Kelengkapan Rumah

9 Kabinet TV Terbaik di Malaysia 2026 (Moden & Berkualiti)

Nak ruang tamu cantik dan kemas, pastikan pilih kabinet tv moden terkini. Tak tahu nak cari dekat mana? Jom lihat senarai rak tv moden dari kami ini.


Editor · Updated 28 Oct 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Kabinet TV Terbaik di Malaysia 2026 (Moden & Berkualiti)

Ruang tamu merupakan kawasan utama dalam sesebuah kediaman, jadi dekorasi perlulah mengikut trend terkini.

Secara tidak langsung reka bentuk kabinet TV mempengaruhi mood ruang tamu supaya selesa untuk menonton TV.

Kandungan

Tapi apa yang menjadi masalah sekarang, ramai tak tahu kabinet TV moden terkini jadi kami senaraikan rak TV moden.

Jom lihat senarai berikut.


Senarai 9 Almari TV Moden

KitchenZ Noble Series 6Ft Tv Cabinet - N1800-CN
Kabinet TV terbaik secara keseluruhan 1 daripada 9
KitchenZ Noble Series 6Ft Tv Cabinet - N1800-CN
Partnership with
Dari RM199
Tempoh jaminan 1 tahun
Kabinet kukuh & berat
Harga mahal
3 lagi
Kayu tak kembang
Ada rak 2 tingkat
Perlu dipasang sendiri

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Jika anda sukakan warna natural, kabinet TV yang berdimensi L180 x W42x H50 cm ini memang sesuai untuk anda. 

Ciri-ciri;

Ini kerana bahagian luarnya mempunyai gaya dan warna seperti ira kayu.

Selain itu, perabot yang direka dengan stail moden dan minimalis ini boleh dipadankan dengan pelbagai jenis tema ruang tamu. 

Memandangkan diperbuat daripada bahan Particle Board dengan 3D PU Paper, kabinet TV kayu dengan kaki besi ini dijamin tak mudah mereput. 

Turut lengkap dengan kompartmen penyimpanan yang luas kerana ada 2 laci dan 1 pintu kabinet. 

Review;

“Kayu agak solid & berat. Arahan pemasangan pun mudah untuk diikuti. Kabinet cantik, berbaloi la dengan harga. Nampak macam perabot mahal,”

Dolce TV Cabinet Modern
Kabinet TV moden 2 daripada 9
Dolce TV Cabinet Modern
Partnership with
Dari RM189.90
Kukuh & sangat kuat
Harga mampu milik
Perlu pasang sendiri
1 lagi
Rekaan moden

Dengan harga yang tidak akan menjejaskan poket anda, kabinet TV moden terkini ini boleh menempatkan televisyen yang bersaiz dari 32 inci hinggalah 65 inci. 

Almari TV moden ini diperbuat daripada Solid Particle Board yang sangat kuat hingga mampu menahan berat hingga 50 kilogram berat. 

Jadi, tiada masalah untuk letak pelbagai barang lain seperti modem Wi-Fi, pasu bunga atau buku-buku sebagai hiasan.

Nak letak pembesar suara mini di sebelah atau bawah TV pun tiada masalah.  

Turut direka dengan rak bertutup untuk memudahkan anda simpan barang peribadi dengan lebih tersusun.

KitchenZ TV Cabinet TV Console PVC Leg 5914-WT
TV kabinet murah 3 daripada 9
KitchenZ TV Cabinet TV Console PVC Leg 5914-WT
Partnership with
Dari RM75
Terdapat 1 pintu
Tempoh waranti 12 bulan
Perlu dipasang sendiri
1 lagi
Diperbuat daripada Particle Board

Kabinet TV KitchenZ ini sesuai diletakkan di ruang menonton yang berkeluasan sederhana luas kerana saiznya kecil iaitu L120 x W30x H44 cm. 

Jadi, kurang sesuai diletakkan di ruang yang terlalu besar. Boleh juga digunakan untuk simpan barang peribadi dalam bilik tidur seperti majalah atau mekap dengan tersusun.  

Terdapat 3 pilihan warna kabinet iaitu putih, coklat gelap dan Natural Oak yang boleh dipadankan dengan semua warna cat dinding.

Apa yang menarik tentang perabot ini ialah mempunyai kaki yang tinggi agar mudah untuk anda membersihkan bahagian bawah kabinet nanti.

SKOI Marble TV Cabinet With Wided Tabletop
Kabinet TV mewah 4 daripada 9
SKOI Marble TV Cabinet With Wided Tabletop
Partnership with
Dari RM169.90
Struktur stabil
Marble warna putih
Harga agak mahal
2 lagi
Tak mudah tercalar
Mudah dibersihkan

Ruang tamu anda direka dengan konsep mewah? Memang wajib dapatkan kabinet TV dengan reka bentuk marble ini. 

Mempunyai kemasan yang elegan dan cantik, sesuai juga diletakkan di ruang menonton yang menggunakan konsep moden atau minimalis. 

Selain lengkap dengan laci, kabinet ini juga ada ruang penyimpanan terbuka yang luas. 

Barulah anda boleh susun segala jenis hiasan atau barang tanpa menyebabkannya kelihatan berselerak.

MF DESIGN NEVA Wall TV Cabinet
Kabinet TV gantung 5 daripada 9
MF DESIGN NEVA Wall TV Cabinet
Partnership with
Dari RM99
Stabil
Mudah dipasang
Perlu dipasang sendiri
2 lagi
Kabinet ada pintu
Reka bentuk moden

Jika ruang menonton di kediaman anda sempit, kami sarankan untuk guna kabinet TV jenis gantung pada dinding. 

Terdapat 2 pilihan warna rak TV iaitu warna coklat dan putih. Jadi, sesuai dipadankan dengan pelbagai warna cat dinding yang terang mahupun cerah. 

Bukan itu sahaja, turut menawarkan 2 pilihan saiz kabinet iaitu 4 kaki dan 5 kaki. 

Ruang penyimpanan yang ada pada kabinet TV ini juga banyak. Dijamin ruang menonton akan nampak lebih cantik.

THE TV Cabinet Entertainment Unit Nordic Modern Style (120x30x45cm)
Kabinet TV Nordic 6 daripada 9
THE TV Cabinet Entertainment Unit Nordic Modern Style (120x30x45cm)
Partnership with
Dari RM136
Kaki kabinet solid
Terdapat rak 2 tingkat
Perlu dipasang sendiri
3 lagi
Mempunyai 2 pilihan warna
Kukuh & stabil
Kurang sesuai letak TV yang terlalu besar

Untuk yang gemarkan dekorasi konsep ala-ala Scandinavian di apartment, memang wajib dapatkan kabinet TV stail Nordic ini. 

Selain boleh diletakkan di ruang menonton, rak TV ini boleh juga dijadikan rak penyimpanan di dalam bilik tidur. 

Walaupun perlu dipasang sendiri, tapi anda tak perlu risau sebab manual pemasangan telah disertakan bersama. 

Turut lengkap dengan 2 laci untuk memudahkan anda simpan barang berharga seperti CD atau album artis kegemaran.

Preston TV Cabinet with Shelf
Kabinet TV dengan rak 7 daripada 9
Preston TV Cabinet with Shelf
Partnership with
Dari RM271.40
Reka bentuk elegan
Harga mampu milik
Perlu pasang sendiri
2 lagi
Terdapat 4 pilihan warna kabinet
Disertakan manual pemasangan

Ruang menonton nampak serabut sebab terlalu banyak barang? Jika ya, kami sarankan anda untuk beli almari TV moden dengan rak ini. 

Ini kerana almari TV ini mempunyai banyak ruang penyimpanan tertutup dan terbuka di bahagian bawah, atas dan sisi kabinet. 

Jadi, anda boleh susun pelbagai benda seperti alat permainan konsol PS5, buku, dekoder TV, pasu bunga, buku atau modem Wi-Fi dengan lebih teratur. 

Untuk rak TV ini boleh memuatkan televisyen yang bersaiz kecil hinggalah yang bersaiz 60 inci.

MILLERS HARMONY Series TV Cabinet - 6 Feet
Kabinet TV 6 kaki 8 daripada 9
MILLERS HARMONY Series TV Cabinet - 6 Feet
Partnership with
Dari RM114.90
Sesuai dengan ruang tamu kecil
Ada manual pemasangan
2 lagi
Kabinet 2 pintu
Harga murah

Perabot TV dengan 2 pilihan warna (hitam & Light Teak + White) ini diperbuat daripada chipboard yang kuat seperti kayu. 

Perabot dengan berat 29kg ini boleh memuatkan TV hingga saiz 75 inci. Walaupun perlu dipasang sendiri, tapi cara nak pasang sangatlah mudah. 

Mempunyai 3 bahagian rak penyimpanan yang terbuka menjadikan sangat sesuai untuk letak permainan konsol seperti PS5, router Wi-Fi dan alat kawalan jauh TV.

HP A10344 Northern Europe TV Cabinet Luxury Marble Strap Surface
Kabinet TV marble 9 daripada 9
HP A10344 Northern Europe TV Cabinet Luxury Marble Strap Surface
Partnership with
Dari RM96
Kalis air
Kayu tebal
Perlu dipasang sendiri
3 lagi
Kabinet tak makan ruang
2 pilihan warna (putih & coklat)
Kurang sesuai jika letak TV bersaiz terlalu besar

Kabinet ini diperbuat daripada kayu dengan rangka besi berwarna emas sebagai tiang untuk mengukuhkan perabot ini. 

Dengan permukaan kabinet ini direka dengan corak marble menjadikan sesuai untuk anda yang mahukan konsep mewah tapi bajet terhad.

Bahagian permukaan kabinet juga tak mudah calar jadi anda boleh letak buku, pasu bunga, bingkai gambar dan kalendar sebagai hiasan kabinet ini sebab terdapat rak 2 tingkat. 

Tapi, jika TV anda bersaiz besar, disarankan untuk letakkan televisyen itu pada dinding kerana dikhuatiri tidak mampu menampung alat elektronik yang terlalu berat. 


Cara Pasang Kabinet TV Gantung 

Cara untuk pasang kabinet TV jenis gantung pada dinding mungkin nampak sulit, tapi jangan risau, ikuti sahaja tips dan langkah yang kami kongsikan ini. 

  1. Anda perlu pilih di mana anda nak letak TV, sama ada nak letak di atas kabinet gantung tadi atau nak pasang TV pada dinding. 
  2. Kemudian, tandakan ketinggian pada dinding yang anda mahukan untuk pasang kabinet tersebut supaya tak senget apabila lubang dinding ditebuk. 
  3. Tebuk lubang pada dinding menggunakan mesin drill. 
  4. Pastikan anda guna mata penebuk yang sesuai dengan jenis dinding sama ada kayu atau simen. 
  5. Selepas itu, pastikan juga kedalaman lubang dinding yang dibuat sesuai dengan wall plug yang akan digunakan. 
  6. Boleh masukkan wall plug ke dalam lubang dinding dan ketuk hingga masuk ke dalam. 
  7. Pasang kabinet tadi dan jangan lupa untuk masukkan skru pada setiap lubang yang ada pada kabinet. 
  8. Ketatkan skru agar kabinet betul-betul melekat dengan kemas pada wall plug dan dinding. 

Nota penting: Untuk lebih mudah, ikuti arahan yang diberikan dalam manual atau buku panduan dengan teliti kerana selalunya akan disertakan bersama jika anda beli perabot. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation