Jawapan ringkas: smart TV murah terbaik keseluruhan di Malaysia buat masa ini ialah Toshiba Smart TV 32" HD 32V31LP, RM789 di Shopee Malaysia (harga disahkan 2 Oktober 2026), sesuai untuk bilik tidur atau ruang tamu kecil yang mahukan jenama TV Jepun yang dipercayai tanpa bayar harga besar. Senarai penuh 8 pilihan di bawah RM2,000 ada di bawah, ikut saiz skrin dan keperluan anda.
Fungsi televisyen pada zaman kini sudah seperti telefon pintar mudah alih dimana anda boleh melayari internet, memuat naik aplikasi, mendengar lagu, membuat panggilan dan bermacam lagi.
Kandungan
- Bagaimana Kami Memilih Senarai Ini
- Berapa Harga Smart TV Ikut Saiz di Malaysia?
- Senarai 8 Smart TV Terbaik Bawah RM2000
- Terbaik Keseluruhan: Toshiba Smart TV 32" HD 32V31LP
- Terbaik Jenama Jepun Dipercayai: Sharp AQUOS TV HD 32"/42"/50"/55"/60"
- Terbaik Untuk Panggilan Video: Philips 32 Inch Pixel Plus HD LED TV 32PHT5678
- Paling Murah: DTAC Smart TV 32 Inci Android 14
- Terbaik Bilik Tidur Sederhana: Hisense 43" Full HD Smart TV A4000K Series
- Terbaik Ekosistem Google Play: Xiaomi Mi P1 TV 32" Smart TV
- Terbaik Untuk Peminat Filem: Hisense E6Q 4K UHD Dolby Vision Smart TV (43-75 Inci)
- Terbaik Skrin Besar Ruang Tamu: Hisense 50" 4K Smart Ultra HD LED TV
- Cara Pilih Smart TV
- Apa Kelebihan Smart TV?
- Smart TV vs. Android TV
- Soalan Lazim
- Artikel Berkaitan
- Panduan berkaitan
Televisyen jenis ini dipanggil smart TV, tapi apa yang membezakan adalah resolusi, saiz skrin, jenama, audio dan ciri-ciri yang lain.
Cuma semakin canggih spek sesebuah TV, semakin tinggilah harga smart TV.
Jadi kami bantu anda untuk dapatkan jenama TV terbaik bawah RM2000 tapi setanding dengan smart TV mahal.
Jom lihat senarai smart TV Malaysia yang murah dan terbaik di bawah.
Hisense 50" 4K Smart Ultra HD LED TVRM1,387Shopee
Hisense 43" Full HD Smart TV A4000K SeriesRM999Lazada
Toshiba Smart TV 32" HD 32V31LPRM789Lazada
Sharp AQUOS TV HD 32"/42"/50"/55"/60"RM739Lazada
Philips 32 Inch Pixel Plus HD LED TV 32PHT5678RM779Shopee
DTAC Smart TV 32 Inci Android 14RM489Shopee
Xiaomi Mi P1 TV 32" Smart TVRM1,199Lazada
Hisense E6Q 4K UHD Dolby Vision Smart TV (43-75 Inci)RM1,299Shopee
Bagaimana Kami Memilih Senarai Ini
Kami semak setiap harga terus di Shopee Malaysia pada 2 Oktober 2026, bukan salin dari senarai lama. Tujuh model dalam senarai lama sudah tidak dijual di Shopee Malaysia (Hanier, StarWorld, EXPOSE, MEGRA, GELL dan dua model Sakura), jadi kami keluarkan kesemuanya dan gantikan dengan 8 model yang benar-benar masih dijual hari ini, daripada jenama yang lebih dikenali seperti Toshiba, Sharp, Philips, Hisense, Xiaomi dan DTAC.
Setiap pilihan di bawah dipilih untuk kegunaan yang berbeza: ada yang bajet paling murah, ada untuk bilik tidur, dan ada untuk ruang tamu yang perlukan skrin besar. Bukan sekadar senarai panjang, tapi ikut keperluan sebenar pembeli.
Berapa Harga Smart TV Ikut Saiz di Malaysia?
Harga smart TV di Malaysia bergantung besar pada saiz skrin. Daripada senarai pilihan kami di atas, berikut harga sebenar ikut saiz:
- 32 inci: RM489 hingga RM1,199 (DTAC 32 inci RM489 paling murah, Toshiba 32V31LP RM789, Xiaomi Mi TV P1 32 inci RM1,199 paling mahal dalam senarai ini)
- 43 inci: RM999 hingga RM1,299 (Hisense A4000K RM999, Hisense E6Q 43 inci dari RM1,299)
- 50 inci: dari RM1,387 (Hisense 4K Ultra HD LED TV)
Untuk saiz 55 inci dan 65 inci, tiada pilihan dalam senarai bawah RM2,000 ini kerana harga skrin sebesar ini biasanya melebihi bajet tersebut. Semakan pasaran kami di Shopee Malaysia pada 2 Oktober 2026 dapati smart TV 55 inci jenama Hisense (4K UHD) bermula sekitar RM1,622, manakala 65 inci bermula sekitar RM2,222, jadi jika bajet anda di bawah RM2,000, kekal pada saiz 50 inci ke bawah.
Senarai 8 Smart TV Terbaik Bawah RM2000
Terbaik Keseluruhan: Toshiba Smart TV 32" HD 32V31LP
Toshiba kekal pilihan utama kami kerana jenama Jepun yang dipercayai, reka bentuk bezelless dan harga yang masih di bawah RM800 walaupun sukar dicari di kedai fizikal.
2 lagi
Sebab menjadi pilihan utama:
Toshiba smart TV mempunyai reka bentuk bezelless dalam saiz 32 inci dan direka di Jepun, mempunyai kualiti paparan terbaik untuk tontonan seisi keluarga.
Ciri-ciri:
Mempunyai resolusi skrin HD Ready 720p, DTS Virtual X, Regza Power Audio dan kuasa output pembesar suara 10W + 10w.
Dilengkapi dengan Regza Engine Hg, Essential Contrast Booster, Contrast Booster, pengurangan bunyi Digital, pengoptimum Gambar, Mod Permainan, dan Mod Sukan.
Turut menyokong Netflix, Youtube, Amazon Prime Video, rakaman PVR, rakaman USB-HDD, rakaman memori USB, dan time shift.
Untuk sambungan, TV mempunyai WiFi terbina dalam, dual band WiFi, pemain media USB, media USB (2.0 x 2), dan HDMI x 2.
Review:
"TV channel boleh download di Google Apps Store, tak payah susah-susah beli moderm baru dah. Suara jelas dan imej grafik yang mantap. Memang berbaloi beli."
Terbaik Jenama Jepun Dipercayai: Sharp AQUOS TV HD 32"/42"/50"/55"/60"
Sharp AQUOS sesuai untuk ruang tamu atau bilik ibu bapa yang mahukan jenama TV yang sudah lama dikenali di Malaysia, dengan teknologi X2 Master Engine Pro untuk gambar lebih tajam.
3 lagi
Bagi yang mencari smart tv untuk ruang tamu atau rumah mak tersayang, beli je Sharp Aquos.
TV ini dilengkapi dengan teknologi X2 Master Engine Pro, panel VA, dan HDR 10 untuk memberikan gambar yang lebih tajam dan terang.
Bunyi sekeliling juga asli dan mempunyai audio Dolby untuk audio yang jelas.
Ciri kawalan auto volume juga memastikan bahawa anda tidak terlepas satu suara, walaupun semasa adegan aksi yang sengit.
Bagi ciri pintar, TV ini dilengkapi dengan pemproses quad-core dan menggunakan operasi Android Versi 9.0.
Dari segi sambungan, TV jenama Sharp ini mempunyai 3 port HDMI v1.4, HDMI-ARC, headphone, 2 port USB 2.0, Chromecast terbina dalam, Bluetooth Versi 5.0, dan Wireless LAN.
Terbaik Untuk Panggilan Video: Philips 32 Inch Pixel Plus HD LED TV 32PHT5678
Reka bentuk bezelless dan pemproses gambar Pixel Plus HD pada Philips ini menjadikannya pilihan selesa untuk panggilan Zoom atau mesyuarat di rumah, bukan sekadar untuk tonton TV.
1 lagi
Pertimbangkan model Philips 32 inci dengan jaminan 2 tahun ini untuk dijadikan sebagai smart TV semasa panggilan zoom.
Smart TV ini mempunyai pemproses gambar pixel plus HD dan reka bentuk bezelless yang sesuai untuk panggilan zoom.
Selain itu, model Philips juga mempunyai pembesar suara RMS 10 watt dan Dolby Bass.
Ciri ini memberikan pengalaman audio yang mengasyikkan, membolehkan anda menikmati sepenuhnya filem, rancangan TV dan muzik kegemaran.
TV ini juga mempunyai main balik USB yang mudah untuk filem, muzik, dan foto.
Beratnya hanya 3kg dan pasang je TV ini di dinding.
Skrin TV nampak besar dan bunyi tanpa speaker lagi sedap, terutamanya bila layan movie!
Paling Murah: DTAC Smart TV 32 Inci Android 14
Bawah RM500, DTAC ini TV Android paling murah dalam senarai ini dan sesuai sebagai TV kedua di bilik tidur, walaupun paparan hanya 2K dan audio asas sahaja.
2 lagi
Terbaik Bilik Tidur Sederhana: Hisense 43" Full HD Smart TV A4000K Series
Saiz 43 inci pada harga bawah RM1,000 menjadikan Hisense A4000K ini pilihan seimbang untuk bilik tidur besar atau ruang keluarga kecil yang tidak mahu skrin 32 inci sahaja.
2 lagi
Dengan reka bentuk tanpa bezel yang ramping, TV ini tersedia dalam ukuran 32", 40", dan 43".
Mempunyai resolusi 1366 x 768, sambungan WiFi, Bluetooth 5.0, kontras tinggi dan resolusi HD yang memberikan visual lebih jelas.
Selain itu, natural colour enhancer menghidupkan lagi visual filem kegemaran anda.
Terdapat juga satu input RF, satu input AV, dua port USB 2.0, satu output audio digital optik, satu port earphone dan dua input HDMI (2.0 dan1.4).
Dilengkapi Chromecast dan akses satu sentuhan kepada penstriman popular seperti YouTube, Netflix dan Prime Video.
Output kuasa audio setiap saluran ialah 10 watt, dan terdapat dua pembesar suara dengan Dolby Audio dan DTS Virtual X yang memberikan pengalaman audio lebih mendalam.
TV ini juga mempunyai ciri Pemasa, antara muka pengguna yang dikuasakan oleh Android R, dan keupayaan carian suara serta mudah dipasang dengan pelekap dinding.
Terbaik Ekosistem Google Play: Xiaomi Mi P1 TV 32" Smart TV
Bagi yang sudah biasa dengan telefon Android, Xiaomi Mi TV P1 memudahkan akses terus ke Google Play Store dan aplikasi Android lain berbanding smart TV jenama lain dalam senarai ini.
1 lagi
Terbaik Untuk Peminat Filem: Hisense E6Q 4K UHD Dolby Vision Smart TV (43-75 Inci)
Dolby Vision pada Hisense E6Q memberikan kontras dan warna filem yang lebih baik berbanding model 4K biasa, sesuai untuk yang kerap tonton Netflix atau Prime Video pada waktu malam.
1 lagi
Terbaik Skrin Besar Ruang Tamu: Hisense 50" 4K Smart Ultra HD LED TV
Untuk ruang tamu yang perlukan skrin lebih besar tanpa keluar bajet RM2,000, Hisense 50 inci ini resolusi Ultra HD 3840x2160 dan harganya kini lebih rendah berbanding beberapa bulan lalu.
3 lagi
Sekiranya anda sedang mencari tv yang tahan lama dan mempunyai kualiti gambar yang sharp, belilah TV Ultra HD 3840x2160 yang hadir dengan reka bentuk bezel-less yang menarik.
TV ini menawarkan resolusi gambar yang sangat tinggi, jadi anda boleh melihat gambar yang sangat tajam dan jelas.
Anda boleh menonton video atau filem, seolah-olah anda berada dalam adegan itu sendiri.
Jadi, jika anda seorang penggemar filem, anda pasti akan menyukainya.
Mempunyai pelbagai pilihan sambungan untuk menyesuaikan dengan keperluan anda seperti AV Input, USB, Optical Digital Audio Output (SPDIF), HDMI dan earphone jack.
Paling penting, anda boleh menghubungkan peranti anda seperti laptop atau konsol permainan dengan mudah.
Anda juga boleh menonton video dalam format UHD (4K) secara terus dari internet.
Turut mempunyai sound yang berkualiti tinggi dengan teknologi Dolby Audio dan fungsi User Interface: VIDAA U5, Smartphone Remote Control Application dan banyak lagi.
Cara Pilih Smart TV
Jika anda sedang mencari Smart TV yang terbaik, ikuti je panduan di bawah;
-
Saiz Skrin
Pilih saiz skrin yang sesuai dengan saiz ruang.
Jika ruang besar, boleh pilih Smart TV skrin 43 inci ke atas. Tapi jika ruang kecil, saiz 32 inci sudah mencukupi.
-
Resolusi Paparan
Pertimbangkan TV dengan resolusi minimun 4K untuk visual yang lebih sharp.
-
Sistem Operasi
Pastikan Smart TV menggunakan sistem pengoperasian yang mudah digunakan seperti Google TV, Android TV, WebOs dan VIDAA OS.
-
Sistem Audio
Smart TV dengan sistem audio seperti Dolby Digital dan DTS studio memberi audio berkualiti dan lebih immersive.
-
Harga
Sebelum beli TV, pastikan ia sesuai dengan budget dan mempunyai ciri-ciri lain seperti kawalan suara, speaker kuat, 1 HDMI port, 2 post USB dan integrasi smart home.
Apa Kelebihan Smart TV?
Tidak seperti TV LED atau LCD biasa, smart TV boleh disambungkan dengan WiFi dan internet, jadi anda boleh mengakses lebih banyak rancangan menerusi aplikasi seperti Netflix dan YouTube.
Lagipun, smart TV lebih mudah digunakan berbanding TV Android terutamanya jika anda kurang mahir dengan sistem Android.
Beberapa model smart TV juga menampilkan fungsi suara Google Assistant yang memudahkan anda mencari dan menonton movie kegemaran secara online.
Manakala, dari segi prestasi pula, TV pintar juga dikatakan lebih laju berbanding Android.
Televisyen jenis smart TV lazimnya dilengkapi dengan fungsi screen mirroring di mana anda boleh tonton video terus daripada telefon pintar selepas disambung pada skrin TV.
Paling best, terdapat sesetengah model smart TV boleh dikawal dengan telefon pintar saja jadi tidak perlu guna alat kawalan jauh untuk mengawal.
Malah, smart TV juga boleh digunakan untuk melayari laman web dan bermain game.
Pendek kata, 10 dalam 1 untuk sesi hiburan di rumah.
Anda juga boleh dengarkan penjelasan di bawah untuk mengetahui kelebihan smart TV.
Smart TV vs. Android TV
Peranti elektronik canggih seperti TV Pintar atau TV Android sememangnya perlu ada di setiap rumah.
Namun, adakah anda tahu perbezaan antara TV ini?
|
Ciri |
Smart TV |
Android TV |
|
Sistem operasi |
Biasanya menggunakan sistem selain android seperti webOS, Tizen, Smart Central |
Menggunakan sistem Android TV |
|
Aplikasi |
Terhad kepada aplikasi yang dibangunkan dalam TV seperti Netflix, YouTube, dan Amazon Prime Video |
Mempunyai akses ke Google Play Store dan boleh memasang pelbagai aplikasi Android lain |
|
Kawalan Suara |
Ada yang menyokong kawalan suara (bergantung pada jenama) |
Menyokong Google Assistant untuk kawalan suara |
|
Antara Muka Pengguna |
Antara muka pengguna dibangunkan oleh pengeluar dan mudah digunakan |
Antara muka Android biasa dan sedikit mengelirukan untuk pemula |
|
Pengalaman Pengguna |
Berbeza mengikut pengeluar |
Konsisten |
|
Harga |
Lebih mahal berbanding Android TV |
Biasanya lebih murah |
Soalan Lazim
Adakah smart TV bawah RM500 berbaloi dibeli?
Berbaloi sebagai TV kedua atau untuk bilik tidur. DTAC 32 inci dalam senarai ini (RM489) sudah ada Android 14, Netflix dan YouTube terus dari kotak, cuma paparan 2K sahaja dan audio asas, jadi bukan pilihan terbaik untuk ruang tamu utama.
Apa beza Google TV, Android TV dan smart TV biasa?
Android TV dan Google TV kedua-duanya berasaskan sistem Android dan boleh pasang aplikasi dari Google Play Store. Smart TV biasa (seperti Toshiba dan Sharp dalam senarai ini) guna sistem sendiri (contohnya VIDAA atau webOS) yang lebih ringkas tapi aplikasi terhad kepada yang dibangunkan dalam TV.
Saiz TV berapa inci sesuai untuk bilik tidur?
32 hingga 43 inci biasanya cukup untuk bilik tidur, bergantung pada jarak duduk. Untuk ruang tamu yang lebih luas, pertimbangkan 50 inci ke atas seperti pilihan Hisense dalam senarai ini.
Perlukah beli soundbar berasingan?
Kebanyakan smart TV bajet bawah RM1,000 guna pembesar suara kecil terbina dalam yang cukup untuk bilik tidur, tapi jika guna di ruang tamu untuk tonton filem, soundbar berasingan akan beri hasil yang lebih baik berbanding speaker TV sahaja.
Berapakah harga TV 32 inci di Malaysia?
TV 32 inci paling murah dalam senarai ini ialah DTAC pada RM489, manakala jenama lebih dikenali seperti Toshiba bermula RM789 dan Xiaomi Mi TV P1 pada RM1,199. Harga sebenar bergantung pada jenama, resolusi dan sistem operasi TV.
Berapakah harga TV 55 inci atau 65 inci di Malaysia?
Kedua-dua saiz ini biasanya melebihi RM1,500, jadi tiada dalam senarai bawah RM2,000 ini. Semakan kami di Shopee Malaysia pada 2 Oktober 2026 dapati model Hisense 4K UHD 55 inci bermula sekitar RM1,622 dan 65 inci sekitar RM2,222.




