Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

5 Laptop Murah Terbaik Harga Bawah RM1500 Tahun 2023

Untuk belajar, kerja dan gaming, semuanya ada.

Penggunaan laptop sudah menjadi alat peranti wajib bagi orang yang bersekolah rendah sehingga dewasa.

Jadi, pemilihan spek laptop amat penting untuk cuma mungkin ada yang ingin mencari laptop dengan harga yang rendah.

Jom lihat 5 senarai laptop murah dan terbaik untuk bajet bawah RM1,500 yang kami carikan untuk anda.


Isi kandungan


5 Senarai Laptop Murah & Terbaik Untuk Bajet Bawah RM1,500

Laptop bawah RM1500 untuk gaming
DERE
DERE Official MBook M10
Semak DERE Official MBook M10 harga dibawah:
add_circle Mempunyai kamera hadapan
add_circle Mudah menaip
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Laptop refurbished
  • OS: Windows 10 Pro 64 Bit
  • Grafik: Intel HD Graphics
  • Memori: LPDDR4 6GB
  • Storage: 128GB SSD
  • Skrin: 15.6'
  • CPU: Intel Celeron N5100 / N5095 CPU

Laptop ini menggunakan CPU terbaru dari Jepun yang dikeluarkan tahun 2021; Intel Celeron N5100 dimana dapat memberi kelancaran ketika menggunakannya.

Bahagian keyboard pula bersaiz penuh jadi mudah dan pantas untuk anda menaip dan kuasa bateri pula 37000mWh dengan mempunyai teknologi fast chaging yang dapat bertahan selama 6 jam.

Disebabkan laptop ini mempunyai spek yang bagus jadi untuk kaki gamers, anda boleh beli laptop ini dengan harga bawah RM1500. Cuma, untuk permainan game yang berat tidak disarankan.

Laptop bawah RM1500 untuk pelajar
HP
hp probook 640
Semak HP ProBook 640 G2 - 6th Gen harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Processsor dinaik taraf
remove_circle Laptop refurbished
  • OS: Windows 10 Pro
  • Grafik: Intel® HD Graphics 520
  • Memori: Up to 16GB
  • Storage: 256GB
  • Skrin: 14” HD Screen
  • CPU: Intel Core i5

Laptop HP ProBook 640 G2 - 6th Gen kami senaraikan ini merupakan laptop refurbished dengan warranty selama 3 bulan.

Bagi pelajar yang memerlukan laptop untuk menghadiri kelas online, pilihan laptop ini adalah yang bagus kerana tidak memerlukan processor yang berat seperti editing, programming atau gaming.

Walaupun laptop ini dikategori dalam kumpulan refurbished tapi ketahanan bateri agak lama iaitu 6 jam bergantung kepada cara penggunaan.

Laptop bawah RM1500 untuk pelajar
BMAX
BMAX S13A Notebook 8GB LPDDR4
Semak BMAX S13A Notebook 8GB LPDDR4 harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Audio berkualiti
add_circle Nipis
remove_circle Tidak sesuai untuk pelajar tadika
  • OS: Windows 10
  • Grafik: Intel® 9th Gen LP HD Graphics 500
  • Memori: 8GB
  • Storage: 128GB SSD
  • Skrin: 13.3’ FHD
  • CPU: Intel® Celeron™ N3350 processor

Laptop ini sesuai untuk semua pelajar tidak kira pelajar sekolah rendah, menengah atau universiti kerana processor yang digunakan mampu menampung pelbagai kerja-kerja khusus.

Menarik lagi, laptop ini mempunyai pelbagai jenis HDMI yang memboleh laptop BMA S13A ini connect dengan projector, TV, webcam dan juga monitor untuk proses pembentangan.

Penggunaan audio pula, sangat berkualiti kerana terdapat Magic Audio System jadi, jika ada kelas atas talian, impak bunyi yang dikeluarkan memberi kepuasan ketika mendengar.

Ketahanan bateri pula mampu bertahan 6 hingga 8 jam jadi cukup untuk bertahan sepanjang proses pembelajaran untuk satu kelas dan anda juga boleh menambah memori SSD jika perlu.

Laptop bawah RM1500 untuk kerja
Dell
Dell Latitude E7250 Win 10 Pro
Semak Dell Latitude E7250 Win 10 Pro harga dibawah:
add_circle Terdapat barangan percuma
remove_circle Warranty hanya 3 bulan
  • OS: Windows
  • Grafik: Intel HD Graphics
  • CPU: Intel Core i5
  • Memori: 4GB RAM
  • Storage: 256GB SSD

Walaupun laptop terpakai tapi penggunaannya memuaskan untuk mereka yang bekerja kerana laptop initelah dinaik taraf bahagian prosessor supaya software asas seperti Powerpoint, Excel dan Microsoft Words dapat digunakan.

Malah, anda boleh dapat aksesori laptop secara percuma untuk pembelian laptop Dell Latitude E7250 dengan harga yang berpatutan.

Laptop bawah RM1500 dengan spek bagus
JOI Book Classmate 10
Semak JOI Book Classmate 10 harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Jangka hayat bateri yang tahan lama
remove_circle Reka bentuk kurang menarik
  • OS: Window 10 Pro
  • Grafik: Intel UHD 600
  • Memori: 4GB
  • Storage: 128GB eMMC Storage
  • Skrin: 11.6 inch
  • CPU: Intel Celeron N4020

Joi Book jenama agak baru di pasaran sekarang tapi tidak ketinggalan dalam mengeluarkan laptop yang mampu milik dan tahan lasak. 

Laptop ini tahan lasak dengan fungsi water and dust resistance sesuai untuk digunakan mereka yang menggunakan laptop untuk kerja-kerja berat atau memerlukan untuk dibawa keluar.

Jangan risau, dengan kuasa yang dibekalkan oleh Intel Celeron dan 4GB RAM ini tidak menunjukkan sebarang masalah ketika ingin melakukan kerja-kerja yang melibatkan atas talian.

Skrin seluas 11.6' dan graphic card Intel UHD 600 mampu memaparkan paparan yang jelas.


Tip Beli Laptop Murah

Bila timbul perkataan 'murah' pasti ada yang memikir kualiti yang tidak bagus lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan teknologi. 

Jangan fikir macam tu sebab ada sesetengah barangan teknologi memiliki spek yang tidak melebih sesuai dengan penggunaan sederhana.

Jadi, harga yang diberikan tidak tinggi kerana spek yang digunakan tidak seperti laptop canggih yang lain cuma perlu pertimbangkan beberapa perkara apabila membeli laptop murah. Antaranya...

  1. Warranty period - Elakkan membeli laptop yang mempunyai jangka hayat jaminan bawah dari 3 bulan kerana kebiasaanya laptop secondhand sekalipun, paling kurang 1 tahun warranty atau 3 bulan.
  2. Processor - Sebaiknya pilih laptop yang menggunakan processor Core i3 ke atas jika pembelian laptop secondhand kerana merupakan spek pertengahan.
  3. Boleh upgrade - Pastikan laptop boleh upgrade bahagian RAM dan terdapat slot RAM tambahan yang kosong untuk upgrade pada masa akan datang. 

Artikel Berkaitan

End of Article