Selain daripada telefon pintar, memiliki tablet juga sudah seperti satu alat teknologi yang wajib dimiliki.
Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil, kerja yang memerlukan tablet, cikgu atau pelajar untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Boleh dikatakan setiap hari tablet digunakan untuk bekerja atau belajar, jadi memerlukan tablet sesuai, canggih dan berkualiti.
Apa yang menjadi masalah sekarang, mana satu tablet terbaik untuk kegunaan harian?
Ha, kami akan bantu anda senaraikan tab yang bagus dengan spesifikasi terbaru mengikut kesesuaian penggunaan anda.
Jom pilih!
Senarai 7 Tablet Terbaik
Table of Contents

- CPU: Octa-core (1x3.00 GHz Cortex-X2 & 3x2.50 GHz Cortex-A710 & 4x1.80 GHz Cortex-A510)
- OS: Android 12
- Storage: 128GB 8GB RAM / 256GB 8GB RAM
- Skrin: 14.6’
- Berat: 726 g
Sebab menjadi pilihan utama:
Samsung Galaxy Tab S8 Ultra boleh dikategorikan tablet android terbaik untuk tahun ini.
Ciri-ciri:
Dengan memiliki ciri saiz skrin 14.6 inci, memang sangat sempurna untuk menonton movie atau melakar sesuatu pada skrin menggunakan S-Pen yang disediakan.
Malah, saiz skrin 12.4 inci dikuasakan Super Amoled skrin dengan 120 hertz refresh rate menjadikan pergerakan aplikasi dan swipe browsing sangat lancar
Dalam masa yang sama, penggunaan S-Pen juga menjadi lebih lancar untuk membuat apa-apa lakaran atau menulis nota pada skrin.
Tablet ini juga berfungsi 2 dalam 1 dimana boleh dijadikan seperti laptop dengan menyambungkan papan kekunci dengan Bluetooth.
Sangat sesuai untuk kegunaan harian atau kegunaan pekerjaan berat kerana penggunaan bertahan selama 10 jam.
Review:
“Hadiahkan untuk adik, dia kata function sangat untuk kerja-kerja assignment dia bagi subjek lukisan,”

- CPU: Intel® Pentium® Gold Processor 4425Y
- OS: Windows 10 Home dalam mod S
- Storage: 4GB/8GB RAM, 128GB SSD, 64GB
- Skrin: 10.5 inci, 1920 x 1280 (220 PPI) resolusi
- Berat: 544 gram
Jenama tablet yang menggunakan Windows ini merupakan 2 in 1 tablet di mana boleh digunakan sebagai tablet dan juga laptop. Cuma perlu membeli papan kekunci fizikal.
Komputer tablet ini menyokong penggunaan Surface Pen untuk kegunaan menulis nota pada Sticky Notes atau mahu melakar sesuatu idea pada aplikasi.
Paling penting, gajet dari Microsoft ini dilengkapi dengan Dual Studio Mics jadi akan memudahkan kerja individu yang menggunakan tablet ini untuk menyertai online meeting..
Microsoft Surface Go 2 juga hadir dengan user manual, jadi tak perlu risau jika keliru dengan cara penggunaannya.

- CPU: Quad Core 2.3GHz + Quad core 1.7 GHz
- OS: Android 10
- Storage: 4GB
- RAM: 64GB/128GB
- Skrin: 10.4 inci
- Bateri: 7,040mAh
Tablet yang mempunyai saiz skrin 10.4 inci dan mempunyai S Pen yang telah tersedia, memang sesuai untuk pelajar dna mereka yang bekerja.
Berat tablet 465g membolehkan pengguna bawa tablet Android ini ke mana saja untuk menyelesaikan tugasan atau bersosial melalui internet.
Malah, tablet ini mampu membuka lebih daripada satu window dalam satu masa dan ini menjadikannya tablet terbaik untuk mereka yang belajar secara dalam talian.
Paling best, ia juga mempunyai slot MicroSD sehingga 1TB khas untuk anda yang memerlukan kapasiti storage yang lebih besar.

- CPU: Octa-core (4x2.4 GHz Kryo 265 Gold & 4x1.9 GHz Kryo 265 Silver)
- OS: Android 12, ColorOS 12
- Storage: 64GB 4GB RAM, 128GB 4GB RAM, 128GB 6GB RAM
- Skrin: 10.36 inches
- Berat: 440 g
Saiz dan berat OPPO Pad Air sangat fleksibel untuk semua orang dan semua kegunaan.
Tak kira siapa anda, jika anda memerlukan tablet, OPPO Pad Air adalah sesuai untuk anda.
Bahagian speaker menggunakan teknologo Dolby Atmos menjadikan sangat best jika memasang apa-apa video atau mendengar lagu.
Terdapat juga pen untuk kegunaan melakar pada skrin tablet jika anda seorang pereka grafik atau pelajar yang memerlukan kerja melukis.
Tablet ini juga boleh dijadikan seperti laptop dengan menyambungkan papan kekunci dengan Bluetooth.
Paling best, tablet ini boleh dikawal dari jauh menggunakan telefon android anda.
Maksudnya, jika anak anda terlalu lama bermain game dengan tablet, dari jauh anda boleh hentikan wifi untuk mereka berhenti bermain.

- CPU: Octa-core
- OS: iPadOS 15.4, up to iPadOS 15.5, planned upgrade to iPadOS 16
- Storage: 64GB, 256GB 8GB RAM
- Skrin: 10.9’
- Berat: 460 g
Tidak seperti iPad generasi sebelum kerana rekaan kali ini anda sendiri boleh tahu ia merupakan keluaran iPad Air 2022.
Dengan saiz skrin 10.9 inci liquid retina LCD, visual memang sangat cantik apabila menonton video atau melakukan kerja.
Selain menggunakan chip M1, pihak Apple telah menaik taraf iPad Gen 5 pada bahagian kamera depan dan mempunyai sambungan 5G.
iPad ini juga berfungsi 2 dalam 1 dimana boleh dijadikan seperti laptop dengan menyambungkan papan kekunci dengan Bluetooth.
Jangan risau, walaupun harga mahal tapi anda boleh bayar secara ansuran di kedai mereka sendiri.

- CPU: Octa-core (1x2.36 GHz Cortex-A76 & 3x2.22 GHz Cortex-A76 & 4x1.84 GHz Cortex-A55)
- OS: Android 10
- Storage: 364GB 4GB RAM, 128GB 4GB RAM
- Skrin: 10.4’
- Berat: 460g
Rekaan badan Huawei MatePad 10.4 ini menggunakan aluminium bersama 2K IPS display.
Kuasa pengecas mengambil masa 2 jam untuk mencapai 50% kuasa bateri.
Disebabkan Huawei MatePad ini boleh menggunakan dual sim card, jadi anda boleh gunakan tablet ini seperti telefon pintar juga.
Erti kata lain, anda boleh membuat panggilan, whatsapp, message menggunakan tab ini.
Ciri multifungsi lain lagi, tablet ini boleh dijadikan seperti laptop dengan menyambungkan papan kekunci dengan Bluetooth.

- CPU: Octa-core (2x2.2 GHz Cortex-A76 & 6x2.0 GHz Cortex-A55)
- OS: Android 12
- Storage: 64GB 3GB RAM, 128GB 4GB RAM, 128GB 6GB RAM
- Skrin: 10.6'
- Berat: 465g
Pihak Xiaomi mencipta pad ini untuk kegunaan asas seperti pembelajaran, entertainment atau multimedia.
Rekaan pad ini kelihatan premium kerana mengunakan unibody design memang ikut trend 2022 walaupun harga bawah RM1,000.
Apa yang menarik, pad ini mempunyai slot SD Card yang mampu menampung sehingga 1TB. Memang boleh simpan banyak data!
Selain itu, bahagian audio memang lantang kerana mempunyai 4 speaker sekaligus sangat sesuai untuk bermain game atau menonton filem.
Bahagian kecerahan brightness sesuai untuk kegunaan indoor kerana skrin agak malap apabila lihat skrin pada keadaan outdoor.
Tips Membeli Tablet Terbaik
Antara perkara paling penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli tablet ialah kapasiti storage dan cara penggunaan.
Jika anda menggunakan tablet untuk bekerja, anda digalakkan untuk mendapatkan tablet yang mempunyai storage yang besar.
Tapi jika anda membeli tablet semata-mata untuk menonton video YouTube atau filem di Netflix, kapasiti storan sebanyak 16 GB sudah memadai.
Seterusnya, pengguna juga perlu pilih saiz skrin tablet yang sesuai dengan penggunaan harian gajet ini.
Jika anda menggunakan gajet untuk belajar dalam talian, tablet skrin bersaiz besar sesuai kerana mudah untuk membaca tulisan, melihat gambar dan sebagainya.
Bagi mereka yang selalu bekerja di luar, tablet ringan merupakan pilihan terbaik kerana mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Selain itu, resolusi skrin juga antara yang perlu ditekankan sebelum membeli tablet. Semakin tinggi resolusi skrin, semakin jelaslah juga tulisan dan gambar pada tablet tersebut.
Apa Beza Tablet Dengan Laptop?
Walaupun sekali imbas dua alat peranti ini kelihatan sama tapi tablet dan laptop sebenarnya berbeza.
Perbezaannya, laptop sudah tersedia dengan papan kekunci tapi, tablet tidak mempunyai kekunci fizikal sebaliknya ia menggunakan onscreen keyboard.
Jika ingin menggunakan keyboard, anda harus beli keyboard untuk disambungkan pada tablet.
Malah, cara menggunakan tablet juga lebih mudah berbanding laptop kerana tablet menggunakan touchscreen sepenuhnya.
Jangka hayat bateri tablet juga panjang berbanding komputer riba dan kebanyakan tablet mempunyai slot untuk kad sim manakala laptop tidak mempunyai fungsi ini.