Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tv 65 inci

8 TV 65 Inch Terbaik di Malaysia 2024 (Android TV, 4K TV)

TV besar, barulah rasa puas!

TV 65 inci merujuk kepada televisyen dengan skrin yang mempunyai saiz 65 inci dari hujung ke hujung. 

Ini bermakna skrin televisyen tersebut mempunyai jarak sekitar 165 sentimeter (cm) pada diagonalnya.

Selalunya TV 65 inch terbaik diletakkan diletakkan pada bahagian ruang tamu atau kawasan yang luas.

Barulah rasa seperti sedang menonton di panggung wayang. Memang puas hati layan hiburan di rumah. 

Jadi, jom lihat jenama televisyen terbaik dengan harga TV 65 inch terbaik.


Senarai 8 Jenama TV 65 inch Terbaik

TV 65 inci terbaik secara keseluruhan
Samsung
Samsung 65 lnch LED (UA65AU7000) 4K UHD Smart TV
mulai
RM3,029.00
Semak Samsung 65 lnch LED (UA65AU7000) 4K UHD Smart TV harga dibawah:
add_circle PC di TV
add_circle Resolusi 4K
add_circle Gambar jelas
add_circle Teknologi soundbar Q-Symphony
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

TV Samsung ini boleh disambung dengan PC atau komputer riba untuk memudahkan anda untuk bekerja dari rumah atau menonton filem degan skrin yang lebih besar.

Ciri-ciri:

Skrin Smart TV yang berukuran 65 inci ini mempunyai teknologi PurColour di mana dapat memaparkan warna video dan gambar dengan lebih terang berbanding TV biasa.

Jadi, anda diibaratkan sedang berada di tempat yang sama seperti dalam filem atau drama yang sedang ditonton. 

Turut lengkap dengan sokongan HDR agar anda boleh menikmati visual yang sangat jelas dan mengasyikkan walaupun dalam babak yang gelap. 

Tambah lagi, teknologi pembesar suara TV ini guna Q-Symphony yang membolehkan bunyi yang terhasil beroperasi secara serentak dengan impak bunyi yang hebat.

Review:

‘Gambar sangat cantik dan clear, dari jauh pun tetap nampak. Sound pun terbaik. Remote mudah nak guna. Memang berbaloi dan puas hati beli TV ni.  

Smart TV 65 inch terbaik
Huawei
HUAWEI Vision S 65” Smart TV CPS 65+
mulai
RM2,999.00
Semak Huawei Vision S 65” Smart TV CPS 65+ harga dibawah:
add_circle Kualiti visual jelas dan terang
add_circle Sistem operasi HarmonyOS
add_circle Teknologi Huawei Sound
remove_circle Aplikasi terhad

TV pintar Huawei Vision S 65 inci ini mempunyai 4 unit independent speaker, 1-liter cabinet volume, 2.0 audio channel dan sokongan stereo. 

Jadi, audio yang dihasilkan oleh TV ini sangat kuat dan jelas kerana turut lengkap dengan Dolby Audio. 

Dengan 120Hz Refresh Rate Screen pula, ia boleh menghasilkan paparan visual yang lebih smooth dan tidak tersekat-sekat. 

Menariknya lagi, mempunyai kamera magnetik dengan resolusi HD 13MP yang boleh dipusing hingga 180 darjah. 

Kamera ini boleh digunakan untuk membuat panggilan video dengan orang tersayang menerusi MeeTime Video Call. 

Selain mempunyai simpanan memori RAM 3GB dan 32GB ROM, TV Huawei juga mempunyai 1 slot USB, 3 port HDMI dan 1 LAN port.

Panasonic 4K UHD Android SMART TV (65 Inch) TH-65HX750K
mulai
RM4,312.00
Semak Panasonic 4K UHD Android SMART TV (65 Inch) TH-65HX750K harga dibawah:
add_circle Resolusi 4K HDR
add_circle Sudut pandangan lebar
add_circle Boleh pasang pada dinding
remove_circle Harga mahal

TV Panasonic berukuran 65 inci ini menyokong sambungan Bluetooth dan Wi-Fi untuk memudahkan anda memuat turun aplikasi atau melayari internet menerusi TV.

Jangan risau, mempunyai Google Play untuk anda muat turun aplikasi serta slot untuk Ethernet (LAN) dan HDMI.

Yang penting, TV Android ini menggunakan teknologi HEXA Chroma Drive di mana akan memberikan kesan warna objek yang lebih terang, cerah, jelas dan realistik.

Lebih canggih, mempunyai Chromecast Built-in supaya pengguna boleh menonton video yang ada di telefon pintar pada skrin TV ini. 

Untuk menggunakan ciri tersebut, pastikan TV disambung pada rangkaian internet yang sama dengan smartphone anda.

Sony 65 Inch 4K UHD Google TV KD-65X75K
mulai
RM2,499.00
Semak Sony 65 Inch 4K UHD Google TV KD-65X75K harga dibawah:
add_circle Resolusi 4K
add_circle Audio Dolby Audio
add_circle Mempunyai teknologi voice search
add_circle Mempunyai Bluetooth & slot HDMI
remove_circle Processor sedikit lambat

Terkenal sebagai jenama televisyen terbaik, TV Sony ini menggunakan 4K Processor X1 di mana visual gambar dan video yang dihasilkannya amat realistik, cantik dan smooth.

Selain itu, TV Android ini menggunakan Dolby Audio, jadi sound yang dihasilkan sangat jelas dan kuat.

Walaupun harga TV 65 inch ini mahal tapi sangat berbaloi kerana TV anda dapat dilindungi daripada disambar kilat kerana Sony telah menjalani ujian kilat ke atas TV mereka. 

Malah, bukan sahaja mampu menerima arahan dengan menekan butang pada remote control, tetapi boleh juga dengan menggunakan carian suara. 

Cuma untuk menggunakan ciri voice search, hanya perlu sebut judul filem atau drama yang ingin ditonton sahaja.

mulai
RM1,899.00
Semak MEGRA TV 65'' webOS Smart TV 4K UHD with AI Voice Control (65T8000) harga dibawah:
add_circle Boleh main game
add_circle Mempunyai ciri Screen Mirroring
add_circle Mempunyai teknologi voice search
add_circle Boleh muat turun hingga 200 apps
remove_circle Refresh rate hanya 60Hz

Apa yang menarik tentang Smart TV Megra berukuran 65 inci ini ialah harganya lebih murah berbanding TV 65 inci jenama lain di pasaran. 

Walaupun murah, kualiti visual TV juga sangat bagus kerana mempunyai resolusi 4K UHD dan HDR, jadi setiap gambar dan video menjadi lebih cantik dan jelas. 

Malah, boleh mengawal TV ini hanya dengan suara sahaja jika anda kehilangan alat kawalan jauh.

Ingin diingakan, walaupun menggunakan sistem operasi webOS tapi anda tetap boleh muat turun Netflix, YouTube, WeTV dan Viu. 

TV pintar ini menggunakan Dolby Digital Plus dan Surround Sound di mana audio yang dihasilkannya sangat realistik.

Hisense 4K UHD LED SMART TV 65A6100H (65 inch)
mulai
RM1,199.00
Semak Hisense 4K UHD LED SMART TV 65A6100H (65 inch) harga dibawah:
add_circle Resolusi 4K UHD
add_circle Rekaan Bezel-less
add_circle Mempunyai slot HDMI & USB
add_circle Mempunyai teknologi voice search
remove_circle Audio tidak memberangsangkan

Smart TV Hisense ini sesuai untuk tontonan perlawanan sukan seperti bola sepak dan badminton kerana mempunyai Sports Mode.

Mode ini berfungsi untuk yang mengurangkan kabur pada pergerakan dimana dapat memberikan anda tontonan seperti di stadium.

Malah, turut menyokong Bluetooth dan Wi-Fi jadi anda boleh sambungkan TV dengan speakers dan telefon pintar. 

Ciri lain lagi, TV ini sesuai digunakan untuk bermain game kerana direka dengan Game Mode dan Auto Low Latency Mode. 

Jadi dengan mode ini, permainan ini akan jadi lebih lancar dan tak lagging. Kaki game memang sesuai la dengan TV ni.

Manakala untuk audio pula, mempunyai 2 speakers dan menggunakan DTS Virtual X dan Dolby Digital. 

Coocaa 65 Inch Android TV (S6G PRO)
mulai
RM2,159.00
Semak Coocaa 65 Inch Android TV (S6G PRO) harga dibawah:
add_circle Rekaan nipis & ringan
add_circle Mempunyai sistem Bluetooth
add_circle Terdapat mod khas untuk game
add_circle Mempunyai teknologi Google Asistant

TV Coocaa 65 inci ini boleh dikawal menggunakan suara kerana menyokong fungsi Google Assistant. Jadi, tak ada alat kawalan jauh pun tak ada masalah. 

Lengkap juga dengan ciri sambungan Wi-Fi, memori RAM 2GB serta 32GB ROM.

Turut hadir dengan slot HDMI, port USB dan LAN. Jadi, anda boleh sambungkan game console pada TV ini.

Malah, turut menyokong pelbagai aplikasi seperti Disney+ Hotstar, IQiYi, Unifi TV, HBO GO, weTV dan Viu dan boleh menonton saluran MYTV.

Mempunyai resolusi 4K UHD dan HDR10 di mana dapat menghasilkan visual yang lebih realistik, smooth dan terang.

Bahagian audio pula, jangan risau kerana menggunakan Dolby Audio dan DTS Studio Sound yang dapat memberikan impak bunyi seakan-akan berada di teater.

mulai
RM2,788.00
Semak LG 65” UQ75 Series 4K Smart UHD TV with AI ThinQ® 65UQ7550PSF harga dibawah:
add_circle Mempunyai Bluetooth & Wifi
add_circle Menyokong YouTube, Netflix
add_circle Boleh diguna untuk main game
remove_circle Refresh rate hanya 60Hz
remove_circle Tidak menyokong Google Assistant

Dapatkan pengalaman menonton drama dan video muzik kegemaran yang mengasyikkan dengan TV berukuran 65 inci jenama LG ini. 

Ini kerana mempunyai paparan visual 4K UHD dan Cinema serta Filmmaker Mode. 

Malah dengan HDR10 Pro pula, visual dalam setiap adegan yang dipaparkan adalah sangat realistik dan terang. 

Bagi yang sukakan sukan, TV LG ini dapat menjadi ‘rakan baik’ anda kerana mempunyai Sports Mode dan Sports Alert.  

Selain itu, bahagian sistem perisian webOS ini juga mempunyai web browser untuk memudahkan anda melayari internet. 

Turut boleh dikawal dengan suara tanpa alat kawalan jauh kerana menggunakakan teknologi intelligent ThinQ AI.

Skyworth 65%22 4K UHD Android Smart TV 65SUC6500
mulai
RM2,751.21
Semak Skyworth 65" 4K UHD Android Smart TV 65SUC6500 harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Visual jelas dan terang
add_circle Bluetooth
add_circle Smartphone screen mirror
remove_circle Kualiti suara kurang memuaskan

TV 65 inch terbaik dari Skyworth ini mempunyai Google Play, jadi boleh download aplikasi penstriman kegemaran seperti Netflix, YouTube, VIU dan VIKI. 

Selain itu, TV Android ini lengkap dengan sambungan Bluetooth, slot untuk USB, AV dan HDMI ports

Setiap visual dan audio yang dihasilkan juga jelas dan terang kerana menggunakan HDR 10, DTS Studio Sound dan Dolby Digital. 

Paling menarik, anda boleh menggunakan suara untuk mencari drama kegemaran. Tak perlu tekan butang remote pun! 

Jangan risau, sangat mesra pengguna, jadi kanak-kanak dan warga emas boleh guna dengan mudah.

PRISM+ Q65-QE Quantum Edition 4K Android10.0 TV 65 inch
mulai
RM2,999.00
Semak PRISM+ Q65-QE Quantum Edition 4K Android10.0 TV 65 inch harga dibawah:
add_circle Menyokong Google Assistant
add_circle Boleh dikawal dengan suara
add_circle Visual jelas dengan HDR10
add_circle Waranti 2 tahun

Dengan skrin sebesar 65 inci dan resolusi 4K, segala visual kelihatan realistik dan terang. 

TV dengan sistem Android 10 ini juga mempunyai ciri Chromecast built-in dan Google Play.  Jadi, boleh muat turun pelbagai aplikasi termasuklah WeTV, VIU dan YouTube. 

Malah, dengan teknologi Quantum IPS Panel, paparan visual tetap jelas walaupun TV ditonton dari mana-mana sudut. 

TV PRISM+ menggunakan sistem Dolby Audio dan TruSurround Sound yang akan menjadikan ruang tamu anda seperti dalam pawagam. 

Turut mempunyai Bluetooth, HDMI dan USB port serta boleh disambung dengan Wi-Fi.


Berbaloi Tak Kalau Beli TV Saiz 65 inci? 

Jika ruang tamu atau ruang menonton di kediaman anda bersaiz medium atau besar, memang berbaloi untuk dapatkan televisyen yang bersaiz 65 inci. 

Anda perlu mengambil kira jarak dari kabinet TV dengan tempat duduk atau sofa agar pengalaman menonton lebih mengasyikkan. 

Ini kerana jika ruang menonton anda bersaiz kecil atau sempit, TV bersaiz 65 inci tidak begitu sesuai kerana ia boleh menyebabkan pandangan atau mata berasa tidak selesa. 

Selain itu, TV yang terlalu besar di ruang yang kecil juga boleh menyebabkan anda terpaksa menggerakkan kepala ke kiri dan kanan ketika menonton. 

Jadi, saiz TV yang mahu dibeli perlu bersesuaian dengan saiz ruang menonton anda. 


Berapa Jauh Patut Kita Duduk Untuk Menonton TV Saiz 65 inci? 

Untuk mendapatkan pengalaman menonton yang memuaskan dengan TV bersaiz 65 inci, anda digalakkan untuk berada antara 8 (2.4384 m) hingga 13.5 kaki (4.1148 m) jauhnya daripada skrin TV.


Artikel Berkaitan

End of Article