Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tablet lenovo malaysia

8 Tablet Lenovo Terbaik & Terbaru di Malaysia 2024

Tab Lenovo pilihan berkualiti dan sistem operasi yang lancar!

Lenovo bukan lagi jenama yang baharu dalam perisian komputer atau tablet. Ia antara nama yang sering dijadikan pilihan untuk alat elektronik yang berkualiti dan berpatutan. 

Seiring dengan perkembangan masa, penggunaan tablet sudah menjadi sinonim dikalangan masyarakat. Bersaiz sederhana, sistem operasi seperti komputer dan telefon pintar, kemudahan kamera serta aplikasi menarik menjadikan ia satu gajet yang wajib dimiliki pula.

Terutamanya mereka yang sedang bekerja atau belajar secara atas talian. 

Buat anda yang gemar dengan jenama Lenovo dan mencari tablet yang berkualiti?

Team Productnation sediakan 8 pilihan tablet terbaharu dari Lenovo;


Isi Kandungan


8 Tablet Lenovo Terbaik & Terbaru Tahun 2024

Tablet Lenovo murah
Lenovo Tab M7 TB-7305X
Lenovo
Lenovo Tab M7 TB-7305X
mulai
RM499.00
Semak Lenovo Tab M7 TB-7305X harga dibawah:
add_circle Kualiti paparan skrin terbaik
add_circle Ringan dan kecil untuk dipegang
add_circle Menyokong microSD
remove_circle Storage terhad
remove_circle Kualiti kamera kurang memuaskan
  • CPU: MediaTek™ MT8166 Processor
  • OS: Android 11
  • Storage: 32GB
  • Skrin: 7.0”
  • Bateri: 3750mAh

Tablet siri M7 Gen 3 ini menggunakan sistem operasi yang terbaharu daripada Android iaitu Android 11. 

Pada harga yang serendah RM475, sistem operasi sahaja sudah cukup berbaloi kepada pengguna.

Dengan berbekalkan ruang simpanan sebesar 32GB, tablet ini masih mampu menyimpan apa sahaja yang penting walaupun saiz tersebut agak kurang relevan untuk digunakan pada masa kini.

Paparan skrin seluas 7” pada tablet ini memudahkan pengguna untuk membawa tablet ini kemana sahaja dan muat untuk diletakkan di bag yang bersaiz kecil.

Tablet ini mempunyai RAM sebanyak 2GB.

Bateri berkuasa 3750mAh pada tablet ini sudah cukup bagus dengan harga yang sedemikian dan tablet ini dikatakan mampu untuk bertahan selama 6 jam dengan sekali cas.

Apa yang lebih menarik pada tablet ini ialah speaker pada tablet ini menggunakan Dolby Atmos Speaker yang memberikan suara yang padu serta menjadikan media pengguna lebih menarik. Netflix & Chill?

Tablet Lenovo hiburan
Lenovo Tab M8 (2nd Gen)
Lenovo
tablet m8
mulai
RM579.00
Semak Lenovo Tab M8 (2nd Gen) harga dibawah:
add_circle Jangka hayat bateri yang baik
add_circle Stereo Speaker
remove_circle Tidak sesuai untuk multitasking
  • CPU: MediaTek® Helio A22 Processor
  • OS: Android Pie
  • Storage: 32GB / 64GB
  • Skrin: 8.0”
  • Bateri: 5000mAh

Tablet ini menggunakan sistem operasi Android Pie yang merupakan salah satu sistem terbaik Android pernah hasilkan.

Ruang simpanan 32GB pada tablet ini kedengaran agak kurang relevan. 

Namun, pengguna boleh menambah baik ruang simpanan tablet ini sehingga 2TB. Cukup untuk pengguna menyimpan apa sahaja.

Paparan skrin seluas 8” pada tablet ini sedikit besar daripada tablet M7 dan saiznya yang relevan juga membantu pengguna memudahkan kerja selain reka bentuknya yang menarik.

Stereo speaker yang terdapat pada tablet ini membawa pengguna ke pengalaman baharu dalam menonton movie seolah pengguna berada di dalam panggung wayang.

Bateri sebesar 5000mAh sememangnya agak besar bagi sebuah tablet dan mampu bertahan 18 jam tanpa cas.

Tablet Lenovo untuk gaming
Lenovo TB-X306X / M10 HD 2nd Gen
Lenovo
LenovoTB-X306X
mulai
RM879.00
Semak Lenovo TB-X306X / M10 HD 2nd Gen harga dibawah:
add_circle Skrin yang HD
add_circle Speaker yang baik
remove_circle Tiada slot sim-card
  • CPU: MediaTek® Helio P22T Tab, Octa-Core
  • OS: Android 10
  • Storage: 64GB
  • Skrin: 10.3”
  • Bateri: 5000mAh

Tablet yang menggunakan sistem operasi Android 10 ini masih lagi relevan digunakan terutamanya jika pengguna menggunakan smart home. Tablet ini akan memudahkan urusan anda.

Ruang simpanan sebesar 64GB dikatakan masih lagi sepadan untuk masa kini kerana ruangnya yang agak besar dan mampu menyimpan pelbagai aplikasi dan kerja. Namun, jangan risau kerana tablet ini menyediakan slot MicroSD.

Skrin seluas 10.3” pada tablet ini mempunyai resolusi yang agak tinggi iaitu 1200x800. Walaupun tidak secerah kebanyakkan tablet, namun bagi harga begini ia sangat berbaloi.

Bateri sebesar 5000mAh di dalam tablet ini mampu bertahan sehingga 18 jam dengan sekali cas. 

Lebih menarik lagi, jika pengguna tidak menggunakannya, tablet ini mampu bertahan sehingga seminggu tanpa cas.

Tablet Lenovo terbaik
Lenovo Tab P11 Pro
Lenovo
Lenovo Tab P11 Pro
mulai
RM1,877.00
Semak Lenovo Tab P11 Pro harga dibawah:
add_circle Skrin OLED yang cantik
add_circle Reka bentuk yang elegan
remove_circle Kamera yang kurang memuaskan
  • CPU: Qualcomm® Snapdragon™ 730G Processor
  • OS: Android 10
  • Storage: 128GB
  • Skrin: 11.5”
  • Bateri: 8400mAh

Tablet yang dikatakan setanding iPad ini menggunakan sistem operasi Android 10 dan CPU dari Snapdragon. 

Umum kita tahu bahawa Snapdragon antara pengeluar CPU terbaik pada masa kini bagi segmen Android.

RAM 6GB yang terdapat pada tablet ini memberikan performance yang smooth kepada pengguna dan kurang masalah lagging.

Skrin seluas 11.5” pada tablet ini menggunakan display OLED yang agak cerah dan terang serta warna yang menonjol.

Bateri 8400mAh yang mampu bertahan sehari dengan sekali cas cukup bertahan untuk pengguna membawanya kemana-mana bagi menggantikan laptop.

Ini kerana kelebihan tablet ini sangat ringan serta mempunyai reka bentuk yang menarik.

Tablet Lenovo dengan keyboard
Lenovo Duet 3i Duet
Lenovo
Lenovo Duet 3i Duet
mulai
RM1,999.00
Semak Lenovo Duet 3i Duet harga dibawah:
add_circle Skrin yang memuaskan
add_circle Mudah dibawah
remove_circle Harga mahal
  • CPU: Intel Pentium Silver N5030
  • OS: Window 10 Home
  • Storage: 256GB
  • Skrin: 10.3”

Tablet yang mempunyai keyboard ini seakan sebuah laptop kerana CPU yang digunakan adalah Intel Pentium Silver N5030. CPU yang sering digunakan untuk prestasi bekerja.

Ruang simpanan seluas 256GB pada tablet ini membenarkan pengguna menyimpan apa sahaja di dalam kerana bagi sebuah tablet, saiz ruang simpanannya agak besar dan ideal.

Skrin seluas 10.3 memberikan paparan yang memuaskan hati pengguna.

Di samping itu, keyboard pada tablet ini disambungkan dengan menggunakan Bluetooth. Jadi, pengguna tidak perlu risau untuk membawa tablet ini kemana-mana tanpa keyboard.

Tablet ini lebih sesuai untuk mereka yang sedang belajar kerana saiznya yang kecil, buat untuk mereka yang bekerja tidak disyorkan.

Tablet Lenovo untuk kerja
Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus
Lenovo
Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus
mulai
RM789.00
Semak Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus harga dibawah:
add_circle Skrin Full HD yang cantik
add_circle Reka bentuk yang selesa untuk dipegang
remove_circle Saiz RAM yang kecil
  • CPU: Qualcomm® Snapdragon™ 730G Processor
  • OS: Android 8.1 Oreo
  • Storage: 32GB
  • Skrin: 10.1”
  • Bateri: 4850mAh

Tablet yang menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo ini dijamin akan memberikan keselesaan kepada pengguna dalam segi mengemas kini aplikasi yang diingini.

Berbekalkan processor daripada Snapdragon 730G serta RAM sebanyak 3GB, pengguna semestinya akan berpuas hati memiliki tablet entry-level ini.

Ruang simpanan sebanyak 32GB yang terdapat dalam tablet ini kedengaran kecil namun pengguna boleh menambah baik sehingga 1TB mengikut keperluan.

Skrin seluas 10.1” serta beresolusi tinggi ini akan memberikan pengguna pengalaman yang lebih baik berbanding tablet lain kerana bukan sahaja besar, malah tablet ini mempunyai reka bentuk yang cantik.

Tablet Lenovo untuk pelajar sekolah
Lenovo Tab 3 8 Plus
Lenovo
Lenovo Tab 3 8 Plus
mulai
RM369.00
Semak Lenovo Tab 3 8 Plus harga dibawah:
add_circle Speaker yang memuaskan
add_circle 10 point multitouch
remove_circle Masih menggunakan Android yang lama
  • CPU: Qualcomm Snapdragon 625 Octa-Core
  • OS: Android 6
  • Storage: 32GB
  • Skrin: 8”
  • Bateri: 4850mAh

Tablet yang sesuai untuk pelajar menjalani PdPR, ia menggunakan sistem operasi Android 6 yang merupakan salah satu sistem operasi terbaik Android pernah hasilkan.

Dengan ruang simpanan 32GB, pelajar boleh menyimpan pelbagai kerja sekolah di dalam tablet ini. 

Selain itu, RAM 3GB yang dibekalkan di dalam tablet ini menjadikan sesi PDPR pelajar lebih lancar.

Skrin seluas 8” serta bateri sebanyak 4850mAh memudahkan pelajar menggunakannya dimana-mana sahaja kerana saiznya yang compact serta baterinya yang agak tahan lama.

Apa yang lebih menarik lagi tablet ini mempunyai sambungan 4G menjadikan capaian internet pada tablet ini lebih laju dan stabil.

Tablet Lenovo terbaharu
Lenovo XiaoxinPad Plus
Lenovo
Lenovo XiaoxinPad Plus
mulai
RM2,176.00
Semak Lenovo XiaoxinPad Plus harga dibawah:
add_circle Mempunyai sambungan 5G
add_circle Bateri yang tahan lama
remove_circle Harga mahal
  • CPU: Qualcomm Snapdragon 750G
  • OS: Android 11
  • Storage: 128GB
  • Skrin: 11”
  • Bateri: 7700mAh

Tablet keluaran baru dari Lenovo ini semestinya berada dalam list top tier tablet Lenovo pernah hasilkan. 

Dengan CPU dari Snapdragon membuka lebih banyak kelebihan kepada pengguna.

Menggunakan Android 11, tablet ini dengan mudahnya mendapat kemas kini yang terbaharu, lancar dan stabil dari Android. 

Tidak lupa juga beberapa features baharu seperti built-in screen recorder.

Berbekalkan RAM sebanyak 6GB serta ruang simpanan sebesar 128GB, pengguna boleh menyimpan apa sahaja di dalam tablet ini tanpa memikirkan masalah lagging.

Skrin yang sangat luas bagi sebuah tablet iaitu 11”, pengguna akan menikmati resolusi yang tinggi dari tablet yang lain.

Apa yang lebih menarik, kapasiti bateri pada tablet ini iaitu sebanyak 7700mAh. Pengguna boleh menggunakan tablet ini seharian dengan hanya sekali cas sehari.


Kelebihan Tablet Lenovo

Kelebihan yang terdapat pada tablet Lenovo yang kita boleh lihat ialah dari segi saiz paparan skrinnya yang lebih luas dan Full HD.

Ianya satu konsep hebat membuatkan paparan tablet lebih menakjubkan.

Selain itu, speaker yang terdapat pada tablet Lenovo ini memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pengguna. 

Lebih-lebih lagi apabila pengguna menonton filem atau drama dari tablet ini. Seolah-olah menonton di pawagam pula!]

Faktor yang paling jelas sekali ialah harga yang ditawarkan oleh Lenovo. Variasi harga tablet Lenovo adalah mampu milik.

Tapi ia tetap memberi spesifikasi dan kualiti sistem yang premium. 


Artikel Berkaitan

End of Article