Gaya hidup sihat bermula dengan mendapatkan kualiti tidur yang maksimum kerana tidur merupakan waktu rehat yang sangat diperlukan.
Malangnya, tak semua orang berjaya dapat tidur yang berkualiti atas sebab pemilihan tilam yang tidak tepat.
Lebih teruk lagi sehinggakan ada yang bangun tidur, terasa sakit belakang dan tengkuk.
Jadi kami bantu anda senaraikan tilam lembut khas untuk mereka yang mengalami sakit belakang.
Bagaimana Cara Pilih Tilam Untuk Sakit Belakang?
Sakit belakang adalah masalah yang kerap berlaku terutamanya orang dewasa dan boleh memberi kesan buruk kepada gaya hidup mereka.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memilih tilam yang betul.
Pertama sekali, anda perlu memilih tilam yang memberikan sokongan yang mencukupi kepada bahagian belakang anda.
Tilam yang terlalu lembut boleh menyebabkan bahagian belakang badan tenggelam dalam tilam dan memberikan tekanan pada bahagian tulang belakang.
Malah, tilam yang terlalu keras juga tidak baik kerana tidak dapat memberikan sokongan yang mencukupi untuk bahagian belakang badan.
Sebaiknya, pilih tilam dengan rekabentuk ergonomik untuk membantu mengurangkan tekanan pada bahagian belakang badan dan membolehkan tidur yang lebih berkualiti.
Seterusnya, pastikan tilam sakit belakang yang anda pilih mempunyai lapisan atau ketebalan yang cukup untuk mengurangkan tekanan pada bahagian belakang anda.
Kemudian, pilih tilam yang sesuai dengan kedudukan tidur anda. Jika anda tidur terlentang, tilam yang sedikit keras adalah sesuai untuk anda.
Tapi, jika anda tidur mengiring, tilam yang agak lembut mungkin lebih sesuai untuk anda.
Akhir sekali, cuba di kedai terlebih dahulu. Jangan malu untuk cuba baring di atasnya untuk melihat sama ada selesa atau tidak dengan anda.
Harap kami dapat membantu anda untuk memilih tilam yang sesuai dengan keperluan anda.
Apa Kelebihan dan Kekurangan Tilam Untuk Sakit Belakang?
Kelebihan Tilam Sakit Belakang:
- Meredakan sakit belakang
Tilam sakit belakang direka dengan teknologi khas yang membantu mengurangkan sakit belakang.
Sekaligus dapat memberi sokongan pada bahagian belakang badan semasa tidur dan membantu mengurangkan ketidakselesaan.
- Meningkatkan kualiti tidur
Dengan meredakan sakit belakang anda, tilam sakit belakang membantu meningkatkan kualiti tidur anda.
Anda dapat tidur nyenyak dan bangun dengan badan segar setiap pagi.
- Membantu mengurangkan tekanan pada bahagian belakang
Ini dapat membantu mengurangkan risiko cedera dan mempercepat pemulihan dari kecederaan.
Kekurangan Tilam Sakit Belakang:
- Harga tilam mahal
Tilam sakit belakang memerlukan pelaburan yang lebih besar berbanding dengan tilam biasa.
Oleh itu, ia bukan pilihan yang sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet terhad.
- Pilihan terhad
Tilam sakit belakang tidak mempunyai pelbagai pilihan seperti tilam biasa.
Jadi anda mungkin sukar dalam memilih tilam yang sesuai dengan keperluan anda.
- Masa penyesuaian
Semasa pertama kali menggunakan tilam sakit belakang, anda perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan sokongan dan reka bentuknya. Ini boleh menjadi tidak selesa untuk beberapa individu pada awalnya.
Kesimpulannya, tilam sakit belakang juga mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Sekiranya anda sedang mengalami sakit belakang, tilam jenis ini antara pilihan terbaik untuk bantu meredakan kesakitan dan meningkatkan kualiti tidur anda.
Senarai 9 Tilam Terbaik Untuk Yang Alami Sakit Belakang
Table of Contents

Sebab utama menjadi pilihan;
“Para ibu mengandung sebaiknya gunakan tilam yang dapat memberi keselesaan kerana keadaan ibu semasa tidur dan keselamatan bayi di dalam kandungan mempunyai hubungkait,”
Ciri-ciri;
Tilam Joey tidak mempunyai spring tapi mempunyai lapisan keselesaan J-Foam dengan ketebalan 8 cm untuk mengikut bentuk tubuh badan yang maksimum.
Malah, terdapat juga lapisan sokongan J-Foam yang padat dengan ketebalan 15 cm. Lapisan ini mampu memberi sokongan yang responsif lebih pada tubuh.
Dengan kedua-dua lapisan ini dapat memberi anda kualiti tidur yang maksimum kerana memberi efek tilam yang lembut dan badan tidak rasa sakit-sakit.
Paling best, tilam tidak memberi apa-apa efek bounce jika anda bergerak dari katil. Jadi sesuai mereka yang mempunyai anak kecil.
Review;
Fabrik tilam ini 100% furniture-grade polyester dimana dapat memberi keselesaan pada tubuh ketika baring dan duduk.

Tilam dari jenama Vono ini merupakan satu set tilam single yang mempunyai Intalok Springing System supaya dapat menyokong tulang belakang dan memberi keselesaan ketika tidur.
Malah, mempunyai Pocketed Intalok Springing System yang berfungsi mengurangkan gangguan pergerakan badan.
Maksudnya anda seolah-olah tidur diatas angin tanpa merasa apa-apa gerakan dari badan sendiri.
Dengan berteraskan Spin Pro Collection dan diperbuat dari 3.5mm dawai besi yang kukuh dan ketebalan tilam sehingga 10 inci untuk memberi sokongan ultra pada tulang belakang.
Terdapat 4 jenis katil iatu King, Queen, Single dan Super Single. Pilih saja!

Tilam hibrid merupakan sebuah tilam diperbuat dengan campuran lapisan semula jadi seperti kapas, getah dan bulu.
Tilam ini mempunyai kelebihan tersendiri untuk merawat sakit tulang belakang ketika tidur.
Antaranya tilam Spinarez menggunakan jenis fabrik dari fiber tumbuhan Aloe Vera dimana dipercaya boleh membantu melancarkan statik tubuh manusia.
Dalam masa yang sama, dapat mengawal pergerakan tubuh dan tidur lebih terjaga tanpa gangguan.
Malah dapat mengelakkan sebarang ruam panas kerana pengaliran udara tilam baik, mempunyai anti-habuk, anti-bakteria dan anti-pijat.
Menariknya tilam ini tebal sehingga 12 inci dan dapat memberi sokongan berpanjangan pada tulang belakang serta leher.

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang sakit terlantar, kami mengesyorkan anda untuk gunakan alas tilam dari Dr Bash kerana dapat memberi keselesaan berterusan kepada pesakit.
Alas tilam ini mempunyai bulat-bulat udara seperti bubble yang berselang-seli untuk memberi pengaliran darah pesakit lancar walaupun dalam keadaan baring.
Walaupun alas tilam ini mempunyai pengudaraan yang bulat-bulat tapi mampu untuk menampung pesakit seberat 130kg hingga 150kg.
Jangan risau, tilam ini telah mendapat kelulusan pihak medikal untuk digunakan kepada pesakit terlantar.
Cara penggunaan dan penjagaan alas tilam ini sangat mudah. Ikut saja buku panduan.

Tilam mewah Sonno ini memperkenalkan tilam dengan tiga lapisan bahan natural latex (getah), memory foam dan support foam.
Tujuan tiga lapisan ini untuk memberi keselesaan dan sokongan pada tulang belakang ketika tidur.
Memang, sangat sesuai mereka yang sering bekerja yang melibatkan tulang belakang
Tebal tilam Sonno 9 inci bagi memberikan kedudukan posisi tubuh badan dalam keadaan selesa ketika baring sekaligus tidak memberi tekanan kepada titik sensitif tulang belakang.
Selain itu, fabrik tilam ini sejuk, mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan material getah yang bagus untuk mengimbangi berat badan ketika tidur.
Bagi mereka yang mengalami masalah slip disc, cuba dapatkan tilam tanpa wayar spring dari Sonno Original Mattress.

Tilam Coway dari Prime Series mengetengahkan konsep sistem sokongan dari empat komponen premium iaitu fiber kelapa, memory foam, latex dan 5-zone pocket spring.
Sama seperti produk Coway yang lain, tilam dari mereka juga akan mendapat servis penjagaan setiap empat bulan dengan bayaran bulanan mengikut saiz tilam.
Terdapat 2 jenis saiz iaitu King dan Queen. Kedua-dua saiz tilam ini mempunyai ketebalan yang sama iaitu 13 inci.
Anda juga boleh memilih untuk membuat sewa beli sekali set dengan katil atau tidak.
Tilam ini sesuai untuk golongan warga emas kerana dapat mengurangkan dari sebarang risiko sakit belakang.

Tilam Lessa Home sesuai untuk mereka yang mencari tilam untuk orang sakit dan memerlukan rehat yang cukup.
Ini kerana tilam ini menggunakan chiropractic coil iaitu wayar spring yang tahan lama dan sistem teras wayar spring paling bagus.
Selain itu, wayar tersebut dapat menjadikan tilam tahan lebih lama, selesa, padat serta dapat memberi sokongan tubuh yang sepanjang malam.
Bahan yang digunakan adalah dari fiber kelapa bagi membantu tidur yang selesa, elak dari masalah kegatalan dan menyejukkan tubuh.
Tilam Lessa Home ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang mengalami sakit belakang dan memerlukan rehat.

Tilam Simoni yang mempunyai ketebalan 8 inci sangat sesuai untuk individu yang mengalami sakit belakang dan memerlukan tilam yang boleh memberi sokongan pada postur tubuh yang sering berubah-ubah.
Tilam ini juga diperbuat daripada 100% lateks sintetik jadi tidak mudah bergoyang sekiranya pasangan tidur bergerak sekaligus dapat memberi anda tidur yang berkualiti.
Tilam ini juga dilengkapi ciri Sleep Cool, Pressure Relief dan Temperature Regulator untuk membantu badan anda kurang rasa sakit-sakit.
Tip Memilih Tilam Untuk Masalah Tulang Belakang
Sakit tulang belakang tidak boleh dipandang enteng, terutama jika anda suka melakukan kerja berat yang menggunakan kekuatan tulang belakang.
Sakit tulang belakang atau ‘slipped disc’ antara yang sering menyerang tidak kira warga emas ataupun orang muda.
Jadi, anda boleh ikhtiar mengelakkan dari sakit belakang dengan menitikberatkan beberapa perkara. Antaranya;
Jenis tilam
Anda disyorkan memilih tilam yang diperbuat dari memory foam atau latex (getah) kerana dua bahan ini lembut jadi mampu menyokong tulang belakang.
Selain itu, anda juga boleh memilih tilam label medium soft – medium firm.
Ketebalan tilam
Ukuran ketebalan paling minima untuk tilam sekurang-kurangnya 8 inci. Elakkan membeli tilam kurang dari itu.
Biasanya tilam yang lebih tebal akan memberi kesan lembut dan selesa pada tubuh.
Jadi ketika membuat pembelian tilam pastikan anda pilih tilam tebal 8 inci ke atas.
Anda boleh lihat penerangan ringkas dari video berikut.
Apa Punca Sakit Belakang?
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit belakang antaranya faktor berat badan, posisi tidur yang tidak betul atau suka mengangkat barang yang berat dengan cara yang salah.
Tapi sebelum tu, jom dengarkan punca dan penyebab sakit belakang dari doktor Ikram.
Terdapat juga punca lain. Jadi jom kenalpasti terlebih dahulu dan baru mencari cara menyelesaikan masalah.
Posisi tidur
Posisi tidur menjadi aspek utama anda sering sakit belakang walaupun pekerjaan anda tidak memerlukan mengangkat barang yang berat.
Apa yang anda boleh lakukan adalah tidur bersandarkan bantal yang banyak dari hujung kaki sehingga kepala supaya tubuh badan anda kurang membuat pergerakan ketika tidur.
Pekerjaan
Tidak semestinya mengangkat berat boleh menyebabkan sakit belakang tapi duduk terlalu lama di pejabat juga boleh menjadi punca kerana menyebabkan ketegangan otot dan sakit tengkuk.
Berat badan
Masalah berat badan bukan saja terjadi pada mereka yang mempunyai badan gempal tapi wanita hamil turut boleh terdedah dengan sakit pinggang.
Ini kerana tulang belakang cuba menampung berat bayi yang semakin meningkat.
Terdapat juga mereka yang mengalami sakit tulang belakang akibat trauma kemalangan, penyakit genetik, jangkitan kuman atau lebih serius kanser tulang belakang.