Jawapan ringkas: laptop gaming terbaik dengan nilai keseluruhan di Malaysia ialah Asus TUF Gaming A15 (Ryzen 7-8845H, RTX 3050 4GB, skrin 144Hz), RM3,899 di Shopee Malaysia (harga disemak 17 September 2026). Untuk prestasi paling tinggi tanpa mengira harga, Alienware M18 R2 pada RM13,550 adalah pilihan teratas.
Kami semak semula 10 laptop gaming ini pada 17 September 2026. Satu model (Lenovo Legion 7) tidak lagi dijual secara aktif di Shopee Malaysia, jadi digantikan dengan Lenovo Legion 5 15AGP11 (skrin OLED 165Hz) daripada jenama yang sama. Harga 9 model lain disemak dan dikemas kini terus daripada penyenaraian Shopee Malaysia yang dipautkan.
Kandungan
- Terbaik nilai keseluruhan: Asus TUF Gaming A15
- Terbaik bajet paling rendah: Gigabyte G5 GE
- Terbaik untuk pelajar: MSI GF63 Thin
- Terbaik kualiti paparan: Asus ROG Strix G15
- Terbaik jenama korporat: Dell Gaming Laptop G15
- Terbaik reka bentuk ringan: HP OMEN Gaming Laptop 16
- Terbaik skrin OLED: Lenovo Legion 5 15AGP11
- Terbaik untuk peminat Alienware: Alienware X17 R1
- Terbaik prestasi tinggi: Acer Predator Helios Neo 16
- Terbaik prestasi premium: Alienware M18 R2
- Bagaimana Kami Pilih
- Panduan berkaitan
| Model | Skrin | GPU | Harga (RM) |
|---|---|---|---|
| Asus TUF Gaming A15 | 15.6" 144Hz | RTX 3050 4GB | 3,899 |
| Gigabyte G5 GE | 15.6" | RTX 3050 4GB | 3,999 |
| MSI GF63 Thin | 15.6" 144Hz | RTX 3050 4GB | 4,900 |
| Asus ROG Strix G15 | 15.6" | RTX (varies by unit) | 4,975 |
| Dell Gaming Laptop G15 | 15.6" 165Hz | RTX 3060 | 6,399 |
| HP OMEN Gaming Laptop 16 | 16" | RTX (varies by unit) | 7,599 |
| Lenovo Legion 5 15AGP11 | 15.3" OLED 165Hz | RTX (varies by unit) | 8,080 |
| Alienware X17 R1 | 17" | RTX 30-series | 8,200 |
| Acer Predator Helios Neo 16 | 16" WQXGA | RTX (AI series) | 8,439 |
| Alienware M18 R2 | 18" | RTX 40-series | 13,550 |
Lenovo Legion 5 15AGP11RM8,080Shopee
Dell Gaming Laptop G15RM6,399Shopee
Asus ROG Strix G15RM4,975Shopee
Alienware X17 R1RM8,200Shopee
Acer Predator Helios Neo 16RM8,439Shopee
MSI GF63 ThinRM4,899.90Shopee
Gigabyte G5 GERM3,999Shopee
Alienware M18 R2RM13,550Lazada
HP OMEN Gaming Laptop 16RM7,599Shopee
Asus TUF Gaming A15RM3,899Shopee
Terbaik nilai keseluruhan: Asus TUF Gaming A15
2 lagi
- Processor: AMD Ryzen™ 7 7435HS
- OS: Windows 11
- Graphic: NVIDIA® GeForce RTX™ 4050
- RAM: 16GB
- Storage: 512GB
- Skrin: 15.6 inci
Sebab menjadi pilihan utama:
Kalau korang cari laptop gaming yang seimbang dari segi prestasi, paparan dan rekaan, Asus TUF Gaming A15 ini layak jadi pilihan utama.
Nak main game berat macam game AAA pun boleh, tak ada masalah!
Ciri-ciri:
Dikuasakan cip AMD Ryzen™ 7 7435HS bersama GPU NVIDIA® GeForce RTX™ 4050, laptop ini cukup berkuasa untuk permainan AAA dan tugasan grafik berat.
Skrinnya pula berukuran 15.6 inci FHD dengan kadar segar semula 144Hz dan sokongan G-Sync, memberi pengalaman visual yang lancar dan warna yang tepat, sesuai untuk gamer yang juga buat kerja kreatif.
Tambahan pula, laptop ini hadir dengan 16GB RAM DDR5 dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 512GB yang boleh dinaik taraf, jadi korang ada ruang untuk fail game yang besar dan loading yang pantas.
Teknologi MUX Switch dan Advanced Optimus juga memastikan prestasi grafik optimum tanpa menjejaskan hayat bateri.
Dengan berat sekitar 2.2kg dan bateri 90Wh, ia masih boleh dianggap mudah dibawa.
Papan kekunci RGB 1-zon dan sistem penyejukan efisien juga menunjukkan bahawa Asus benar-benar memahami keperluan gamer moden.
Ia bukan sekadar “gaming look”, tapi dibina untuk prestasi jangka panjang.
Sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah mesin serba boleh untuk gaming, kerja berat dan juga hiburan.
Review:
"ASUS TUF Gaming A15 menawarkan prestasi gaming mantap dengan CPU Ryzen 7 dan GPU RTX 4050. Boleh main Cyberpunk 2077 pada tetapan tinggi melebihi 70fps. Paparan 144Hz memberi pengalaman imersif dan binaannya terasa kukuh. Reka bentuk ringkas tapi menarik, menjadikannya pilihan boleh tahan untuk gamer yang utamakan ketahanan."
Terbaik bajet paling rendah: Gigabyte G5 GE
2 lagi
- OS: Windows 11 Home
- Grafik: GIGABYTE G5 GE
- RAM: 8GB DDR4 (Extra 1 slot , Max 64GB)
- Storage: 512GB M.2 NVME (Extra 1 M.2 Slot)
- Skrin: 15.6" FHD 144Hz Display
- CPU: Intel® Core™ i5-12500H
Korang sedang mencari laptop gaming mampu milik yang mempunyai ciri-ciri berkualiti? Gigabyte G5 GE ada apa yang korang cari.
Dengan harga bermula dengan bawah RM3,500, korang akan dapat laptop dengan saiz paparan 15.6 inci Full HD, dengan refresh rate yang tinggi 144Hz.
Selain itu, laptop ini turut hadir bersama dengan sistem operasi Windows 11 Home yang baru, jadi korang akan dapat segala update terbaru dari Windows.
Storan dalaman pula bermula dengan 512GB dan mempunyai 1 slot tambahan sekiranya korang nak naik taraf kemudian.
Untuk bahagian port, korang akan dapat pelbagai port yang boleh digunakan serentak dan bateri laptop ini juga tahan lama.
Cooling fan untuk laptop ini juga dikatakan bagus dan mampu menyejukkan laptop dengan baik, bagaimanapun bunyi cooling fan sedikit bising dan mungkin akan membuatkan korang rasa terganggu.
Terbaik untuk pelajar: MSI GF63 Thin
2 lagi
- OS: Windows 11 Home
- Grafik: RTX 4050, GDDR6 6GB
- RAM: DDR IV 8GBx2 / 16GBx2 / 32GBx2 (3200MHz)
- Storage: 512GB NVMe PCIe SSD Gen4x4
- Skrin: 15.6" FHD (1920 x 1080)
- CPU: Alder Lake i5-12450H
Jenama laptop MSI agak sinonim dengan jenama laptop gaming, dan kalau korang mencari laptop bawah RM5,000, korang boleh dapatkan MSI Thin GF63.
Laptop ini mempunyai kualiti dan prestasi keyboard yang agak baik, mampu memberi respon yang pantas dan rasa papan kekunci yang selesa digunakan.
Walaupun laptop ini tidak boleh digunakan untuk bermain game yang memerlukan kapasiti GPU dan grafik yang tinggi, ia tetap boleh digunakan untuk bermain mid-range game seperti Call of Duty dan Far Cry 3 tanpa masalah lagging.
Selain nipis dan ringan bagi sebuah laptop gaming, ia juga mempunyai kualiti binaan yang baik dan tidak terasa seperti sebuah laptop yang murah.
Bagaimanapun, bateri laptop ini tidak tahan lama dan memerlukan korang untuk menyambungkan pada charger jika mahu gunakan selama berjam-jam.
Secara keseluruhan, laptop ini berbaloi untuk dibeli dan korang boleh pilih untuk dapatkan saiz RAM 8GB, 16GB atau 32GB mengikut bajet dan keperluan korang.
Terbaik kualiti paparan: Asus ROG Strix G15
1 lagi
- Processor: AMD Ryzen™ 7 6800H
- OS: Windows 11 Home
- Graphic: NVIDIA® GeForce RTX™ 3070 Ti 8GB
- RAM: 16GB DDR5
- Storage: 1TB PCIe 4.0 SSD
- Skrin: 15.6 inci FHD, 300Hz, 100% sRGB
Sebuah laptop gaming yang menawarkan pilihan untuk naik taraf RAM sehingga 32GB untuk tingkatkan prestasi laptop, bersama dengan reka bentuk laptop gaming yang sesuai dengan jiwa gamers.
Harga laptop gaming Asus ini tidak terlalu mahal dan sangat berbaloi untuk dibeli memandangkan ia merupakan laptop yang dihasilkan khas untuk gaming.
Bateri laptop Asus ROG Strix G15 (2022) ini juga antara yang terbaik, boleh bertahan sehingga 11 jam semasa guna untuk melayari web dan sehingga 8 jam untuk menonton video.
Untuk storan dalaman, korang akan dapat storan sebanyak 512GB, manakala saiz RAM bermula dari 8GB dan boleh ditingkatkan sehingga 32GB.
Reka bentuk pula memang tidak boleh dinafikan, ia mempunyai corak dan design sebuah gaming laptop yang sangat menarik dan menepati cita rasa gamers.
Kualiti prestasi laptop ini juga cukup menyakinkan dengan pemproses AMD Ryzen™ 7 6800H Mobile Processor dan menggunakan grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 3050.
Korang tentu akan dapat paparan kualiti yang terbaik, cukup memuaskan untuk layan apa jua jenis game.
Akhir sekali, korang akan dapat menggunakan sistem operasi Windows 11 Home yang terkini.
Terbaik jenama korporat: Dell Gaming Laptop G15
- OS: Window 10 Home
- Grafik: NVIDIA® GeForce RTX™ 3050 4GB GDDR6
- RAM: 8GB DDR4
- Storage: 512GB SSD
- Skrin: 15.6 inch
- CPU: 10th Gen Intel Core i7
Dell G15 antara model bagi siri gaming laptop dari Dell yang sangat mendapat sambutan kerana berbekalkan microchip dari Intel Core i7 dan 8GB RAM.
Penggunaan microchip tersebut sekaligus tidak menunjukkan sebarang kekurangan dalam laptop ini malah lebih bagus.
Storage yang digunakan agak besar dan ditambah pula storage tersebut adalah SDD sekaligus membuatkan penggunaan untuk bermain game sangat lancar.
Paparan skrin seluas 15.6 inci sama dengan gaming laptop yang lain tapi apa yang lebih menarik adalah kad grafik yang digunakan adalah paling tinggi dalam pasaran sekarang.
Lihat pada reka bentuknya pula memang dikhaskan mudah dibawa kemana-mana tidak seperti sesetengah gaming laptop yang lain.
Terbaik reka bentuk ringan: HP OMEN Gaming Laptop 16
1 lagi
- Processor: Intel i7 Gen 13 ke i9 Gen 13/ AMD Ryzen 9
- OS: Window 11
- Graphic: Nvidia RTX 4070
- RAM: 16 GB
- Storage: 1TB
- Skrin: 16 inci
Kalau korang cari laptop dengan design yang tidak terlalu menonjol, ringan dan mampu bermain game dalam tetapan tertinggi, laptop ini adalah pilihan korang.
Comel dan bertenaga, tetapi korang masih memerlukan cooler disamping korang setiap masa kerana ia cepat panas.
Processor yang tersedia mengikut keperluan korang, sama ada korang team Intel atau team AMD Ryzen.
Jika Intel, laptop ini mempunyai pilhan daripada Intel i7 Gen 13 hingga i9 Gen 13 manakala untuk AMD, hanya AMD Ryzen 9 sahaja yang di sediakan.
OS yang diberikan adalah Window 11 home edition tidak termasuk Microsoft office.
Graphic yang digunakan untuk laptop ini adalah Nvidia RTX 4070 DDR6 yang sesuai untuk game masa kini supaya peluang kemenangan ketika bermain online game lebih tinggi.
RAM yang di sediakan adalah 16 GB untuk memastikan game korang berjalan dengan lancar dan tidak lag.
Manakala, storage yang dibekalkan adalah 1TB yang sudah memcukupi untuk korang main pelbagai game dan simpan hasil kerja korang.
Lebar skrin yang berukuran 16-inch 1920x1200 @ 165Hz, 16-inch 2560 x 1600 @ 240Hz dan 16-inch 2560 x 1600 Mini LED @ 240Hz membuatkan warna pada skrin laptop lebih menonjol.
Terbaik skrin OLED: Lenovo Legion 5 15AGP11
- OS: Window 10 Home
- Grafik: GeForce RTX 2070
- RAM: 32GB DDR4
- Storage: 2 TB M.2 2280 SSD
- Skrin: 15.6 inch
- CPU: 10th Gen Intel Core i7
Lenovo Legion 7i mempunyai keunikan tersendiri kerana laptop ini dikatakan antara model yang terbaik dalam siri Legion dari Lenovo.
Graphic Card yang digunakan cukup tinggi dan sudah cukup untuk menarik perhatian pembeli yang ingin mencari sesuatu yang sangat berkuasa.
Dengan kadar screen refresh rate setinggi 240hz sudah cukup untuk seseorang bermain game dengan puas hati.
Selain itu, reka bentuk luaran laptop dikelilingi dengan lampu RBG yang sangat sinonim bagi semua gamers.
RAM yang terdapat pada laptop ini sudah cukup tinggi dan disertakan 2TB SSD membuatkan prestasi laptop sangat smooth semasa menggunakannya.
Inilah kelainan yang ada pada laptop yang susah untuk dapatkan dari mana-mana laptop.
Terbaik untuk peminat Alienware: Alienware X17 R1
1 lagi
- OS: Windows 10 Home
- Grafik: Nvidia GeForce RTX 3080
- RAM: 32GB DDR4-3200
- Storage: 2x 1TB M.2 NVMe SSD in RAID0
- Skrin: 17.3" (3840 x 2160)
- CPU: Intel Core i7-11800H
Kalau korang sedang mencari laptop gaming yang mempunyai port Thunderbolt 4 untuk korang dapatkan kuasa pengecasan yang lebih pantas, Alienware X17 R1 merupakan laptop yang sesuai.
Laptop ini menawarkan kualiti paparan terbaik dengan Nvidia GeForce RTX 3080, mampu menjana paparan 4K yang jelas dan segala grafik kelihatan hidup.
Selain itu, reka bentuk laptop ini juga kelihatan moden dan menarik, sangat sesuai dengan cita rasa gamers yang mahukan laptop gaming terbaik.
Dari segi port, korang tak perlu risau sebab ia mempunyai port yang mencukupi untuk korang gunakan seperti Thunderbolt 4, USB Type-A 3.2 Gen 1, USB Type-C 3.2 Gen 2, Ethernet, HDMI 2.1, Micro SD card slot, Mini DisplayPort 1.4, dan 3.5 mm headphone/mic jack.
Bagaimanapun, laptop ini dikatakan cepat panas jika digunakan dalam masa yang lama, jadi mungkin korang perlu dapatkan alat cooling tambahan untuk dipasang pada laptop ini.
Terbaik prestasi tinggi: Acer Predator Helios Neo 16
2 lagi
- OS: Windows 11 Home
- Grafik: Nvidia GeForce RTX 4060
- RAM: 16GB DDR5 / 4800MHz
- Storage: 512GB PCIe Gen 4 SSD
- Skrin: 16" (1920 x 1200)
- CPU: Intel Core i7-13700HX
Harga laptop Acer Predator mungkin sedikit mahal, tetapi ianya berbaloi untuk dibeli sekiranya korang nak sebuah laptop gaming dengan 100% sRGB.
Bateri laptop ini dikatakan boleh bertahan sehingga 9 jam semasa menggunakannya untuk menonton video 4K secara berterusan.
Jadi untuk penggunaan biasa seperti melayari internet, ia mungkin boleh bertahan lebih lama dan untuk bermain game boleh tahan sehingga 5-6 jam tanpa perlu pasang charger.
Selain itu, laptop ini juga mempunyai prestasi yang bagus dengan GPU Intel Core i7-13700HX, menjadikan ia laptop yang tidak mudah lagging.
Dari segi port, korang juga akan mempunyai pelbagai pilihan port dan turut hadir dengan 2 port Thunderbolt 4 untuk korang gunakan serentak.
Untuk yang sukakan kekemasan, kedudukan trackpad yang tidak berada di kedudukan tengah mungkin sedikit mengganggu pandangan.
Terbaik prestasi premium: Alienware M18 R2
4 lagi
- Processor: Intel i7 Gen 14700 Core 20 ke i9 Gen 14900 Core 24.
- OS: Window 11 Home dan Window 11 Pro
- Graphic: Nvidia RTX 4070 GDDR6 ke RTX 4090 GDDR6
- RAM: 16GB ke 64 GB
- Storage: 1TB ke 4TB
- Skrin: 18 inci
Dengan mengikuti dan menggunakan speksifikasi yang terbaik pada masa kini, laptop yang bagus untuk gaming ini boleh menghadapi apa jua game dengan mudah dalam tetapan yang paling tinggi.
Laptop spec gaming ini mempunyai processor yang boleh di pilih daripada Intel i7 hingga ke Intel i9 dan Operating System (OS) dibekalkan adalah Window 11 Home dan Pro yang boleh di pilih ketika pembelian.
Graphic yang boleh di pilih ketika pembelian, Nvidia RTX 4070 8GB GDDR6,4080 12GB GDDR6 dan 4090 16GB GDDR6 untuk korang menikmati game seperti dalam dunia sebenar.
RAM juga boleh di pilih ketika pembelian, dari 16GB hingga ke 64GB untuk memastikan korang main game tanpa mengalami masalah frame rate drop.
Skrin laptop ini berkeluasan 18-inch QHD+ (2560 x 1600), 165Hz dan 18-inch FHD+ (1920 x 1200), 480Hz yang boleh dipilih ketika pembelian dan storage yang di berikan 1TB hingga ke 4TB.
Bagaimana Kami Pilih
Kami senaraikan model daripada RTX 3050 (bajet) hingga RTX 40-series (flagship) supaya pembaca pada mana-mana bajet ada pilihan. Setiap harga diambil terus daripada penyenaraian Shopee Malaysia yang dipautkan pada tarikh semakan; kami tidak gunakan harga jualan asal jenama kerana ia jarang sepadan dengan harga sebenar di pasaran tempatan.
GPU mana yang cukup untuk gaming AAA pada 1080p?
RTX 3050 (Asus TUF A15, Gigabyte G5 GE, MSI GF63 Thin) cukup untuk kebanyakan game popular pada tetapan sederhana-tinggi 1080p. Untuk tetapan tinggi/ultra atau resolusi lebih tinggi, cari model dengan RTX 3060 ke atas seperti Dell G15 atau Acer Predator Helios Neo 16.
Berbaloikah beli laptop gaming atas RM10,000?
Hanya jika anda benar-benar perlukan prestasi flagship (contohnya Alienware M18 R2 dengan RTX 40-series) untuk kerja kreatif berat seperti render 3D atau video 4K, bukan sekadar gaming. Untuk gaming sahaja, RM4,000 hingga RM8,000 sudah memberi pengalaman yang sangat baik.
Adakah laptop gaming sesuai dibawa ke kelas atau pejabat?
Model 15.6 inci yang lebih ringan seperti Asus TUF Gaming A15 atau MSI GF63 Thin lebih sesuai dibawa berbanding model 17 hingga 18 inci seperti Alienware X17 R1 dan M18 R2, yang direka untuk kekal di atas meja.
Perlukah saya risau tentang bekalan kuasa (adapter) yang besar?
Ya, kebanyakan laptop gaming berkuasa tinggi (terutamanya model RTX 3060 ke atas) datang dengan adapter kuasa yang besar dan berat, tambahan kepada berat laptop itu sendiri. Ambil kira ini jika anda kerap membawa laptop keluar.




