Teknologi

7 Laptop Dell Terbaik & Terbaru di Malaysia 2026

Terdapat banyak jenis laptop Dell untuk tujuan belajar, kerja, gaming & lain lagi. Jadi kami senaraikan model Dell laptop terkini dengan harga yang berpatutan.


Editor · Updated 16 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Laptop Dell Terbaik & Terbaru di Malaysia 2026

Model Dell laptop sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah sinonim dengan kepelbagaian jenis laptop Dell 

Jadi, pilih sahaja spec laptop terkini yang sesuai untuk kegunaan harian, kerja, belajar, reka grafik atau gaming. 

Kandungan

Bagi memudahkan pencarian jenis laptop Dell terkini yang sesuai untuk kegunaan privasi anda, jom lihat senarai di bawah.


Senarai 7 Model Dell Laptop Terkini

Inspiron 16 5620
Laptop dell untuk mahasiswa 1 daripada 7
Dell Inspiron 16 5620
Partnership with Dell
Dari RM4,999
Kamera FHD
Aspect ratio 16:10
Terlalu besar
2 lagi
Audio Waves MaxxAudio Pro
Pengecasan pantas
  • OS: Windows 11 Home Single Language, English
  • Grafik: Intel® Iris® Xe Graphics
  • RAM: 16 GB 
  • Storage: 512 GB, M.2
  • Skrin: 16’

Laptop Inspiron 16 ini dikatakan bahagian audio bagus kerana dwi mikrofon terbina dalam dan AI yang mengurangkan hingar pada latar belakang.

Malah dengan Waves MaxxAudio Pro, anda akan dapat dengar audio terhasil dari laptop dengan jelas dan kurang hingar.

Selain itu, laptop ini mempunyai sensor bukan tutup untuk menghidupkan laptop ini dengan sekelip mata.

Mungkin ini kedengaran laptop anda tidak selamat tapi terdapat juga cap jari untuk log masuk supaya privasi laptop anda tidak mudah dilihat orang lain.

Laptop ini juga mempunyai ciri ExpressCharger dimana dapat memberi kuasa bateri sebanyak 80% jika dicas dalam masa sejam.

Latitude 5430 Laptop
Laptop dell untuk editing video 2 daripada 7
Dell Latitude 5430 Laptop
Partnership with Dell
Dari RM1,250
Pengecasan pantas
Cooler fan besar
Tidak mempunyai jap cari
1 lagi
Kamera FHD
  • OS: Windows 11 Pro, English
  • Grafik: Integrated Intel Iris Xe Graphics, Thunderbolt
  • RAM: 16 GB, DDR4
  • Storage: 512 GB
  • Skrin: 14.0" FHD (1920x1080) Anti Glare

Bagi anda yang memerlukan pekerjaan yang berat untuk kegunaan laptop seperti menyunting video, laptop ini adalah pilihan yang tepat.

Ini kerana bahagian fan cooler yang digunakan oleh laptop ini lebih besar berbanding jenis laptop Dell yang lain.

Jadi, dengan pengudaraan fan cooler yang dioptimumkan, anda boleh bekerja dengan pelbagai aplikasi semasa sedang bekerja untuk melakukan kerja berat menggunakan laptop.

Malah, dengan ciri storan dan memory boleh menyimpan data sehingga 64GB DDR4 dan storan SSD sehingga 2TB menjadikan anda tidak mempunyai masalah dengan projek besar.

Laptop ini juga memberi privasi yang terbaik untuk penggunanya kerana terdapat Intelligent Privacy dimana apabila seseorang sedang melihat skrin anda, secara automatik skrin laptop akan bertukar malap atau mengaburkan skrin anda.

Terdapat juga Look Away Detect dimana laptop anda mengetahui anda tidak lagi memandang skrin dan secara automatik terus memalapkan skrin sekaligus melindungi privasi serta menjimatkan penggunaan bateri.

Dell Chromebook 3110
Laptop Dell murah 3 daripada 7
Dell Chromebook 3110
Partnership with Dell
Dari RM1,591
Tahan lasak
Audio stereo
Tidak mempunyai port & slot yang banyak
1 lagi
Mudah di bawa ke mana saja
  • OS: Google Chrome OS
  • Grafik: Intel® Celeron™ N4500
  • RAM: 4GB
  • Storage: 32GB
  • Skrin: 11.6 inch

Disebabkan harganya murah jadi sesuai untuk kegunaan pembelajaran di sekolah atau universiti. Lagipun harganya bawah RM2000, sangat berbaloi.

Pada badan Dell Chromebook 3110 ini mempunyai getah pada bucu bulat bagi meminimumkan kesan jatuh dan papan kekunci jenis spill-resistant.

Pihak Dell turut menguji ketahanan laptop ini dimana mampu berfungsi dengan baik sekiranya jatuh 30 inci dari permukaan steel dan 48inci dari permukaan playwood.

Selain itu, laptop ini dilengkapi dengan WiFi 6 dan LTE pilihan supaya pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja.

Inspiron 14 Laptop 5420
Dell i7 laptop 4 daripada 7
Dell Inspiron 14 Laptop 5420
Partnership with Dell
Dari RM4,599
Pengecasan pantas
Mempunyai DolbyVision
HDMI tidak menyokong 4k/2k output
1 lagi
Paparan skrin FHD+
  • OS: Windows 11 Home Single Language, English
  • Grafik: Intel® Iris® Xe Graphics
  • RAM: 16GB
  • Storage: 512GB
  • Skrin: 14 inch

Aspek ratio 16:10 menjadikan laptop berskrin besar dalam saiz yang padat dengan paparan sehingga FHD+.

Ditambah pula dengan spek DolbyVision yang memberikan kesan penuh warna hitam lebih dalam dan kecerahan di tahap HDR.

Bahagian sensor on off laptop sangat efisien dimana dapat menghidupkan perantai dalam sekelip mata dan keselamatan yang selamat kerana menggunakan cap jari.

Bateri pula menggunakan teknologi ExpressCharge yang memberi kuasa kepada peranti anda sehingga 80% dalam masa sejam, jadi anda boleh lakukan kerja di mana saja.

XPS 13 2-in-1 Laptop
Laptop dell terbaik secara keseluruhan 5 daripada 7
Dell XPS 13 2-in-1 Laptop
Partnership with Dell
Dari RM1,159
Mempunyai XPS stylus
Boleh dijadikan tablet
Harga mahal
2 lagi
Mudah di bawa ke mana saja
Boleh dikepak sehingga 112.5 darjah

Sebab menjadi pilihan utama:

Dengan harga yang mahal, Dell menyediakan spek yang sangat berbaloi untuk dimiliki graphic designer atau advertiser dan seangkatan dengannya.

Ciri-ciri:

Ini kerana laptop ini menggunakan graphic card Intel® Iris® Xe Graphics dan boleh dijadikan sebagai tablet dimana skrin dan papan kekunci boleh di cabut untuk memudahkan kerja.

Malah, setiap pembelian laptop XPS 13 2-in-1 ini pihak Dell menyediakan sebatang pen XPS bagi memudahkan kerja-kerja lukisan di atas skrin.

Menariknya lagi, laptop ini mempunyai magnetik yang dilekatkan pada tapak sekaligus dapat membahagikan sudut kepada 3 tahap iaitu 100°, 112.5°, 125°.

Maksudnya anda boleh melaraskan kedudukan laptop ini mengikut keselesaan anda ketika melakukan kerja.

Review:

“Beli untuk kegunaan kerja. Memang best, adik study bidang fashion pun boleh pinjam untuk lakaran assignment dia sebab ada pen stylus,”

Dell G15 - 5520
Laptop dell untuk gaming 6 daripada 7
Dell G15 - 5520
Partnership with Dell
Dari RM5,449
Laptop tak mudah panas
Terdapat pilihan warna
Berat
1 lagi
Paparan skrin terang
  • Berat
  • OS: Windows 11 Home Single Language, English
  • Grafik: NVIDIA® GeForce RTX™ 3050 Ti, 4 GB GDDR6
  • RAM: 16 GB, 2 x 8 GB, DDR5, 4800 MHz, dual-channel
  • Storage: 512GB
  • Skrin: 15.6 inch

Reka bentuk laptop G-Series diinspirasikan oleh Alienware yang mana menampilkan penyejukan optimum.

Maksudnya, laptop ini akan mengekalkan sistem laptop dalam keadaan sejuk walaupun sudah memproses dalam tempoh yang lama.

Memori yang sedia ada sebesar 16GB GDDR6 dimana anda akan dapat kepuasan ketika bermain game tanpa lagging dengan sistem yang lebih senyap.

Paling menarik, terdapat butang Shift yang boleh diaktifkan jika menekan kekunci FN + G F9 bagi meningkatkan prestasi Alienware Command Center dimana laptop tidak panas dan lebih lancar memproses walaupun menggunakan sistem berat.

Dalam masa yang sama, anda juga boleh mencipta satu ruang privasi untuk perisian anda supaya kelihatan lebih kemas tanpa mengganggu permainan atau aktiviti lain.

Senang kata, laptop Dell G- Series ni memang sesuai untuk mereka yang aktif bermain game.

Vostro 3510 Laptop
Laptop Dell terbaik untuk kerja perniagaan 7 daripada 7
Dell Vostro 3510 Laptop
Partnership with Dell
Dari RM2,348.99
Pengecasan pantas
Bahagian touchpad besar
Hanya sesuai untuk perniagaan
1 lagi
Cahaya biru yang rendah
  • OS: Windows 11 Pro English
  • Grafik: Intel® UHD Graphics
  • RAM: 4 GB, 1 x 4 GB, DDR4, 2666 MHz
  • Storage: 256GB
  • Skrin: 15.6 inch

Untuk pengetahuan anda, laptop ini direka khas untuk mereka yang menceburi bidang perniagaan.

Ini kerana antara spesifikasi laptop ini menggunakan 11th Gen Intel® Core™ processors dimana tugasan dapat dikendalikan dengan mudah dan cepat.

Ditambah pula dengan saiz touchpad yang lebih besar dan terdapat engsel untuk sudut pergelangan tangan supaya lebih ergonomik serta penggunaan lebih santai.

Dalam pada masa yang sama, engsel ini dapat memberi ruang udara yang lebih efisien supaya laptop anda tidak panas apabila memproses sistem yang berat dan lama.

Selain itu, terdapat 10 kekunci nombor pada bahagian tepi kanan bagi kerja pengiraan anda lebih pantas.

Paling penting, cahaya biru skrin laptop Vostro 3510 ini rendah dan telah diperakui oleh TÜV Rheinland dimana dapat mengurangkan mata anda mudah penat atau rosak.


Apa Kelebihan Laptop Dell?

Umum kita tahu bahawa Dell adalah jenama gergasi dalam industri pembikinan Laptop dan Komputer. 

Jenama ini berasal dari Texas, Amerika pada tahun 1984 dimana pada zaman itu era teknologi masih terhad dan kurang maju seperti sekarang.

Prestasi Laptop Dell terbukti yang terbaik kerana mereka sangat menumpukan kepada pencapaian kejayaan dalam pembuatan model laptop. 

Pilihan warna pada Laptop jenama Dell ini juga luas dan pengguna boleh memilih pelbagai variasi warna yang memukau.

Kebanyakkan saiz skrin Laptop Dell dalam ukuran 11”-17” membuatkan model-model pilihan mereka sesuai digunakan untuk seluruh lapisan masyarakat tidak kira umur.

Lebih menarik lagi,  bagi mereka yang menggunakan laptop sepanjang hari, Laptop Dell menumpukan lebih perhatian kepada aliran udara agar produk mereka tidak terlalu panas dan menyebabkan overheating.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation