Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Samsung QLED 4K Q80C

Rasai Sendiri Tontonan Luar Biasa TV Samsung Supersize 98" QLED 4K Q80C

Lagi seronok layan movie di rumah dengan TV Supersize bersama keluarga tersayang!

Boleh dikatakan TV sebagai salah satu medium hiburan yang wajib ada di rumah bagi setiap keluarga.

Tak kiralah digunakan untuk mendapatkan berita terkini atau untuk hiburan pada hujung minggu.

Kini, seperti kita lihat terdapat pelbagai teknologi terkini yang ada pada TV sehingga boleh dijadikan sebagai peranti sampingan di rumah untuk melayari internet.

Tapi persoalannya saiz yang mana anda akan pilih untuk sesuaikan dengan ruang tamu anda?

Dengan QLED 4K Q80C, bukan lagi masalah sebab Samsung mempunyai pilihan saiz TV yang sesuai untuk setiap saiz ruang tamu.

Antaranya Samsung 77” OLED dan 85” Neo QLED.

Lebih menarik, kalau rasa tak cukup dengan dua saiz tersebut, anda juga boleh dapatkan TV Supersize berukuran 98 inci.

Memperkenalkan TV Samsung 98” QLED 4K Q80C yang pasti akan menambahkan lagi kepuasan hiburan di rumah dengan TV Supersize, baik untuk layan movie atau bermain game dengan rakan gaming anda.

Lebih besar, lebih puas dan lebih menghiburkan!


Kenapa Anda Perlukan TV Supersize?

TV Samsung 98” QLED 4K Q80C tidak hanya menawarkan satu saiz yang lebih besar daripada TV Supersize yang lain.

Tetapi turut dilengkapi dengan teknologi terkini yang akan menambah kepuasan tontonan anda.

  • Pemproses Dengan Teknologi AI 

TV ini dilengkapi dengan Neutral Quantum Processor 4K dengan teknologi AI yang dapat memberikan anda pengalaman merasai TV beresolusi 4K.

Maksudnya, tidak kira apa jua kualiti asal video yang anda tonton pasti akan kelihatan sharp, terang dan hidup.

  • Reka Bentuk SuperSlim

Reka bentuk nipis TV ini juga menjadikan ia kelihatan cantik dan kemas dipasang pada dinding, sekaligus menjadikan view ruang tamu anda lebih elegan.

Jika anda merasakan ruang tamu anda tidak begitu besar untuk pasang TV Supersize ini, jangan risau sebab TV ini hanya memerlukan jarak 3 meter sahaja dari ruang tempat duduk untuk mendapatkan view yang selesa.

  • Pengalaman Gaming Yang Hebat

Sangat sesuai buat gamers di luar sana untuk tingkatkan lagi pengalaman gaming dengan Motion Xcelerator Turbo+ (4K @120Hz) pada skrin Supersize ini yang akan membuatkan anda seperti berada dalam dunia games yang sebenar.

Setiap gaming motion anda akan ditingkatkan kepada paparan 4K dengan kadar segar 120Hz, menjanjikan paparan yang sangat lancar, tanpa lag dan tiada lagi motion yang kabur.

Pasti pengalaman gaming anda dan rakan-rakan menjadi lebih seronok dan tidak dapat dilupakan, sampai nak repeat hari-hari!

  • Sambungan Samsung TV & Soundbar Yang Mudah

Anda gemar menonton wayang kerana suka dengan bunyi audio yang kuat? Kini anda boleh dapatkan pengalaman yang sama di rumah anda sendiri!

TV Samsung 98” QLED 4K Q80C turut dilengkapi dengan Dolby Atmos dan Object Tracking Sound Lite yang akan membuatkan anda seperti berada dalam filem yang anda tonton dengan kualiti bunyi 3D.

Tambahan lagi, anda juga boleh padankan dengan Q-series Soundbar yang akan menghidupkan ciri Q-symphony pada TV, sekaligus mencipta pengalaman home cinematic dan kesan bunyi secara menyeluruh.

Hujung minggu anda tidak akan bosan lagi sebab kualiti tontonan setaraf dengan kualiti di panggung wayang, saiz skrin yang besar dan juga bunyi audio yang mengagumkan.


Bawa Pulang The Freestyle 2nd Gen Bernilai RM4,999 Sempena Promosi Hujung Tahun!

Berita baik buat anda yang ingin memiliki TV Samsung 98” QLED 4K Q80C sekarang kerana anda bukan sahaja akan membawa pulang TV Supersize, tetapi turut berpeluang untuk membawa pulang The Freestyle 2nd Gen bernilai RM4,999.

Samsung smart mini projector ini akan menambah lagi keseronokan pengalaman tontonan di rumah bersama dengan ciri-ciri canggih seperti kawalan suara dan paparan HD.

Jangan lepaskan peluang ini sebab promosi ini bermula dari 15 November 2023 hingga 31 Disember 2023.

Hanya untuk pembeli terawal dan selagi stok masih ada. 

Untuk maklumat lanjut promosi hebat ini, sila layari laman sesawang Samsung di sini.


Nikmati Langganan Percuma Prime Video

Tawaran ini khas untuk anda yang gemar menonton siri-siri TV gempak dan menarik, tidak kira siri drama tempatan ataupun antarabangsa.

Dengan pembelian TV Samsung tertentu, anda dapat tebus langganan percuma Prime Video selama 3 bulan yang bernilai RM75.

TV baharu pun dah sampai, siap dapat langganan percuma Prime Video, jadi anda boleh terus strim siri TV hebat menerusi TV Samsung baharu anda.

Jangan tunggu lama-lama sebab promosi ini boleh ditebus hingga 31 Disember 2023 dan untuk pembeli yang terawal sementara stok masih ada.

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article