Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
android tv malaysia

9 TV Android Terbaik di Malaysia 2024 - Review & Harga

Pakai TV Android lagi banyak siaran boleh ditonton!

Antara alat elektronik yang wajib ada di setiap rumah adalah televisyen.

Tak kira TV jenama apa, jenis Smart TV atau Android TV malah, ada yang jenis tidak kisah langsung berapa inci TV yang mereka ada asalkan imej kelihatan di paparan skrin TV.

TV ada beberapa jenis di pasaran, antaranya Smart TV dan TV Android yang menawarkan pelbagai jenis dan ciri yang menarik untuk pilihan anda.

Antara ciri penting Android TV yang bagus semestinya kualiti TV mestilah harus menjadi keutamaan supaya dapat menghasilkan kualiti visual dan audio yang mantap.

Tapi, yang mana satu pilihan TV Android terbaik atau jenis TV Android yang sesuai dan berbaloi untuk penggunaan harian? Jangan risau, kami bantu!

Jom kami mudahkan kerja carian anda dengan menyenaraikan beberapa jenama TV Android terbaik dengan harga brand TV terbaik yang berbaloi.


Senarai 9 TV Android Terbaik

TV Android terbaik secara keseluruhan
Toshiba 4K UHD Android TV 50C350KP
mulai
RM2,299.00
Semak Toshiba 4K UHD Android TV harga dibawah:
add_circle Resolusi 4K UHD
add_circle Ada WiFi & Bluetooth
add_circle Sistem Dolby Audio
add_circle Ada Chromecast Built-in
remove_circle Berat 14kg

Sebab menjadi pilihan utama:

TV Adroid ini sesuai untuk anda yang gemar menonton perlawanan sukan seperti bola sepak kerana ia mempunyai mod khas untuk detact pergerakan pantas bergerak supaya dapat melihat dengan jelas.

Ciri-ciri:

Direka bersama WiFi dan Bluetooh memudahkan pengguna menyambung TV Android dengan mudah untuk kepuasan penggunaan lebih baik.

Ia dilengkapi dengan chromecast built-in yang membolehkan anda untuk memancarkan gambar, video atau sebarang kandungan hiburan yang lain dari telefon pintar.

Dilengkapi juga dengan mikrofon, jadi pengguna boleh kawal TV hanya dengan suara sahaja jadi tak perlu guna remote untuk cari video kegemaran di YouTube. 

Selain itu, sistem DTS Virtual X pula akan menghasilkan kualiti audio seperti dialog yang diutarakan dalam drama lebih bagus.

Rekaan tanpa bezel juga menjadikan skrin 50 inci lebih besar daripada biasa. 

Review:

“Kualiti sangat2 terbaik. Speaker memang mantap habis. Gambar cantik, 4k memang superb quality. Sangat berpuas hati gais!”

Xiaomi Mi TV P1 32” 4K UHD Smart TV
mulai
RM765.00
Semak Xiaomi 4K UHD Android Smart TV harga dibawah:
add_circle Android Smart TV
add_circle Ada paparan Ultra-HD 4K
add_circle Kualiti audio memuaskan
add_circle Ada fungsi WiFi dan Ethernet
remove_circle Saiz kecil

Dengan harga rendah bawah seribu, anda masih boleh dapatkan pengalaman menonton yang bagus dan tidak mengecewakan. 

Terdapat alat kawalan jauh yang menyokong fungsi Bluetooth 360°, jadi pengguna boleh kawal TV ini tak kira dari arah mana anda pegang remote tersebut. 

Bukan itu sahaja, disebabkan ini TV jenis Android, anda bakal mendapat akses sehingga 400 ribu filem. Banyak bukan? 

Aplikasi yang anda boleh muat turun juga tidak terhad, iaitu sehingga 5,000 aplikasi.

Dengan Google Assistant pula, pemilik produk ini hanya perlu tekan butang fungsi ini pada alat kawalan jauh untuk menukar siaran atau tengok kalendar. 

Tak perlu lagi ke panggung wayang berdekatan untuk tonton filem terbaru sebab TV ini dilengkapi dengan dua 5W pembesar suara jenis stereo di mana impak bunyi 3D yang terhasil hampir sama seperti di pawagam.

TV android dengan wifi
TCL
TCL Android TV
mulai
RM1,160.00
Semak TCL 4K UHD HDR Android TV harga dibawah:
add_circle Bezel TV nipis
add_circle Ada ciri algoritma unik
add_circle Menyokong paparan 4K HDR
remove_circle Harga sedikit mahal

TV model ini direka khas untuk mereka yang mahukan saiz TV yang besar dan kualiti paparan yang memuaskan, sekaligus mampu beri anda pengalaman menonton yang menyeronokkan.

Dilengkapi dengan teknologi AI, anda boleh menggunakan suara untuk mengawal TV, jadi tak perlu risau jika alat kawalan jauh TV ini hilang. 

Selain itu, dengan skrin penuh dan HDR, ia juga akan menghasilkan gambar dengan kualiti yang jelas. 

Canggihnya lagi, produk ini hadir dengan sistem operasi Android terkini di mana ia sudah memadai untuk anda menonton sebarang rancangan tanpa lagging

Paling penting, pengguna TV ini juga boleh menonton siri kegemaran menerusi Netflix, YouTube dan banyak lagi aplikasi lain yang boleh dimuat turun ikut kemahuan anda.

TV Android dengan Bluetooth
Sharp
SHARP AQUOS Android TV
mulai
RM3,768.00
Semak SHARP AQUOS Android TV harga dibawah:
add_circle Kawalan suara Google Assistant
add_circle Dilengkapi sleep timer
add_circle Ada mikrofon
add_circle Dilengkapi 4K Ultra HD
remove_circle Harga mahal

TV Android model ini pula hadir dengan paparan Deep Chroma yang mampu memberikan paparan visual yang menakjubkan dan cukup jelas.

Jadi, anda boleh dapatkan pengalaman menonton seperti di panggung tanpa perlu keluar dari rumah. 

Tambahan pula, alat elektronik ini turut dilengkapi dengan Comfort Mode yang akan mengurangkan cahaya biru yang tak baik untuk mata sehingga 50 peratus.

Maksudnya kesihatan mata tetap terjaga walaupun telah menonton rancangan kegemaran dalam jangka masa yang lama. 

Malah, TV Android ini menggunakan pemproses X4 Revelation Processor, jadi penonton boleh terus berhibur tanpa halangan atau lagging.

Lebih menarik, anda boleh menonton siri Netflix pada resolusi 4K, jadi tentunya ia akan menambah lagi kepuasan tontonan anda di rumah.

Anda juga Paling boleh juga guna web browser pada TV jenama ini kerana ia mempunyai chromecast built-in yang membolehkan anda tukar TV menjadi seperti notebook.

TV Android terbaik 50 inch
Haier
Haier 50-Inch UHD Android TV LE50U6900UG
mulai
RM2,129.00
Semak Haier 50-Inch UHD Android TV harga dibawah:
add_circle Skrin 50 inci
add_circle Resolusi 4K UHD
add_circle Built-In Google Assistant
add_circle Pembesar suara stereo
remove_circle Stand TV tak boleh dipusing

Mahukan sesuatu yang besar supaya anda tetap boleh menonton drama Korea kegemaran walaupun berada jauh dari ruang tamu?

Jangan risau, TV jenama Haier dengan skrin 50 ini akan jadi teman baik anda. 

Selain itu, produk ini mempunyai resolusi skrin 3,840 x 2,160, jadi kualiti gambarnya memang bagus.

Dengan processor HCX PRO Intelligent pula, televisyen ini akan menganalisa kejelasan video dari segi warna dan kontrasnya.

Oleh itu, ia akan memaparkan gambar yang paling baik kepada penontonnya. 

Ia juga tahan lama kerana jangka hayat TV ini ialah sehingga 30000 jam.

Dari segi sambungan pula, ia mempunyai headphone jack, dua USB port, input HDMI, Wi-Fi dan Ethernet LAN.

Philips 40 Inch FULL HD HDR Android TV
mulai
RM799.00
Semak Philips 40 Inch FULL HD HDR Android TV harga dibawah:
add_circle Warranty selama 2 tahun
add_circle Reka bentuk moden
add_circle Saiz slim
add_circle Sistem operasi Android 9 (Pie)
remove_circle Saiz 40 inci

Masih tercari-cari TV yang bagus dan murah untuk menonton filem di Netflix?

Pencarian anda nampaknya telah berakhir dengan kemunculan TV Android dari Philips ini.

Hadir dengan resolusi yang jelas Ultra HD, gambar yang dihasilkan adalah cukup memuaskan dengan pergerakan dalam setiap filem atau rancangan juga akan tampil lebih lancar. 

Selain itu, TV ini juga direka dengan bingkai hitam yang cukup nipis, jadi skrin TV ini terasa lebih besar dari saiz sebenarnya. 

Jika anda mahu menyambung hardisk pada televisyen ini juga tiada masalah kerana ia dilengkapi dengan 2 slot USB dan 3 slot sambungan HDMI. 

Seperti TV Android yang lain juga, produk dari Belanda ini juga mempunyai Wi-Fi dan Bluetooth untuk memudahkan sambungan ke dunia hiburan.

TV Android terbaik 43 inch
Megra
Megra Android TV 1
mulai
RM799.00
Semak Megra Android TV harga dibawah:
add_circle Ada Mobile Screen Mirroring
add_circle Menggunakan Android OS 13
add_circle Dilengkapi Dolby Audio
remove_circle Refresh rate 60Hz

Jika anda mempunyai ruang yang terbatas tapi masih mahukan TV yang tidak begitu kecil, Megra Android TV dengan skrin 43 inci ini perlu didapatkan segera. 

Ia berfungsi sama seperti TV Android yang lain, membolehkan anda muat turun Netflix, YouTube dan aplikasi game yang lain di Google Playstore.

Anda tidak perlu risau mengenai kualiti TV Android ini kerana ia menggunakan pemproses Quad Core Processor dan berjalan di atas sistem operasi Android 13 yang lancar.

Sistem audio Dolby yang ada pada TV ini juga akan memastikan anda mendapat kualiti audio terbaik, memang puas hati dapat tonton filem atau siri TV kegemaran anda.

Dengan berat hanya sebanyak 6.15kg, TV ini akan menjadi teman baik anda yang gemar menonton dengan kualiti paparan Full HD.

TV Android dengan resolusi terbaik
Hanier
Hanier Smart TV
mulai
RM629.00
Semak Hanier Smart TV 4K Ultra HD harga dibawah:
add_circle Kualiti paparan terbaik
add_circle Menyokong paparan 4K Netflix
remove_circle Bahagian bezel tebal

Skrin Hanier Android TV berukuran 50 inci dan mempunyai resolusi paparan 4K dimana dapat memaparkan wide colour untuk paparan yang lebih jelas.

Memang sangat puas hati untuk menonton Netflix kerana ia menyokong paparan 4K tanpa masalah dan tidak akan menyebabkan lagging.

Untuk anda yang gemar menonton filem di rumah, TV ini mempunyai mod Cinema 3D yang boleh memberi anda pengalaman tontonan sebenar.

Selain itu, terdapat juga fungsi Mobile Screen Mirroring yang membolehkan anda menayangkan paparan telefon pada skrin TV dengan mudah.

Untuk sambungan ke internet, anda boleh sambungkan ia menggunakan Wireless Connectivity tanpa perlu memasang wayar Ethernet.

Kalau anda bosan, anda juga boleh main game di TV ini dengan memuat turun game yang disokong di Google Playstore.

TV Android untuk gaming
Hisense
Hisense 4K Android TV
mulai
RM1,249.00
Semak Hisense 4K Android TV harga dibawah:
add_circle Resolusi 4K
add_circle Dilengkapi Google TV
add_circle Dilengkapi audio Dolby Digital
remove_circle Tidak sesuai ruang kecil

Untuk kaki gaming, anda mungkin akan suka TV Android ini kerana ia mempunyai Game Mode yang boleh menambah lagi kualiti paparan semasa bermain game dengan mengaktifkan Low Latency Mode secara automatik.

Dari segi audio pula terdapat sokongan Dolby Atmos yang hebat, mampu menambah lagi kualiti audio pada ruang rumah anda semasa bermain game atau menonton filem.

Dengan teknologi tersebut, Android TV ini sesuai untuk tontonan sukan bola kerana mempunyai Sports Mode yang mengurangkan kabur pada pergerakan.

Dengan sokongan resolusi 4K, tentu anda akan berasa sangat puas menonton rancangan TV kegemaran pada TV Android Hisense ini.

Tambahan lagi, TV Android ini juga dilengkapi Google TV yang akan memudahkan anda mengawal rancangan kegemaran anda hanya menggunakan alat kawalan jauh.


Apa Beza Smart TV & Android TV? 

Ramai masih keliru dengan perbezaan Smart TV dan Android TV.

Ia dianggap sama kerana rekaan dan bentuk fizikal dilihat lebih kurang sama dan keduanya berada dalam kategori alatan elektronik.

Namun, sebenarnya kedua TV ini mempunyai perbezaan yang anda perlu tahu, antaranya: 

Smart TV boleh diibaratkan seperti telefon pintar yang hadir dalam saiz yang besar.

Ia boleh disambung dengan internet dan mempunyai pelbagai jenis aplikasi yang telah tersedia seperti YouTube, Netflix dan pelbagai lagi. 

Cara penggunaannya juga mudah dan ringkas dan anda boleh tonton pelbagai rancangan menerusi TV ini dengan mudah.

Selain itu, TV tersebut juga menggunakan operating system yang tersendiri bergantung kepada jenama TV tersebut seperti, webOS dan TizenOS.

Harga kebanyakan model Smart TV pula adalah lebih mahal berbanding Android TV. 

Manakala, Android TV juga mempunyai fungsi yang sama dengan Smart TV iaitu boleh disambung dengan internet yang membolehkan anda untuk menonton YouTube tanpa had.

Namun, yang membezakannya dengan Smart TV ialah TV Android boleh disambung juga dengan Google Play Store, jadi aplikasi yang anda boleh muat turun adalah lebih banyak berbanding Smart TV. 

Selain itu, pengguna TV Android juga boleh guna fungsi Google Assistant. 

Jadi, anda hanya perlu guna suara saja jika mahu tonton rancangan kegemaran di Netflix atau mengubah kelantangan audio. Tak perlu guna remote pun!

Namun, dalam masa yang sama, cara penggunaan TV jenis ini boleh dianggap rumit oleh sesetengah orang yang tak begitu familiar dengan sistem operasi Android. 

Dengarkan penjelasan lebih terperinci menerusi video di bawah.


Bagaimana Cara Pilih TV Android?

Adakah anda mencari TV Android untuk menonton movie di rumah? Tak perlu risau!

Kami akan berikan beberapa tips bagaimana untuk memilih TV Android yang sesuai dengan keperluan anda.

  • Sokongan Google Play Store

Dengan sokongan Google Play Store, anda boleh mengakses dan memuat turun aplikasi dan permainan kegemaran anda dengan mudah. Ini antara ciri penting untuk peminat Netflix, YouTube dan lain-lain.

Selain itu, anda boleh mendapatkan kemas kini terkini untuk TV Android dan cari TV yang mempunyai sokongan Wi-Fi atau Ethernet.

  • Saiz TV Android

Jangan pilih TV yang terlalu besar atau terlalu kecil untuk ruangan rumah anda kerana ia boleh memberi kesan yang tidak selesa pada mata.

Jika ruang tamu anda agak kecil, pilih TV dengan saiz antara 32 dan 43 inci. Manakala jika ruang tamu anda lebih besar, anda boleh memilih TV yang lebih besar seperti bersaiz 50 hingga 65 inci malah anda boleh pilih saiz sehingga 98 inci.

  • Resolusi

Resolusi tinggi memberikan gambaran yang lebih jelas dan tajam supaya dapat beri kepuasan ketika menonton.

Sebagai contoh, resolusi 4K mempunyai empat kali lebih banyak pixel daripada resolusi 1080p.

Jadi, pastikan anda memilih TV Android dengan resolusi tinggi seperti 4K atau HD, dan teknologi seperti HDR (High Dynamic Range) untuk memastikan gambar yang tajam, jelas, dan nampak live.

Ini akan memberikan anda pengalaman menonton yang lebih baik dan lebih jelas.

  • Sistem operasi

Pastikan sistem pengendalian TV Android pilihan anda boleh dikemas kini.

Dengan sistem pengendalian terkini, anda boleh menikmati aplikasi dan ciri terkini yang ditawarkan oleh Android TV.

  • Kualiti bunyi

Kualiti bunyi juga penting untuk pengalaman tontonan yang lebih baik.

Pilih TV Android yang mempunyai sistem bunyi berkualiti tinggi seperti Dolby Atmos atau DTS:X.

  • Port pada TV

Terdapat pelbagai model TV Android tersedia dengan port yang mencukupi untuk menyambungkan peranti anda.

Ini akan membolehkan anda menyambungkan pelbagai peranti seperti konsol permainan, bar bunyi atau pemain media.

Selain itu, pastikan TV Android mempunyai sokongan HDMI ARC (Audio Return Channel) untuk membolehkan anda menghantar audio daripada TV ke peranti audio lain.

  • Harga

Akhir sekali, pastikan anda memilih TV Android yang sesuai dengan bajet anda.

Terdapat banyak jenama TV Android yang ditawarkan di pasaran dengan harga yang berbeza, anda boleh pilih harga yang sesuai dengan kegunaan anda.


Apa Kelebihan dan Kekurangan TV Android?

Adakah anda tahu apa itu TV Android?

TV Android adalah TV yang dilengkapi dengan sistem operasi Android dan mempunyai fungsi yang serupa seperti telefon pintar Android.

Terdapat banyak kelebihan menggunakan TV Android, salah satunya ialah anda boleh mengakses internet dan memasang aplikasi pada TV anda.

Dengan TV Android, anda juga boleh bermain permainan video dan memasang aplikasi media streaming seperti Netflix, Spotify, dan YouTube secara langsung pada TV anda.

Kualiti gambar dan bunyi TV Android juga jauh lebih baik daripada TV biasa.

Terdapat Chromecast terbina di dalamnya yang membolehkan anda menstrim kandungan daripada telefon pintar atau tablet anda ke TV anda.

Jadi, anda boleh menonton video yang disimpan pada telefon pintar anda pada skrin yang lebih besar dan lebih selesa.

Selain itu, TV Android mempunyai antara muka yang mesra pengguna dan canggih yang membolehkan anda mengatur dan mengakses semua kandungan dengan mudah.

Anda juga boleh mengawal TV Android dengan suara anda melalui pengecaman suara menjadikan tontonan lebih mudah dan menyeronokkan.

Namun, kekurangan utama TV Android ialah ia memerlukan sambungan internet yang stabil untuk berfungsi.

Tanpa sambungan internet yang kukuh, anda akan mengalami masalah seperti video terputus-putus atau aplikasi yang tidak berfungsi dengan baik.

Oleh kerana ciri yang ditawarkan menarik, harga TV Android juga sedikit mahal berbanding TV biasa.


Artikel Berkaitan

End of Article