Pasti ramai yang memikirkan jenama tilam terbaik dapat menjanjikan kualiti tidur yang lebih baik.
Memang betul pun, cuba bayangkan kalau tilam keras rasa spring besi, bangun pagi rasa sakit-sakit belakang. Terus rasa tak bersemangat nak mulakan hari dengan senyuman.
Jadi, untuk memiliki tilam yang selesa memang susah kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.
Bagi memudahkan kerja anda dengan senaraikan jenis tilam terbaik untuk kesihatan dan keselesaan anda sepanjang tempoh waktu tidur.
Bagaimana Cara Pilih Tilam?
Memilih tilam yang terbaik dapat memberikan perbezaan besar dalam kualiti tidur anda.
Pertama sekali, anda perlu mempertimbangkan jenis tilam yang sesuai untuk gaya tidur anda.
Jika anda tidur dengan posisi mengiring ke kanan atau kiri, tilam yang empuk dan berbentuk seperti guling lebih sesuai untuk anda.
Manakala, jika anda tidur dengan posisi terlentang, tilam yang lebih padat dan mempunyai sokongan lebih sesuai.
Anda juga perlu memilih tilam yang mempunyai ketebalan yang sesuai dengan berat badan anda.
Tilam yang terlalu nipis boleh menyebabkan ketidakselesaan dan sakit badan selepas anda tidur.
Sekiranya anda mempunyai masalah sakit belakang, pilihlah tilam yang memberikan sokongan tambahan pada bahagian pinggang dan tulang belakang anda.
Tambah lagi, pastikan anda memilih saiz tilam yang sesuai dengan saiz katil anda untuk menyokong badan dan beri keselesaan semasa tidur.
Jadi kami nasihatkan anda untuk mencari tilam yang berkualiti supaya dapat tahan lama dan tidak mudah rosak.
Apa Kelebihan dan Kekurangan Tilam?
Tilam antara kelengkapan terpenting dalam menjaga kualiti tidur tapi sebelum anda membuat keputusan untuk membeli tilam baru, sebaiknya ketahui kelebihan dan kekurangan tilam.
Dengan menggunakan tilam yang bagus, secara tidak langsung tidur anda lebih nyenyak pada sebelah malam dan bangun dengan segar pada keesokan paginya.
Kedua, tilam terbaik dapat mengurangkan keletihan dan membantu meringankan sakit belakang, bahu, leher dan sendi.
Dalam masa yang sama dapat memberi keselesaan maksimum semasa tidur serta membantu mengekalkan posisi tidur yang betul untuk mengelakkan sakit kepala, migrain dan masalah tulang belakang.
Cuma salah satu kekurangan tilam terbaik adalah kos yang tinggi, terutama untuk tilam yang berkualiti tinggi.
Senarai 12 Jenama Tilam Terbaik
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama;
Tilam bebas hama dan habuk ini diperbuat daripada tiga bahan berkualiti tinggi. Setiap sudut tilam mempunyai perbezaan material.
Ciri-ciri;
Bahagian luar atas tilam 68% polyester, 32% viscose, bahagian keliling tilam pula dari 100% furniture-grade polyester.
Fabrik bahagian bawah dijamin 100% polyester. Struktur memberi daya tahan tilam lebih lama.
Bagi konsep keselesaan pula, ia mempunyai comfort layer iaitu teknologi 8cm J-Foam Comfort bagi melegakan bahagian tubuh yang stress.
Manakala pada sudut sokongan support layer, kepadatan 15cm J-Foam Support sesuai untuk kegunaan yang lasak.
Saiz tilam king dari The Joey Mattress 183cm x 190cm x 23cm dan berat 35kg, memang terbaik untuk pasangan suami isteri dan anak kecil.
Tilam tidak terlalu lembik atau keras, memang sangat selesa untuk tidur atau sekadar lepak berbaringan dalam jangka masa yang panjang.
Review:
"Waktu pregnant, tidur atas katil ni memang badan tak rasa sakit sakit pun. Sedap je tidur sepanjang 9 bulan pregannt. Tak perlu bantal U tu pun,"

Jenama Getha memperkenalkan sebuah tilam khusus untuk bayi.
Dihasilkan daripada bahan getah asli yang dijamin tidak berbahaya dan bebas daripada hama dan serangga tilam, produk ini sesuai untuk mereka yang menghidap asma dan mempunyai alahan.
Tilam getah asli yang lembut ini membantu mengurangkan tekanan dan kepenatan tubuh badan. Ia sekaligus menyokong kepala, bahu, leher dan belakang badan bayi anda.
Jangan risau dengan isu susu tumpah atau lampin bocor, tilam Getha ini kalis air bagi memudahkan untuk ibu bapa membersih.
Selain itu, ia juga memiliki ciri pengudaraan yang baik agar anak kecil anda tidak panas dan berpeluh ketika tidur.

Tilam jenis spring Vono ini dilengkapi sistem spring poket intalok yang memberi rasa sensasi seolah bukan tilam spring.
Vono juga percaya material yang diguna dari buluh dapat menyerap kelembapan lebih tinggi dari tilam kapas. Ia juga secara semulajadi anti-bakteria dan mengekalkan kesegaran tubuh badan biarpun ketika tidur.
Dengan ketebalan tilam 9 inci, sebarang tekanan bentuk badan dapat disesuaikan. Hasilnya postur badan semasa tidur terjaga.
Tanpa ragu-ragu lagi, tilam dari Vono ini hebat untuk pilihan tilam spring di pasaran.

Tilam ini pernah viral suatu ketika dahulu, ia sangat mudah digunakan, selesa dan paling penting dijual pada harga yang murah.
Pilihan tilam angin dari jenama Intex sangat berbaloi dengan ciri ketahanan, kalis air dan sangat selesa bila baring dan tidur.
Walaupun tanpa memory foam dan getah seperti tilam lain, ia dapat menampung berat pengguna sehingga 150 kilogram. Jadi sesiapa pun boleh guna tilam ini.
Senang dipasang, hanya isi angin dan anda terus boleh guna dimana-mana sahaja termasuklah aktiviti luar bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Untuk anda yang lebih gemarkan tilam yang diperbuat daripada latex, ini pilihan tepat.
Tilam lipat setebal 8cm ini dilengkapi dengan High Density Latex Feel Foam supaya tubuh berasa selesa, lembut dan paling penting untuk kegunaan yang lama.
Ianya mempunyai fabrik berkait untuk memberi pengudaraan yang baik pada kulit. Cuaca panas atau sejuk, tilam akan memberi sensasi yang seimbang untuk tidur yang nyaman.
Mudah dilipat dan disertakan dengan beg khas, jadi tilam ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tilam balik kampung, berkhemah atau sleep over di pejabat.

Siapa suka lepak dan tidur di sofa memang wajib bawa pulang tilam sofa dari kedai Cassa Mimo ini.
Ia diperbuat dari rubber foam berkualiti tinggi dengan ketebalan 6 inci. Jadi waktu tidur, duduk dan melepak memang selesa dan keanjalan tilam sofa turut tahan lama.
Sofa bed ini boleh dilipat untuk dijadikan tilam tidur dan ruang duduk bagi dua orang.
Rekaan sofa bed sesuai diletakkan di ruang tamu atau bilik tetamu rumah anda. Corak dan warna pilihan juga serasi dengan apa jua tema.

Ada bajet ekstra nak dapatkan tilam single yang selesa? Kami cadangkan tilam single dari jenama Dunloppilo ini.
Ketebalan tilam 5 inci menjanjikan tidur yang selesa dan prestasi tilam tahan lebih lama. Bangun tidur juga tiada lagi rasa sakit belakang atau sengal-sengal.
Malah ia juga bebas dari sebarang pembiakan hama dan dilapik dengan fabrik satin yakni tidak menggatalkan kulit bahkan tidak memberi kesan berwap/peluh ketika tidur.
Tak salah kalau belanja lebih untuk katil single Dunloppilo sebab ia dibekalkan dengan jaminan ketahan tilam selama 5 tahun.

Tilam kelamin untuk dua orang ini antara yang terbaik dihasilkan oleh jenama Vono.
Ia mempunyai ketebalan tilam 10 inci berserta material bebas dari hama penyebab kegatalan dan alahan.
Diperbuat dari fiber kelapa menjadikan ia tempat berehat yang sangat nyaman dan baik untuk bahagian tulang belakang anda. Sekaligus menyokong tulang belakang supaya bangun pagi anda lebih segar kerana mendapat tidur yang nyenyak.
Menariknya lagi, tilam queen Vono boleh digunakan pada dua bahagian. Jadi ia memberi penjimatan berganda pada pengguna. Tak usah beli tilam yang baru, hanya alih pada bahagian bawah. Nikmatnya tetap sama seperti beli tilam baru.

Buat anda yang menderita sakit tulang belakang, sewajarnya memilih tilam yang khas mempunyai sokongan tulang belakang seperti tilam dari Dr.Alstone Gabriel.
Ia khas dengan sistem Chiropractic Spring Coil iaitu dipasang 6 bahagian spring Titanium Alloy untuk penjagaan tulang belakang. Selain itu, tilam diperbuat daripada 2 lapisan gentian fiber kelapa dimana membantu menstabilkan tilam.
Tiada lagi tidur malam yang panas atau berpeluh kerana tilam tebal 12 inci ini mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
Walaupun tilam ini dipakai lama, ia tetap tidak akan memberi kesan alahan atau sebarang pembiakan hama. Bahagian luar tilam dikhaskan dengan fabrik kapas organik yakni lebih sejuk, elastik dan bijak mengawal lembapan.
Jaga tulang belakang anda dengan memilih tilam yang mempunyai sokongan gegelung spring untuk tidur yang berkualiti.

Ingin hadiahkan tilam baru untuk orang tua anda? Kami syorkan tilam dari jenama SleepMatics kerana ia bukan sahaja beri sokongan pada tulang belakang, malah pada leher sehinggalah hujung kaki.
Tilam digabungkan dengan pocket spring dan SleepMatics foam untuk mengurangkan tekanan dan bunyi. Jadi tidur anda tidak akan terganggu dengan tabiat tidur lasak pasangan.
Menariknya tentang tilam model Astra Support, ia direka dengan 3 bahagian khas untuk menjaga keselesaan seluruh tubuh badan. Bahagian atas dan bawah lebih lembut berbanding bahagian bawah yang tegang.
Lain-lain ciri yang buat tilam ini terbaik untuk orang tua, ia kekal pada suhu seimbang, tidak menyimpan kotoran habuk dan tidak memberi sebarang sakit belakang.

Jika anda sedang mencari tilam yang berkualiti tinggi untuk meningkatkan keselesaan tidur, beli sahaja tilam ECO-LEX CHIRO REST.
Tilam ini mempunyai pelbagai ciri-ciri yang membuatkan ia berbeza dari tilam-tilam biasa. Contohnya, anti-alergik, anti-bakteria, dan anti-dustmite, jadi anda tidak perlu risau tentang alahan dan jangkitan semasa tidur.
Selain itu, tilam ini mempunyai sokongan leher dan belakang yang terbaik untuk memastikan bahagian tulang belakang anda sentiasa dalam kedudukan yang betul.
Diperbuat dari bahan sintetik lateks, memberikan rasa selesa untuk tubuh anda. Tencel fabric pula memberikan kelembutan pada tilam dan memastikan kualiti udara yang terbaik.
Tersedia dalam pelbagai pilihan, dari single sehingga king size. Tilam ini mempunyai ketebalan 9 inci, membuatkan ia selesa untuk tidur pada posisi apa pun.
Bukan itu sahaja, tilam ini juga dilindungi dengan jaminan selama 5 tahun. Selain itu, tilam ini mempunyai ventilasi udara yang baik, membantu mengelakkan kesan kelembapan pada tilam.
Tips Memilih Tilam Terbaik
Jangan ambil mudah ketika membeli tilam kerana ia memberi kesan pada kualiti tidur, keselesaan suhu tubuh dan paling penting kesihatan tulang belakang.
Mari kami ajarkan beberapa tips untuk memilih tilam yang elok dan tahan lama.
-
Kenali jenis tilam
Belajar dahulu tentang jenis-jenis material tilam yang anda sukai. Mungkin anda lebih selesa dengan tilam jenis kapas, getah, spring atau memory foam.
Kini ada banyak lagi tilam yang diubah suai bahannya supaya dapat mengikut keperluan dan bajet pengguna.
-
Ukuran/saiz tilam
Anda wajib tahu ukuran katil anda sebelum membeli tilam. Supaya tilam dapat diletakkan pada katil dengan baik, tidak terlalu kecil atau besar.
Selain itu juga, pilih saiz tilam mengikut kegunaan anda. Jika masih bujang boleh pilih tilam super single, single atau queen. Bagi keluarga yang masih tidur dengan anak kecil atau tubuh agak besar beli tilam saiz king untuk keselesaan berpanjangan.
-
Pilih kategori tilam
Tilam Soft & Medium - sesuai untuk tubuh kurus dari berat 70 kilogram hingga 80 kilogram atau bagi tubuh berisi dapatkan tilam spring untuk sokongan tambahan.
Tilam Firm & Extra Firm - tilam untuk berat badan 120 kilogram ke atas atau mengalami sakit tulang belakang.
Namun begitu, ia bergantung pada material tilam dan teknologi pada setiap jenama tilam berbeza-beza. Ini sekadar rujukan asas.
-
Jaminan & tempoh percubaan
Jangan lupa dengan tempoh jaminan tilam yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar. Malah ada juga kedai yang menyediakan tempoh percubaan untuk pelanggan. Jadi jika tilam yang dibeli tidak menjamin keselesaan atau tidur yang baik, anda boleh pulangkan atau ganti tilam yang lain.