Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Laptop Touchscreen Ini Juga Boleh Berfungsi Sebagai Tablet

Bagi yang tidak gemar menggunakan keyboard, laptop touchscreen adalah pilihan terbaik.

Kewujudan laptop touch screen atau laptop 2-in-1 dapat memberi banyak kemudahan kepada pengguna terutama mereka yang tidak gemar menggunakan papan kekunci.

Malah, dapat memberi pengguna banyak kemudahan dalam mengendalikan laptop dan pengguna boleh jadikan laptop seperti tablet mengikut kesesuaian keadaan.

Berikut senarai laptop touchscreen terbaik yang kami sarankan untuk penggunaan yang berbeza.


Isi Kandungan


7 Senarai Laptop Touchscreen

Boleh akses telefon pintar jenis IOS & Android
Dell
dell xps13
Semak Dell Inspiron XPS 13 (2in1) harga dibawah:
add_circle Sistem laju dan pantas.
add_circle Ringan dan nipis.
add_circle Skrin UHD.
remove_circle Mahal.
  • Processor: 11th Generation Intel® Core™ i7-1165G7
  • Screen Size: 13.3"
  • Hard disk: 

Laptop XPS 13 boleh dikatakan antara top 5 laptop Dell yang terbaik pada tahun 2021. Jika anda seorang yang sukakan alat peranti yang memudahkan kerja harian anda pada dunia teknologi ini, laptop Dell keluaran ini lah yang tepat.

Walaupun laptop ini dikatakan penggunaanya 2 dalam 1 kerana boleh dijadikan tablet serta laptop tapi sebenarnya laptop ini mampu mengakses telefon pintar anda tidak kira jenis IOS atau Android.

Secara tak langsung, segala aplikasi, gambar, video, Whatsapp, peti simpanan atau apa saja data dalam telefon anda, laptop XPS 13 juga boleh akses menggunakan Bluetooth tanpa perlu membuka telefon semasa menggunakan laptop. Mudah kan?

Menariknya lagi, anda hanya perlukan masa satu jam untuk mengecas bateri laptop sehingga tahap 80%. Manakala, laptop ini membolehkan anda untuk bebas melakar dan menulis apa saja menggunakan Active Pen.

Sistem audio seperti dalam teater.
Lenovo
Lenovo Ideapad S340 15IWL 81N800U9MJ FHD
Semak Lenovo Ideapad S340 15IWL 81N800U9MJ FHD harga dibawah:
add_circle Menggunakan audio Dolby Audio
add_circle Harga murah
remove_circle Berat
  • Processor: Intel Core i5
  • Screen size: 15’6
  • Hard drive: 1TB

Laptop Lenovo Ideapad S340 sesuai untuk pelajar dan juga mereka yang sedang bekerja dirumah kerana mempunyai operating system Windows 10 (intel Core i5 ).

Pengguna boleh menggunakan laptop ini dengan dua cara, menaip menggunakan skrin atau papan kekunci kerana skrin laptop ini bercirikan sentuhan untuk memudahkan menyesuaikan keadaan.

Audio yang ada pada IdeaPad s340 ini pula anda akan mendengar seakan-akan berada di dalam teater kerana menggunakan Dolby Audio. Jadi, sesuai untuk mereka yang sering menggunakan audio untuk pembelajaran atau kaki movie online.

Seperti laptop yang mempunyai sentuhan skrin yang lain, Lenovo Ideapad s340 ini mudah dibawa kemana saja dengan jangka masa bateri dapat bertahan selama 8.5jam.

Sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak
Microsoft
Semak Microsoft Surface Go 2 (STV-00007) harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa
add_circle Boleh berubah fizikal laptop ke tablet
remove_circle Aksesori dijual berasingan
  • Processor: Intel® Pentium® Gold Processor 4425Y
  • Screen Size: 10.5” PixelSense™ Display 
  • Hard drive: 128GB

Skrin sebesar 10-10.5’’ dengan resolusi HD sesuai untuk pembelajaran atas talian kerana memudahkan pelajar untuk melakar lukisan di atas skrin menggunakan surface pen digital, melihat gambar dengan jelas, menulis atau membaca perkataan yang tertera di skrin. 

Bagi mereka yang bekerja pun boleh guna laptop ini kerana boleh melalukan presentation ketika meeting, memuat naik bahan bacaan melalui ebooks.

Paling penting, mudah di bawa ke mana saja dan tidak perlu risau dengan jangka hayat bateri kerana boleh bertahan selama 2 hingga 10 jam.

Malah, laptop ini juga dicipta khas untuk melakukan panggilan video kerana ciri kamera hadapan 5.0MP (1080p Skype HD video) dengan dual audio studio.

Sesuai untuk dunia perniagaan
Microsoft
Semak Microsoft Surface Pro 7 harga dibawah:
add_circle Mempunyai headphone jack
add_circle Paparan skrin yang jelas
add_circle dilengkapi USB-C
remove_circle Keyboard dijual berasingan
remove_circle Tiada sokongan Thunderbolt
  • Processor: Intel Core i5
  • Screen size: 12”
  • Hard drive: 128GB

Skrin laptop Microsoft Surface Pro 7 sedikit luas berbanding skrin laptop jenama lain, 12’inci dan sesuai untuk penggunaan dalam dunia perniagaan yang memerlukan skrin yang membolehkan melihat permukaan yang luas.

Selain itu, laptop ini mempunyai processor class Intel® CoreTM processor supaya sistem laptop laju bagi memudahkan pengguna ketika membuat kerja serta papan kekunci yang nipis membuatkan pengguna rasa selesa ketika menaip.

Menariknya lagi, laptop ini mempunyai dua jenis audio. Jika anda sedang meeting online dan berada agak jauh dengan laptop, suara anda masih lagi boleh kedengaran dengan jelas kerana  Microsoft Surface Pro 7 mempunyai Studio Mic.

Jadi, harga laptop ini sedikit mahal tapi dengan perincian yang diberikan memang sangat berbaloi.

Sesuai untuk semua peringkat umur.
HP
HP ENVY x360 13ay0043AU
Semak HP ENVY x360 13ay0043AU harga dibawah:
add_circle Bateri caj dengan cepat dan tahan lama
add_circle Papan kekunci senipis 1.5mm
add_circle Mempunyai Micro SD
remove_circle Harga mahal
  • Processor : AMD Ryzen 5 4500U
  • Screen size: 13.3”
  • Hard drive: 1TB

Dengan adanya mata pen digital, anda boleh lakar apa saja seperti di atas kertas. Erti kata lain, apa yang anda lakar, itu yang akan terpapar di skrin tapi anda boleh set auto-sketch supaya garisan yang tidak betul, akan diperbaiki dengan sendiri.

Malah, dengan penggunaan AMD Ryzen 5 4500U dan Radeon Graphics memberikan segala sistem bergerak dengan pantas. Senang cerita tak segalanya mudah akses kecuali rangkaian internet rumah anda lemah.

Menariknya lagi, anda tidak perlu menunggu berjam-jam lamanya untuk cas bateri sehingga penuh. Apa yang perlu lakukan, matikan laptop, biarkan 30 minit untuk dapatkan kembali kuasa bateri 50% dan ketahanan bateri.

Paling penting, jika laptop sudah tidak cukup ruang untuk menyimpan gambar, muzik atau apa-apa data, hanya masukkan Micro SD pada laptop untuk tingkatkan ruang penyimpanan dalam peranti.

Alat peranti yang boleh bercakap
Lenovo
Lenovo Yoga Duet 7 7KMJ
Semak Lenovo Yoga Duet 7 7KMJ harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Mempunyai suara digital (Alexa)
add_circle Papan kekunci mempunyai Bluetooth
remove_circle Tidak sesuai untuk bermain game berat
  • Processor: Intel Core i5-10210U
  • Screen size: 13"
  • Hard disk: 256GB

Dengan berat 1.16kg dan rekaan Lenovo Yoga Duet 7 yang versatile memudahkan sesiapa yang menggunakannya untuk bawa ke mana saja.

Laptop ini juga mempunyai penahan peranti bahagian belakang yang membolehkan pengguna melaraskan skrin mengikut kesesuaian postur tubuh badan. 

Menariknya lagi, papan kekunci Yoga Duet ini mempunyai sistem Bluetooth yang membolehkan pengguna menaip walaupun skrin jauh atau berada di tempat lain.

Uniknya lagi, hanya menggunakan senyuman anda untuk Log In peranti dan peranti akan Log Out secara automatik sebaik saja anda membiarkan Yoga Duet 7 ke tepi.

Berita baik buat mereka yang gemar melukis atau mempunyai urusan kerja grafik, anda boleh lukis apa saja dengan garisan yang sempurna di atas skrin. Hanya gunakan pena digital inovatif Lenovo E-Colour Pen.

Sesuai untuk semua tahap pendidikan
Asus
Asus  BR1100FKA
Semak Asus BR1100FK-ABP0423R harga dibawah:
add_circle Kualiti
add_circle Skrin Sentuh
remove_circle Berat
remove_circle Jangka hayat bateri yang pendek
  • Processor: Intel® Celeron® N4500
  • Screen Size: 11.6''
  • Hard disk: 128 GB

Dengan rekaan yang inovatif dan processor Intel® Celeron® N4500, laptop touch screen Asus BR1100FKA sesuai untuk semua pelajar di semua tahap pendidikan.

Tambah pula, laptop ini boleh menyokong rangkaian internet sehingga WIFI 6 dan 4G LTE bagi memudahkan pelajar membuat kerja sekolah, kajian dan segala tugasan.

Menariknya lagi, ibu bapa tidak perlu risau jika anak-anak mereka berusia 12 tahun ke bawah menggunakan Asus BR1100FKA dengan lasak kerana laptop ini mempunyai bumper getah di bucu setiap penjuru bagi mengurangkan kerosakan komponen luar dan dalam.

Malah, ujian tekanan juga telah dilakukan ke atas Asus BR1100FKA dan terbukti peranti ini mampu menampung 28 kg tanpa mengalami apa-apa kerosakan. Memang tahan lasak!


Apa Kelebihan & Kelemahan Laptop Touchscreen?

Mungkin ada yang masih lagi ragu-ragu sama ada perlu atau tidak untuk membeli laptop touchscreen.

Bukan apa, takut tak berbaloi jadi kami bantu anda senaraikan kelemahan dan kelebihan laptop touchscreen supaya anda boleh buat kata putus.

  • Kelebihan

- Kelihatan lebih elegan.
- Lebih nipis dan ringan untuk dibawa kemana saja.
- Menggunakan teknologi yang terbaru dan terkini.

  • Kelemahan

- Harga mahal.
- Perlukan penjagaan extra pada bahagian skrin.
- Kebanyakan laptop touchscreen bateri tidak tahan lama berbanding laptop biasa.

Jadi, apa keputusan anda?


Artikel Berkaitan

End of Article