Kelengkapan Rumah

10 Meja Makan Untuk ‘Bonding Time’ Bersama Keluarga Dengan Lebih Selesa

Meja makan ada yang diperbuat dari marble atau kayu. Ada yang reka bentuk minimalis & tradisional. Ini senarai meja makan terbaru yang bagus & harganya.


Editor · 21 May 2020, 12:22am

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Meja Makan Untuk ‘Bonding Time’ Bersama Keluarga Dengan Lebih Selesa

Apabila tiba musim perayaan, sudah pasti ramai yang mahu menceriakan rumah dengan menukar perabot baru, cat baru dan juga langsir baru. Dalam banyak-banyak perabot dirumah, set meja makan merupakan salah satu elemen penting kerana selain daripda di ruang tamu, keluarga juga akan duduk bersama-sama dan bersembang ketika makan di ruangan makan. 

Jadi, apa kata tahun ini kita skip tukar sofa baru dan gantikan set meja makan pula!

Kandungan

Apakah tips bagi memilih meja makan yang sesuai dan tahan lama?

Antara tips yang boleh diambil kira dalam memilih meja makan adalah:

  • Ukur ruang makan – pastikan anda ukur dengan betul ya. Jangan agak-agak ukuran kerana setelah meletakkan set meja makan, ruangan harus ada lebihan 42 inci untuk keselesaan bergerak.
  • Pilih bentuk meja makan – untuk ruangan kecil, meja berbentuk bulat adalah pilihan ideal manakala untuk ruangan luas, boleh pilih meja berbentuk segi empat. 
  • Pemilihan material yang betul – untuk jaminan ketahanan meja makan berbelanjalah sedikit untuk membeli meja makan yang dihasilkan dari kayu keras seperti mahogany, walnut, maple, oak atau jati. Buat anda yang kurang gemar material kayu, boleh pilih meja metal atau marble.
  • Konsep atau tema – pastikan set meja makan anda kena dengan tema yang telah ditetapkan untuk ruangan makan anda. Contohnya, gaya moden, klasik, minimalis dan lain-lain.
  • Tempat duduk yang cukup – pilih set meja makan yang sesuai dengan saiz isi rumah.

Sekarang apa kata kita lihat jenis-jenis meja makan yang terdapat dipasaran. Manalah tahu ada yang berkenan di hati, bolehlah order untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. Jom kita lihat!

10 Meja Makan Untuk Jamu Selera Bersama Keluarga

Meja makan terbaik untuk ruangan kecil dengan harga mampu milik 1 daripada 10
Small Apartment Dining Table
Partnership with
Dari RM150
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Meja kecil ini sesuai untuk rumah dengan ruang makan yang kecil. Ianya boleh dilipat jika tidak dipakai. Saiznya sesuai untuk pasangan baru berkahwin ataupun rumah bujang. Meja ini mempunyai ruangan dibawah untuk meletakkan barang. Harganya mampu milik untuk meja yang berkualiti.

Meja makan bulat dengan reka bentuk minimalis pilihan terbaik 2 daripada 10
Minimalist White Round Dining Table
Partnership with
Dari RM179.52
Lihat harga di Shopee Malaysia

Buat anda yang lebih gemar meja makan berbentuk bulat, meja dengan rekaan minimalis ini pilihan terbaik. Ianya mudah untuk dipasang dan boleh memuatkan sehingga 4 orang. Rekaan sebegini sesuai untuk ruang kecil dan apa jua konsep yang anda inginkan.

Meja makan mudah alih untuk orang sakit 3 daripada 10
AMGO Hospital Medical Adjustable Height Over Bed Table
Partnership with AMGO
Dari RM193.88
Lihat harga di Shopee Malaysia

Buat anda yang mempunyai ahli keluarga sakit dan tidak boleh bergerak dengan banyak,  pastikan beli sahaja meja mudah alih ini. Ianya mempunyai roda, boleh diubah-alih dan dilaraskan mengikut ketinggian yang diingini. Meja ini sama seperti meja yang kita oleh lihat di hospital.

Meja makan boleh lipat dengan ruang penyimpanan 4 daripada 10
Sancy Folding Table Restaurant Furniture Dining Table (CT043)
Partnership with
Dari RM210.30
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Jika anda mempunyai rumah dengan ruangan yang sangat limited, anda harus memiliki meja makan boleh lipat ini. Setelah dilipat ianya hanya sebesar 30.5cm x 80.5cm x 77.5cm, menjimatkan ruangan penyimpanan. Apa yang menarik adalah, kerusinya juga boleh diletakkan di dalam meja sebelum dilipat. Anda juga akan mempunyai ruang penyimpanan ekstra.

Meja makan dengan reka bentuk moden kontemporari pilihan terbaik 5 daripada 10
Modern Contemporary Dining Table Set with 4 Chairs – White
Partnership with
Dari RM419
Lihat harga di Shopee Malaysia

Inginkan ruang makan anda tampil bersih dan simple? Nah, apa kata beli sahaja meja ini. Ianya mudah untuk dipadankan dengan apa jua hiasan dan perabot lain. Boleh memuatkan 4 orang, meja ini dihalusi dengan PU gloss diatasnya untuk memberi kilat yang cantik.

Meja makan untuk 4 orang dan dilengkapi kerusi bench 6 daripada 10
Contemporary Dining Table With Chairs and Bench Set
Partnership with
Dari RM549
Lihat harga di Lazada Malaysia

Beri sentuhan kelainan dengan menggunakan bench sebagai kerusi makan. Meja untuk 4 orang ini didatangi dengan 2 kerusi individu dan 1 bench panjang yang boleh memuatkan 2 orang. Ia memberi feel yang lebih kontemporari dan sesuai untuk ruang makan bersaiz sederhana. 

Jika mahu, anda boleh menambah 2 lagi kerusi di bahagian atas dan hujung meja mengikut keperluan masing-masing.

Meja makan kayu yang boleh dipanjangkan dan tahan lama 7 daripada 10
Bailey Dining Sets Solid Wood Extendable Table with 4 Chairs
Partnership with
Dari RM688
Lihat harga di Lazada Malaysia

Mahukan meja yang boleh dipanjangkan? Meja ini bukan sahaja boleh dipanjangkan dan memuatkan lebih banyak kerusi, ianya juga diperbuat daripada kayu Rubberwood untuk menjamin ketahanannya. Tak perlu lagi mengambil meja lain dari stor. Hanya sambung panel tengah-tengah semudah 1 2 3.

Meja makan muat untuk 6 orang – jamu selera bersama keluarga 8 daripada 10
Scandinavian Dining Set
Partnership with
Dari RM1,299
Lihat harga di Shopee Malaysia

Meja makan ini bersaiz standard, sesuai untuk isi rumah 6 orang. Ianya simple dan mudah untuk dipasang. Meja ini diinspirasikan dari tema Scandinavian atau Nordic yang bercirikan clean dan sleek. Anda boleh memilih dari 3 warna kayu yang berbeza. 

Diperbuat daripada kayu Rubberwood, set meja makan ini dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Terbaik untuk ruang makan dengan tempered glass dan kerusi cushion 9 daripada 10
Dining Set 3x5ft Tempered Glass Dining Table with Cushion Chair
Partnership with
Dari RM899
Lihat harga di Lazada Malaysia

Jika anda mencari meja makan kaca, ini untuk anda. Meja makan kaca lebih mudah untuk dibersihkan dan senang untuk dijaga. Ianya tidak mudah pecah kerana diperbuat daripada tempered glass. Set ini didatangi dengan 6 buah kerusi makan jenis cushion untuk keselesaan yang lebih. Ianya kukuh dan tahan lama kerana dihasilkan dari kayu.

Meja makan marble sesuai untuk memuatkan sehingga 8 orang 10 daripada 10
Bahagia Bimba 1+8 Dining Set
Partnership with Bahagia
Dari RM5,123.75
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Jika anda mempunyai keluarga yang besar dan mahukan meja yang tahan lama, pilihlah meja makan ini. Ianya diperbuat daripada kayu dan batu marmar dan dilengkapi dengan 8 buah kerusi makan. Kelebihan menggunakan batu marmar pada meja makan adalah ianya kalis air dan pasti tidak akan mengembang apabila lama diguna. 

Set meja makan ini akan memberi mood yang lebih tradisional dan sophisticated pada ruangan makan.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation