Kesihatan & Kecergasan

9 Kerusi Urut Terbaik Malaysia 2026 (Jenama, Harga, Review)

9 kerusi urut dan mesin urut kaki terbaik di Malaysia, dari RM479 hingga RM7,988, harga disemak di Shopee dan Lazada pada 5 Oktober 2026 untuk setiap pilihan.


Editor · Updated 5 Oct 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Kerusi Urut Terbaik Malaysia 2026 (Jenama, Harga, Review)
Kerusi urut terbaik secara keseluruhanOgawa Smart Vogue Prime Massage Chair
RM5,789Lihat harga di Lazada

Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan kami ialah Ogawa Smart Vogue Prime Massage Chair, RM5,789 di Shopee Malaysia (harga disemak 5 Oktober 2026), sesuai untuk sesiapa yang mahu satu kerusi urut sahaja dengan urutan menyeluruh dan terapi haba. Jika bajet lebih kecil, SnowFeet PRO XL (RM479) menumpukan pada kaki dan betis sahaja.

Selepas menghabiskan hampir seharian dengan urusan luar, pasti badan mula akan terasa lenguh dan penat.

Kandungan

Melepaskan lelah atas katil semalaman saja tidak cukup, jadi memerlukan kerusi massage untuk melancarkan pengaliran darah.

Bayangkan, balik dari kerja, mandi dan terus duduk di mesin urut badan, sangat melegakan! Urat badan tegang, terus rasa ringan.

Sekarang ni pun dah ada banyak kerusi urut dengan pelbagai fungsi yang boleh massage dari bahagian tengkuk sampai ke bahagian buku lali.

Jadi, kami bantu anda melegakan sengal-sengal badan dengan menyenaraikan kerusi urut terbaik dan harga kerusi urut mengikut bajet anda, semuanya disemak hari ini, 5 Oktober 2026.


Senarai 9 Jenama Kerusi Urut Terbaik

Terbaik untuk Terapi Haba: Zero Healthcare uMaster Luxury Massage Chair

Sesuai untuk yang mengutamakan rawatan haba berbanding kelajuan urutan, terutamanya untuk melegakan badan selepas waktu kerja yang panjang.

Zero Healthcare uMaster Luxury Massage Chair
Kerusi urut layan diri 1 daripada 9
Zero Healthcare uMaster Luxury Massage Chair
Zero
Dari RM2,999
Dilengkapi rawatan terapi haba
Mempunyai 6 sistem urutan auto
Harga mahal
1 lagi
14 titik tetap roller 3D

Buat mereka yang menginginkan kelegaan segera setelah seharian bekerja, anda boleh dapatkan kerusi urut Zero Healthcare uMaster khusus kerana fungsi rawatan terapi habanya. 

Ini kerana rawatan terapi haba dapat meningkatkan pengaliran darah ke otot dan mengurangkan ketegangan otot, membolehkan proses penyembuhan berlaku lebih cepat. 

Apa yang lebih menarik lagi, kerusi urut ini mampu memberi keselesaan kepada seluruh badan dengan ciri-ciri 14 titik tetap roller 3D dan urutan beg udara.

Foot extension berukuran 16cm dan roller yang disertakan memastikan kaki anda tidak terlepas daripada merasakan keselesaan sepanjang urutan.

Price
RM2,999

Terbaik untuk Ruang Kecil: SNOWFIT Fantasia II Intelligent Household Massage Chair

Pilihan tepat untuk bilik tidur atau apartmen kecil yang tiada ruang untuk kerusi urut bersaiz penuh.

SNOWFIT Fantasia II Intelligent Household Massage Chair
Kerusi urut kecil 2 daripada 9
SNOWFIT Fantasia II Intelligent Household Massage Chair
SNOWFIT
Dari RM2,109
Jimat ruang
Harga murah
Berat maksimum 80kg
1 lagi
Boleh pasang lagu

Kelihatan premium tetapi sebenarnya murah dan serba boleh, itulah kerusi urut daripada jenama Snowfit ini.  

Dengan rawatan urut bertekanan tinggi terutamanya pada bahagian betis dan kaki, lapisan otot dan tisu badan anda terasa lebih longgar dan lega. 

Jika anda rasa tekanannya terlalu tinggi atau terlalu laju, anda boleh mengurangkan tahap kekuatan dan kelajuannya mengikut keselesaan anda.

Begitu juga dengan jenis program urutan, anda boleh memilih antara 3 program auto dan 4 program manual yang sesuai dengan keperluan tubuh anda. 

Bagaimanapun, kerusi urut ini juga boleh menampung berat sebanyak 80kg sahaja, jadi jika anda mempunyai saiz tubuh yang kecil atau sederhana memang sesuai untuk guna kerusi urut ini.

Price
RM2,109

Terbaik untuk Badan Besar: SNOWFIT Oasis Full Body Multifunctional Smart Massage Chair

Dibina untuk rangka badan yang lebih besar dan mereka yang mahu urutan menyeluruh tanpa risau had berat yang ketat.

SNOWFIT Oasis Full Body Multifunctional Smart Massage Chair
Kerusi urut berbadan besar 3 daripada 9
SNOWFIT Oasis Full Body Multifunctional Smart Massage Chair
Dari RM7,779
Mampu menampung berat sehingga 120kg
Ada 12 fungsi urutan
Guna banyak tenaga
1 lagi
Melancarkan peredaran darah

Kerusi urut ini sesuai untuk mereka yang berbadan besar kerana mampu menampung sehingga 150kg.

Selain itu, mempunyai 4 auto dan 3 manual sistem program serta 10 roller yang menggunakan sistem alat kawalan jauh.

Anda juga boleh menukar mod kerusi urut kepada 12 fungsi yang unik mengikut jenis urutan yang anda inginkan.

Kelebihan menggunakan kerusi urut dari Snowfit adalah dapat melancarkan peredaran darah, pinggang lebih selesa dan badan merasa ringan.

Apa yang menariknya, kerusi ini mempunyai ciri sistem zero gravity pada alat kawalan jauh.

Maksudnya kerusi ini boleh dibaringkan dan direnggangkan sehingga 180 darjah, membuatkan anda rasa seperti diurut di atas katil.

Price
RM7,779

Terbaik untuk Pilihan Keseluruhan: Ogawa Smart Vogue Prime Massage Chair

Bagi yang mahu satu kerusi urut sahaja tanpa perlu tukar dalam masa terdekat, Ogawa Smart Vogue Prime kekal pilihan paling seimbang antara ciri dan harga dalam senarai ini.

Kerusi urut terbaik secara keseluruhan 4 daripada 9
Ogawa Smart Vogue Prime Massage Chair
Ogawa
Dari RM5,789
Ada zero gravity
Bahan fabrik PVC leather
Harga mahal
2 lagi
Boleh pasang muzik
Dilengkapi terapi haba

Sebab menjadi pilihan utama:

Kerusi urut lengkap dengan pengurut kaki ini dapat membuatkan badan terasa segar kembali, saiznya juga tidak besar jadi sesuai untuk mana-mana ruang di rumah.

Ciri-ciri:

Kerusi urut ini menggunakan sistem S + L Track dan Zero Gravity Capsule dimana dapat memberi urutan keseluruh badan. 

Seperi kerusi urut gaming, model Ogawa Smart Vogue Prime Massage Chair juga mempunyai sistem Bluetooth Speaker bagi membolehkan anda diurut merasa lebih tenang sambil mendengar lagu kegemaran.

Bagi model ini Ogawa menggunakan teknologi 4 rollers Comprehensive Hand-like Massage pada bahagian belakang untuk mengurut badan yang seakan-akan seperti jari manusia sedang mengurut. 

Jangan risau dengan anak kecil jika mereka tertumpahkan air pada kerusi Ogawa urut ini kerana material digunakan leather kit yang mudah untuk dilap dan tidak menyerap.

Review:

"Walaupun mahal tapi berbaloi sebab kalau lepas mandi dan makan, duduk atas kerusi ni memang rasa nikmat. Lega sangat!"

Price
RM5,789

Terbaik untuk Kaki Sahaja: SnowFeet PRO XL

Untuk yang hanya mahu fokus pada kaki dan betis, tanpa melabur dalam kerusi urut badan penuh.

SnowFeet PRO XL
kerusi urut untuk ibu mengandung 5 daripada 9
SnowFeet PRO XL
Dari RM479
Membentuk semula garis betis
Melancarkan peredaran darah
Hanya untuk kaki

Apa yang menarik tentang mesin urut kaki ini adalah mempunyai tekanan sekunder pada bahagian kaki.

Maknanya apabila diurut, secara tak langsung akan memberi urutan cara refleksologi dan mampu melancarkan peredaran darah pada bahagian kaki.

Ditambah pula dengan 7 cara urutan berbeza pada bahagian kaki jadi memang sangat sesuai bagi mereka yang bekerja seharian.

Malah, sesuai juga untuk ibu mengandung yang memerlukan tenaga kaki mengendong kandungan atau memakai kasut tumit tinggi terlalu lama.

Price
RM479

Terbaik untuk Mudah Alih: Ogawa Mobile Seat XE Duo Pro

Untuk yang kerap berpindah bilik atau mahu bawa ke pejabat, mesin urut mudah alih ini lebih praktikal daripada kerusi tetap.

Ogawa - Mobile Seat XE Duo Pro
Kerusi urut mampu milik 6 daripada 9
Ogawa Mobile Seat XE Duo Pro
Dari RM479
Dapat mengurangkan stres badan
Melegakan sakit otot
Hanya untuk badan
1 lagi
Mempunyai 3 zon urut

Pada mereka yang inginkan kerusi urut jenis mudah alih, Ogawa Mobile Seat XE DUO PRO adalah pilihan tepat.

Ini kerana direka khas untuk dibawa kemana saja dan mempunyai berat 4.3kg saja.

Walaupun ringan dan kecil, mesin urut dari Ogawa ini mampu memberi kelegaan untuk mereka yang bekerja terlalu lama.

Cirinya mempunyai sistem 2D + 3D massage double comfort pada bahagian belakang.

Paling best, mesin urut ini mempunyai teknologi soothing heat therapy dimana mampu memberi perjalanan darah kembali lancar dan melegakan tekanan otot.

Price
RM479

Terbaik untuk Jenama Mapan: Johnson Fitness Fujiiryoki EC-3900

Dari jenama yang sudah lama dikenali dalam dunia kerusi urut buatan Jepun, sesuai untuk yang sanggup melabur lebih demi rekod jenama yang mantap.

Johnson Fitness - Fujiiryoki EC-3900
Kerusi urut untuk orang tua 7 daripada 9
Johnson Fitness Fujiiryoki EC-3900
Dari RM7,988
Mengurut seluruh badan
Menggunakan teknologi tinggi
Harga mahal
1 lagi
Melegakan kesakitan seluruh badan

Kerusi urut dari jenama Johnson Fitness model Fujiiryoki EC-3900 ini mempunyai dua sistem teknologi mesin urut iaitu Air Magic dan Kiwami Becha Basis.

Kedua-dua teknologi ini memberi fungsi yang berbeza dimana Air Magic memberikan 3 jenis pemilihan pengudaraan serta high supply dan exhaust unit dengan 3 kekuatan.

Manakala, Kiwami Becha Basis memberikan 3D point navi system + 29 jenis kepelbagaian knead technique dan 10 jenis auto course dengan 5 kekuatan.

Dengan teknologi yang digunakan ini dapat memberi kelegaan pada seluruh badan daripada tengkuk, bahu, lengan, belikat, pinggang sehingga kaki.

Jika anda mempunyai bajet yang lebih atau dari golongan T20 dan mahukan mesin urut yang boleh buat urutan secara menyeluruh, anda boleh dapatkan mesin urut daripada Johnson ini. 

Price
RM7,988

Terbaik untuk Urutan Kaki Padat: GINTELL G-Beetle EZ Foot Massager

Satu lagi pilihan padat untuk kaki sahaja, dari jenama tempatan yang mudah dicari pusat servisnya di Malaysia.

G-Beetle EZ Foot Massager
Kerusi urut kaki 8 daripada 9
GINTELL G-Beetle EZ Foot Massager
Dari RM439
Ringan
Mempunyai 5 sistem urutan
Hanya mengurut bahagian kaki saja

G-Beetle EZ Foot Massager daripada jenama Gintel ini mempunyai 5 jenis sistem untuk mengawal fungsi yang ada.

Antaranya butang on/off, 3 auto program, time setting, heating function on foot pad dan levels of air pressure intensity.

Walaupun G-Beetle direka dalam bentuk saiz kecil tapi cukup berikan anda kesegaran kerana segala urat pada bahagian kaki diurut menggunakan 6 cara:

  • Foot press
  • Toe scraping
  • Foot capsule press
  • Yongguan point press
  • Foot end scraping
  • Heel top scraping

Dengan fungsi ini sekaligus sesuai untuk mereka yang mengalami sakit belakang, sering memakai tumit tinggi, duduk terlalu lama atau mengalami kesukaran tidur malam.

Price
RM439

Terbaik untuk Mod Baring Penuh: Latest 8D Zero Gravity Full Body Shiatsu Massage Chair

Untuk yang suka baring sepenuhnya semasa diurut, bukan sekadar duduk tegak di atas kerusi.

Kerusi urut baring 9 daripada 9
Latest 8D Zero Gravity Full Body Shiatsu Massage Chair
Dari RM7,000
Mempunyai Wrapped Head Massage & Eye Heating Cover
Mempunyai 8 sistem urutan
Menggunakan elektrik yang banyak
1 lagi
Boleh dibaringkan

Kini anda boleh dapatkan kerusi urut yang boleh baring (full body recliner) pada harga yang berpatutan.

Dengan ciri Wrapped Head Massage dan Eye Heating Cover, anda akan berasa di awangan dengan ciri Zero Gravity.

Setanding kerusi urut berjenama antarabangsa, kerusi urut ini mempunyai 8 ciri urutan serta Heating Massage Therapy.

Selain itu, anda juga tidak perlu risau kerosakan mesin ini pada tahun pertama memilikinya kerana ia turut disertakan dengan 12 bulan jaminan.

Walaupun harganya murah, anda akan dapat sebuah kerusi urut yang boleh mengenakan pelbagai teknik urutan seperti kneading dan shiatsu, dan juga terdapat massage principle seperti air pressure, magnetic, heat, dan vibration.

Kalau nak lebih relax, boleh juga dengarkan muzik yang terbina dalam mesin urut ini.

Price
RM7,000

Bagaimana Kami Pilih Kerusi Urut Ini

Setiap harga dalam senarai ini disemak terus pada pautan jualan yang kami pautkan (Shopee Malaysia atau Lazada Malaysia), pada 5 Oktober 2026, bukan dari risalah jenama atau harga lama yang disalin semula.

Dua produk yang pernah tersenarai di sini, Coway Massage Chair dan GTE Smart Capsule Electric Sofa Massage Chair, telah dikeluarkan kerana butang beli masing-masing tidak lagi berfungsi pada halaman ini. Kami cuba cari semula pautan jualan sebenar untuk kedua-duanya hari ini: Coway tiada penyenaraian runcit di Shopee Malaysia (jenama ini beroperasi secara sewaan bulanan melalui ejen sendiri, bukan pasaran terbuka), manakala GTE tiada padanan jenama yang sama dengan jualan atau ulasan sebenar. Kami lebih suka senarai yang lebih pendek berbanding mengekalkan pilihan yang pembaca tidak boleh beli.

Setiap kerusi yang kekal pula disemak dari segi kegunaan sebenar: adakah ia untuk urutan badan penuh atau kaki sahaja, berapa berat maksimum yang disokong, dan sama ada jenama itu mempunyai pusat servis di Malaysia untuk kerja baik pulih.

Panduan Membeli Kerusi Urut di Malaysia

Badan Penuh Atau Kaki Sahaja?

Kerusi urut badan penuh (seperti Ogawa Smart Vogue Prime atau SNOWFIT Oasis) mengurut dari tengkuk hingga tapak kaki, tetapi mengambil ruang yang besar dan harganya jauh lebih mahal. Mesin urut kaki sahaja (seperti SnowFeet PRO XL atau GINTELL G-Beetle) jauh lebih murah dan mudah disimpan, tetapi hanya menumpukan pada kaki dan betis.

Fungsi Zero Gravity

Mod zero gravity merehatkan kerusi ke sudut tertentu supaya berat badan diagihkan secara sama rata semasa diurut, biasanya pada model harga pertengahan ke atas dalam senarai ini. Jika bajet terhad, fungsi ini bukan keutamaan berbanding kekuatan urutan itu sendiri.

Bajet: Bawah RM500, RM2,000 Hingga RM5,000, RM5,000 Ke Atas

Bawah RM500 biasanya mesin urut kaki atau mudah alih sahaja (SnowFeet PRO XL, Ogawa Mobile Seat, GINTELL G-Beetle). RM2,000 hingga RM5,000 membawa anda ke kerusi badan penuh asas (SNOWFIT Fantasia II, Zero Healthcare uMaster). RM5,000 ke atas adalah julat kerusi premium dengan lebih banyak fungsi urutan dan bahan yang lebih tahan lasak (Ogawa Smart Vogue Prime, Johnson Fitness Fujiiryoki, ADSports 8D, SNOWFIT Oasis).

Ruang Di Rumah

Kerusi urut badan penuh memerlukan ruang lebih kurang saiz sofa satu tempat duduk, ditambah ruang untuk mod baring (recline) penuh. Ukur ruang sebelum membeli; mesin urut mudah alih atau kaki sahaja adalah jalan keluar jika ruang di rumah terhad.

Waranti Dan Pusat Servis Di Malaysia

Jenama seperti Ogawa, Zero Healthcare, Johnson Fitness dan GINTELL mempunyai pusat servis tempatan di Malaysia, jadi kerosakan motor atau airbag lebih mudah dibaiki berbanding kerusi tanpa jenama yang dijual terus dari kilang luar negara. Jika anda tidak mahu membayar tunai sekaligus, jenama seperti Coway dan Cuckoo menawarkan model sewa beli bulanan di Malaysia, tetapi ia adalah perkhidmatan sewaan melalui ejen jenama sendiri dan bukan pembelian terus di pasaran seperti Shopee atau Lazada, sebab itu ia tidak tersenarai sebagai salah satu pilihan beli di atas.

Soalan Lazim

Apakah Kerusi Urut Coway Bagus?

Coway dikenali di Malaysia kerana model sewa beli bulanannya yang tidak memerlukan bayaran tunai sekaligus, dan ramai pengguna berpuas hati dengan ciri asasnya seperti Calf Rollers dan Airbags. Walau bagaimanapun, ia dijual sebagai perkhidmatan sewaan melalui ejen jenama, bukan di Shopee atau Lazada, jadi kami tidak dapat sahkan harga runcit semasa dan ia tidak tersenarai sebagai salah satu pilihan beli di atas.

Apakah Kebaikan Menggunakan Kerusi Urut?

Kerusi urut membolehkan sesi urutan dilakukan di rumah pada bila-bila masa tanpa perlu menempah masa di pusat urut, dan boleh melegakan ketegangan otot selepas berdiri atau duduk lama. Ini adalah kelegaan fizikal dan keselesaan, bukan rawatan perubatan; sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan tertentu perlu berjumpa pengamal perubatan dahulu sebelum menggunakan kerusi urut secara kerap.

Apakah Kebaikan Kerusi Urut Coway?

Kebaikan utamanya ialah kemasukan kos bulanan yang lebih rendah berbanding membeli kerusi premium secara tunai, ditambah servis penyelenggaraan percuma yang disertakan dalam pelan sewaan. Ia sesuai untuk rumah yang mahu cuba kerusi urut tanpa komitmen kewangan besar di hadapan, walaupun ini bermakna anda tidak memiliki kerusi tersebut sepenuhnya selagi pelan sewaan belum tamat.

Apa Yang Berubah

Disemak dan dikemas kini pada 5 Oktober 2026: semua 9 harga disemak semula hari ini di Shopee Malaysia atau Lazada Malaysia. Dua produk dikeluarkan kerana butang beli tidak lagi berfungsi dan tiada penyenaraian runcit sebenar ditemui untuk menggantikannya: Coway Massage Chair (tiada jualan runcit, jenama ini sewaan sahaja) dan GTE Smart Capsule Electric Sofa Massage Chair (pautan Lazada lama tidak lagi sah, tiada padanan jenama yang sepadan di Shopee). Senarai kini memaparkan 9 kerusi dan mesin urut berbanding 11 sebelum ini.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation