Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Laptop Bawah RM2000 Terbaik untuk Student dan Pekerja

Laptop harga murah dengan kualiti terjamin!

Kini, laptop yang bagus merupakan keperluan untuk mereka yang bekerja atau pelajar sekolah mahupun universiti.

Tambah pula sekarang ramai boleh bekerja di rumah atau di mana-mana yang selesa, membuatkan memiliki laptop itu satu kemudahan untuk selesaikan kerja dengan mudah dan cepat. 

Jadi, ada laptop yang miliki spesifikasi yang bagus dan berkualiti dengan harga yang mampu milik adalah keinginan bagi memudahkan proses kerja anda.

Cuma tidak dinafikan, nak cari laptop harga murah dengan kualiti terjamin itu agak sukar.

Jom lihat senarai jenama laptop terbaik dengan harga murah bawah RM2,000. 


Senarai 8 Laptop Murah Dibawah RM2,000

Laptop terbaik secara keseluruhan
JOI
JOI Book 155 Pro
mulai
RM1,529.00
Semak JOI Book 155 Pro harga dibawah:
add_circle Pemproses Intel Celeron N4120 pantas
add_circle Ringan
add_circle Skrin IPS Full HD 14 ''
add_circle Jaminan JOI selama 1 tahun.
remove_circle Tiada pemacu optik.
  • OS: Window 10 Pro
  • Grafik: Intel UHD Graphic 600
  • RAM: 4GB DDR
  • Storage: 64gb eMMC HDD
  • Skrin: 14 inch
  • CPU: Intel Celeron Processor N4120

Jenama JOI merupakan jenama baru jika dibandingkan dengan jenama yang sudah ada dipasaran sekarang namun, tetap menjadi pilihan ramai kerana harga mampu milik, reka bentuk yang menarik dan moden.  

Model ini mempunyai kuasa cip Intel Celeron N4120 yang mana hanya boleh menggunakan kerja-kerja ringan berkaitan pejabat dan belajar. 

Bahagian graphic pula, model laptop ini menggunakan Intel UHD 600 dengan paparan skrin seluas 14 inci cukup untuk kegunaan seharian dimana ia tidak terlalu besar, tidak juga terlalu kecil dan mudah dibawa kemana-mana.

Fakta menarik mengenai JOI Book 155 Pro ini ialah model ini baru saja dilancarkan tahun ini pada bulan Januari. Jadi tidak hairanlah jika reka bentuk dan spesifikasi model ini tidak ketinggalan zaman.

Laptop terbaik untuk pelajar
Dell
Dell Latitude 3410-1
mulai
RM2,499.00
Semak Dell Latitude 3420 harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa kemana-mana
add_circle Processor yang laju
add_circle Pengecasan pantas
remove_circle Tiada graphic card
  • OS: Window 10 Pro
  • Grafik: Integrated Graphic
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB SDD
  • Skrin: 14.0 inch
  • CPU: Intel Core i5

Laptop Dell Latitude 3410 sangat sesuai untuk memastikan kerja atas talian anda berjalan dengan lancar.

Laptop ini cukup berbaloi untuk dimiliki kerana harganya yang setanding dengan performance yang diberikan. 

Ini kerana menggunakan Intel Core i5 yang dapat memberi performance yang lancar terutama ketika berkerja di atas talian 

Memiliki RAM sebesar 8GB yang menunjukkan laptop ini sudah cukup bagus dan jarang timbul masalah lagging. 

Lebih bagus lagi RAM laptop ini merupakan jenis DDR4 yang pasti tidak akan mengecewakan pengguna.

Bahagian ruang simpanan sebesar 256GB pula cukup untuk menyimpan data dan fail seleksi game anda. 

Apa yang lebih baik lagi storage ini adalah SSD yang memberikan pengguna pengalaman yang lancar.

Laptop ini juga menyediakan port yang pelbagai untuk pengguna menyambungkan apa sahaja yang dikehendaki misalnya monitor tambahan.

Skrin seluas 14.0’ pada laptop ini sangat relevan untuk laptop pada masa kini kerana dapat membantu melihat paparan dengan lebih jelas.

Laptop murah untuk penulis
Asus
Asus  BR1100FKA
mulai
RM1,588.00
Semak Asus BR1100FK-ABP0423R harga dibawah:
add_circle Kualiti
add_circle Skrin Sentuh
remove_circle Berat
remove_circle Jangka hayat bateri yang pendek
  • OS: Window 10 Pro
  • Grafik: Intel UHD Graphic
  • RAM: 4GB DDR4 up to 16GB
  • Storage: 128gb eMMC
  • Skrin: 11.6 inci LCD HD
  • CPU: Intel Celeron

Produk Asus kali ini direka khas untuk pelajar kerana memiliki reka bentuk yang unik serta senang untuk dibawa kemana mana. 

Tambah pula laptop ini 2 dalam 1 dimana boleh ditukar menjadi tablet dan dilengkapi dengan stylus pen yang disimpan dalam laptop ini. Menarik bukan? 

Paparan skrin seluas 11 inci agak sedikit kecil jika dibandingkan dengan produk yang lain. Namun, masih berbaloi jika anda adalah seorang pelajar untuk kegunaan kerja khursus.

Selain itu, skrin produk ini dibina dengan LCD menjadikan paparan lebih jelas dan terang.

Laptop ini disediakan dengan port USB antaranya ialah USB 2.0 Type A, USB 3.2 Type A, USB 3.2 Type C, HDMI 1.4, 3.5MM Combo Audio Jack, RJ45 Gigabit Ethernet dan DC in.

Laptop terbaik untuk guru
Hp
Hp Notebook 14s cf0042tx
mulai
RM2,199.00
Semak Hp Notebook 14s cf0042tx harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa
add_circle Kualiti yang memuaskan
add_circle Jangka hayat bateri yang lama
remove_circle Reka bentuk kurang menarik
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: AMD Radeon Graphic
  • RAM: 4GB DDR4
  • Storage: 128gb eMMC
  • Skrin: 14 inci
  • CPU: AMD 300 Series Processor

Model siri 14s direka khas untuk mereka yang bekerja kerana produk ini memberikan spesifikasi dan prestasi yang memuaskan. 

Dengan paparan skrin seluas 14 inci, produk ini dijamin mampu memberikan kepuasan jika anda ingin menonton movie atau video kerana sangat jelas dan terang. 

Selain itu, produk ini mempunyai Graphic Card AMD Radeon dan sesuai sekiranya anda ingin bermain game yang tidak terlampau tinggi seperti Valorant. Memang sesuai jika anda ingin mencari hiburan selepas tertekan dengan kerja yang banyak.

Laptop ini hadir dengan 2 port USB 2.0 Type A, USB 3.0 Type C, HDMI Port, Slot memori pelbagai, 3.5MM Jack Combo.

Jangan risau, kepada pelajar yang ingin menggunakan laptop model ini, boleh saja memandangkan laptop ini mudah dibawa kemana saja.

Laptop terbaik untuk forex
Microsoft
mulai
RM1,688.00
Semak Microsoft Surface Go 2 (STV-00007) harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa
add_circle Boleh berubah fizikal laptop ke tablet
remove_circle Aksesori dijual berasingan
  • OS: Window 10
  • Grafik: Intel UHD Graphic 615
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64gb eMMC HDD
  • Skrin: 10.5 inch
  • CPU: Intel Pentium Gold

Jenama Microsoft kali ini mengeluarkan satu produk lain daripada yang lain iaitu komputer riba Microsoft Surface Go 2 model STV-00007.

Apa yang menarik mengenai produk kali ini adalah model ini mampu mengubah fizikal komputer riba kepada sebuat tablet.

Bahagian CPU pula model ini menggunakan Intel Pentium Gold yang mampu memberikan kelancaran semasa menggunakannya.

Malangnya, model ini tidak sesuai jika ingin menggunakannya untuk kerja yang menggunakan software yang berat.

Paparan skrin seluas 10.5 inch pada produk ini menjadikan paparannya agak padat membuatkan produk ini khas untuk digunakan untuk tujuan pembelajaran.

Laptop terbaik untuk pdpr
Acer
Acer Aspire 3 A315-35-P5JS
mulai
RM1,988.00
Semak Acer Aspire 3 A315-35-P5JS harga dibawah:
add_circle Skrin Full HD yang luas
add_circle Harga mampu milik dengan spesifikasi gempak
remove_circle Agak berat untuk dibawa kemana-mana
  • OS: Window 10
  • Grafik: Intel UHD Graphic 615
  • RAM: 4GB 
  • Storage: 256 SDD
  • Skrin: 15.6 inch
  • CPU: Intel Pentium Silver N600

Laptop Acer model Aspire 3 A315-35-P5JS memperkenalkan sedikit kelainan iaitu dengan menambah SDD dalam model mereka kali ini. 

Sudah kita tahu bahawa SDD lebih baik berbanding HDD dari segi performance walaupun simpanan agak kecil. Namun itu tidak bukan isu penting. Oleh itu, Acer menambahkannya sebagai strategi mereka untuk menarik lebih ramai pengguna.

Paparan skrin yang lebih luas berbanding laptop lain pada harga yang mampu milik adalah amat sukar untuk dicari. 

Jadi pihak Acer dengan murah hati meletakkan skrin seluas 15.6’ untuk produk mereka yang mampu milik ini.

Laptop terbaik untuk kerja
Telcast F7S
mulai
RM1,329.00
Semak Telcast F7S harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Reka bentuk yang slim
remove_circle Alat ganti agak sukar dicari
  • OS: Window 10
  • Grafik: Intel UHD Graphic 500
  • RAM: 8GB 
  • Storage: 128 SDD
  • Skrin: 14.1 inch
  • CPU: Intel Celeron N3350

Laptop ini menggunakan processor Intel Celeron N3350 sesuai digunakan untuk bekerja dan belajar. 

Disebabkan processor yang digunakan laptop ini terhad jadi tidak sesuai digunakan untuk bermain game. Kaki gamers boleh lupakan model laptop ini.

Namun, bahagian paparan skrin laptop ini luas iaitu 14.1’ dan ditambah pula graphic card Intel UHD Graphic 500 membolehkan pengguna menonton movie secara Ultra HD menjadikan resolusi mampu mencecah sehingga 1920x1080. Netflix and Chill?

Ruang simpanan pula sebesar 128GB. Walaupun kedengaran agak kecil namun storage ini mempunyai kad SSD sekaligus menjadikan laptop ini bekerja dengan lebih laju dan lancar.

Laptop gaming murah
Lenovo
Lenovo Thinkpad X260
mulai
RM1,699.00
Semak Lenovo Thinkpad X260 harga dibawah:
add_circle Performance yang masih laju
add_circle Hardware senang untuk ditambah baik
remove_circle Agak berat
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: Intel UHD520
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256 SDD
  • Skrin: 12.5 inch
  • CPU: Intel Core i5

Jenama yang tidak lekang dari telinga apabila ditanya laptop mana yang tahan lasak untuk digunakan beberapa tahun akan datang dengan bajet yang terhad. 

Laptop ini dilengkapi dengan Intel Core i5 ini sudah cukup untuk anda melakukan kerja secara smooth walaupun laptop ini agak lama sejak dikeluarkan.

Ditambah pula dengan 256GB SSD menjadikan laptop ini memberikan kelebihan dari segi performance.

Skrin seluas 12.5 inch agak kecil untuk laptop pada masa kini namun tidak menjadi masalah jika anda mengidamkan sesuatu yang mudah dibawa kemana-mana.

Ini kerana bateri pada laptop ini agak tahan lama berbanding laptop yang lain.

Graphic card yang terdapat pada laptop ini iaitu Intel UHD520 memberikan paparan 1080hp tanpa masalah lagging.

Jika anda mencari laptop yang tahan lama serta lasak dengan bajet yang terhad, laptop ini amat sesuai untuk anda.  productnation


Bagaimana Cara Dapatkan Laptop Berkualiti Dengan Harga Yang Murah?

Laptop yang bagus adalah laptop dengan spesifikasi berkuasa, ringan, mempunyai rekaan menarik dan premium serta binaan tahan lasak. Jika anda mahu menjimatkan duit, dapatkan laptop yang bagus dengan harga murah.

Berikan perhatian ekstra ketika membeli laptop. Yang paling penting ialah laptop tersebut perlu mempunyai cip yang berkuasa. 

Disarankan anda untuk mencari laptop yang menggunakan sekurang-kurangnya cip i3 untuk Intel dan Ryzen 3 untuk AMD untuk pastikan laptop yang anda beli mampu bertahan selama mungkin tanpa sebarang lag dan murah.

Untuk jenis simpanan pula, laptop yang menggunakan SSD adalah lebih laju berbanding HDD.

Tapi, sebelum nak beli laptop pastikan ikut tips dalam video berikut.


Artikel berkaitan

End of Article