Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 TV 32 Inch Terbaik di Malaysia 2024 (Android TV, 4K TV, dsb.)

Jom beli TV baru!

Jika anda bercadang untuk membeli sebiji TV yang dapat melengkapi ruangan kecil, kami ada senarai TV 32 inch terbaik.

Saiz TV ini bukan saja sesuai untuk diletakkan di ruangan kecil tapi sesuai untuk mereka yang baru saja memulakan hidup.

Jangan risau, TV 32 inch yang kami senaraikan ini terkini dengan harga yang berpatutan.


Senarai 7 TV 32 Inch Terbaik

TV 32 inch terbaik secara keseluruhan
Xiaomi
Xiaomi Mi P1 TV 32” Smart TV
Semak Xiaomi Mi P1 TV 32” Smart TV harga dibawah:
add_circle Menyokong resolusi HD
add_circle Audio terbaik (Dolby Audio™)
add_circle Tersedia dengan braket untuk wall mount
remove_circle Tidak menyokong gambar resolusi tinggi (4K UHD)

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama yang semakin dipercayai selain output audio dan visual terbaik untuk hiburan serta permainan video

Ciri-ciri:

Smart TV dari Xiaomi ini direka khas untuk hiburan di rumah serta bermain permainan video.

Mempunyai 1GB RAM, 4GB ROM dan processor 64-bit quad-code yang laju semasa bergaming. 

TV ini juga mempunyai AV Interface untuk memudahkan sambungan kepada konsol game serta Interface Ethernet dan Wi Fi untuk streaming hiburan yang anda inginkan.

Review:

“Memang puas hati. Gambar terang dan sharp. Kualiti terbaik”

TV 32 inch yang full HD
Samsung
Semak Samsung 32” Smart LED TV harga dibawah:
add_circle Beresolusi HD penuh sehingga 1080p
add_circle Warna visual terbaik
remove_circle Tidak tersedia fungsi Android TV

Samsung 32 inch LED HD TV ini menyokong resolusi HD penuh sehingga 1080p.

TV ini juga mempunyai fungsi Clean View yang mana pengguna boleh selaraskan untuk mendapatkan output visual yang dikehendaki.

TV ini juga mempunyai ciri Wide Colour Enhancer, yang mana warna gambar TV ini lebih jelas berbanding TV jenama lain.

TV 32 inch murah (bawah RM500)
MEGRA 32” LED TV (DVBT-2) Built in MYTV
Semak MEGRA 32” LED TV (DVBT-2) Built in MYTV harga dibawah:
add_circle Resolusi full HD
add_circle Tersedia dengan MYTV
add_circle Harga mampu pilik
remove_circle Perlukan Android Box

TV 32 inch terbaik ini tidak tersedia dengan Android, jadi anda memerlukan Android box jika mahu menonton rancangan di aplikasi penstriman OTT seperti Netflix.

Tapi TV ini tersedia dengan MYTV yang membolehkan anda menonton saluran digital TV tempatan secara jelas.

Tersedia dengan fungsi PVR (private video recording) di mana anda boleh merekod rancangan kegemaran anda dan simpan dalam pendrive.

GELL Smart TV 32 Inch Digital LED TV With MYTV
Semak GELL Smart TV 32 Inch Digital LED TV With MYTV harga dibawah:
add_circle Menyokong resolusi 1080p (HD)
add_circle Tersedia dengan MYTV
add_circle Skrin jenis LED
remove_circle Tidak menyokong resolusi 2K atau 4K
remove_circle Jenama kurang terkenal

TV 32 inch berjenama Gell ini dilengkapi dengan sistem operasi Android dan skrin jenis LED. 

Malah tersedia dengan port USB, HDMI, AV dan AR supaya anda boleh menyambung kepada device lain seperti konsol permainan, komputer, speaker dan sebagainya. 

Tapi, anda tidak perlu sambung kepada Android Box lain kerana TV ini sudah tersedia dengan aplikasi kegemeran anda seperti Netflix dan Youtube.

Android TV 32 Inch Terbaik
Toshiba
TOSHIBA Smart LED TV 32” HD Basic
Semak Toshiba Smart LED TV 32” HD Basic harga dibawah:
add_circle Tersedia dengan Android TV
add_circle Rekaan borderless (skrin lebih luas)
add_circle Audio terbaik (Dolby Audio™)
remove_circle Menyokong HD sehingga 720p

TV 32 inci terbaik berjenama Toshiba ini pilihan tepat ditambah baik dengan ciri ‘Color Re-master’ yang mana warnanya lebih terang dan hidup.

Gambar dan bunyi TV ini juga berkualiti tinggi; menyokong paparan sehingga 720p HD dan dikuasakan dengan Dolby Atmos, supaya audio bak dalam pawagam.

TV ini juga sudah tersedia dengan aplikasi penstriman OTT seperti Netflix, Youtube, Amazon Prime Video.

Erti kata lain, pengguna hanya perlu log masuk dan tonton sahaja, tanpa perlukan Android Box.

TV 2K 32 inch terbaik
Sharp
SHARP AQUOS 32 Android TV
Semak Sharp Aquos 32" Android TV harga dibawah:
add_circle Menyokong resolusi UHD 2K
add_circle Tersedia dengan Android TV
add_circle Gambar yang terang
remove_circle Tidak menyokong resolusi 4K

TV 32 inch SHARP AQUOS ini mempunyai ciri wide color HDR 10 yang dikuasakan oleh X2 Master Engine. 

TV 32 inch terbaik ini juga tersedia dengan pelbagai aplikasi seperti Netflix, Youtube dan sebagainya.

Malah, juga tersedia dengan fungsi kawalan suara dengan menggunakan Google Assistant, jadi anda tidak perlu menaip jika ingin membuat carian. 

Juga dilengkapi dengan fungsi Chromecast untuk ada pancarkan apa-apa sahaja daripada device anda.

TV 32 inch untuk PS4
WEYON Smart TV 32 inch LED TV
Semak WEYON Smart TV 32 inch LED TV harga dibawah:
add_circle Beresolusi full HD
add_circle Mempunyai port HDMI untuk disambung ke PS4
remove_circle Jenama kurang popular

TV 32 inch berjenama Weyon ini merupakan smart TV yang bukan sahaja sesuai untuk hiburan, tetapi juga untuk permainan video seperti PS4. 

Pelbagai port seperti HDMI, USB, VGA, Ethernet dan RF turner supaya TV anda boleh disambungkan kepada device.

TV ini juga dilengkapi DVB-T2 MyTV, dimana anda boleh menonton rancangan di atas talian sekiranya ada dipasang siap.


Bagaimana Memilih Smart TV Yang Betul?

Pastikan Smart TV yang anda pilih boleh muat turun segala jenis aplikasi tidak kira untuk bermain game, menonton filem menerusi Netflix dan YouTube atau melayari internet.

Seterusnya, pastikan sistem wifi dalam keadaan baik dan menggunakan sistem TV yang terkini supaya tidak mudah lagging ketika anda menggunakan TV pintar.

Akhir sekali, lihat pada sistem operasi dan kemampuan TV tersebut supaya pembelian anda berbaloi. 


Apa Beza LED dan LCD?

Sebelum membuat pembelian TV, pastikan anda mengetahui jenis dan spek TV yang ada.

Jangan main beli je, takut tidak mencapai standard. Antara perkara yang anda perlu ambil tahu adalah perbezaan skrin LED dan LCD.

  • LCD

LCD atau Liquid Crystal Display muncul sekitar akhir 1990-an yang mana mempunyai skrin yang lebih nipis.

Manakala, pada awal tahun 2000, anda mempunyai pilihan dua teknologi panel datar: LCD atau Plasma.

Skrin plasma terdiri daripada ribuan sel antara panel kaca dan setiap sel (piksel) memberikan bilangan warna yang berbeza, membuat visual lebih cantik dan kelihatan jelas.

  • LED

LED atau Light-Emitting Diode muncul pada pertengahan 2010 dimana mempunyai teknologi lebih kurang dengan paparan LCD.

Cuma apa yang membezakan, LED tidak menggunakan lampu CCFL tapi terdapat LED kecil digunakan sebagai lampu latar.

Lampu kecil ini dipasang di sepanjang tepi skrin pada panel tepi, yang membolehkan TV LED menjadi lebih nipis dan visual lebih bagus. 

Jom saksikan video di bawah untuk penerangan lebih jelas.


Artikel Berkaitan

End of Article