Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Ultrabook terbaik

Jangan Keliru Dengan Laptop, Ini 8 Ultrabook Memang Korang Kena Beli

Disebabkan ultrabook dan laptop lebih kurang sama jadi kami akan senarai ultrabook terbaik untuk anda.

Ultrabook mula berkembang dalam dunia teknologi sekitar akhir tahun 2011.

Istilah Ultrabook merupakan kata tanda dagang oleh Intel bahawa mereka cuba menggunakan untuk menentukan satu set ciri tertentu untuk komputer riba.

Kini, terdapat beberapa ciri perlu diambil oleh komputer riba untuk menjadi Ultrabook sehinggakan perbezaan ultrabook dan laptop lebih kurang sama saja.

Jadi kami akan bantu anda senaraikan Ultrabook terbaik 2021 untuk anda.


Isi kandungan


8 Senarai Ultrabook Terbaik

Ultrabook touchscreen terbaik
Microsoft
Microsoft Surface 4
mulai
RM4,599.00
Semak Microsoft Surface 4 harga dibawah:
add_circle Skrin yang cantik
add_circle Ringan dan nipis
remove_circle Material yang digunakan senang menangkap habuk
remove_circle SSD perlahan
  • OS: Window 10 
  • Grafik: Intel Iris Graphic
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB SDD
  • Skrin: 13.5 inch 
  • CPU: AMD Ryzen 5

Ultrabook ini menggunakan processor dari AMD Ryzen 5 ini sangat sesuai dan disyorkan kepada mereka yang berada di dalam bidang designing kerana processor ini sangat stabil serta lancar ketika menggunakan.

RAM 8GB yang terdapat pada laptop ini sudah memadai untuk pengguna melakukan multitasking ketika membuat kerja yang memerlukan spesifikasi besar malah boleh dipertingkatkan sehingga 32GB mengikut kehendak pengguna. 

Skrin seluas 13.5’ pada laptop ini bukan seperti laptop biasa kerana skrin jenis touchscreen. Nampak lebih moden dan menarik. 

Bahagian kad grafik yang terdapat pada laptop ini ialah Intel Iris Graphic dimana dapat memberi paparan skrin laptop lebih jelas dan terang.

Baca juga: 7 Laptop Touchscreen Ini Juga Boleh Berfungsi Sebagai Tablet

Ultrabook terbaik untuk pelajar
Asus
Asus Zenbook 14 (UX425E-AKI487TS)-1
mulai
RM4,699.00
Semak Asus Zenbook 14 (UX425E-AKI487TS) harga dibawah:
add_circle Bateri yang tahan lama
add_circle Performance yang padu
remove_circle Tida Thunderbolt
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: Intel Iris Xᵉ Graphics
  • RAM: 8GB
  • Storage: 512GB SDD
  • Skrin: 14 inch 
  • CPU: Intel Core i7

Laptop ini menggunakan processor Intel Core i7 yang agak baru dipasaran dan sering menjadi pilihan pengguna yang mahukan fungsi laptop yang lancar dan smooth. 

Skrin seluas 14 inch disertakan dengan graphic card Intel Iris X Graphic sangat lain daripada kebanyakkan laptop kerana effect pada paparan skrin ini lebih menyerlah dan terang berbanding kebanyakkan laptop lain. 

Paparan resolusinya setinggi 1920X1080 sesuai untuk kegunaan yang biasa seperti menonton movie atau video di Netflix YouTube dan lain-lain.

RAM yang disertakan untuk laptop ini sebesar 8GB sudah cukup untuk melancarkan performance laptop ini tapi, dengan 512GB SSD membantu melancarkan lagi kerja yang dilakukan dalam laptop ini. 

Jika pengguna inginmenyimpan pelbagai jenis fail dan data di dalam laptop ini, tidak menjadi masalah. 

Ultrabook terbaik dengan bateri tahan lama
Hp
Hp Spectre X360 - 14EA0053TU
mulai
RM5,569.00
Semak Hp Spectre X360 14EA0053TU harga dibawah:
add_circle Reka bentuk yang marvelous
add_circle Bateri yang tahan lama
remove_circle Kipas laptop berbunyi jika digunakan dengan lama
  • OS: Window 10 
  • Grafik: Intel Iris Graphic
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB SDD
  • Skrin: 13.3 inch 
  • CPU: Intel Core i5

Laptop ini menggunakan processor Intel Core i5 yang memberi kelancaran sepenuhnya kepada performance kerja dan belajar ini. 

Berbekalkan RAM sebesar 8GB, laptop ini memberikan pengguna berkebolehan multitasking ketika menggunakannya. 

Ditambah pula storage jenis SSD sebesar 256GB jadi pelbagai data boleh disimpan di dalam laptop ini.

Skrin seluas 13.3’ ini diberikan sentuhan kad grafik Intel Iris Graphic menjadikan paparan laptop ini lebih terang serta jelas. 

Walaupun tidak menggunakan kad grafik yang maju seperti kebanyakkan laptop, namun paparan ini mampu mencecah resolusi yang tinggi iaitu 4K kerana skrin yang digunakan adalah jenis AMOLED.

Laptop ini juga nipis dan ringan sangat sesuai jika anda seorang yang sering kemana-mana dan bekerja.

Baca juga: 10 Laptop Dari Jenama HP Pilihan Ramai

Ultrabook terbaik untuk kerja
Honor
Honor Magicbook 15
mulai
RM2,499.00
Semak Honor Magicbook 15 harga dibawah:
add_circle Reka bentuk yang modern
add_circle Bateri yang tahan lama
remove_circle Webcam di barisan FN agak kekok ketika video call
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: AMD Vega 8
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB SDD
  • Skrin: 15.6 inch 
  • CPU: AMD Ryzen 5

Laptop ini menggunakan processor yang sering digunakan oleh designer iaitu AMD Ryzen 5 dan dijamin akan memberikan performance yang memuaskan.

RAM yang dimasukkan ke dalam laptop ini sebesar 8GB sama seperti kebanyakan laptop tapi processor yang digunakan membantu lagi menjadikan performance laptop ini lebih smooth. 

Walaupun skrin laptop ini kelihatan agak besar, 15’ tapi skrin laptop ini mempunyai  bezel-less yang dijamin sangat jelas.

Manakala, kad grafik yang digunakan pula sama dari pengeluar processor laptop ini iaitu AMD Vega 8.

Ultrabook Apple terbaik
Apple
Apple Macbook Pro M1 Chip-1
mulai
RM5,599.00
Semak Apple Macbook Pro M1 Chip harga dibawah:
add_circle Processor yang laju
add_circle Security yang ketat
remove_circle Tidak menyokong multiple display
  • OS: MacOS
  • Grafik: 8 Core Graphic
  • RAM: 8GB
  • Storage: 512GB SDD
  • Skrin: 13.3 inch 
  • CPU: Apple M1

Laptop keluaran syarikat Apple kali ini menggunakan processor dari keluaran mereka tersendiri iaitu Apple M1. 

Processor ini mempunyai banyak keistimewaannya tersendiri. Salah satunya tidak mengeluarkan bunyi bising serta kurang masalah lagging.

Walaupun bahagian RAM sebanyak 8GB, laptop ini tetap memberikan performance yang luar biasa kepada pengguna. 

Ruang simpanan laptop ini sebanyak 512GB, namun terdapat pilihan dimana pengguna boleh menambah sehingga 2TB.

Skrin seluas 13.3’ dan mempunyai Retina Display membuatkan apa sahaja yang terpapar pada skrin kelihatan nyata. 

Selain itu, papan kekunci laptop ini mempunyai touchbar yang kelihatan lebih moden.

Jika anda mempunyai produk Apple seperti iPhone atau iPad, laptop ini sangat disarankan untuk anda kerana ecosystem Apple yang berkait antara satu produk ke produk yang lain.

Ultrabook terbaik dan termurah
MSI
MSI Summit E13Flip - A11MT-209
mulai
RM5,999.00
Semak MSI Summit E13Flip A11MT-209 harga dibawah:
add_circle Performance yang lancar
add_circle Reka bentuk yang menarik
remove_circle Pilihan warna yang kurang menarik
  • OS: Window 10
  • Grafik: Intel Iris Xe Graphic
  • RAM: 16GB
  • Storage: 512GB SDD
  • Skrin: 13 inch 
  • CPU: Intel Core i5

Laptop dari MSI menggunakan Intel Core i5 sebagai processor memberikan performance yang lancar dan hampir tiada masalah lagging jika menggunakan dalam tempoh masa yang lama. 

RAM yang terdapat pada laptop ini sebesar 16GB menambahkan lagi kelancaran laptop ini bekerja dan memberikan laptop ini membuat kerja multitasking tanpa ada masalah.

Skrin seluas 13’ pada laptop ini mampu mencecah resolusi sehingga 1920x1080 dan bahagian kad grafik, ultrabook MSI E13 Flip menggunakan Intel Iris XE.

Jangan risau, saiz laptop ini sangat sesuai untuk mereka yang sering keluar kemana-mana terutama bagi mereka yang bekerja sebagai seorang freelance.

Ultrabook terbaik untuk programming
Asus Zenbook Duo UX482E-GHY071TS
mulai
RM5,779.00
Semak Asus Zenbook Duo UX482E-GHY071TS harga dibawah:
add_circle Bateri yang tahan lama
add_circle Reka bentuk yang menarik
remove_circle Agak berat
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: NVIDIA GeForce MX450
  • RAM: 8GB
  • Storage: 512GB SDD
  • Skrin: 14 inch + ScreenPad Plus 12.65
  • CPU: Intel Core i5

Laptop ini sangat canggih ini kerana menggunakan processor Intel Core i5 yang mana processor ini sesuai untuk kerja-kerja programming atau designing. 

Walaupun tidak menggunakan Intel Core i7 seperti laptop lain, namun performance laptop ini sudah cukup memuaskan.

RAM yang terdapat pada laptop ini sebesar 8GB memberikan kerja di dalam laptop ini bergerak dengan smooth. Ruang simpanan laptop ini pula sebesar 512GB dan juga menggunakan SSD yang sangat lancar.

Skrin laptop ini sebesar 14’ pada bahagian atas dan 12.65 ‘di bahagian papan kekunci laptop ini. Ya, laptop ini mempunyai dua skrin di atas dan bawah membuatkan laptop ini kelihatan sangat unik dan menarik. 

Lebih menarik lagi, skrin laptop ini jenis touchscreen jadi sangat memudahkan kerja.

Ultrabook terbaik untuk video editing
Dell
Dell XPS 17
mulai
RM5,499.00
Semak Dell XPS 17 9700 harga dibawah:
add_circle Spesifikasi yang berkuasa tinggi
add_circle Reka bentuk cantik dan memukau
remove_circle Pilihan Port yang terhad
  • OS: Window 10 Pro
  • Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2060
  • RAM: 32GB
  • Storage: 1TB SDD
  • Skrin: 17 inch
  • CPU: Intel Core i9

Laptop ini menggunakan processor Intel Core i9, terbaik dari ladang kerana processor mampu memberikan performance yang lancar, stabil dan of course tiada masalah lagging.

RAM yang terdapat pada laptop ini sebesar 32GB manakala ruang simpan pada laptop ini pula sebanyak 1TB sekaligus memudahkan anda simpan apa saja data dalam laptop ini. 

Disebabkan performance laptop ini terbaik, jadi saiz skrin laptop ini 17’ lebih besar berbanding laptop yang lain, "With great power there must also come great responsibility".

Manakala, kad grafik yang dipasang pada laptop ini ialah NVIDIA GeForce RTX 2060 dimana dapat memberikan paparan yang sangat jelas dan terang kepada pengguna dan mampu mencapai resolusi setinggi 4k.


Artikel Berkaitan

End of Article