Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
AOC (1)

Tanggapan AOC U8030 QLED TV - Google TV Harga Mampu Milik

Tak la mahal sampai kena ikat perut sebulan!

Table of Contents

Mungkin ramai yang beranggapan AOC adalah syarikat pembuatan monitor semata tapi sebenarnya tak.

AOC merupakan satu jenama besar yang menjual lebih dari satu billion skrin di serata dunia antaranya China, Mexico, Brazil dan Thailand.

Kalau anda nak tahu juga, AOC telah beroperasi selama 50 tahun dan berjaya menghasilkan TV dan monitor yang telah dijalankan ujian sebelum memasuki pasaran.

Kini, jenama ini telah melancarkan model televisyen terbaru mereka, AOC U8030 TV yang mempunyai panel beresolusi 4K dengan kadar penyegaran 60Hz .

Bukan itu saja, televisyen ini dilengkapi dengan Google TV yang telah dimuat naik semua tayangan hiburan yang anda perlukan.

Model TV  AOC U8030 terdiri daripada tiga saiz antaranya 50 inci, 55 inci dan 65 inci.

Menariknya lagi kami dapat merasai sendiri pengalaman TV AOC paling besar iaitu 65 inci dan ini yang kami dapat ulas.


Rekaan

Secara jujurnya, TV AOC 65U8030 sangat menakjubkan kerana rekaanya hampir tiada bezel kecuali bahagian bawah untuk menggabungkan dengan tapak kaki TV.

Manakala bahagian lubang port, mereka letak pada kawasan yang mudah untuk disambungkan dengan pelbagai peranti.

Jadi maksudnya anda boleh cucuk wayar console game atau soundbar dengan mudah.

Bukan itu saja, bahagian alat kawalan jauh juga direka selesa apabila dipegang.

Rekaanya juga membuatkan anda dapat mengawal Google TV dengan lebih mudah kerana anda boleh menetapkan aplikasi kegemaran untuk akses lebih pantas hanya menggunakan butang Daily Key.

Ini merupakan ciri unik yang ada pada TV AOC 65U8030 kerana kebanyakan TV lain hanya boleh membuat ketetapan shortcuts untuk aplikasi saja.

Tapi lain pula dengan TV model AOC ini kerana hanya satu butang Daily Key, anda boleh pilih perkhidmatan penstriman degan lebih mudah.


Paparan

Seterusnya, skrin QLED TV AOC 65U8030 mempunyai warna yang cukup baik walaupun anda lihat skrin TV daripada pelbagai sudut yang berbeza.

Lagipun TV ini menyokong HDR10+, jadi tidak hairanlah ia berprestasi baik apabila berkaitan dengan ketepatan warna.

Seperti TV yang lain, TV AOC 65U8030 juga menawarkan pelbagai profil gambar yang anda boleh pilih mengikut pilihan sendiri.

Kami juga mendapati mod Standard dan Vivid adalah yang terbaik, kerana memberikan pengalaman tontonan terbaik dari segi warna dan saturation

Disebabkan warna dan saturation skrin TV ini tepat menjadikan sudut tontonannya sangat baik sekaligus menghilangkan kesukaran anda untuk mengalihkan TV ini di mana saja.


Bunyi

Kemudian, kami lihat pula bahagian bunyi dimana TV AOC 65U8030 mempunyai kualiti bunyi yang cukup baik kerana menggunakan sistem audio Dolby Atmos.

Sistem audio ini dapat memberikan bunyi yang cukup jelas seperti dalam wayang dan dapat meningkatkan penjelasan audio secara keseluruhan.

Erti kata lain, apabila bunyi dari adegan berat seperti mempunyai letupan, bunyi yang dihasilkan sangat memuaskan.

Kami juga mendapati bahawa audio berbunyi paling baik apabila mod DTS dihidupkan.

Senang kata, sesuai bagi anda yang inginkan TV yang berteknologi dengan harga mesra bajet.


Software

Inilah antara yang menarik minat kami pada features TV AOC 65U8030 ini kerana menggunakan Google TV berbanding Android TV.

Ini menjadikan penggunaan anda lebih mudah dengan TV ini, tak perlu lagi signing in akaun yang baru, guna saja akaun Google yang sedia ada.

Bukan apa, kini hampir semua jenis TV memerlukan anda untuk log masuk sekurang-kurangnya satu akaun Google untuk mengaktifkannya.

Jadi dengan semua aplikasi Google akan disambungkan dengan serta-merta pada TV.

Maksudnya anda tak perlu lagi menaip email yang sama beratus kali setiap kali anda paut ke peranti baru yang lain.

Apabila pautan ini dapat diaktifkan, secara automatik Google Play Store boleh muat turun pelbagai aplikasi bagi meningkatkan kepelbagaian penggunaan TV anda.


Kesimpulan

Dengan harga yang ditetapkan untuk TV sebesar 65 inci ini, kami berpendapat bahawa TV AOC U8030 adalah pesaing yang hebat untuk TV harga mampu milik. 

Secara keseluruhannya, TV AOC 65U8030 merupakan pilihan televisyen yang bagus untuk mereka yang mempunyai bajet tapi mencari tontonan hiburan yang berkualiti.

[Artikel ini kerjasama bersama AOC]


Artikel Berkaitan

End of Article