Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Mesin Treadmill Terbaik di Malaysia 2023 (Jenama Berkualiti)

Banyak alat sukan yang kini sudah moden, canggih, murah dan berkualiti antaranya treadmill.

Dengan keadaan cuaca di luar yang agak panas sekarang ni, kami yakin pasti ada yang berkira-kira nak lakukan senaman di luar rumah.

Jadi kami syorkan buat pembelian mesin treadmill yang bagus dan murah untuk lakukan senaman di rumah.

Lagipun sekarang terdapat banyak jenama treadmill terbaik dengan sistem moden, canggih, murah dan berkualiti.

Bagi memudahkan anda memilih treadmill untuk di rumah, kami kongsikan harga treadmill yang mempunyai kualiti bagus di Shopee dan Lazada.


Senarai 9 Jenama Mesin Treadmill Bagus

Treadmill terbaik secara keseluruhan
U’REVO
U’REVO Walking Treadmill U1 Smart
Semak U’REVO Walking Treadmill U1 Smart harga dibawah:

Sebab menjadi pilihan;

"Sesuai untuk semua saiz badan dan treadmill tidak terlalu besar untuk letak di dalam rumah,"

Ciri-ciri;

Bagi anda yang bersaiz besar atau gemuk, jangan risau mulai aktiviti senaman ringan iaitu berjalan perlahan.

Jadi, treadmill dari jenama U’REVO ini adalah pilihan yang terbaik kerana dikhaskan untuk aktiviti berjalan.

Ciri-ciri keselamatan mesin treadmill ini sangat bagus kerana mempunyai anti-licin, isyarat bahaya, perlindungan anti-beban, kunci untuk kanak-kanak dan anti-gelincir.

Teadmill untuk badan besar ini mampu menampung berat sehingga 90 kilogram dan bersaiz sederhana 120 x 42 sentimeter.

Menariknya lagi, anda tidak perlu khuatir tentang ruang penyimpanan kerana dengan ketebalan 6.5 sentimeter anda boleh sorok dibawah katil atau sofa! 

Kelainan walking treadmill ini ialah tidak mempunyai handrails dan bahagian paparan tetapan diganti dengan alat kawalan jauh bercirikan 3 mod seperti berjalan, jalan kaki laju dan larian pendek. 

Review;

"Semua ciri yang ada pada U’REVO Walking Treadmill U1 sangat bertepatan untuk saiz badan besar atau kecil bagi memulakan aktiviti sihat ini,"

treadmill ogawa
Semak OGAWA iFit Treadmill Free Caree Touch Handheld Massager harga dibawah:
add_circle Mempunyai pemegang tangan
add_circle Mempunyai 12 program
add_circle Track larian besar
add_circle Boleh dilipat
remove_circle Saiz besar
iFit Treadmill mempunyai kuasa motor yang tinggi yang mana dapat menampung apa saja berat badan sekaligus dapat memberi kestabilan ketika berlari di atas track.

Ini kerana, treadmill ini mempunyai ruangan track seluas 410mm dengan lebar tapak 80mm pada kedua-dua bahagian yang di selarikan bersama bahagian pemegang tangan.

Bukan itu saja, anda boleh mengawal sistem treadmill dengan menggunakan telefon pintar. Caranya mudah saja;

  1. Imbas kod QR pada panel kawalan.
  2. Muat turun aplikasi "G-fit".
  3. Aktifkan sistem Bluetooth pada telefon dan sambungkan dengan mesin.
  4. Kemudian pergi aplikasi "G-fit" dan anda boleh kawal mesin.

Jika anda risaukan tentang ruangan, jangan risau treadmill ini boleh dilipat dengan sudut 90°, jadi boleh simpan selepas menggunakannya.

Treadmill untuk jantung
Johnson
Johnson Fitness Tempo TS1 Treadmill
Semak Johnson Fitness Tempo TS1 Treadmill harga dibawah:
add_circle Saiz kecil
add_circle Mudah disimpan
add_circle Boleh awasi keadaan jantung
add_circle Mempunyai Fuji Microelectronics
remove_circle Tidak mempunyai sistem Bluetooth

Treadmill dari jenama Johnson ini sesuai untuk mereka yang emmiliki rumah bersaiz kecil kerana mempunyai ciri mudah simpan.

Untuk melipat treadmil ini tidak memerlukan apa-apa alatan, cukup dengan menekan butang kecil pada badan treadmill.

Selain itu, treadmill ini menggunakan Fuji Microelectronics yang mana membolehkan treadmill bergerak 500 jam lamanya.

Bagusnya lagi, treadmill ini mempunyai kemampuan mengawasi kadar pergerakan jantung pada skrin LED.

Ini dapat mengetahui keadaan jantung anda dalam keadaan stabil atau tidak ketika melakukan senaman.

Dalam masa yang sama, mesin treadmill Johnson dapat memberi mode sesuai mengikut kesesuaian keadaan jantung anda.

Treadmill dengan watt kecil
KEMILNG Treadmill M7
Semak Kemilng Treadmill M7 3.0 Hp harga dibawah:

Mungkin anda tidak mahu sebuah mesin treadmill yang terlalu kuat menarik kos elektrik.

Sebaiknya anda memilih treadmill dari jenama KEMILNG ini yang memiliki 3.0 kuasa kuda.

Sudah cukup menampung kegunaan selama 45 minit dengan kelajuan 12 batu sejam.

Malah, menjamin aktiviti senaman yang menyeronokkan kerana terdapat ruangan untuk meletakkan tablet atau iPad diatas console treadmill.

Treadmill untuk ibu hamil
REALEOS Foldable Running Treadmill
Semak Realeos Foldable Running Treadmill harga dibawah:
add_circle Boleh lipat.
add_circle Mudah dibawa kemana saja.
add_circle Boleh menampung lebih 200 kg.
remove_circle Manual.
remove_circle Pemegang mudah goyah.

Jangan tak tahu ya, para ibu mengandung juga boleh menggunakan treadmill sebagai senaman ringan.

Jadi kami mengesyorkan ibu hamil menggunakan treadmill manual dari jenama REALEOS.

Ini kerana kaedah treamill manual bersifat mudah alih dan anda boleh mengawal sendiri kelajuan yang sesuai.

Sistem ini lebih selamat dan sangat praktikal untuk senaman ringan dan paling menarik tidak memerlukan elektrik kerana mekanisme treadmill manual menggunakan pemberat khas bagi memudahkan pengguna untuk melaraskan pergerakan belt.

Walaupun manual, REALEOS masih membekalkan pengguna dengan paparan digital untuk mengesan kalori, kelajuan, masa dan jarak larian.

Treadmill untuk berlari
ADSports
3.0HP ADSPORTS AD509 Home Exercise Treadmill
Semak ADSports AD509 Home Exercise Treadmill harga dibawah:
add_circle Mempunyai Multifunction Machine.
add_circle Mempunyai 3 jenis tapak larian berbeza.
add_circle Mudah dialihkan.
remove_circle Tidak boleh dilipat.
remove_circle Besar.

Berbeza dengan mesin treadmill jenama yang lain. Mesin treadmill keluaran ADSports menambah fungsi treadmill dengan mesin urut. 

Kelebihan ini ialah sangat bagus untuk meningkatkan peredaran darah ketika bersenam seterusnya mengurangkan kesakitan otot selepas bersenam.

Menggunakan 3.0 kuasa kuda mampu bergerak sehingga 12.8 kilometer sejam. 

Perincian treadmill ini juga cukup sempurna dengan paparan tetapan yang lengkap seperti pembakaran kalori, mod pelbagai senaman larian, kunci keselamatan, pergerakan jantung dan sebagainya. 

Kualiti belt mesin ini juga mempunyai daya baik menyerap bunyi hentakan dan mengurangkan impak kaki.

Jadi buat anda yang mahu kelainan dalam peralatan sukan.

Mungkin boleh mendapatkan treadmill dan mesin urut dua dalam satu ini.

Treadmill untuk di rumah
Fitness Concept
FITNESS CONCEPT Trax TrailRunner Treadmill
Semak Fitness Concept Trax TrailRunner Treadmill harga dibawah:
add_circle Tapak boleh lipat.
add_circle Mempunyai pembesar suara.
add_circle Mempunyai USB dan MP3 port.
remove_circle Besar.

Jenama peralatan sukan paling popular dan terjamin kualitinya ialah dari Fitness Concept.

Kemahiran dalam membuat alatan sukan bukan calang-calang lagi terutamanya dalam kendalian mesin treadmill. 

Dibekalkan sistem serba canggih seperti 12 pilihan corak senaman, pemantauan pergerakan jantung, 6 daya penyerapan tekanan dan memiliki kepintaran untuk mengisi minyak pelincir pada motor dengan sendiri. 

Sesuai dengan harga yang ditawarkan, paparan console Blue LCD Display menggunakan bertindak balas dengan cepat.

Malah pengguna boleh menyimpan treadmill ini dengan mudah dengan sistem hidraulik yang memberi kesan ringan dan cepat semasa melipat. 

Buat anda yang memiliki bajet yang besar dan ingin serius dalam bidang sukan larian, Fitness Concept Trax TrailRunner Treadmill memberi kelebihan yang sempurna buat anda.

Treadmill untuk orang gemuk
Columbus Fitness
3.5HP COLUMBUS Fitness i101 Advanced Design Treadmill
Semak Columbus Fitness i101 Advanced Design Treadmill harga dibawah:

Mesin senaman larian ini merupakan pembelian yang sangat berbaloi kerana lengkap dengan pelbagai spek keselamatan dan sistem canggih. 

Antaranya, terdapat 5 kali ganda lapisan anti-licin, rekaan handrails yang lebih selesa dan paparan tetapan secara digital dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh.

Selain itu juga ia mempunyai kuasa sehingga 3.5 kuasa kuda menjadikan ia antara treadmill yang paling berkuasa. 

Kaedah penyimpanan cukup memudahkan pengguna kerana rekaan model ini sekadar sederhana dan tidak memerlukan ruang simpan yang besar.

 Mampu menampung berat badan sehingga 100 kilogram dan paling best lengkap dengan speaker muzik.

Treadmill untuk beginner
Vigor Fitness
VIGOR Fitness Treadmill TR500
Semak Vigor Fitness Treadmill TR500 harga dibawah:

Buat yang baru berjinak-jinak dengan dunia sukan, jangan putus asa untuk membuat pelaburan kecil pada sebuah treadmill murah dan berkualiti ini.

Jenama treadmill TR500 dijual pada harga cukup berpatutan dengan kuasa kuda 3.5!

Jenama ini pernah dicatat Top Selling Model in Malaysia dengan berpandukan kemaskini sistem serba canggih.

Ideal dengan peranti paparan kiraan lemak badan, kalori, denyutan nadi, kelajuan, masa dan jarak larian. 

Tidak lokek dengan pengguna, ia terpasang dengan 3 pilihan incline, sistem kusyen serapan tekanan dan AUX bersama pembesar suara MP3.


Cara Menggunakan Treadmill Dengan Betul

Mungkin ada diantara anda sudah mahir dengan mesin treadmill tapi bagaimana pula dengan anda yang masih lagi amatur? 

Lebih lagi bagi yang pertama kali mahu membeli dan menggunakan mesin treadmill. Nah! anda boleh praktiskan langkah berikut.

#1 Pastikan kedudukan meletakkan treadmill

Sebelum membeli treadmill pastikan kawasan rumah mempunyai ruang yang elok untuk menggunakan treadmill.

Jika anda membeli treadmill mudah alih atau boleh dilipat ia dapat menjimatkan ruang yang sedia ada.

Pastikan lantai bilik atau ruang yang diinginkan rata dan stabil.

Sebaiknya tidak perlu dialas karpet atau tikar supaya treadill lebih stabil. 

#2 Pengawasan ‘emergency key’

Sentiasa pastikan treadmill anda dipasang dengan ‘emergency key’ kerana ini adalah aspek keselamatan yang ditekankan oleh pengeluar mesin treadmill.

Bagi anda yang masih lagi begginer, wajib klip ‘emergency key’ ini pada baju, supaya mesin boleh berhenti serta merta jika anda tergelincir dari treadmill.

Malah, boleh mengelakkan dari kecederaan yang serius. 

#3 Teknik larian

Buat yang masih berjinak-jinak, saranan dari jurulatih treadmill ialah jalan perlahan-lahan mengikut kelajuan biasa terlebih dahulu.

Latihan ini untuk membiasakan anda dengan tetapan pace pada mesin.

Jangan lupa untuk laraskan handrails mengikut kesesuaian bahu anda.

Kenali paparan tetapan mesin treadmill anda sebaik mungkin sebagai contoh pilihan speed, incline, sensor dan banyak lagi bergantung diatas treadmill anda. 

#4 Memakai pakaian yang sesuai

Sama seperti aktiviti larian diluar, sarung kasut sukan yang sesuai khususnya untuk aktiviti berlari.

Bagi mengelakkan treadmill licin atau basah dengan peluh, anda boleh memakai workout headband atau topi. 

#5 Cara senaman yang betul

Paling penting, anda perlu ketahui jenis dan cara senaman yang betul menggunakan treadmill. 

Jom ikuti video berikut.


Apa Manfaat Menggunakan Treadmill? 

Seperti yang kita tahu, larian treadmill atau larian diatas trek tidak jauh beza.

Tujuannya sama iaitu membakar lemak, kalori serta dapat menguatkan otot jantung.

Rata-rata yang ingin kurus dan jauh dari diabetes memang aktiviti berlari lah jawapannya! Larian atas treadmill sebenarnya mempunyai kebaikan tersendiri. 

  • Membuat kawalan larian

Jika ada treadmill dirumah anda tak perlu risau lagi dengan cuaca samada panas atau hujan.

Treadmill bukan lagi alasan untuk ada mengelak dari bersenam.

Menariknya tenatng treadmill, anda boleh mereka laluan larian anda.

Misalnya anda boleh mengubah kelajuan console, menetapkan ketinggian pendakian, mengira kalori dengan tepat dan paling best anda mengatur tempo larian mengikut kekuatan tubuh badan

  • Mengurangkan impak hentakan 

Sejujurnya larian diatas jalan raya dapat memberi kesan pada lutut untuk jangka masa panjang.

Lebih lagi jika anda gemar melakukan larian jauh atau mengambil masa yang lama.

Berbanding menggunakan treadmill, impak hentakan kaki lebih selamat.

Kebanyakan landas treadmill atau dipanggil sebagai belt direka khas menyerap impak hentakan.

Kualiti belt treadmill sangat penting untuk memastikan larian anda bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah melindungi lutut dan sendi kaki. 

  • Selamat dan menjaga privasi 

Jika anda dikalangan pelari wanita, memiliki sebuah treadmill suatu yang menguntungkan!

Keselamatan dan privasi jika berlari diluar boleh mengundang ancaman lebih lagi jika wanita lari berseorangan.

Selain itu, boleh mengelakkan dari sebarang kemalangan seperti dilanggar kereta, larian malam lebih selamat dan khas untuk anda yang tidak suka menjadi tatapan umum ketika bersenam. 


Artikel berkaitan

End of Article