Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
kerusi pejabat terbaik

9 Kerusi Pejabat/Office Chair Terbaik di Malaysia 2024 - Review

Kerusi kerja best, nak buat kerja pun selesa.

Keselesaan dan persekitaran di tempat kerja sememangnya mampu memberi semangat dan keseronokan apabila bekerja.

Lebih-lebih lagi sekarang masih lagi ada yang work from home dan barangan pejabat di rumah haruslah seperti pejabat.

Terutama bahagian kerusi supaya ketika melakukan tugasan, posisi badan lebih selesa dalam tempoh yang lama. 

Jadi, kami bantu anda senaraikan jenama kerusi pejabat online yang terbaik untuk menemani anda melaksanakan kerja tidak kira di rumah mahupun di pejabat.


Bagaimana Cara Pilih Kerusi Pejabat? 

Pertama, pastikan kerusi yang anda pilih mempunyai sokongan yang baik untuk tulang belakang.

Jika anda duduk terlalu lama dengan posisi yang salah, anda mungkin mudah sakit belakang akibat duduk dalam jangka masa yang lama.

Kerusi dan kusyen yang sesuai serta ketinggian yang boleh dilaras akan membantu mengekalkan posisi badan yang betul dan memberikan sokongan tambahan semasa anda duduk.

Selain itu, anda perlu pastikan kerusi anda mempunyai pelarasan lengan yang baik untuk duduk lebih selesa.

Ini akan membantu mengurangkan ketegangan pada bahu dan leher anda serta mengekalkan pergelangan tangan dalam kedudukan yang betul.

Jangan lupa untuk pastikan kerusi office mempunyai roda yang lancar dan stabil.

Tambah lagi, kerusi yang beroda pula akan memudahkan anda bergerak di sekeliling meja tanpa perlu bangun dan duduk semula.

Pemilihan kerusi yang stabil akan mengurangkan risiko terjatuh atau tergelincir.

Akhir sekali, dapatkan kerusi dengan gaya dan reka bentuk yang sesuai dengan ruang pejabat anda supaya ia nampak padan dan serasi.

Pilih kerusi yang sepadan dengan tema dekorasi supaya ia dapat menambahkan keselesaan dan gaya pada tempat kerja anda.


Apa Kelebihan dan Kekurangan Kerusi Pejabat?

Antara kelebihan kerusi pejabat ialah ia mempunyai reka bentuk ergonomik yang dapat membantu mengekalkan postur badan semasa duduk.

Reka bentuk ergonomik boleh bantu mengelakkan masalah kesihatan seperti sakit belakang, leher atau bahu tegang.

Terdapat juga kerusi pejabat yang dilengkapi kusyen tambahan pada bahagian kepala dan boleh diubahsuai mengikut ketinggian anda.

Semua ini membolehkan pekerja duduk dengan selesa dan mengurangkan keletihan serta ketidakselesaan semasa bekerja.

Seterusnya, kerusi pejabat mempunyai roda yang membolehkan anda menggerakkan kerusi dengan mudah tanpa perlu bangun dari kerusi.

Ini sangat berguna untuk anda bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam pejabat.

Kerusi pejabat juga mempunyai pelbagai reka bentuk yang menarik dan moden, menambah penampilan professional kepada tempat kerja dan membantu meningkatkan produktiviti pekerja.

Tapi, kekurangan utama kerusi pejabat ialah kos dan kebanyakan kerusi pejabat yang berkualiti boleh menjadi sangat mahal.

Kerusi pejabat juga bersaiz lebih besar, berat dan memerlukan ruang yang lebih besar berbanding kerusi biasa.


Senarai 9 Kerusi Pejabat Terbaik

Kerusi pejabat terbaik secara keseluruhan
Xiaomi
Xiaomi Hbada Ergonomic Office Chair
Semak Xiaomi Hbada Ergonomic Office Chair harga dibawah:
add_circle Rekabentuk jaring Y shape dengan sokongan tulang belakang
add_circle Material yang selesa
add_circle Mempunyai fungsi condong dan pusing
remove_circle Bahagian belakang tidak boleh dilipat

Sebab menjadi pilihan

Rekabentuk yang moden, postur yang ergonomik, melindungi tulang belakang dan memberi keselesaan apabila duduk beserta harga yang berpatutan. 

Ciri-ciri; 

Bahagian belakang kerusi pejabat ini direka dengan sokongan lumbar bentuk Y untuk memberi sokongan kepada tulang belakang anda.

Kusyen kerusi ini diperbuat daripada span berdensiti tinggi untuk memberi keselesaan kepada anda.

Bukan itu saja, ketinggian kerusi ini boleh dilaras sehingga 8 cm, boleh di pusing sebanyak 360 darjah dan armrest boleh dilaras sehingga 90 darjah. 

Sekiranya anda ingin berehat, anda juga boleh melaras kecondongan kerusi sehingga 25 darjah.

Review

“Kerusi yang bagus pada harga yang mampu milik”

Kerusi pejabat untuk sakit belakang
kerusi pejabat untuk sakit belakang
Semak TTRacing Duo V3 Office Chair harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Amrest boleh dilaras
add_circle Rekabentuk ergonomik untuk melindungi tulang belakang
remove_circle Harga mahal

Dengan reka bentuk yang ergonomik dan mempunyai sokongan lumbar dan tulang belakang, kerusi ini membantu anda mengurangkan rasa sakit belakang jika duduk terlalu lama.

Permukaan kerusi dilapisi dengan kulit PU Carbon Fibre, manakala badan dan tempat duduk diperbuat daripada kain elastic Itali.

Lapisan ini untuk memastikan tempat duduk anda sentiasa sejuk supaya anda boleh bekerja dengan baik.

Bahagian sokongan lumbar boleh dilaras mengikut kesesuaian untuk melindungi tulang belakang anda.

Headrest and armrest juga boleh dilaras sama ada atau atas dan bawah, bahagian belakang juga boleh dicondongkan untuk anda berehat. 

teemo offoce chair
Semak TEEMO Ergonomic Comfortable Backrest Stylish Office harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk duduk lama
add_circle Lembut dan selesa
add_circle Tempat tangan boleh laras
add_circle Ketinggian boleh laras
remove_circle Harga mahal

Kerusi pejabat dengan reka bentuk moden, elegan dan klasik memberikan gaya yang ekslusif di mata pengguna.

Ia mempunyai ciri ergonomik membolehkan anda duduk dengan lebih selesa.

Tambah lagi, tempat tangannya pula boleh dilaras dan roda juga boleh bergerak ke pelbagai arah menjadikannya sesuai untuk digunakan di rumah atau di pejabat.

Anda juga boleh menyondongkan badan kerusi ini membuatkan ia sangat selesa untuk duduk.

Selain itu, ia diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi dan membuatkan ia nampak kemas.

Bukan itu sahaja, kerusi ini boleh membantu anda duduk dengan postur yang betul dan boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama.

gt_gaming_chair
Semak GTGAMEZ Red Bull Gaming Chair Ergonomic Chair Office Executive harga dibawah:
add_circle Reka bentuk ergonomik
add_circle Tidak berbunyi apabila ditolak
add_circle Ketinggian boleh laras
remove_circle Armrest tidak boleh dilaras

Setiap pembelian kerusi jenama GTGAMEZ ini diberikan jaminan 1 tahun. 

Kerusi ini diperbuat daripada busa padat berkualiti tinggi dengan dengan kulit PVC yang mesra dengan kulit untuk keselesaan anda.

Reka bentuk ergonomik yang memberikan sokongan kepada belakang dan leher anda semasa bekerja.

Backrest kerusi ini boleh dilaras dan dicondongkan mengikut kesesuaian atau untuk berehat.

Dilengkapi dengan tapak kaki lima Nylon dan roda diperbuat daripada castor polypropylene untuk memastikan ia senyap apabila ditolak. 

Kerusi pejabat murah
OSUKI
Osuki Office Chair Backrest Function
Semak Osuki Office Chair Backrest Function harga dibawah:
add_circle Bahagian belakang arc type
add_circle Kalis habuk dan kotoran
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Harga murah
add_circle Tidak berbunyi apabila ditolak
remove_circle Armrest tidak boleh dilaras

Kerusi pejabat ini dibuat dengan bahagian belakang jenis arc-type untuk memberi lebih keselesaan berbanding bahagian belakang jenis flat.

Kusyen kerusi ini mempunyai ciri span berdensiti tinggi dan antibakteria supaya dapat memberi keselesaan dan kesihatan kepada anda.

Rekabentuk jenis mesh membuatkan kerusi ini kalis habuk, bebas dari kotoran dan mudah untuk dibersihkan.

Bahagian kaki kerusi ini direka dengan rekaan bentuk bintang yang diperbuat daripada takal kaki keluli yang lebih lancar dan selamat berbanding takal kaki nylon.

Ketinggian kerusi ini juga boleh dilaras mengikut keselesaan anda.

Bukan sahaja selesa dan selamat malah ia juga tidak berbunyi dan tidak menyebabkan kerosakan pada lantai kerana rodanya diperbuat daripada getah lembut.

Ikea Loberget Swivel chair with pad
Semak Ikea Loberget Swivel chair with pad harga dibawah:
add_circle Boleh menampung berat sehingga 110kg
add_circle Ketinggian boleh dilaras
add_circle Brek sensitif tekanan pada roda kerusi untuk keselamatan
add_circle Mudah dicuci
remove_circle Backrest tidak boleh dilaras
remove_circle Tiada armrest

Rekabentuk yang ringkas dan minimalis sememangnya sinonim dengan rekabentuk perabot dari Ikea.

Walaupun ringkas, kerusi ini boleh menampung berat sehingga 110kg, ketinggian juga boleh dilaras dari 45 cm hingga 56 cm dan boleh dipusing.

Untuk keselamatan, roda kerusi ini mempunyai mekanisme break sensitif tekanan yang memastikan kerusi kekal di tempatnya.

Maknanya, apabila anda berdiri dan brek akan dilepaskan secara automatik apabila anda duduk.

Satu lagi kelebihan kerusi ini, mudah dicuci kerana kurang bahagian fabrik.

Kerusi pejabat tanpa roda
Mizona Comfortable Home Office Chair
Semak Mizona Comfortable Home Office Chair harga dibawah:
add_circle Rekabentuk backrest curve bersesuaian dengan postur badan
add_circle Kusyen yang anjal dan selesa
add_circle Mempunyai armrest
add_circle Bahagian kaki yang stabil
remove_circle Armrest dan backrest tidak boleh dilaras
remove_circle Ketinggian tidak boleh dilaras

Kerusi ini direka khas untuk anda yang lebih banyak duduk di kerusi.

Ini kerana bahagian belakang kerusi diperbuat dari rangka keluli tebal dan foam yang tebal.

Manakala, bahagian kusyen yang anjal untuk memberi keselesaan apabila anda duduk.

Rekaan berbentuk curve pada bahagian belakang kerusi ini bersesuaian dengan postur badan manusia agar dapat melindungi tulang belakang.

Armrest kerusi ini juga dibina dengan bentuk curve untuk memberi sokongan pada tangan.

Pada bahagian kaki pula mempunyai multi point support untuk menjadikan kerusi ini stabil.

Kerusi pejabat untuk slip disc
ErgoChair 2.0
Semak ErgoChair 2.0 harga dibawah:
add_circle Rekabentuk ergonomik
add_circle Fungsi pelarasan yang pelbagai
add_circle Sokongan bahagian lumbar
remove_circle Harga mahal

Kerusi ini mungkin pilihan yang baik untuk anda yang mempunyai masalah slip disc atau sakit belakang.

Ini kerana kerusi ini direka dengan postur ergonomik beserta backrest mempunyai sokongan bahagian lumbar yang boleh dilaras.

Kerusi ini mampu menampung sehingga berat 158 kg dan menawarkan fungsi pelarasan yang berbagai termasuk backrest dan armrest.

Malah, kecondongan juga boleh dilaras sehingga 20 darjah untuk anda berehat.

Selain dari rekabentuk yang ergonomik dan fungsi pelarasan, pengeluar turut memberi waranty selama 2 tahun sekiranya terdapat masalah.

Kerusi pejabat yang selesa
Cassa Massage Chair
Semak Cassa Massage Chair harga dibawah:
add_circle Rekabentuk yang eksklusif
add_circle Boleh dicondong
add_circle Terdapat fungsi mengurut
remove_circle Pemijak kaki kurang stabil

Dengan rekabentuk yang high back, kerusi ini menawarkan ciri eksklusif dan keselesaan.

Bahagian kusyen yang empuk dan dilapisi dengan kulit bermutu tinggi.

Tambahan lagi ketinggian dan bahagian belakang juga boleh dilaras mengikut keselesaan anda.

Bukan itu sahaja, kerusi ini turut menawarkan keselesaan maksima dengan fungsi mengurut dengan sambungan USB.

Ciri lain kerusi ini adalah boleh dicondongkan sehingga 140 darjah dengan tempat letak kaki boleh dibawa keluar untuk berehat. 


Jenis Kerusi Pejabat

Kerusi Ergonomik

Kerusi ini sesuai untuk anda yang duduk dalam tempoh yang lama dan juga direka untuk anda yang mempunyai masalah tulang belakang.

Kebiasaannya kerusi ini mempunyai sokongan lumbar, armrest and backrest yang boleh dilaras mengikut keselesaan anda.

Kebiasaannya harga kerusi pejabat jenis ini agak mahal kerana ia menitik beratkan kesihatan anda.

Kerusi draf

Kerusi ini direka untuk kerja yang memerlukan anda menegakkan badan dalam masa yang lama dan boleh bersandar seketika apabila anda perlukan rehat.

Kebiasaannya kerusi jenis ini digunakan oleh arkitek atau pereka tetapi anda boleh membelinya jika ia sesuai dengan cara kerja anda.

Ciri kerusi ini boleh dipusing dan mempunyai pelarasan ketinggian pneumatic iaitu ia suatu sistem penggerak yang menggunakan tekanan udara sebagai tenaga penggeraknya.

Kerusi pejabat eksekutif

Kerusi jenis ini kebiasaannya digunakan oleh kumpulan individu yang berada pada hierarki tinggi dalam organisasi.

Ini kerana bukan sahaja selesa tetapi mempunyai reka bentuk yang mewah.

Kebiasaanya kerusi ini jenis high back, berkusyen empuk dan dilapisi kulit beserta fungsi pelarasan yang pelbagai.

Kerusi ini extra selesa dan anda boleh menggunakan jika anda rasa ia menepati citarasa anda.

Kerusi pejabat mesh

Kerusi pejabat ini merupakan kerusi pejabat rekaan moden dengan postur yang ergonomik.

Ini adalah untuk menyokong tulang belakang anda dan rekaan berjaring.

 Berbeza dengan kerusi ergonomik, bahagian belakangnya tidak mempunyai head rest.

Selain daripada keselesaan, kerusi ini sesuai untuk seseorang yang kuat berpeluh atau yang bekerja dalam persekitaran yang panas.

Kerusi big and tall

Kerusi ini dicipta khas untuk individu yang bertubuh tinggi dan besar.

Biasaannya kerusi jenis ini dibina dengan heavy duty frame untuk menampung berat, ruangan duduk yang luas, backrest yang tinggi dan armrest yang lebih panjang dan lebar.

Jika anda seorang yang bertubuh tinggi, anda boleh cuba check out kerusi ini.

Kerusi conference

Kerusi pejabat jenis ini selalunya terdapat di dalam bilik mesyuarat.

Kerusi ini dibina dengan reka bentuk backrest yang rendah atau sederhana serta mempunyai fungsi pelarasan mengikut kesesuaian individu.

Kerusi ini agak nipis dan ia tidak disarankan untuk individu yang perlu duduk lama di meja kerja.

Kerusi armless

Kerusi ini direka tanpa armrest untuk kerja yang memerlukan pergerakan tangan yang bebas.

Misalnya kerjaya seni seperti pelukis atau pemuzik yang memerlukan pergerakan yang banyak.

Ciri ergonomik kerusi ini kebiasaannya terhad tetapi masih mempunyai fungsi pelarasan pada ketinggian dan boleh dipusing. 

Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk anda yang perlukan kestabilan kerana ia mudah bergerak.

Kerusi pejabat tanpa roda

Kerusi ini kebiasaannya digunakan untuk ruangan menunggu dan ia tidak boleh dialih-alih.

Kerusi ini tidak mempunyai roda dan fungsi pelarasan - ianya kurang selesa jika duduk terlalu lama. 


Artikel Berkaitan

End of Article