Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Layarkan Imaginasi Anda Dengan 8 Tablet Untuk Melukis Dan Reka Cipta

Tidak perlu lagi membawa laptop yang besar!

Product in this article

Mungkin sesetengah daripada anda agak keliru dengan perkataan tablet, notebook, laptop atau PC. Notebook dan laptop merupakan sejenis peranti elektronik yang dipanggil komputer riba. Ianya didatangi dalam pelbagai jenis dengan ketumpatan berat yang berbeza. Ada yang berbentuk dengan rekaan slim dan ringan. Ada juga yang besar dan berat. Bergantung kepada setiap jenis penggunaan. 

Komputer riba juga terdapat banyak kegunaan yang tersendiri. Terdapat beberapa jenis komputer riba yang boleh digunakan untuk sesi bergaming, melakukan kerja-kerja seperti tugasan kerja atau kuliah. Personal Computer atau lebih dikenali sebagai PC merupakan jenis komputer peribadi yang seringkali digunakan oleh pejabat-pejabat bagi memudahkan penyimpanan dokumen lebih selamat. 

Nah, apa itu tablet? Fungsi tablet sama sahaja seperti peranti atau gajet elektronik yang lain. Cuma, perbezaan antara tablet, laptop dan PC adalah saiz dan ketumpatan beratnya. Ianya beroperasi seperti komputer riba atau telefon pintar (smartphone) seperti kegunaan untuk menyimpan data atau dokumen dan boleh juga digunakan sebagai telefon. Kebanyakan tablet boleh disambung kepada internet atau Wi-Fi untuk memudahkan anda melakukan sebarang kerja, tugasan atau bergaming.

Ingin menonton drama, melayari Youtube atau Netflix dengan menggunakan tablet? Tiada masalah! Tablet mampu berfungsi sebagai TV HD anda. Ada juga tablet yang dilengkapi dengan bluetooth membolehkan anda menghantar data lagu dan menjadikannya sebagai radio mudah alih. 

Walaupun begitu, tablet masih terdapat beberapa kekurangan jika hendak dibandingkan dengan laptop atau PC seperti USB port, pemacu cakera optik, ethernet dan lain-lain lagi yang kebiasannya boleh dilihat pada komputer riba atau PC. Jadi, tablet tidak boleh menggantikan laptop kerana RAM pada tablet juga tidak dapat menampung kapasiti dokumen atau data yang berat. 

Selain itu, skrin pada tablet juga tidak sebesar laptop. Maka bagi anda yang ingin melakukan kerja, ini akan menyakitkan mata jika tenung terlalu lama. Tablet lebih sesuai untuk melayari internet secara sederhana dan menyimpan data seperti gambar atau muzik sahaja. Tetapi bajet juga menjadikan salah satu masalah yang menyebabkan sesetengah individu berfikir sebelum membelinya. Kini, tablet juga didatangi dengan harga dibawah RM200 untuk kegunaan anda. 

8 Tablet Dibawah RM200 Untuk Anda

HUION HS64 Digital Graphics Drawing Tablet with Battery-Free Stylus
1. Huion HS64 Digital Graphics Drawing Tablet with Battery-Free Stylus
Tablet untuk pelajar universiti
Updated on 26th February 2021

CPU : -  | OS : Android 6.0  |  RAM : -  | Storage : -  | Skrin : 5080 LPI  |  Bateri : - |  Kamera : -  |  Berat : 258g

Tablet ini agak berbeza daripada tablet biasa kerana ianya lebih sesuai digunakan untuk anda yang gemar mencipta rekaan atau sesuai buat pelajar universiti dengan jurusan senireka. Ianya boleh menggunakan sambungan OTG connector terus daripada telefon anda. Bersesuaian dengan sistem Windows atau Mac OS. 

Dilengkapi dengan pen stylus tanpa bateri, memudahkan anda untuk melakukan proses rekaan tanpa perlu memikirkan untuk mengecas pen tersebut setelah menggunakannya sepanjang hari. Pen ini juga mesra alam dan membuatkan anda mampu untuk melakukan kerja-kerja mereka dalam keadaan lebih selesa. Dengan ketebalan 8mm dan seberat 258g, tablet ini mudah dibawa ke mana sahaja. Boleh disimpan di dalam beg galas atau beg tangan tanpa membebankan. 

HUION Digital Graphic Drawing Tablet H420
2. Huion Digital Graphic Drawing Tablet H420
Tablet sesuai untuk lakukan kerja
Updated on 26th February 2021
add_circle Rekabentuk yang sleek
remove_circle Pen perlukan bateri AAA
remove_circle Skrin yang kecil

CPU : -  | OS : Windows / Mac  |  RAM : -  | Storage : -  | Skrin : 4000 LPI  |  Power : 0.35W  |  Kamera : -  |  Berat : 0.43kg

Bersesuaian dengan sistem operasi Windows 7,8,10 dan Mac, anda melakukan kerja-kerja seni reka tanpa masalah. Dilengkapi dengan pen digital, ianya membuatkan anda selesa untuk melukis bagaikan seperti di atas kertas. Ianya diprogramkan untuk memudahkan anda skrol dokumen dan laman web dengan menekan butang yang disediakan pada tablet ini. 

Jika anda menggunakan aplikasi grafik yang besar seperti Corel Painter, CorelDraw, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Fireworks, Macromedia Flash, Comic Studio, SAI, Infinite Stratos, 3D MAX, Autodesk MAYA, Pixologic ZBrush dan lain-lain lagi. Jika alami sebarang kerosakan, tablet ini didatangi dengan 1 tahun waranti.

VEIKK A30 V2 Drawing Tablet for PC and Android
3. Veikk A30 V2 Drawing Tablet for PC and Android
Tablet untuk melukis
Updated on 26th February 2021
add_circle Ringan
remove_circle Rekabentuk tipikal

CPU : -  | OS : Windows / Mac  |  RAM : -  | Storage : -  | Skrin : 5080 LPI  |  Power : |  Kamera : -  |  Berat : 576g

Skrin untuk melukis pada tablet ini adalah beresolusi 5080 LPI yang akan menjadikan imaginasi anda tampak nyata dengan menggunakannya. Semasa melukis, anda akan merasa lebih selesa kerana ianya direka khas untuk pereka grafik yang perlu menggunakan peranti ini selama berjam-jam. Tablet ini juga tidak perlu dicas kerana ianya tidak menggunakan sebarang bateri. 

Dengan ketebalan 9mm dan ketumpatan beratnya adalah 576g, jadi memudahkan anda untuk membawa tablet ini kemana sahaja tanpa rasa terbeban. Juga anda boleh letakkannya di dalam beg galas atau beg tangan tanpa perlu ruangan yang luas. Pen stylus tablet tanpa bateri ini akan membuatkan anda ‘asyik’ melukis tanpa sedar akan waktu sedang berjalan dengan pantas.

HUION H430 Tablet Graphics Drawing
4. Huion H430 Tablet Graphics Drawing
Tablet untuk kanak-kanak dan belajar secara online
Updated on 26th February 2021

CPU : -  | OS : Windows / Mac  |  RAM : -  | Storage : -  | Skrin : 5080 LPI  |  Power : |  Kamera : -  |  Berat : 258g

Tablet ini ada keistimewaannya kerana ianya boleh digunakan untuk aplikasi microsoft seperti Word, Excel dan Power Point. Terbaik digunakan untuk para guru yang mengajar kanak-kanak dengan menggunakan tablet ini untuk melukis. Dengan keberatan 258g, tablet ini boleh dibawa kemana sahaja tanpa rasa terbeban. 

Terdapat 4 shortcut yang boleh digunakan untuk meningkatkan hasil produktiviti anda dengan lancar. Pen stylus pada tablet ini tidak menggunakan sebarang bateri untuk memudahkan anda melakukan kerja-kerja dengan selesa dan sensitiviti pen ini sangat berkesan buat anda yang gemar melukis. Sesuai untuk kanak-kanak, anda boleh mengajarnya untuk melukis secara digital di peringkat awal lagi.

10MOONS Drawing Tablet
5. 10MOONS Drawing Tablet
Tablet untuk pelajar sekolah
Updated on 26th February 2021

CPU : -  | OS : Windows / Mac  |  RAM : -  | Storage : -  | Skrin : 5080 LPI  |  Power : |  Kamera : -  |  Berat : 700g

Ciri-ciri yang terdapat pada drawing tablet ini adalah ianya boleh disambungkan kepada laptop atau telefon pintar anda agar membolehkan anda mencipta rekaan dengan lebih tepat dan cantik. Sesuai untuk semua jenis aplikasi yang digunakan untuk mereka cipta, anda juga boleh melukis sebarang kartun dengan selesa. 

Tetapi ianya lebih sesuai digunakan untuk peranti yang menyokong penggunaan sistem operasi Android. Tebal tablet ini pula adalah 10mm dan beratnya mencapai sehingga 700g untuk membolehkan anda menyimpannya di dalam beg galas serta membawa tablet ini kemana sahaja tanpa rasa sebarang beban. Terbaik untuk pelajar sekolah yang mengambil jurusan seni reka.

XP-PEN Digital Graphics Drawing Tablet
6. XP-PEN Digital Graphics Drawing Tablet
Tablet yang sesuai untuk kegunaan para guru
Updated on 26th February 2021

CPU : -  | OS : Windows / Mac  |  RAM : -  | Storage : -  | Skrin : 5080 LPI  |  Power : |  Kamera : -  |  Berat : 307g

Tablet jenis portable ini amat sesuai untuk peranti yang menggunakan sistem operasi dan aplikasi Android. Pen stylus tablet ini boleh digunapakai untuk jangka masa panjang tanpa perlu mengecas kerana ianya jenis tahan lama. Anda boleh melukis dan mereka grafik dengan selesa tanpa gangguan. 

Dilengkapi dengan 8 kunci ‘shortcut’ dan sensitiviti pen stylus ini boleh mencapai sehingga 8,192 tahap. Terdapat USB port jenis C yang mampu disambung terus kepada iMac, MacBook Pro atau Windows. Tablet ini juga selesa digunakan untuk anda samada ‘right-handed’ atau ‘left-handed’.

Wacom
7. Wacom CTL-472 Drawing Pad
Tablet yang ada pen untuk beginner
Updated on 26th February 2021
add_circle Ringan
remove_circle Skrin yang kecil

CPU : -  | OS : Windows / Mac  |  RAM : -  | Storage : -  | Skrin : 2540 LPI  |  Power : |  Kamera : -  |  Berat : 251g

Jika anda masih baru dan mula berjinak di dalam bidang seni lukisan atau seni reka grafik, tablet digital ini sesuai untuk anda. Ianya mudah untuk dikendali dan digunakan kerana penggunaannya tidak terlalu rumit untuk anda fahami. Tidak perlu menggunakan laptop untuk melukis lagi, anda hanya perlu gunakan tablet ini sahaja untuk melukis apa sahaja. 

Pen stylus atau Bamboo pen pada tablet ini akan membuatkan lukisan anda tanpa seperti ‘real’. Tidak perlu lagi melukis di atas kertas atau melalui laptop, guna sahaja tablet digital ini, pasti lukisan anda akan tampak luar biasa.

HUION Inspiroy H640P Graphics Drawing Tablet
8. Huion Inspiroy H640P Graphics Drawing Tablet
Tablet yang sesuai untuk online business
Updated on 26th February 2021

CPU : -  | OS : Windows / Mac  |  RAM : -  | Storage : -  | Skrin : 5080 LPI  |  Power : |  Kamera : -  |  Berat : 277g

Anda ingin jalankan business online? Atau mahu mulakan business secara kecil-kecilan? Nah, tablet digital ini sesuai untuk anda yang ingin menjual lukisan dengan berniaga secara online. Lukisan yang direka melalui tablet digital ini pasti akan membuatkan ianya tampak seperti realiti. 

Tidak perlu risau untuk mengecas atau menggunakan bateri, pen stylus pada tablet digital ini boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Dengan ketebalan 8mm dan ketumpatan berat tablet digital ini seberat 277g, anda boleh bawanya kemana sahaja tanpa perlu risau akan rasa terbeban. Mulakan bisnes anda hari ini juga!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article