Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Katil Bayi Terbaik Malaysia 2024 (Jenama Berkualiti & Selamat)

Nyenyaknya tidur malam si comel.

Bagi pasangan yang baru menggalas tanggungjawab ibu bapa, pasti ingin mencari dan menyediakan keperluan si comel serba lengkap.

Antaranya katil baby supaya mereka tidur dengan lena dan selesa di tempat sepatutnya.

Jadi kami sediakan senarai pagar katil baby yang terbaik untuk anda membuat pilihan. Jom lihat!


Senarai 8 Katil Baby Terbaik

Katil baby terbaik secara keseluruhan
Anti Fall Baby Bed Fence Baby Bed Guard
mulai
RM58.80
Semak Anti Fall Baby Bed Fence Baby Bed Guard harga dibawah:
add_circle Pemasangan mudah
add_circle Bayi sentiasa selamat
add_circle Ketinggian boleh adjust
remove_circle Tidak boleh bergerak

Sebab menjadi pilihan utama:

Pagar katil ini selamat untuk bayi sehingga 1 tahun dan sesuai untuk katil saiz Queen dan King.

Ciri-ciri:

Pagar penghadang katil ini dikategorikan dalam katil bayi kerana untuk keselesaan dan keselamatan si comel ketika tidur dengan anda.

Pagar ini boleh adjust ketinggian yang sesuai mengikut usia si comel jadi anda tidak perlu risau bayi tergolek ke bawah katil ketika tidur.

Jadi, anda boleh tinggikan pagar katil mengikut ketinggian bayi anda dan pagar katil ini mempunyai 8 tahap adjust.

Ketinggian pagar boleh mencapai sehingga 93cm dengan dan fabrik pagar boleh dibasuh jika perlu.

Anda juga boleh melihat si kecil dari jauh walaupun meninggalkan mereka bersendirian dalam katil.

Jangan risau, bahan binaan diperbuat daripada 100% bahan selamat untuk bayi anda.

Review:

“Mudah nak pasang lepastu nak adjust pun guna satu tangan je. Berbaloi!”

Mamakiddies Baby Cot 2 Level Portable Bed Playpen Travel
mulai
RM189.00
Semak Mamakiddies Baby Cot 2 Level Portable Bed Playpen Travel harga dibawah:
add_circle Boleh lipat
add_circle Mempunyai kelambu
add_circle Mempunyai bahagian pertukaran lampin
remove_circle Pemasangan sukar

Jika anda inginkan katil baby yang boleh dilipat dan dibawa ke mana saja, jenama Mamakiddies adalah pilihan tepat.

Lagipun, katil ini mempunyai ciri keselamatan yang baik kerana mempunyai kunci bahagian roda dan diperbuat 100% polyester yang tidak membahayakan anak anda.

Anda juga boleh tidur seakan-akan dengan si comel walaupun berbeza katil kerana katil baby Mamakiddies ini boleh buka penghadang pada sebelah.

Keluasan katil memang sesuai untuk anak sehingga usia 3 tahun kerana saiz panjang 103 cm x lebar 67 cm.

mulai
RM115.99
Semak Baby Cot Bed (2 Size) Multifunction Wood Baby Rocking Crib harga dibawah:
add_circle Boleh tukar menjadi meja
add_circle Boleh tolak ke mana saja
add_circle Pemasangan mudah
remove_circle Tilam disediakan keras

Katil ini merupakan pilihan tepat jika anda seorang yang suka berjimat kerana katil baby ini boleh berfungsi 3-dalam-1.

Anda boleh tukarkannya kepada katil baby dan apabila si comel sudah mencapai usia 3 tahun ke atas, katil ini boleh tukar menjadi meja belajar.

Malah katil ini juga boleh dijadikan seperti buaian jika anda mengangkat ke atas ke empat-empat roda. Tak perlu cabut roda pun.

Cara pemasangan juga sangat mudah, hanya ikut buku manual yang diberi dan katil baby siap!

Jangan risau, penghadang kiri kanan katil ini boleh dibuka untuk sambung dengan katil anda.

MK Folding Bed Baby Cot ( PT801-3  C968 )
mulai
RM169.90
Semak MK Folding Bed Baby Cot ( PT801-3 / C968 ) harga dibawah:
add_circle Mempunyai kelambu
add_circle Pemasangan mudah
add_circle Boleh dijadikan buaian
add_circle Penghadang boleh buka
remove_circle Terlalu ringan

Katil baby ini mempunyai roda jadi anda boleh tolak katil bayi ini dari bilik ke ruang depan jika ingin duduk berehat di hadapan.

Anda juga boleh tidur dengan si comel walaupun berbeza katil kerana katil baby ini boleh buka zip pada bahagian penghadang.

Jangan risau jika bayi anda tertumpah susu atau termuntah pada katil ini kerana anda boleh buka dan basuh.

Ciri lain lagi, katil ini boleh dilipat jika perlu untuk jimat ruang bilik atau rumah supaya tidak serabut dengan banyak barang.

Katil baby ini juga boleh dijadikan buaian cuma anda perlu pusingkan butang kunci.

Paling bagus, katil ini boleh dinaikkan 5 degree untuk sesi penyusuan supaya si comel tak tercekik atau tersedak susu.

Baby Cradle Rocking Crib Wooden Newborn Baby
mulai
RM82.99
Semak Baby Cradle Rocking Crib Wooden Newborn Baby harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mudah dialihkan
add_circle Mempunyai kelambu
remove_circle Tidak boleh ditinggikan

Pada mereka yang lebih selesa tidur bahagian bawah, anda boleh pilih katil baby jenis ini.

Bahan binaan katil ini menggunakan material bahan tidak toksik dan warna semula jadi yang tidak membahayakan si comel.

Walaupun kayu dan bersaiz kecil tapi jenis kayu yang digunkan solid dan mampu menyokong bebanan.

Dengan saiz 90cm x 48cm x 41cmm, sesuai untuk bayi berusia 1 tahun dengan berat 6kg.

HugoBaby 3 in 1 Snooze Automatic Swing Baby Cot
mulai
RM499.00
Semak HugoBaby 3 in 1 Snooze Automatic Swing Baby Cot harga dibawah:
add_circle Boleh dijadikan buaian
add_circle Mempunyai mesin buai
add_circle Boleh buka penghadang
add_circle Mempunyai bakul barang
remove_circle Harga mahal

Walaupun harganya mahal tapi jika dilihat pada spesifikasinya, buaian ini sangat berbaloi untuk dibeli.

Ini kerana terdapat mesin automatik untuk membuai bayi anda. Maksudnya, si comel tak perlu di buai secara manual.

Kemudian, terdapat alat kawalan jauh untuk mengawal sistem buaian. Antaranya, lagu, kelajuan buaian dan masa.

Terdapat juga bakul untuk khas letak barang keperluan barang bayi jadi anda tak perlu ruang lain untuk simpan barang si comel.

Selain itu, katil baby ini boleh dibuka bahagian penghadang supaya si ibu dapat baring bersama si comel walaupun berbeza katil.

Jangan risau, fabrik katil ini mudah ditanggalkan untuk proses pencucian dan juga mempunyai roda untuk mudah tolak ke mana saja.

Travel Cot Infant Baby Playpen Portable Baby Cot
mulai
RM189.90
Semak Travel Cot Infant Baby Playpen Portable Baby Cot harga dibawah:
add_circle Kukuh
add_circle Mempunyai kelambu
add_circle Roda mempunyai brek
add_circle Mempunyai bahagian tukar lampin
remove_circle Tidak boleh dibuai

Walaupun tidak boleh dibuai tapi banyak kelebihan yang anda boleh dapat dengan katil baby ini.

Dengan saiz 105cm x 76cm x 78cm si kecil boleh bermain dalam katilnya sendiri bersama permainannya.

Lagipun katil ini mampu menampung berat sehingga 40kg atau sehingga si comel berusia 4 tahun.

Senang kata, sangat kukuh untuk letak si comel dan katil ini mempunyai dua lapisan iaitu untuk Newborn dan kanak-kanak.

Anda perlu adjut saja bahagian mana yang anda inginkan.

Selain itu, terdapat bahagian penukaran lampin jadi anda tak perlu susah-susah untuk membongkok badan untuk menukar lampin.

Terdapat brek pada bahagian dua buah biji roda dan anda boleh cabut roda untuk sesi si comel bermain.

baby bed
mulai
RM238.00
Semak Baby Bed Portable Baby Cot Set Side Bed harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk newborn hingga 2 tahun
add_circle Ketinggian boleh dilaras
add_circle Mudah dibawa dan dilipat
add_circle Roda senyap
add_circle Kelambu boleh ditanggalkan
remove_circle Harga sedikit mahal
remove_circle Tilam & bantal yang diberi nipis

Katil bayi ini senang pasang dan cukup besar serta selesa untuk bayi newborn.

Diperbuat daripada kain linen dan boleh digunakan di dalam atau di luar rumah.

Katil ini boleh dilipat, digerakkan dengan roda atau tukar ketinggian katil kepada sudut 5° untuk masa penyusuan bayi.

Tambah lagi, katil bayi ini boleh bercantum dengan sebelah katil besar ibu bapa, jadi lebih mudah untuk ibu menjaga bayi pada waktu malam.

Boleh ditukar menjadi katil buaian untuk menidurkan atau menenangkan bayi menangis.

Dengan pilihan kunci untuk memastikan katil bayi tidak bergerak dan sarung boleh ditanggalkan.


Cara Pasang Katil Baby

Sebenarnya banyak cara pasang katil bayi. Bergantung pada jenis katil baby yang anda beli.

Selalunya ada manual dalam setiap kotak pembelian cuma ikut langkah yang ditunjuk.

Kalau katil yang anda beli memerlukan pertukangan, jadi mungkin sedikit sukar.

Tapi jika katil baby yang anda beli hanya perlu menyambung antara satu besi ke satu besi yang lain, agak mudah cuma memerlukan kekuatan untuk mengetatkan pada bahagian sesiku.

Jadi, sebelum beli cuba lihat cara pasang katil baby sama ada susah atau senang supaya kerja anda lebih mudah.


Artikel Berkaitan

End of Article