Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
laptop acer

9 Laptop Acer Terbaru (2024) di Malaysia

Kecilkan carian dengan mencari laptop jenama Acer.

Agak sukar mencari spesifikasi laptop yang terbaik  lebih-lebih lagi apabila terdapat ribuan jenis laptop di pasaran. Rambang mata dibuatnya!

Jadi apa kata kecilkan carian dengan mencari laptop jenama Acer kerana kami ada 10 jenis laptop jenama Acer untuk anda pilih mengikut kesesuaian penggunaan.

Jangan risau, harga laptop kami senaraikan ada yang murah dan mahal. Pilih saja! 


Isi Kandungan


9 Senarai Laptop Acer Terbaru di Malaysia

Laptop acer untuk gaming
Acer Swift 3X (SF314-510G-503B)/(SF314-510G-54VJ)
Acer
mulai
RM3,499.00
Semak Acer Swift 3X (SF314-510G-503B)/(SF314-510G-54VJ) harga dibawah:
add_circle Bateri yang tahan sehingga 19 jam
add_circle Fungsi fingerprint
remove_circle Speaker yang kurang memuaskan

Sebab utama menjadi pilihan;

"Bukan saja boleh bermain game tapi sesuai untuk melakukan tugasan ringan,"

Ciri-ciri;

  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: Intel Irix XE Max
  • RAM: 16GB 
  • Storage: 512GB SSD
  • Skrin: 14 inch FHD
  • CPU: Intel Core i5 (11th Generation)

Laptop ini menggunakan CPU Intel Core i5 11th Generation yang bagus dan sangat disyorkan dan sesuai untuk anda yang mengidamkan sistem komputer riba yang lancar.

RAM yang ada dalam laptop ini 16GB sudah cukup pantas dan lancar untuk pengguna ditambah pula storage laptop ini sebesar 512GB SSD menambahkan lagi kelancaran laptop ini.

Skrin seluas 14 inci jadi dapat memberi paparan yang terbaik serta cerah dan sesuai untuk penggunaan menonton movie

Selain itu, laptop ini juga boleh bermain game kerana telah diuji dengan game terkenal seperti CSGO dan Dota 2. Hasilnya fps pada laptop ini mampu mencapai sehingga 164fps.

GPU yang terdapat dalam laptop ini ialah Intel Irix Max. Menarik bukan?

Reka bentuk laptop ini nipis serta mudah dibawa kemana-mana disamping baterinya yang tahan sehingga 19 jam.

Review;

Laptop Acer Swift 3X boleh dikatakan sesuai untuk semua kegunaan. Edit video, bermain game dan membuat tugasan di pejabat.

Laptop acer lipat
Acer Spin 5 SP513-55N-53Q7 (I5-1135G7/8GB)
Acer
Acer Spin 5 SP513-55N-53Q7 (I5-1135G78GB)
mulai
RM4,199.00
Semak Acer Spin 5 SP513-55N-53Q7 (I5-1135G7/8GB) harga dibawah:
add_circle Fungsi touchscreen
add_circle Fungsi fingerprint
remove_circle Kecerahan yang kurang memuaskan
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: Intel Irix XE
  • RAM: 8GB 
  • Storage: 512GB SSD
  • Skrin: 13.5 inch 
  • CPU: Intel Core i5

Laptop ini menggunakan CPU Intel Core i5 yang sering digunakan dalam kebanyakkan laptop.

RAM yang terdapat dalam laptop ini 8GB dan storage sebesar 512GB. Cukup lancar untuk anda melakukan kerja seharian menggunakan laptop ini. 

Skrin seluas 13.5 inci ini unik kerana merupakan skrin sentuh dan menyokong penggunaan stylus pen.

Fizikal laptop ini juga boleh dilipat sehingga ke belakang sekaligus menjadikan laptop ini sebuah tablet.

Laptop ini tidak tebal, nipis, bateri tahan lama jadi mudah untuk dibawa kemana-mana.

Laptop acer untuk editing video
Acer Nitro 5 AN515-45-R5PP
Acer
Acer Nitro 5 AN515-45-R5PP
mulai
RM5,059.00
Semak Acer Nitro 5 AN515-45-R5PP harga dibawah:
add_circle Skrin 144hz
add_circle CPU AMD yang superb
remove_circle Agak berat
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: NVIDIA® GeForce RTXTM 3050 Ti 
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 512GB SSD
  • Skrin: 15.6” inch 
  • CPU: AMD Ryzen 7 5800H

Laptop yang menggunakan spesifikasi hebat dan tinggi ini menggunakan CPU yang berkuasa iaitu AMD Ryzen 7 yang merupakan pesaing utama Intel.

Skrin laptop sebesar 15.6” ini memberikan refresh rate sehingga 144hz yang hebat sehingga anda tidak ingin melihat laptop lain lagi. 

GPU yang digunakan juga menjadikan monitor ini lebih menarik kerana menggunakan NVIDIA® GeForce RTXTM 3050 Ti.

Walaupun mempunyai CPU dan GPU yang berkuasa tinggi, laptop ini masih menggunakan RAM 8GB DDR4. 

Namun, anda tidak perlu risau kerana laptop ini tidak terlalu rumit untuk dibuka dan tersedia slot RAM tambahan jika pengguna memerlukannya ruang dan spek yang lebih hebat.

Disebabkan laptop ini menggunakan spesifikasi yang tinggi, jadi fizikal laptop ini menjadi berat dan tidak sesuai untuk pengguna membawanya kemana-mana. 

Akan tetapi, bagi spesifikasi seperti ini, laptop ini sangat relevan serta sangat disarankan jika pengguna mahukan sesuatu yang sangat extreme.

Laptop Acer untuk kerja
Acer Predator Helios 3
Acer
Acer Predator Helios 3
mulai
RM7,299.00
Semak Acer Predator Helios 3 harga dibawah:
add_circle Skrin 240hz yang cukup lembut
add_circle Ruang storage yang banyak
remove_circle Agak berat
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: NVIDIA GeForce RTX 3060
  • RAM: 8GB
  • Storage: 512 SDD
  • Skrin: 15.6 inch
  • CPU: Intel Core i5

Laptop ini mempunyai spesifikasi tinggi kerana menggunakan CPU Intel Core i5 dan merupakan salah satu CPU kegemaran pekerja yang menggunakan laptop dan komputer sepenuhnya.

RAM yang terdapat pada laptop ini ialah 8GB DDR4 dan anda boleh menambah lagi RAM kerana masih tersedia slot yang kosong.

Ruang storage pada laptop ini menggunakan SSD berkeluasan 512GB memberikan kelancaran dalam laptop ini ketika menggunakan.

Skrin 15.6 inci sangat memuaskan kerana refresh rate pada paparan laptop ini mencapai sehingga 144hz. 

Apa yang lebih menarik lagi GPU yang digunakan adalah NVIDIA GeForce RTX 3060.

Laptop Acer ringan
Acer Swift 1
Acer
Acer Swift 1-1
mulai
RM2,350.00
Semak Acer Swift 1 harga dibawah:
add_circle Touchpad lebar
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle RAM tidak boleh upgrade
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: Intel UHD Graphic 615
  • RAM: 4GB
  • Storage: 256GB SDD
  • Skrin: 14  inch 
  • CPU: Intel Pentium Silver N6000

Laptop ini menggunakan processor Intel Pentium Silver N6000 ini sudah menjadi sinonim kepada semua lapisan masyarakat kerana processor ini menumpukan sepenuhnya kepada penggunaan bekerja atau belajar. 

Skrin seluas 14’ Full HD serta graphic card yang digunakan jenis Intel UHD Graphic 615 membuatkan resolusi skrin laptop ini mencapai sehingga 1920x1080. 

Malah, paparan laptop ini kelihatan lebih jelas dan terang sesuai untuk digunakan untuk sepanjang hari semasa bekerja.

RAM sebanyak 4GB mungkin kedengaran perlahan tapi sebenarnya tidak kerana laptop ini menggunakan storage jenis SSD sebesar 256GB. 

Senang cerita, tidak menjadi masalah sekiranya pengguna mahu menyimpan pelbagai jenis data dan fail penting di dalam laptop ini tanpa memikirkan masalah lagging.

Laptop Acer bagus untuk kerja
Acer Travelmate P214-53-534
Acer
Acer Travelmate P214-53-534
mulai
RM2,500.00
Semak Acer Travelmate P214-53-534 harga dibawah:
add_circle Mempunyai pelbagai slot
add_circle Kualiti binaan yang tahan lasak
remove_circle Bateri yang tidak tahan seharian
  • OS: Window 10 Pro
  • Grafik: Intel Iris Xe
  • RAM: 8GB 
  • Storage: 256GB SDD
  • Skrin: 14  inch 
  • CPU: Intel Core i5 (11th Generation)

Laptop ini menggunakan CPU yang laris di kalangan profesional serta lancar untuk apa jua prestasi. 

RAM yang diisi di dalam laptop ini juga agak stabil bagi kegunaan bisnes iaitu 8GB. RAM yang dikatakan sering diguna secara meluas ini juga tidak dapat dinafikan sangat bagus dan relevan untuk kegunaan seharian.

Selain itu, ruang storage sebesar 256GB pada laptop ini mampu menyimpan data-data yang penting tanpa mem’berat’kan laptop ini.

Skrin seluas 14 inch pada laptop ini sama seperti kebanyakkan laptop yang dan menjadikan laptop ini mudah untuk dibawa kemana-mana.

Selain daripada itu, GPU yang ada pada laptop ini memberikan paparan yang jelas serta terang.

Laptop Acer bawah RM2000
Acer Aspire 3 A315-35-C1YQ
Acer
Acer Aspire 3 A315-35-C1YQ
mulai
RM1,698.00
Semak Acer Aspire 3 A315-35-C1YQ harga dibawah:
add_circle Harga yang mampu milik
add_circle Mempunyai sambungan ethernet
remove_circle RAM yang kurang relevan
  • OS: Window 10 
  • Grafik: Intel UDH Graphic
  • RAM: 4GB DDR4 
  • Storage: 256GB SDD
  • Skrin: 15.6  inch 
  • CPU: Intel Celeron N4500

Laptop ini sesuai untuk pelajar dan mereka yang mencari laptop yang mampu milik. Laptop ini menggunakan CPU Intel Celeron N4500 sesuai untuk urusan ringan seperti belajar dan rujukan.

RAM yang terdapat pada laptop ini sebesar 4GB. Walaupun kedengaran agak kecil namun, RAM ini ialah DDR4. Prestasi yang lancar sukar diganggu ketika menggunakan laptop ini. Selain itu, ruang storage juga memainkan peranan yang penting dimana ruangnya sebesar 256GB SSD. 

Dengar sahaja SSD, pengguna pasti sudah boleh bayangkan kelancaran performance laptop ini.

Skrin pada laptop ini pula agak lebar iaitu seluas 15.6” serta menggunakan GPU Intel UHD yang agak cerah serta terang. Paling penting sekali tidak sakit mata memandang.

Bagi harga yang sedemikian, laptop ini sangat bagus untuk para pelajar yang mencari laptop yang mampu dimiliki disamping spesifikasinya yang baik

Laptop Acer untuk kerja
Acer Aspire Vero
Acer
Acer Aspire Vero
mulai
RM4,299.00
Semak Acer Aspire Vero harga dibawah:
add_circle Design eco-friendly
add_circle Performance yang memuaskan
remove_circle Jangka hayat bateri yang kurang memuaskan
  • OS: Window 11 
  • Grafik: Intel Iris Xe
  • RAM: 16GB DDR4
  • Storage: 512GB SDD
  • Skrin: 15.6  inch 
  • CPU: Intel Core i7 11th Generation

Laptop ini direka khas untuk pengguna dari kalangan bisnes dan professional. Hal ini kerana performance laptop ini yang sangat gempak. Performance yang gempak sudah semestinya dapat dari CPU laptop ini sendiri iaitu Intel Core i7 11th Generation.

RAM yang terdapat di dalam laptop ini juga sangat berkuasa kerana menggunakan 16GB DDR4 yang dijamin memberi kelancaran dalam urusan kerja. Tidak cukup dengan itu, laptop ini juga menggunakan 512GB SSD storage yang memberikan pengguna masa loading dan start-up yang sangat singkat.

Skrin seluas 15.6” pada laptop ini dikuasakan dari GPU Intel Iris Xe. GPU yang dikatakan agak ketinggalan berbanding CPU dan RAM yang terdapat pada laptop ini namun masih memberi kuasa yang baik untuk paparan laptop ini.

Apa yang lebih menarik ialah reka bentuk laptop ini yang sangat relevan pada masa kini.

Laptop Acer bawah rm600
Acer Chromebook C710
Acer
Acer Chromebook C710
mulai
RM399.00
Semak Acer Chromebook C710 harga dibawah:
add_circle Harga yang mampu milik
add_circle Ringan dan mudah dibawa kemana-mana
remove_circle Memerlukan 100% internet
  • OS: Chrome OS 
  • RAM: 2GB
  • Storage: 16GB SDD
  • Skrin: 11.6  inch 
  • CPU: Intel Celeron

Laptop ini menggunakan Intel Celeron sebagai CPU utama dan juga menggunakan Chrome sebagai Operating System. Maka, tiada sebarang aplikasi Windows di dalam laptop ini.

RAM yang diletakkan sebanyak 2GB namun masih boleh ditambah baik kerana laptop ini menyediakan slot tambahan RAM begitu juga dengan storage yang sebanyak 16GB sahaja. Namun, storage yang diletakkan di dalam ialah jenis SSD jadi pengguna tidak perlu risau akan lagging.

Skrin seluas 11.6” pada laptop ini sangat ideal dan relevan untuk pengguna membawanya kemana-mana.

Perlu diingatkan bahawa laptop ini menggunakan 100% internet untuk bekerja dan ini tidak menjadi masalah kerana internet pada masa kini mudah dicari dan ada dimana-mana sahaja.


Apa Kelebihan Laptop Acer?

  • Reka bentuk yang ada pada setiap laptop Acer sering mengikuti perkembangan semasa malah ada juga yang mengikup konsep futuristik seperti laptop gaming keluaran Acer yang tidak terlalu bosan malah kelihatan ganas. 
  • Harga yang mampu milik juga menjadi kelebihan Acer seperti mana yang kita lihat kebanyakkan laptop Acer sangat mampu milik walaupun spesifikasi laptop boleh dikatakan di tahap yang baik.
  • Pusat servis yang mudah ditemui merupakan kelebihan Acer yang ramai terlepas pandang. Pergi saja kemana-mana mall bahagian IT pasti anda akan menemukan logo berwarna hijau dengan tulisan Acer di tengahnya. Hal ini kerana Acer yang mengutamakan pelanggan mereka agar kekal berpuas hati disamping ramai yang memiliki jenama Acer ini.

Artikel Berkaitan

End of Article