Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
kerusi gaming murah

12 Kerusi Gaming Murah Terbaik 2024 (Bawah RM1000)

Boleh main game berjam-jam kalau duduk kerusi gaming yang selesa!

Untuk kaki gamers sudah tentu inginkan kerusi gaming yang selesa atau ergonomic gaming chair yang terbaik untuk keselesaan.

Mana tidaknya kalau main games mesti berjam-jam lamanya, memang memerlukan gaming chair berkualiti.

Kami juga yakin dalam anda mencari jenama gaming chair yang berkualiti pasti ingin harga kerusi gaming yang menepati bajet anda. 

Jadi kami kongsikan dengan anda kerusi gaming di Malaysia yang murah dan terbaik bawah RM1,000.


Senarai 12 Kerusi Gaming Murah Bawah RM1000

Kerusi gaming terbaik secara keseluruhan
TTRacing Duo V4 Pro Air Threads Fabric Gaming Chair
TTRacing Duo V4 Pro Air Threads Fabric Gaming Chair
mulai
RM399.00
Semak TTRacing Duo V4 Pro Air Threads Fabric Gaming Chair harga dibawah:

Sebab menjadi pilihan:

Reka bentuk yang ergonomik dan dilengkapi sandaran belakang bersaiz XL dapat berikan postur badan anda selesa dan tidak sakit walaupun duduk berjam lamanya.

Ciri-ciri:

Bahagian lengan dilapisi kusyen untuk memberi keselesaan pada bahagian lengan dan siku ketika sedang bermain game.

Kemudian, bahagian tapak kerusi dibina lebih besar supaya lebih kukuh dan stabil sesiapa saja yang duduk di kerusi ini.

Kerusi ini kelihatan sangat mewah kerana disaluti dengan kulit PU, serta menggunakan Air Threads Fabric bagi impak sejuk dan selesa.

Selain itu, Duo V4 mempunyai ciri kecondongan yang boleh naik sehingga 135 darjah ke belakang. 

Manakala rodanya diperbuat daripada bahan getah yang lembut, jadi ini tidak akan mencalar atau merosakkan lantai apabila ia bergerak.

Review:

“Memasangnya adalah bahagian yang paling sukar; tetapi apabila itu selesai, anda mendapat kerusi yang, setakat ini, agak selesa untuk duduk dalam tempoh yang lama.”

Kerusi gaming Tomaz
Tomaz Syrix II
Tomaz
Tomaz Syrix II
mulai
RM799.00
Semak Tomaz Syrix II harga dibawah:
add_circle Kukuh dan stabil
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Fabrik kusyen tidak panas
add_circle Mempunyai teknologi Cold Cure Foam
remove_circle Tidak mempunyai footrest

Kerusi gaming dari Tomaz ini merupakan sebuah gaming chair premium yang dibuat khas untuk keselesaan gamers bermain game dalam tempoh yang lama. 

Selain dari reka bentuk yang cantik dengan pilihan warna yang sangat menarik, gaming chair ini  tahan lama dan kukuh.

Ini kerana bahagian tapak diperbuat daripada logam yang sesuai untuk heavy duty dan rodanya mempunyai ciri floor friendly.

Menariknya lagi Tomaz Syrix II boleh disandarkan sehingga 165 darjah dan semasa pada sudut ini, tubuh anda akan tetap rasa selesa.

Malah dengan bantal kepala dan bantal belakang dapat menambah lagi keselesaan postur badan anda. 

Seperti gaming chair premium yang lain, kerusi ini mempunyai teknologi Cold Cure Foam yang mana menawarkan harga yang berpatutan.

Ingin diingatkan kerusi ini dapat menampung sehingga 160 kg dengan ketinggian 172cm-188cm.

Kerusi gaming dengan leg rest
Gaming Freak Naga Throne Professional
AVF
AVF Gaming Freak
mulai
RM584.00
Semak Gaming Freak Naga Throne Professional harga dibawah:
add_circle Selesa dan stabil
add_circle Dilengkapi legrest
add_circle Rekaan ergonomik
remove_circle Tidak ada urutan

Jika anda mencari kerusi yang boleh merehatkan kaki anda semasa sedang bermain game, Gaming Freak Naga Throne Professional ini sesuai untuk anda. 

Bukan sahaja dapat merehatkan kaki, rekaan yang ergonomik pada kerusi ini juga boleh mengelakkan sakit-sakit belakang.

Dari segi bahan binaan tempat duduk, ia diperbuat daripada kulit PU yang bergred tinggi dan boleh disandarkan sehingga 165°. 

Pad bahagian tempat letak tangan pula, ia boleh dilaras ketinggiannya. Anda tidak perlu lagi terikat dengan ketinggian tetap pad bahagian tempat letak tangan.

Bagaimanapun, kerusi ini hanya boleh menampung berat sehingga 150kg sahaja.

Kerusi gaming pink
AMZ Pro-High Back
AMZ Pro-High Back
mulai
RM280.03
Semak AMZ Pro-High Back harga dibawah:
add_circle Tapak kaki stabil dan kukuh
add_circle Memberi keselesaan
add_circle Terdapat footrest
add_circle Kerusi boleh urut
remove_circle Penyandar lengan tidak boleh laras

Bagi kaum hawa yang sukakan warna feminin dan ingin memiliki kerusi gaming, AMZ gaming chair ini pilihan yang tepat! 

Dengan harga murah, anda dapat kaki gaming chair yang diperbuat dari besi yang tidak mudah patah dan kukuh.

Malah dilengkapi dengan bantal lumbar yang boleh diurut untuk menghilangkan lenguh di pinggang cuma perlu memerlukan wayar USB plug untuk mengaktifkan sistem urut ini.

Terdapat juga arm rest yang padded untuk memberikan keselesaan tambahan dan anda boleh menyandar sehingga 135 darjah pada gaming chair ini. 

Tempat duduk yang diperbuat dari kulit dapat memberi keselesaan kepada anda. 

Dari segi ketahanan tampungan berat, usah risau boleh menampung beban sehingga 180kg.

Kerusi gaming untuk orang gemuk
FTC XL Size
FTC XL Size
mulai
RM379.00
Semak FTC XL Size harga dibawah:
add_circle Terdapat footrest
add_circle Boleh laras setiap bahagian
add_circle Bantal lumbar siap urutan (rechargeable)
remove_circle Boleh disandar sehingga 155 darjah sahaja

Bagi yang memiliki tubuh badan yang agak besar, kerusi gaming FTC saiz XL ini adalah pilihan terbaik kerana mampu menampung berat sehingga 180kg.

Malah pada bahagian armrest, footrest, ketinggian, sudut sandar dan kepala boleh dilaras mengikut keselesaan anda.

Selain itu, terdapat bantal lumbar beserta dengan sistem urutan bagi bantu menghilangkan lenguh pada bahagian belakang. 

Cuma diingatkan bantal ini boleh dicaj sebelum digunakan dan jangka penggunaannya juga tahan lama.

Material tempat duduknya pula dibuat dari faux leather dan isian kusyen dari latex yang lembut, sehingga tidak akan sakit punggung anda jika duduk lama.

Kerusi gaming dengan neck support
MUSSO Royal Series Gaming Chair
MUSSO Royal Series Gaming Chair
mulai
RM379.00
Semak MUSSO Royal Series Gaming Chair harga dibawah:
add_circle Boleh laras semua bahagian
add_circle Diperbuat dari kulit PU retro
add_circle Reka bentuk ergonomik
add_circle Armrest 2D

Dengan reka bentuk tekstur retro yang menarik, gaming chair jenama MUSSO ini juga diperbuat dari kulit PU yang berkualiti tinggi.

Ciri ini juga menjadikan gaming chair ini tahan lasak, tahan lama dan mudah dibersihkan jika terkena apa-apa cecair.

Anda juga boleh mengubah posisi sandaran belakang antara 90-180 darjah. Jadi anda boleh pilih antara 3 gear sama ada ingin bekerja, membaca atau tidur.

Selain itu, cirinya yang ergonomik dengan sokongan kepala dan pinggang juga sesuai dalam bentuk belakang badan anda.

Ketinggian kerusi juga boleh dilaras sesuai dengan ketinggian meja anda dan mempunyai tempat letak lengan yang selesa.

Kerusi gaming ini dilengkapi roda yang boleh bergerak sehingga 360 darjah, stabil dan tidak berbunyi bising ketika bergerak.

Kerusi gaming TTRacing
TTRacing Maxx Gaming Chair Ergonomic
TTRacing Maxx Gaming Chair Ergonomic
mulai
RM932.00
Semak TTRacing Maxx Gaming Chair Ergonomic harga dibawah:
add_circle Jaminan sehingga 24 bulan
add_circle Sesuai untuk badan tinggi dan lebar
add_circle Duduk lama tidak terasa malam
remove_circle Harga mahal

TTRacing Maxx Gaming Chair Ergonomic direka dengan struktur yang lebar dan tinggi bagi memastikan sokongan yang optimum semasa sesi gaming.

Anda boleh pilih kerusi gaming antara campuran kulit tiruan-velour atau Fabrik Air Threads, di mana kedua-duanya direka untuk pengaliran haba yang optimum bagi memastikan anda tidak terasa panas walaupun duduk lama.

Kerusi ini juga boleh disandarkan penuh sebanyak 155 darjah, lengkap dengan sudut yang boleh disesuaikan mengikut keselesaan anda.

Selain itu, ia dihasilkan dengan sandaran lengan boleh diubahsuai 4D, membolehkan penyesuaian serbaguna, sesuai dengan keutamaan anda. 

Tambahan lagi, turut mempunyai bantal leher velour berkualiti tinggi dan bantal pinggang yang memberikan sokongan terbaik untuk badan anda.

Jaminan kestabilan dengan sistem hidraulik premium Kelas 4 SGS yang disahkan, menawarkan kestabilan dan kebolehpercayaan. 

Paling penting, turut dilengkapi dengan roda aluminium yang tahan lama, bersama dengan caster kunci XL 65mm, memastikan putaran 360 darjah yang lancar.

Kerusi gaming ikea
IKEA UTESPELARE Gaming chair, Bomstad black
IKEA UTESPELARE Gaming chair, Bomstad black
mulai
RM569.00
Semak IKEA UTESPELARE Gaming chair, Bomstad black harga dibawah:
add_circle Menyokong bahagian belakang badan
add_circle Jaminan sehingga 3 tahun
add_circle Ketinggian yang boleh diubai suai
add_circle Sesuai untuk kegunaan pejabat juga
remove_circle Stok terhad

Kerusi gaming dari IKEA ini hadir dalam warna hitam, sangat sesuai untuk kaki gamers yang mahu serasikan dengan bilik yang gelap.

Apa yang menarik, ia hadir dengan jaminan selama 3 tahun, memastikan anda selamat memakainya untuk tempoh lama. 

Kerusi ini direka untuk menyediakan keselesaan dan sokongan berpanjangan, memastikan anda boleh memberi tumpuan kepada permainan tanpa gangguan.

Selain itu, fungsi tilt yang boleh disesuaikan dan dikunci meningkatkan kestabilan dan kawalan, membolehkan anda mencari posisi duduk yang sempurna.

Kerusi ini juga menawarkan sokongan yang kukuh dan selesa untuk badan, leher, dan kepala anda, mengurangkan keletihan semasa sesi permainan yang panjang. 

Ia juga mudah lakukan penyesuaian ketinggian atau tilt dengan hanya satu tangan.

Paling penting, kerusi gaming ini dibina untuk tahan lama dengan adanya keluli karbon yang stabil dan plywood yang disahkan FSC.

Selain untuk kegunaan di rumah, ia sesuai juga untuk kegunaan di pejabat dan boleh buat sesi gaming terus setiap kali habis kerja.

Kerusi gaming todak
Todak ZOUHUD Alpha 2
Todak ZOUHUD Alpha 2
mulai
RM999.00
Semak Todak ZOUHUD Alpha 2 harga dibawah:
add_circle Material jenis fabrik
add_circle Dilengkapi penyandar kepala memory foam
add_circle Pelarasan penyandar dari 90º hingga 155º
remove_circle Hanya 2 variasi warna

Kerusi gaming Todak ZOUHUD Alpha 2 direka dengan struktur ergonomik untuk memastikan aliran udara yang sempurna, menjadikannya sesuai untuk semua.

Fabrik yang digunakan adalah jenis elastik, lembut, dan sejuk, membolehkan anda kekal selesa walaupun dalam sesi gaming yang lama.

Untuk bahagian penyandar kepala pula, ia hadir dengan penyandar Memory Foam yang menawarkan sokongan leher ergonomik, memastikan keselesaan optimum sepanjang aktiviti anda.

Selain itu, dengan Mekanisme Butterfly, anda boleh menyesuaikan penyandar dari 90º hingga 155º, menawarkan fleksibiliti untuk anda. 

Seperti kerusi gaming yang lain juga, anda boleh sesuaian penyandar kepala, ketinggian, dan arm rest mengikut citarasa anda.

Kerusi gaming murah bawah RM200
Gaming Chair Racing Style Adjustable
Gaming Chair Racing Style Adjustable
mulai
RM201.50
Semak Gaming Chair Racing Style Adjustable harga dibawah:
add_circle Harga mampu milik
add_circle Boleh guna untuk tidur sekejap
add_circle Selesa dan tahan lama
remove_circle Bukan jenama terkenal

Kerusi gaming Racing Style ini direka untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk sesi gaming dan juga untuk kegunaan di pejabat atau melakukan tugasan di rumah.

Dengan kebolehan penyandaran sehingga 150 darjah, kerusi ini boleh jadi tempat baring yang selesa, sangat sesuai untuk anda tidur sebentar selepas penat buat kerja atau bermain game. Selain itu, ia dibina dari bahan yang sangat kuat pada bahagian kaki, menjamin ketahan yang lama dan tidak mudah patah.

Tambahan lagi, turut disertakan bantal kepala dan bantal pinggang yang akan memberi sokongan tambahan pada badan dan leher anda.

Mempunyai pelbagai pilihan warna, jadi boleh pilih warna yang sesuai mengikut personaliti anda.

Kerusi gaming murah
V2 Pro ZE-Gear Professional Ergonomic Gaming Chair
V2 Pro ZE-Gear Professional Ergonomic Gaming Chair
mulai
RM135.00
Semak V2 Pro ZE-Gear Professional Ergonomic Gaming Chair harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Material kulit
add_circle Percuma bantal urut
remove_circle Stok terhad

Kerusi Gaming Ergonomik Profesional V2 Pro ZE-Gear menawarkan keselesaan, fungsi, dan gaya, dan paling penting harga yang murah.

Ia direka dengan menawarkan sokongan dan keselesaan yang tiada tandingannya untuk sesi gaming yang panjang atau tempoh kerja yang lama di depan komputer.

Antara yang menarik, anda akan diberikan bantal urutan secara percuma dengan setiap pembelian kerusi ini di Shopee.

Reka bentuk kerusi gaming ini mempunyai ciri ergonomik yang profesional, memastikan keselesaan dan postur optimum untuk pengguna.

Dengan bahagian lengan yang boleh dilipat, sandaran lengan yang boleh disesuaikan, dan keselesaan di seluruh badan, termasuk lengan sandaran, kerusi gaming ini menawarkan keselesaan optimum.

Selain itu, ia juga boleh recline dari 90 darjah hingga 135 darjah, dan turut mempunyai roda yang boleh berputar pelbagai arah 360 darjah.

Kerusi gaming untuk cikgu
MUSSO Navigator Series Model 2
MUSSO Navigator Series Model 2
mulai
RM320.00
Semak MUSSO Navigator Series Model 2 harga dibawah:
add_circle Material jenis breathable
add_circle Reka bentuk ergonomik
add_circle Binaan kukuh untuk tahan lama
remove_circle Bahagian tangan tak boleh ubah

MUSSO Navigator Series Model 2 dihasilkan dengan fabrik berkualiti tinggi 1.0, menawarkan ketahanan dan keselesaan untuk anda duduk di atasnya dalam tempoh yang lama.

Fabrik lembut ini tahan luntur dan mudah dibersihkan, manakala reka bentuk sulaman yang eksklusif menambah sentuhan elegan.

Selain itu, anda boleh sesuaikan penyandaran kerusi ini dari 90° hingga 160° dan juga boleh adjust ketinggian.

Sama ada anda bekerja, membaca, atau berehat, tiga gear penyesuaian membolehkan anda mencari kedudukan yang sempurna untuk menghilangkan ketidakselesaan dan keletihan. 

Kaki kerusi ini pula diperbuat daripada keluli yang menawarkan putaran bebas 360° yang membolehkan anda meluncur dengan lancar dan bebas tanpa merosakkan lantai.

Semestinya kerusi ini jenis ergonomik, dan turut dilengkapi dengan sandaran kepala dan sokongan pinggang untuk menyokong bentuk semula jadi tulang belakang anda. 

Sesuai untuk dijadikan hadiah buat guru anda, atau jika anda seorang warga pendidik juga sesuai digunakan semasa melakukan kerja yang lama.


Cara Pilih Kerusi Gaming

Bila terlalu lama main game ketika dalam posisi duduk, tentu tulang belakang dan pinggang anda akan berasa sakit jika tidak menggunakan kerusi khas untuk gaming

Sekaligus menjejaskan mood dan keseronokan ketika bermain game. Itulah sebabnya penting untuk mencari gaming chair yang terbaik. 

Sebelum membeli gaming chair, anda perlu pertimbangkan beberapa perkara:

  • Reka Bentuk Kerusi

Reka bentuk yang betul akan membantu memberikan posture badan yang baik semasa bermain game.

Pastikan anda mencari gaming chair yang dilengkapi dengan bantal memori, serta tempat letak tangan yang boleh dilaras. 

Anda bukan sahaja berasa selesa, malah dapat menjaga tulang belakang anda.

  • Kerusi Ikut Ketinggian

Jika anda merancang untuk membeli kerusi, adalah penting untuk memastikan kerusi itu boleh dilaraskan agar sesuai dengan ketinggian anda.

Kerusi gaming pada ketinggian yang betul meletakkan kaki anda pada kedudukan yang ideal  dan membolehkan anda bebas bergerak. 

Lebih baik lagi, cari gaming chair yang boleh dilaraskan agar sepadan dengan ketinggian anda.

  • Kualiti Bahan Digunakan

Tidak kira betapa selesanya kali pertama anda duduk di kerusi itu, pastikan anda memeriksa bahan yang digunakan di kerusi itu.

Dari jenis fabrik tempat duduk sehingga jenis logam yang digunakan pada kaki kerusi, pastikan semuanya diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan tahan lama.

Jika bahan yang digunakan berkualiti, maka anda dapat menggunakannya dalam tempoh yang lama tanpa mudah rosak. 

Barulah berbaloi pembelian gaming chair anda. 


Apa Jenama Terbaik Bagi Kerusi Gaming Murah?

Kerusi gaming merupakan salah satu keperluan penting bagi siapapun yang suka bermain video game

Kerusi yang selesa dan sesuai dengan posture tubuh kita akan membantu kita untuk lebih fokus dan menikmati sesi bermain game

Namun, terdapat banyak jenis gaming chair di pasaran yang boleh mengelirukan kita untuk memilih yang terbaik. 

Apakah jenama terbaik bagi kerusi gaming murah yang boleh kita dapati di pasaran?

  1. Jenama TTRacing ialah salah satu pilihan popular bagi kerusi gaming yang terjangkau. Kerusi ini terkenal dengan reka bentuknya yang unik dan sesuai untuk sesi gaming yang panjang.
  2. Tomaz pula terkenal dengan rekaan yang menarik dan kualiti yang tinggi, serta mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik. 
  3. Jenama Cronus juga merupakan pilihan yang baik untuk kerusi gaming murah yang berkualiti. Kerusi ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti sokongan belakang yang selesa, dan anda tidak akan panas apabila duduk di kerusi ini.
  4. Jenama IKING juga merupakan pilihan yang menarik bagi kerusi gaming murah. Kerusi ini dilengkapi dengan pelapik lengan dan tempat duduk yang selesa, serta boleh diatur ke tahap yang berbeza untuk keselesaan yang lebih baik.

Selain itu, jangan lupa untuk membaca ulasan pelanggan sebelum membeli kerusi gaming di Shopee atau Lazada. 

Ini akan membantu anda memilih kerusi gaming yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.


Tips Jaga Kerusi Gaming

Bila dah labur banyak untuk beli kerusi gaming terbaik, tentulah kita mahu ia tahan lama dan kekal bersih untuk digunakan.

Jom kami kongsikan beberapa tips penting untuk menjaga kerusi gaming anda agar tetap dalam keadaan yang baik dan tahan lama.

  • Bersihkan secara berkala untuk menghilangkan debu, kotoran, dan bahan lain yang mungkin melekat pada permukaan atau celah-celahnya. Gunakan kain lembut yang dibasahi dengan air atau pembersih khusus untuk membersihkan kulit atau bahan lainnya.
  • Pastikan semua komponen kerusi tetap dalam keadaan baik. Periksa secara berkala untuk memastikan tidak ada komponen yang longgar atau rosak yang dapat mengurangkan kestabilan kerusi.
  • Jangan letak kerusi gaming di bawah cahaya matahari secara direct kerana ia akan menyebabkan warna kerusi pudar dan merosakkan kerusi ini. Tempatkan di tempat yang terlindung daripada cahaya matahari.
  • Guna kerusi gaming mengikut kesesuaian kerusi tersebut. Baca manual atau panduan yang diberikan dan tidak menggunakannya melebihi kemampuan kerusi tersebut.
  • Pertimbangkan penggunaan bantal tambahan seperti bantal leher dan bantal pinggang untuk meningkatkan keselesaan dan menyokong bahagian badan lain.
  • Jangan gunakan kerusi gaming dengan kasar kerana ia boleh merosakkan komponen penting pada kerusi.

Semoga dengan tips ini kerusi gaming anda dapat berada dalam keadaan terbaik atau seperti baru beli untuk jangka masa yang lama.


Artikel Berkaitan

End of Article