Rutin harian yang sibuk dengan pelbagai kerja dan aktiviti fizikal ditambah dengan faktor usia pastinya membuat anda berasa lenguh dan sakit kaki.
Oleh itu mesin urut kaki refleksologi mungkin menjadi salah satu alat penting untuk mengembalikan kelegaan pada kaki.
Berikut merupakan senarai mesin urut kaki terbaik untuk memberi kelegaan pada kaki setelah penat kerja seharian.
Isi Kandungan
- Senarai 9 Mesin Urut Kaki Terbaik
- Adakah Penggunaan Mesin Urut Kaki Baik Untuk Kesihatan?
- Cara Mengguna Mesin Urut Kaki
- Artikel berkaitan
Senarai 9 Mesin Urut Kaki Terbaik
- EMS Foot Massage Pad Feet Simulator Patch
- Gintell G Beetle EZ Foot Massager
- Ihoco by Ogawa WonderX Foot Massager
- Osim uSqueez 2 Smart Leg Massager
- Electric Foldable Foot bath and Massage Bucket
- Traditional Wooden Foot Roller
- Mini Fascia Massage Gun
- 8 Roller Massage with infrared
- Ogawa Omknee 2 Foot Massager
Table of Contents

Merupakan mesin urut kaki yang mempunyai teknologi moden kerana mempunyai rangsangan elektrik pada otot kaki.
Elektrik ini berupaya melancarkan peredaran darah dan memberi kelegaan kepada kaki.
Mesin urut kaki ini juga bersaiz kecil, ringan, mudah disimpan dan mudah dibawa kemana-mana.
Ketahanan bateri boleh di cas semula dengan menggunakan pengecas wayar USB.
Ciri lain mesin urut ini mempunyai LCD untuk anda melihat dan melaras tetapan dan mod pengurutan.
Mesin urut ini mempunyai 9 tahap intensiti pengurutan dan 6 mod getaran.
Anda cuma set mod mengikut keselesaan anda.

Jenama Gintell sememangnya tidak asing lagi dalam pembuatan alatan berasaskan kesihatan.
Mesin urut kaki ini menggabungkan jenis urutan kaki 3D Guasa dan Shiatsu pada lapisan otot untuk membuatkan kaki anda rasa lega.
Mesin urut kaki ini dibina dengan sistem akupresur udara untuk urutan yang lebih sedap dan melegakan.
Mempunyai reka bentuk warna yang menarik supaya ruangan letak mesin ini kelihatan elegan.
Mesin ini juga ringan dan mudah dibawa kemana-mana.
Tetapan mod pengurutan, timing juga boleh di setting oleh pengguna.

Pekerjaan anda memerlukan berdiri lama atau sering pakai kasut tumit tinggi kemudian mengalami masalah sakit kaki?
Mesin urut ini penawar kelegaan dengan pelbagai urutan dalam satu mesin.
Mesin urut ini direka khas untuk melegakan kaki, betis hingga ke lutut dengan urutan pemampatan udara.
Manakala, fungsi pemanasan mampu melegakan dan memberi lebih keselesaan pada kaki.
Juga mempunyai tiga built in foot roller yang bertepatan dengan pain point untuk melegakan tapak kaki.
Apa yang menarik lagi, posisi urutan mesin urut ini boleh dilaras sehingga 140 darjah, anda boleh meletakkannya mengikut keselesaan anda.

Dengan harga premium dan berteknologi tinggi, mesin urut dari Osim ini menawarkan urutan yang terbaik.
Mesin urut ini mempunyai gabungan 5 teknik urutan termasuk urutan seakan urutan tangan dari tukang urut profesional beserta udara hangat dan getaran untuk memberi kelegaan.
Posisi urutan mesin ini juga boleh dilaras sebanyak 185 darjah.
Maksudnya, anda boleh melaras mengikut kesesuaian dan keselesaan badan anda.

Mesin urut kaki ini bukan sahaja memberi urutan refleksologi pada tapak kaki tapi mesin ini mempunyai ruang untuk merendam kaki.
Jangan ingat mesin urut kaki tak boleh letak air hangat. Boleh ye.
Malah, fungsi ini untuk memberi lebih kelegaan, keselesaan, kesegaran dan kenikmatan pada bahagian kaki.
Untuk rendaman, mesin ini mengambil masa 10 minit sahaja untuk menghangatkan air.
Kemudian sudah dapat memberi rawatan seperti di spa.
Tambahan lagi mesin urut kaki ini juga boleh dilipat untuk memudahkan anda simpan atau bawa ke mana sahaja.

Mesin urut kaki ini merupakan mesin urut tradisional yang direka daripada kayu dengan bentuk roller untuk memberi urutan refleksologi.
Alat ini mudah dan ringkas kerana anda tidak perlu menggunakan kuasa bateri atau elektrik.
Walaupun mudah dan murah, mesin ini mampu memberi kelegaan dan kenikmatan keseluruhan kepada kaki anda.
Memang patut dibeli kerana mudah di bawa ke mana saja.

Dengan kuasa bateri sebanyak 1800 MaH, mesin urut kecil ini mampu memberi getaran sebanyak 6 tahap boleh dilaras.
Getaran ini dapat memberi kelegaan pada otot anda selepas seharian penat menggunakan kaki untuk bergerak.
Bukan saja boleh digunakan untuk kaki tapi juga boleh digunakan untuk seluruh badan.
Mesin ini kecil, ringan dan mudah dibawa kerana bateri mesin ini hanya perlu mengecas menggunakan wayar USB.

Mesin urut berbentuk bantal ini menggunakan terapi magnetic infrared dan roller untuk melegakan otot kaki.
Mesin urut ini juga bersaiz kecil dan mudah dibawa kemana-mana.
Menyenangkan lagi, mesin ini menyediakan dua jenis plug untuk kegunaan di rumah dan juga dalam kereta.
Malah boleh digunakan untuk mengurut bahagian badan lain seperti leher, pinggul, kepala dan belakang.

Mesin urut ini merupakan mesin urut detachable yang pertama di dunia.
Dengan ciri mudah ditanggalkan ini membuatkan mesin urut ini menjadi serbaguna.
Ini kerana pada bahagian bawah boleh digunakan untuk urutan kaki.
Manakala bahagian atas boleh digunakan untuk mengurut betis, keting ataupun bahagian lengan.
Tambahan lagi fungsi detachable membolehkan dua orang menggunakannya pada satu masa untuk mengurut.
Maknanya, anda boleh mengurut bersama teman sambil berbual.
Mesin urut ini menggunakan bateri rechargeable untuk membuatkan menjadikan mudah dibawa ke mana saja.
Adakah Mesin Urut Kaki Baik Untuk Kesihatan?
Menurut kajian, mesin urut kaki sudah terbukti mampu membantu individu merasa lega pada bahagian kaki.
Antaranya dapat melancarkan pengaliran darah, melegakan sakit sendi dan otot, mampu mengurangkan stress dan membuat badan menjadi lebih relaks.
Mesin urut kaki refleksologi juga mampu meningkatkan tahap imuniti badan dan meningkatkan prestasi kaki untuk lebih kuat ketika bersukan atau bekerja.
Cara Mengguna Mesin Urut Kaki
Cara penggunaan pula, mempunyai pelbagai cara kerana bergantung pada jenis model mesin urut refleksologi.
Tambahan lagi kebanyakan mesin urut kaki moden sudah menyediakan spesifikasi yang bersesuaian bahagian urutan.
Namun begitu terdapat mesin mengurut mod asas dimana perlu mempunyai pengetahuan tentang bahagian urutan.
Tapi mesti anda pelik bukan apa punca menyebabkan kaki sakit?
Jom kita lihat penjelasan daripada doktor Ikram Rauhi.