudung Sukan Elham Sufi Kanak-kanakRM25Shopee
Senarai 14 Jenama Sport Hijab Terbaik
Terbaik untuk Kanak-kanak: Tudung Sukan Elham Sufi Kanak-kanak
2 lagi
Untuk ibu-ibu yang mencari tudung sukan untuk anak perempuan remaja, kami sarankan dapatkan hijab jenama ini.
Diperbuat daripada material microfiber dryfit, tudung sarung ini juga cepat kering.
Pelbagai pilihan warna yang boleh match dengan uniform sekolah.
Tersedia saiz dari XS untuk anak 4-6 tahun, S untuk 7 tahun, dan M untuk 8-9 tahun.
Boleh tambah nama anak-anak untuk mengelakkan tudung tertukar dengan kawan mereka.
Sekali sarung je dah siap untuk ke sekolah!
Terbaik Labuh untuk Muslimah: Tudung Sukan Elham Sufi Extra Labuh (Plain Sahaja)
1 lagi
Pemakaian tudung sukan jenama ini agak labuh kerana dapat menutup bahagian dada wanita dengan baik.
Tak perlu ambil masa yang lama untuk bersiap sebab awning hijabnya memang mudah terbentuk dan terletak elok.
Tudung sukan sarung dari fabrik microfiber mesh, ringan, sejuk dan menyerap peluh.
Boleh dipakai ketika berenang kerana fabrik jenis ini cepat kering dan selesa.
Terdapat pelbagai pilihan warna tudung untuk ibu dan anak gadis, antaranya hitam, kelabu, kuning, baby blue, putih, hijau dan maroon.
Terbaik Keseluruhan: Calawo Pace Hijab - Tudung Sukan
2 lagi
Sebab menjadi pilihan utama:
Rekaan tudung dengan jahitan ditepi pipi sehingga ke bahu memberi look kemas dibahagian hadapan dan awning sentiasa on point.
Ciri-ciri:
Dihasilkan daripada material tudung yang ringan, cepat menyerap peluh dan ciri logo "glow in the dark" untuk keselamatan berjogging pada waktu malam.
Design tudung yang mudah dipakai, cutting sopan dan labuh hadapan menutup dada.
Selain cepat kering, haba yang masuk ke dalam hijab ini juga dapat disingkirkan dengan cepat, jadi anda tak akan mudah terasa panas ketika bersenam atau bermain badminton.
Paling penting, tetap kemas tanpa perlu menggunakan pin atau butang.
Sesuai untuk semua aktiviti sukan, harian, hiking, berbasikal, camping, berenang atau melancong ke luar negara.
Review:
"Saya penghidap ekzema. Dah cuba pakai tadi, rasa selesa sangat. Leher tak panas atau merengsa. Jahitan pon kemas dan kain tak berbulu."
Terbaik Pelbagai Gaya (3-in-1): Tudung Sarung (3 In 1) By Tove Scarf
2 lagi
Tudung sukan buatan Malaysia ini sesuai dimiliki oleh hijabista yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan pantas untuk bersiap kerana amat mudah untuk digayakan.
Selain boleh pakai untuk aktiviti riadah petang bersama keluarga, tudung ini boleh dipakai untuk kegiatan harian seperti ke kelas tuisyen, aktiviti kokurikulum dan ke pasar raya.
Diperbuat daripada material moss crepe, hijab sport siap pakai atau instant ini juga cepat kering, anti berbulu, pinless, anti migraine dan jahitan kemas keliling.
Boleh dipakai dalam pelbagai gaya sama ada selempang ke tepi atau lilit macam shawl.
Terbaik Jenama Adidas: Sport Hijab Adidas Segi Tiga Anak Dan Dewasa
3 lagi
Sesuai untuk peminat larian, tudung sukan sarung ini boleh menutup dada dengan baik.
Logo Adidas nampak jelas pada awning dan menggunakan fabrik lycra yang menyerap peluh dengan baik.
Ringan, anti panas, anti kedut dan sesuai untuk semua aktiviti sukan.
Bahagian dagu bergetah dan soft awning mudah terbentuk mengikut bentuk muka.
Saiz L untuk dewasa sesuai sebab labuh sedikit, manakala saiz S dan M sesuai untuk anak perempuan yang bersekolah rendah.
Terbaik Jenama Nike: Tudung Sport Sukan Nike
1 lagi
Tudung bersaiz S, M, L dan Free Size ini diperbuat daripada kain mosscrepe yang lebih lembut berbanding fabrik sport hijab jenama lain.
Tak perlu ambil masa yang lama untuk bersiap sebab awning hijabnya memang mudah terbentuk dan terletak elok.
Usah risau, labuh memang menutupi dada, tak melekat di badan dan kain serap peluh.
Nampak lebih menarik, turut dihias dengan logo sport pada bahagian awning.
Barulah nampak sporty kan, kanak-kanak perempuan pun boleh pakai tudung ini tanpa masalah.
Terbaik Reka Bentuk Piping: Instant Hijab Piping 2 Tone Ibu Garang
1 lagi
Tudung sukan yang sangat selesa dan mempunyai daya serapan peluh yang sangat tinggi.
Fabrik jenis breathable microfiber ini amat sesuai dipakai dalam cuaca yang panas terutamanya ketika bersukan.
Awning scuba yang sesuai dengan bentuk muka dan paling penting tak perlu seterika. Jimat masa kan?
Terbaik untuk Larian: Naelofar nPower Sports Hijab
2 lagi
Sport hijab Naelofa menampilkan tudung sukan trend terkini yang sangat sesuai untuk wanita moden.
Menggunakan material gabungan poli lycra yang cooling dan mesh breathable yang biasanya ringan, selesa, dan cepat kering.
Bentuk tudung di belakang memberikan perlindungan tambahan dan getah elastik di bawah tudung muka pula untuk cengkaman tambahan.
Terdapat butang snap pada bahagian belakang untuk memastikan penampilan anda sentiasa kemas dan teratur, tanpa perlu risau tentang hijab anda tercabut.
Rekaan ini juga mempunyai tali serut boleh laras untuk memastikan anak tudung tidak bergerak dan rambut tidak terkeluar semasa bersukan.
Sama ada anda mahu berjoging, bersenam di gym, atau bersantai di tepi kolam renang, dapatkan je tudung sukan Naelofar!
Terbaik Jenama Decathlon: Decathlon Women Running Hijab (Quick Dry & Breathable) - Kalenji
2 lagi
Bagi wanita yang gemar masuk hutan dan mengembara tapi bajet agak terhad, boleh dapatkan hijab Decathlon.
Material hijab sport ini bercirikan kain breathable kerana boleh dimiliki dengan harga bawah RM30.
Dari segi coverage, direka menutup bahagian leher dan rambut, jadi aurat tak akan terdedah.
Tudung sukan ini juga diperbuat daripada komponen ringan yang mempunyai lubang-lubang kecil.
Kesannya, haba akan keluar dari bahagian dalam tudung dengan mudah ketika sedang jogging. Barulah selesa!
Tak perlu risau jika anda bertubuh genit atau tinggi kerana tudung Decathlon tersedia dalam 4 pilihan saiz iaitu XS, S, M dan L.
Terbaik Jenama Raqtive: RAQTIVE Sport Hijab
3 lagi
Siapa kata tak boleh bergaya ketika bersukan? Anda boleh dengan memilih jenama tempatan ini.
Terdapat banyak pilihan warna menarik antaranya navy blue, hitam, hitam merah jambu, hitam oren dan hitam merah.
Malah, rekaannya tidak mengabaikan fesyen semasa dan penjagaan aurat wanita muslim.
Malah, bahagian wajah mempunyai getah yang selesa, jadi rambut tidak akan terkeluar dari tudung ketika aktiviti lasak.
Tak perlu guna pin atau sebarang kerongsang kalau pakai tudung dengan rekaan sporty ini sebab boleh terus sarung.
Terbaik untuk Berenang: MOONAZ.OS Tudung Renang Labuh
2 lagi
Walaupun dijual dengan harga yang mahal, tapi sports hijab khas untuk wanita muslimah yang gemar berenang akan menjadi pelaburan terbaik.
Diperbuat daripada material lycra dan dilengkapi dengan getah pada bahagian muka, jadi muat dengan kebanyakan saiz wajah wanita Malaysia.
Terdapati tali di bahagian lengan untuk memastikan tudung jadi lebih kemas.
Review pengguna pula mengatakan tudung sukan ini boleh juga dibawa untuk berenang di pulau. Menarik bukan?
Terbaik Dengan Tali Kekunci: Voilee Valiant Activewear Hijab (Designed for Eyewear)
3 lagi
Mempunyai ciri lubang micro untuk pengudaraan haba badan dimana dapat menyejukkan badan ketika melkaukan aktiviti sukan.
Apa yang menarik tentang hijab sport Voilee ini, terdapat tali tersembunyi untuk memudahkan anda menggayakan tudung dengan stail masing-masing.
Aurat akan terjaga dengan sempurna kerana direka dengan lapisan inner pada wajah untuk menutup anak rambut.
Jangan risau, tudung akan terletak elok pada kepala dan wajah walaupun angin bertiup kuat ketika melakukan aktiviti fizikal yang berat seperti melompat dan berlari.
Rekaan tudung yang trendy ini membolehkan anda tetap kelihatan bergaya walaupun dipakai hanya ketika berolahraga.
Terbaik Fabrik Jersey: Tudung Sukan Jersey Plain
3 lagi
Tudung sukan murah ini boleh menjadi teman baik kaum hawa yang aktif bersukan di luar kerana aurat tetap terjaga walaupun bersukan di tempat awam.
Mempunyai saiz kanak-kanak dan wanita dewasa iaitu dari S, M dan L, jadi kaum ibu boleh beriadah bersama anak gadis.
Malah, atlet sukan akan tetap selesa berlatih walaupun untuk tempoh yang lama kerana mempunyai ciri fabrik serap peluh dan tak panas.
Bagi yang pentingkan warna tudung, usah khuatir, terdapat lebih 10 pilihan warna menarik.
Antaranya hitam, biru gelap, kelabu, coklat lembut, merah jambu dan ungu.
Cutting tudung sukan jersey ini juga menutup bahagian tepi dada.
Terbaik Jenama Puma: PUMA WOMEN’S Sports Hijab Black
2 lagi
Selain kasut dan baju, jenama PUMA turut mengeluarkan sport hijab untuk wanita muslimah.
Jika anda ada bajet lebih, apa salahnya manjakan diri dengan tudung sukan berjenama kan?
Sangat sesuai dipakai untuk melakukan sukan lasak kerana tudung sarung PUMA ini boleh dimasukkan ke dalam baju atau jaket senaman agar tidak mengganggu sewaktu beriadah.
Warna hitam yang elegan memudahkan lagi untuk anda padankan dengan semua jenis warna baju sukan.
Cara Memilih Sport Hijab
Sebelum membuat pemilihan sport hijab, sebaiknya perlu pertimbangkan dulu beberapa faktor supaya tudung yang dibeli memberi keselesaan atau tidak ketika beriadah.
Barulah tak risau tentang aurat yang mungkin terdedah dan dapat beli harga tudung sukan yang berbaloi.
Jom lihat faktor apa yang perlu pertimbangkan:
-
Ketebalan kain
Teliti terlebih dahulu ketebalan fabrik yang digunakan pada kainhijab sukan itu.
Bagi wanita berhijab yang tinggal di negara sejuk, mereka mungkin gemar untuk pakai tudung yang tebal agar tidak terasa terlalu dingin.
Manakala untuk cuaca panas seperti di Malaysia pula, sudah semestinya ramai hijabista yang mahu kain lebih nipis, ringan serta cepat kering.
Dalam masa yang sama, ada orang yang suka kain tebal dan berat agar tak mudah terselak ketika berangin.
-
Saiz tudung
Ada wanita yang suka pakai tudung sukan labuh dan ada yang lebih cenderung untuk memakai sports hijab yang singkat agar tidak terganggu ketika bersukan.
Jadi, pilih sahaja ikut taste masing-masing.
Selain itu, anda boleh cuba cari juga tudung sukan yang mudah dimasukkan ke dalam baju.
-
Ketahui sama ada fabrik tudung itu breathable atau tidak
Ini merupakan antara tips yang paling penting kerana kalau tudung tidak membenarkan pengudaraan yang baik, akan menyebabkan peluh lambat kering dan jadi panas.
Untuk mengetahui ciri fabrik yang baik adalah hijab sport yang menggunakan kain mesh yang breathable.
-
Ciri pemantul cahaya
Ciri ini perlu ada pada tudung sukan terutamanya untuk wanita yang gemar menyertai maraton, berbasikal dan mendaki bukit waktu malam.
Bukan apa, mudah pengguna jalan raya menyedari kehadiran anda dari jauh.
Tapi, untuk mereka yang lebih selesa dengan tudung shawl atau jenis lilit ketika melakukan aktiviti lasak, boleh tonton video tutorial cara pakai tudung untuk bersukan.
Kelebihan Tudung Sukan
Berbanding tudung biasa, tudung sukan lebih sesuai dipakai oleh mereka yang aktif bersukan.
Salah satu kelebihan tudung sukan adalah diperbuat daripada fabrik yang ringan, tidak panas dan menyerap peluh dengan baik.
Bentuknya yang longgar dan tidak ketat memudahkan pergerakan ketika beraktiviti.
Jadi, anda boleh bersenam tanpa risau tudung tercabut!
Selain itu, tudung sukan juga datang dalam pelbagai jenis dan pilihan warna yang menarik menambah semangat untuk bersukan.
Wanita muslimah juga perlu sarung je tudung sukan dan boleh menutup aurat mereka dengan baik semasa bersukan.
Fungsi Tudung Sukan
Fungsi utama tudung sukan adalah melindungi kepala dari cahaya matahari yang terik.
Ini juga membantu wanita muslimah menyertai aktiviti sukan dan menjaga aurat mereka dengan sempurna terutama bahagian kepala, leher dan dada.
Rekaan tudung sukan juga terletak elok di kepala dan mudah dibentuk.
Menggunakan fabrik yang ringan, cepat kering dan menyerap peluh, si pemakai boleh melakukan aktiviti outdoor atau indoor dengan selesa.
Jenis Tudung Sukan
Antara jenis tudung sport yang digemari ramai ialah tudung sukan jenis sarung.
Ia bukan sahaja menjimatkan masa dalam bersiap, malah tanpa memerlukan kancing tambahan dan kekal di kepala walaupun ditiup angin kuat.
Keduanya, jenis fit atau tuck in dalam baju. Tudung sukan ini sangat sesuai untuk aktiviti larian atau berbasikal.
Malah, ada juga tudung sukan unik yang turut sesuai dipakai harian atau semasa berenang.
Bagaimana Kami Pilih Tudung Sukan Ini
Kami menyemak harga terus dari Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia pada 23 September 2026. Pemilihan mengutamakan fabrik pantas kering dan bernafas, keselesaan semasa bersenam atau berenang, dan sama ada jenama tersebut ada dalam pelbagai saiz untuk dewasa dan kanak-kanak.
Artikel Berkaitan
- 9 Jenis Mesin Reflexology Urut Kaki Terbaik di Malaysia 2026
- 12 Brand Pulse Oximeter Terbaik Diluluskan MDA/KKM 2026
- 7 Yoga Mat Terbaik untuk Keselesaan Semasa Bersenam
- 12 Baju Renang Muslimah Terbaik & Berkualiti di Malaysia 2026
- 8 Jubah Abaya Terbaru & Terkini di Malaysia 2026
- Tudung Tema Merdeka
- Spritzer X TudungPeople Keluarkan Rekaan Edisi Terhad
- Anak/Inner Tudung Terbaik di Malaysia




